Please CLICK

Wednesday, April 17, 2013

Pilih BN Lagi Kali Ini?


"Awak mengundi di mana?" Itulah cara saya break the ice untuk bicara politik dengan kawan dan lawan. "Undi BN lagi ke tahun ni?" Dan inilah soalan kedua saya untuk provok diskusi yang intelek soal politik. Antara jawaban yang saya dapat ialah, "Aku risau DAP racist, habis kuasa melayu nanti." Satu lagi, "Nanti DAP jadi PM dan merintah negara kita." 

Perang saiko media ialah menakutkan rakyat soal perkauman, walhal kalau tengok dalam komposisi parti BN terserlah fokus perkauman dalam perjuangan parti UMNO untuk melayu (dan bumiputera) sahaja, MCA untuk kaum cina, dan MIC untuk kaum india. Semua parti ini berjuang membela hak kaum masing2. Parti BN sebenarnya yang racist. 

Kita lihat pula PR yang mana asas keahlian parti2 komponen adalah multi-racial iaitu berbilang kaum. DAP adalah berbilang kaum (walaupun majoriti ahlinya kaum cina), PKR adalah multi-racial dan PAS membuka keahliannya untuk pelbagai kaum. Itu asas keahlian parti. Tidak ada perkauman di sini. Jadi kenapa takut untuk memilih PR kali ini kalau isu perkaumanlah yang anda risau?

Kita lihat PKR telah meletakkan calon PRU13 daripada kalangan kaum melayu, india, cina, kadazan dan lain2. Tiada masalah. PAS ada meletakkan calon dari kaum cina dan DAP juga tiada masalah meletakkan winnable candidates dari kalangan orang melayu dan india. 

Ada kita lihat perkara yang sama berlaku pada parti komponen BN? No way hozay. Calon UMNO sudah tentulah kelompok melayu (atau bumiputera), MCA calon orang cina, dan MIC calon orang india. Siapa yang perkauman PR atau BN? Jadi jangan percaya sangat pada TV tiga suku dan Utusan Meloya yang most of the time merupakan propaganda murahan tahap mencacai dan meroyan semata.

Yang perlu rakyat sedar ialah kepentingan orang melayu dan agama Islam adalah dilindungi oleh perlembagaan negara dan tidak dapat diganggu gugat dengan mudah. Usah percaya khabar angin dan cerita tanpa fakta. 

Pemerintahan negeri2 di bawah PR setakat hari ini membuktikan bahawa tadbirurus yang jauh lebih cekap, telus dan amanah hinggakan Laporan Odit Negara mengiktiraf sebagai yang terbaik dan juah meninggalkan prestasi negeri2 di bawah lembayong BN. Kita nampaknya bukan cakap kosong.

Maka jika PR sudah membuktikan kecekapan dan kebolehan mereka dalam mengurustadbir kerajaan2 negeri dalam masa yang singkat, rasanya sangat kenalah jika rakyat memberi mandat kepada PR mengurustadbir kerajaan persekutuan pula. 

Beri PR kemenangan sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen (majoriti mudah) untuk membentuk kerajaan persekutuan di PRU13 ini. Rakyat berhak pantau prestasi dan janji manis mereka. Jika PR gagal maka humban mereka balik ke kerusi pembangkang, tiada masalah. Amacam ada berani?

"Negara akan huru hara dan porak peranda." Itu antara komen kepala lutut yang selalu di paparkan. Apa kata kita renung sejenak kerajaan negeri Selangor, Kedah dan Perak yang jatuh kepada PR pada PRU12 lima tahun dahulu. Ada huru hara? Ada porak peranda? Ada rakyat mati kebulur? Ada perbalahan kaum?

Negeri2 ini menunjukkan prestasi ekonomi yang meningkat dengan pendapatan negeri terus bertambah. Contohnya hasil balak di Kedah, berbeza semasa pentadbiran kerajaan sebelumnya yang hasil balak pada keluasan hutan yang setara tetapi hasil pendapatan untuk negeri yang ciput kerana sebahagian besarnya hilang atau bocor di tengah jalan untuk mengayakan kelompok tertentu semata. Rakyat dapat hampas.

Kebocoran ekonomi adalah topik besar. Ibarat satu Tabung Buloh Rakyat yang punyai ber Bilion ringgit. Pemimpin ambik duit dari tabung ini dan bagi2kan sesuka hati sebagai umpan pilihanraya kepada makcik2 Felda dan orang kampung, budak2 sekolah dan budak U sekelian. Ingat ye ini bukan duit mak bapak dia tapi duit milik rakyat. Maka seronoklah orang kampung sekelian dan segala pujian diberikan kepada kerajaan yang prihatin. Tiada yang istimewa pun sebenarnya kerana duit rakyat dikembalikan kepada rakyat.

Cumanya pemberian demi pemberian last minute ini sangat bersifat ikhlas tapi jauh. Pemberian untuk mengelabui mata dan mengharapkan balasan di peti undi demi meneruskan kerakusan menjadi pemimpin yang mata duitan. Apa tidaknya mereka ini jugalah yang merampuk secara halus dari tabung rakyat yang sama. Bezanya mereka ini bukan ambik setakat RM500 atau RM2000 tapi berjuta ringgit. "Ini tidak adil," kata arwah P.Ramlee dalam filem "Tiga Abdul."

Bagaimana rompakan di siang hari ini berlaku? Kita ambik satu contoh kecil sebagai analogi, ada projek membina satu blok bangunan sekolah. Kalau mengikut tender terbuka anggaran harganya ialah RM5 juta. Namun bila melibatkan kontraktor terpilih yang mendapat projek direct nego harganya meningkat kepada RM8 juta. Kenapa? Kerana elemen rasuah bagi mempengaruhi keputusan memberi kontrak itu. 

Maknanya di sini kos tambahan RM3 juta telah berlaku. Duit RM8 juta untuk membiayai projek ini di ambil dari Tabung Buloh Rakyat. Termasuklah duit rasuah RM3 juta tadi yang sepatutnya boleh diguna untuk kebaikan rakyat jelata, boleh bagi RM500 untuk 6,000 orang kampung tu. Tapi kerana bocor maka nikmat RM3 juta hanya dikecapi oleh beberapa orang tertentu sahaja. Nampak tak impaknya kepada rakyat? 

Maka tidak hairanlah bila kita lihat statistik bahawa 52% kekayaan negara di bolot oleh kelempok elit ini. Rakyat terus tertekan dengan kos hidup yang tinggi. Harga barangan terus naik lagi dan lagi. 

Pilih BN lagi kali ini? Semoga kita bijak dan berani untuk ubah. Cukuplah 55 tahun BN diberi ruang memerintah kerana sudah gagal tahap sadis untuk memacu negara kepada tahap yang sepatutnya lebih baik. Negara yang setara dengan kita satu masa dulu seperti Taiwan dan Singapura telah jauh ke depan dan tidak terkejar oleh Malaysia lagi. Sedangkan Malaysia punyai banyak hasil negara dan jauh lebih kaya. Kenapa gagal? 

Maka PRU13 ini terjemahkan tagline berhikmah dari teman2 kita di Sabah, "Ini Kali Lah !!"

@@@

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...