Please CLICK

Sunday, April 14, 2013

Kenapa Pilih PR?


"Kenapa pilih PR?" tanya saya kepada seorang mahasiswa. Dia agak kelu dan gagal menjawab dengan baik.  Kata saya, "Macamana anda nak yakinkan pakcik kat Felda suruh pangkah PR kalau anda sendiri pun tak sure?" 

Sebab itulah sangat penting untuk melengkapkan diri dengan general knowledge dan ambil peduli isu-isu semasa. Janganlah menjadi petugas parti dan sibuk saban malam memasang bendera secara sukarela tapi atas dasar ikut kawan2 atau saja seronok2. Mahasiswa dan anak muda sekelian, fahamilah kepentingan PRU13 ini dan kenapa anda perlu memilih PR.

Pakatan Rakyat akan mempastikan pemerintahan yang lebih telus, cekap, amanah,  tidak membazir serta lebih mengutamakan kepentingan rakyat. Kita tidak mahu negara kaya tapi rakyat miskin. Jumlah pendapatan negara (KDNK) pada tahun 2000 ialah RM356 Bilion dan telah meningkat sebanyak 140% kepada RM853 Bilion pada tahun 2011. Malaysia sebuah negara kaya. Tapi kemana perginya kekayaan negara?

Rakyat terus terbeban dengan harga barang yang naik dan terus naik hinggakan BN sinonim dengan Barang Naik. Harga bawang puteh RM2.50 seKg pada tahun 2000 tapi meningkat 260% kepada RM9 seKg pada tahun 2012. Harga daging RM7 seKg meningkat 214% kepada RM22 seKg. Rumah teres RM300k dah naik 50% kepada RM450k.

Rupanya pengagihan pendapatan negara sangat tidak seimbang dimana golongan elit membolot 52% daripada jumlah keseluruhan pendapatan negara. Pemimpin bermewah dikala rakyat bersusah. Penyelewengan demi penyelewengan terus berlaku termasuklah skandal kapal selam Scorpene melibatkan RM7.5 Bilion, NFC Corp RM250 juta, dan PKFZ RM4.6 Bilion.

Kebocoron ekonomi yang berlaku ini sangat merugikan rakyat. Contohnya skandal NFC berjumlah RM250 juta. Kalau kita gunakan duit sebanyak itu untuk memberi biasiswa kepada mahasiswa di IPTA untuk kursus ijazah selama 4 tahun yang kini terpaksa berhutang RM30k dengan PTPTN setiap orang, agak2 berapa orang yang dapat berkongsi hasilnya? RM250 juta itu cukup untuk membiayai 8,333 orang mahasiswa. Bayangkan kerugian kepada rakyat akibat kebocoran ekonomi yang berjumlah berbilion ringgit?

Hutang negara pada tahun 2007 berjumlah RM287 Bilion iaitu 38% daripada KDNK. Hutang negara terus meningkat dengan mendadak menjadi RM481 Bilion pada tahun 2011 iaitu 56% daripada pendapatan negara. Pembaziran perbelanjaan kerajaan BN sebagaimana didedahkan oleh Laporan Audit Negara 2010 termasuklah RM7.6 Bilion untuk pembelian kereta kebal yang harga pasarannya cuma RM1.7 Bilion. 

Sebaliknya kerajaan negeri-negeri di bawah pentadbiran PR terus mengguguli carta prestasi pengurusan yang cekap mengikut laporan yang sama. Kekayaan negeri di agihkan kepada rakyat bukan masuk poket pemimpin. Sebagai contoh polisi kerajaan PR Selangor memberi 20 liter air percuma bulanan rupanya sudah mencecah angka RM620 juta sepanjang 4  tahun perlaksanaan, maksudnya kekayaan itu diagih untuk dinikmati oleh rakyat. Cuba bandingkan dengan angka RM250 juta dalam skandal NFC yang di songlap oleh beberapa orang sahaja, menyerlahkan dasar tersirat kroni diutamakan dan rakyat dimangsakan. 

Mengapa pilih PR di PRU13? Kerana PR akan melaksanakan program sejahtera rakyat dengan reformasi menyeluruh untuk turunkan harga barangan termasuklah menurunkan harga minyak, elektrik dan kereta. Membina 150,000 rumah mampu milik. Memperkasakan polis untuk menghapuskan jenayah, menghapuskan AES dan membatalkan saman AES. Menyediakan pendidikan percuma dan menghapuskan PTPTN. Meningkatkan ekonomi peneroka dan penduduk desa. 

PR juga meletakkan perang terhadap rasuah sebagai tonggak dasar dalam perjuangannya dan disebut dengan jelas dalam Manifesto Rakyat kearah kerajaan tanpa rasuah. Perkara lain termasuklah memansuhkan akta-akta zalim, bebaskan media, badan keakiman dan polis. Mengadakan pilihanraya yang bersih, adil dan telus. Reformasi institusi Islam dan keagamaan. Memberi pekej gaji yang lebih adil untuk penjawat awam. 

Malaysia boleh menjadi negara yang lebih baik jika di tadbirurus oleh barisan pemimpin yang bijak dan amanah. Kenapa pilih PR? Kerana Pakatan Harapan Rakyat.

@@@

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...