Pilih Pemimpin yang Amanah bukan Pemimpin yang Rasuah |
Pakatan Rakyat nampaknya lebih bersedia bertarung dalam PRU13 dalam beberapa hal. Strategi mengistiharkan calon secara berperingkat bermula beberapa minggu lalu sangat menarik. Ia berjaya mengajak tumpuan kawan dan lawan. Orang ramai pun agak rasa teruja dan punyai bahan menarik untuk dikongsi bual di kedai kopi, kedai mamak atau di kaki2 lima surau. Ceramah2 PR menjadi program yang sungguh popular.
Pada orang awam ia menampakkan PR lebih bersatu hati walau pun saban hari di wacanakan dalam TV dan akhbar sebagai satu ikatan yang rapuh dan sering bercakaran.
Sebaliknya BN yang nampak agak bercelaru di sini. Apakah pergolakan menentukan calon terus menuju ke tahap kritikal? Sebagaimana PRU terdahulu acap di dengar calon2 yang gagal dicalonkan bertindak memboikot kempen malah menutup bilek gerakan dan yang parah lagi menikam dari belakang dalam bentuk undi protes dan menyokong pihak lawan.
PR nampaknya lebih steady di sini. Banyak nama-nama besar telah di umumkan. Yang rata-rata memberi tekanan kepada BN hingga terpaksa menukar strategi termasuklah menukar calon. Bila Lim Kit Siang diumumkan untuk bertanding di Gelang Patah maka bagai nak rak pihak BN untuk counter balik dia punya impak. Sampai hari ini masih belum di istihar calon untuk berdepan dengan Lim Kit Siang.
Bila DSAI mengumumkan untuk bertukar ke Perak maka pelbagai reaksi muncul. Merujuk kepada hasrat DSAI itu, DS Najib bagi komen bahawa dia tidak terlintas walau sedikit pun untuk meninggalkan Pekan kerana katanya ia bukan sekadar kemenangan tapi sokongan rakyat di Pekan yang utama samada masa susah atau senang. Ada juga yang bagi komen bahawa DSAI sudah tidak yakin menang di Permatang Pauh hingga terpaksa mencari tapak baru.
Sebaliknya ramai pula yang melihat bahawa DSAI membuktikan bahawa dia tidak takut untuk keluar dari kawasan selamat. DSAI menonjolkan dia pemimpin besar yang mendapat sokongan rakyat di kawasan lain bukan tertumpu sekadar di Permatang Pauh sahaja. Apatah lagi setiap gerakkerja dalam roadshow berjumpa rakyat di seluruh negara sentiasa menjadi tumpuan ribuan orang secara sukarela dan kunjungan yang sentiasa dinanti dengan sambutan hangat. Ini sangat digeruni BN. Dan akhirnya DSAI pulang semula ke pangkuan Permatang Pauh dengan sokongan yang lebih besar.
Sangat berbeza dengan program anjuran BN yang menjadi trademark mesti diimbuhkan dengan pelbagai goodies atau slot hiburan dengan majoriti kehadiran dari kelompok yang di import dari tempat lain atau dari pelbagai agensi kerajaan dan NGOs.
Bila diumumkan Husam Musa bertanding di Putrajaya, sekali lagi BN kelam kabut. PR berjaya melalui tokoh PAS ini meresapkan rasa tidak yakin Tg Adnan untuk mempertahankan kerusi panas itu. Hinggakan ada rumors yang menyatakan Tun M sendiri bakal turun padang sebagai calon winnable di Putrajaya. Fuyooo...menarik bro.
Rafizi Ramli seorang lagi pemimpin muda berkaliber yang dikagumi rakyat dan menjadi duri dalam daging buat BN selama ini disahkan akan bertanding di Pandan. Sampai kini BN masih gagal mengumumkan siapakah pemimpin BN yang bisa menandingi kehebatan Sdra Rafizi, pengarah strategi PKR ini yang berhujah berdasarkan fakta bukan auta. Banyak skandal besar pemimpin BN telah dilondehkan beliau termasuk skandal RM250juta NFC.
Antara nama besar lain yang telah rasmi diumumkan PR termasuklah Saifuddin Nasution di Kulim Bandar Baru, Mohamad Sabu di Pendang, Dr Abdul Aziz Bari di Sabak Bernam, Wan Aisyah di Jempol, Salahudin Ayub di Pulai, dan Raja Kamarul Bahrin di Kuala Terengganu.
Tun M pula dilihat menjadi de-facto leader untuk mengaturcara di belakang tabir. Sokongannya supaya Ibrahim Ali bertanding sebagai calon BN di Pasir Mas telah membuat DS Najib dalam dilema. Ketidakrestuan Tun M kepada Pak Lah dan KJ juga menyebabkan BN serbasalah, sedangkan KJ adalah antara pemimpin muda BN yang agak berani dan menonjol. Ku Li pula ibarat dibuang mati emak ditelan mati anak. Nak tak nak khabarnya BN kena letak juga Ku Li di Gua Musang sebagai winnable veteran candidates.
Maka mantan PM DS Najib terus berteka-teki untuk beberapa hari lagi ini. Bukan sekadar diam tetapi berusha gigih bagi memuaskan nafsu serakah semua pihak terutamanya kalangan political animal yang buas dan ganas. Siapakah winnable candidates yang akan diumumkan DS Najib secara borong nanti?
Khabarnya ramai yang tidak patut dicalonkan. Yang dah tarik diri awal2 tu Alhamdulillah boleh mengurangkan sedikit pening kepala DS Najib. Jom kita redah antara pelbagai sumber best known secret yang tersiar di alam maya internet dalam persolan calon BN ini..
Rujukan: http://thecybersniper.blogspot.com/
Ramai juga bekas menteri dan timbalan menteri kabinet yang tersenarai dalam calon yang digugurkan ye? Bagi la peluang kepada pemimpin lain pula. Saya agak terkejut melihat nama Mohamed Nazri Aziz tersenerai sama kerana bagi saya dia antara menteri yang agak boleh tahan juga prestasinya berbanding yang lain, tapi mungkin sebab Tun M ada sakit hati sama dia di zaman Pak lah dulu kot? Anyway masa mereka sudah berlalu. You no longer deem winnable guys or no longer in the good book !!
Seramai 13,268,002 layak mengundi dalam PRU13 kali ini dan 42% adalah pengundi muda yang mungkin menjadi pengundi penentu kali ini. Kemenangan 112 daripda 222 kerusi parlimen diperlukan untuk majoriti mudah bagi membentuk kerajaan persekutuan.
PR juga mendahului BN dalam pengistiharan manifesto PRU13 dengan tema Pakatan Harapan Rakyat menunjukkan sekali lagi PR begitu serius untuk mengambilalih Kerajaan Persekutuan dengan perancangan dan polisi yang komprehensif demi sebuah kerajaan yang lebih amanah dan bertanggungjawab untuk membela nasib rakyat dan memacu negara kepada era yang lebih cemerlang.
Segala kebocoran ekonomi perlu dibasmikan dengan bersungguh-sungguh. Iltizam PR yang baik ini terserlah di mata rakyat. Cita2 PR bukan sekadar angan2 mat jenin tapi nampaknya bisa menjadi realiti dengan sokongan padu majoriti pengundi sekelian.
Pabila DS Najib akhirnya mengumumkan manifesto BN secara live di semua stesen TV Malaysia secara terperinci (bukan 10 minit secara rakaman) maka ramai mendapati sebahagian besarnya seolah-olah diciplak daripada manifesto PR. Itulah pro dan kon nya lewat dalam menggezetkan manifesto untuk tatapan umum. Pro nya BN tahu apa yang ingin di tawarkan oleh PR jadi BN dapat bagi counter offer baik punyer, tapi kon nya rakyat anggap BN mencuri idea PR...ish ish.
Dalam era dunia tanpa sempadan via kecepatan broadband 4G ini, isu pengumuman calon juga BN jelas nampak ketinggalan jauh di belakang, ibarat Usain Bolt lawan lari pecut 100m dengan Watson Nyambek. Terpaksa mengejar lagi pihak lawan yang sudah jauh di depan.
Kenapa BN masih tak umumkan calon? Maka satu sumber di Berita Hairan menyatakan, "Ini adalah amalan dan prosedur biasa BN ketika mengumumkan senarai calon penuh yang bertanding pada pilihanraya umum, tidak seperti pembangkang yang menggunakan pentas ceramah."
@@@
No comments:
Post a Comment