PAKATAN RANAP… Tu dia tajuk muka depan sensasi Berita Hairan
semalam.
Mantan PM berkata, “Rakyat perlu menolak pembangkang kerana
jika diberi peluang memerintah, mereka akan meranapkan masa depan Negara. Nama
saja pakatan rakyat, tetapi tidak boleh berpakat. Pakatan Rakyat dimana
pakatannya sudah ranap. Ini belum lagi nak mengendalikan sebuah kerajaan.
Dalam pembangkang, waktu pilihanraya hakikatnya mereka tidak boleh berpakat…kalau
tidak ada sesuatu gabungan yang bersatu dan suara yang satu, matlamat yang satu
dan falsafah yang satu, maknanya ranap Negara kita kalau beri kepercayaan
kepada mereka.”
Pabila media arus perdana sudah dikuasai 100% oleh BN maka
mereka akan memahatkan segala bentuk kenyataan bersifat propaganda yang mahu
dipasakkan ke dalam minda setiap rakyat. Sudah tentulah segala kenyataan atau
berita yang dipaparkan akan membawa kepentingan BN untuk menjatuhkan lawan
mereka.
Pada masa yang sama pihak PR tidak diberi ruang untuk membalas
hujah pihak BN itu di media utama ini. Sudah 55 tahun polisi berat sebelah dan
tidak gentlemen atau pengecut ini dijadikan polisi media penyiaran BN.
Namun umum sudah faham bahawa paparan di dada2 akbar atau TV
ini acap kali bersifat melampau dan menipu atau di suakan dalam bentuk yang
menjaga kepentingan BN dan bukan ikhlas memberi gambaran yang adil. Pabila
sudah banyak terkena maka ramai rakyat yang mual hingga tahap muntah untuk
mengikuti berita yang tersiar itu, sebaliknya ramai beralih ke media alternatif
semenjak PRU12 lagi.
Dalam BN dok sibuk perihal rumahtangga PR, rupa2nya kita
dibisukan perihal perpecahan dalam BN yang begitu kronik sebenarnya. Dalam UMNO
pergelutan untuk menaikkan calon pilihan masing2 sangat haru biru sebenarnya.
Pergaduhan UMNO dengan MCA dalam penentuan calon di kerusi2 yang dulunya
ditandingi MCA memang sudah di ketahui umum.
Segala kelemahan dan kepincangan BN sudah tentu akan di
padamkan dari berita media arus perdana dan digantikan berita sensasi keburukan
pihak PR yang digelar parti pembangkang sedangkan BN kena sedar BN adalah
pembangkang di Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan. Jangan dok makng’gok
sangat. Dan insyaAllah dengan izin Allah BN akan jadi barisan pembangkang di
peringkat kerajaan persekutuan menjelang detik 12 malam 5 Mei nanti.
Apa yang TV tiga suku, Utusan Meloya dan Berita Hairan tak
ada telor nak bagitau ialah ramai bebenau geng BN yang bergocoh sesama sendiri
nak jadi calon weh. Kita lihat di pihak UMNO ada sekurang-kurangnya 58
penderhaka dan pemberontak yang tak respek langsung kepada DS Najib selaku boss
BN. Ramai giler rupanya.
Yang BN dok sibuk 7 calon daripada PKR dan PAS yang
bertindih.
Benda kecil dalam PR di besar2kan. Itulah tabiat BN.
Sedangkan benda besar yang timbul dalam BN di kecil2kan.
Isu kerusi bertindih dalam
PR ini cuma satu kerusi Parlimen sahaja dan 6 kerusi DUN. Maknanya 221 dari 222
kerusi Parlimen tak ada masalah langsung. Dan 499 daripada 505 kerusi DUN beres
belako. Yang BN dok sibuk rupanya hanya 0.45% daripada jumlah kerusi parlimen
yang ditandingkan dan hanya 1.18% daripada jumlah kerusi DUN. Terus keluar
statement bodoh bahawa PR Ranap…bengong tahap bontot ayam !!
Rupanya pekong di dada sendiri penuh ulat dan membusuk. Rupanya
BN yang bermasalah bercakaran tahap gila babi berebut nak jadi calon hingga
tahap cantas mencantas, tikam belakang, sabotaj parti dan tutup bilik gerakan.
Berikut 58 nama yang disenaraikan oleh Umno Online barisan penderhaka dan
pengkhianat BN itu:
- PARLIMEN KUALA KANGSAR – DATUK KAMILIA IBRAHIM (NAIB KETUA WANITA UMNO)
- PARLIMEN TASEK GELUGOR & DUN SUNGAI DUA – DATUK SERI MOHD SHARIFF HAJI OMAR (AHLI JAWATANKUASA BHG)
- PARLIMEN SEPANG – DATUK SUHAIMI BIN MOHD GHAZALI (KETUA PEMUDA BAHAGIAN)
- HANAPIAH BIN MOHAMAD
- DUN BUKIT NANING (BAKRI) – GHAZALI SALAMON (AHLI JAWATANKUASA BHG)
- PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK – SUKERI BIN ABD SAMAT (SETIAUSAHA KERJA BAHAGIAN)
- MOKHTAR BIN SALEHUDIN (KETUA PENERANGAN CAW.)
- DUN TITI TINGGI (PADANG BESAR) – YAACOB MAN (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)
- DUN PANTAI MERDEKA (SUNGAI PETANI) – MOHD. YUSOF LAZIM (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)
- DUN NENGGIRI (GUA MUSANG) – ABDUL AZIZ MOHAMED (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)
- PARLIMEN LEMBAH PANTAI – RUSLI BABA
- PARLIMEN BERA- MOHD. WALI ALANG AHAMAD
- PARLIMEN PERMATANG PAUH – DR ABDULLAH ZAWAWI SHAMSUDDIN
- DUN LENGGENG (SEREMBAN) – ZULKIFLI ABDULLAH (KETUA PENERANGAN CAW.)
- DUN PENGKALAN BHARU (BERUAS) – AHMAD NIZAM IBRAHIM
- DUN KAJANG (HULU LANGAT) – MOHD KHALID KASSIM (KETUA CAWANGAN)
- DUN ALOR MENGKUDU (ALOR SETAR) – FADZIL HANAFI
- DUN SUNGAI LIMAU (JERAI) – SOBRI AHMAD
- PARLIMEN ARAU & DUN SANGLANG- ZAINUDIN YOM
- DUN SEBERANG JAYA (PERMATANG PAUH) – SHAMSUT TABREJ G.M ISMAIL MARICAR
- DUN BATU UBAN (BUKIT BENDERA) – MOHD NOOR SIRAJAJUDEEN MOHD ABDUL KADER
- PARLIMEN TANJONG KARANG – MASRUN TAMSIR
- DUN KUALA PERLIS (KANGAR) – SHAARI LUDIN
- DUN INDERA KAYANGAN (ARAU)- AMEIR HASSAN
- DUN SUNGAI TIANG (PENDANG) – ROSLI OMAR
- PARLIMEN BAGAN SERAI – ABDUL LATIF MASUD
- DUN GUNONG SEMANGGOL (BAGAN SERAI) – HALIDI WAHAB
- DUN CHANGKAT JERING (BUKIT GANTANG) – ZULKEFLI IBRAHIM
- PARLIMEN KOTA BELUD – LAMSIL HAMIDSOR
- PARLIMEN LIBARAN – SAHAR SAKA
- PARLIMEN KALABAKAN – MOHD MANUKE
- DUN SULAMAN (TUARAN) – ALI AKBAR KAWI
- DUN LUMADAN (SIPITANG) – RAPAHI EDRIS
- DUN SUGUT (BELURAN) – ABDUL RAHMAN ATANG
- DUN LAHAD DATU (SILAM) – ALIANDU ENJIL
- DUN SULABAYAN (SEMPORNA) – GHAZALIE PG. HINDI @ ABDUL GHANI
- HUSSEIN MUMAKIL
- JULKALANI ABD RAHMAN
- MAMAT BALHANA
- DUN SENALLANG (SEMPORNA) – AB KARIM TALIP
- ABDUL MANANG HATIB LAWARI @ OS
- ATAL MUHAMMAD K.K ABD MENANG
- DUN MEROTAI (KALABAKAN) – RITA RUDIANSAH ABU BAKAR
- DUN SEBATIK (KALABAKAN) – MOHAMAD YUSUP LEWAH
- DUN SULAMAN (TUARAN) – ARIFFIN HARITH
- AK. ALIUDDIN PG. MOHD. TAHIR
- DUN LUMADAN (SIPITANG) – SAUDI SUHAILI
- DUN KARANAAN (RANAU) – MAT JAILI SAMAT
- DUN LIAWAN (KENINGAU) – NUSLEH MADARAK
- PARLIMEN PENSIANGAN & DUN NABAWAN – FATIMAH AGITOR @ MOHD DAUD
- PARLIMEN BELURAN & DUN SUGUT – DATU KAMARUDDIN MUSTAPHA
- DUN SUNGAI SIBUGA (LIBARAN) MOHD ARSHAD ABDUL
- DUN KUNAK (SILAM) – HUSSEIN IBNU HASSAN
- SHARIF SHAMSUDDIN SHARIF SAGAF
- PARLIMEN SEMPORNA & DUN SENALLANG – DATU BADRUDDIN TUN DATU MUSTAPHA
- PARLIMEN RANAU & DUN PAGINATAN – YAZID SAHJINAN
- PARLIMEN TAWAU – AHMAD AWANG @ MADON
- PARLIMEN KALABAKAN – YAHYA ZAINAL
Maka jelaslah BN sebenarnya yang RANAP.
Negara akan ranap
dan musnah jika dipimpin oleh pemimpin yang tiada iltizam dan niat ikhlas untuk
kepentingan rakyat dan kesejahteraan Negara. Apa yang penting dan dibuktikan
sekelian lama ialah mereka ini merupakan pimpinan yang rakus mengaut kekayaan Negara
masuk poket masing2 dan hanya bersedia memberi sekadar picisan atau cebisan
daripada harta Negara ini untuk kepentingan rakyat jelata. Maka tidak peliklah 52%
daripada kelompok berpendapatan tinggi di Negara ini adalah golongan elit BN dan
kroni mereka.
Rupanya apa yang digembar gemburkan oleh BN ini lebih
kuah dari kawah. Saya nak tersengih pun ada. Segalanya telah dapat di
selesaikan dengan bijaksana oleh kepimpinan tertinggi PR demi mencapai matlamat
yang lebih besar iaitu untuk menjatuhkan kerajaan BN yang zalim.
Saya memetik kenyataan Presiden PAS dalam Harakahdaily hari ini yang menyatakan bahawa..
*****
PAS Pulau Pinang akur dengan
keputusan menyerahkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Acheh kepada
PKR seperti mana yang telah diputuskan oleh PAS Pusat hari ini.
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Saleh Man
berkata, memandangkan persetujuan telah dicapai oleh kepimpinan tertinggi PAS
dan Pakatan Rakyat, maka semua pihak harus akur dengan keputusan tersebut.
Sehubungan itu juga katanya, jentera parti PAS
dan PKR harus bergerak bersama dengan satu matlamat iaitu memastikan BN tewas
pada Pilihan Raya Umum (PRU13) kali ini.
"Saya sudah jalankan tanggungjawab bersama
kepimpinan PAS Negeri untuk memastikan Dun tersebut ditandingi PAS. Tetapi, ia
adalah keputusan pihak tertinggi dalam PAS yang tentunya mempunyai pengetahuan
yang lebih tinggi," ujarnya pada sidang media petang ini sambil
menasihatkan semua pihak menerima keputusan tersebut.
Bagaimanapun, beliau turut menyeru agar pimpinan
PAS Pusat segera turun padang bagi menjernihkan kekeruhan yang berlaku dan
menjelaskannya khususnya kepada jentera dan anggota parti di Dun berkenaan.
"PAS Pusat sendiri perlu datang untuk
menenangkan keadaan dengan menyatukan semua pihak terutamanya kedua-dua parti
gabungan PR ini agar bersama menghalakan senapang ke arah musuh, dan bukan
sesama sendiri yang akhirnya membawa kerugian kepada jemaah," katanya.
Kerusi Dun Sg Acheh adalah antara tujuk kerusi
menyaksikan berlakunya pertindihan calon PAS dan PKR pada hari penamaan calon
kelmarin.
Pagi tadi, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru
Abdul Hadi Awang pada satu sidang media mengumumkan cadangan PAS untuk
menyerahkan kerusi Dun Sg Acheh kepada PKR.
Dua lagi kerusi yang turut diserahkan kepada PKR
adalah Parlimen Labuan dan Dun Panti di Johor.
Sebagai timbal balas, PKR pula dicadangkan agar
menyerahkan tiga Dun di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota
Putera kepada PAS.
Manakala kerusi Dun Kota Damansara di bawah
Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR.
Cadangan ini diputuskan dalam mesyuarat
Jawatankuasa Harian PAS yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Abdul Hadi sendiri.
Dengan
keputusan terbaru itu, kesemua kerusi tersebut bakal menyaksikan pertandingan
satu lawan satu antara calaon Pakatan Rakyat dengan calon BN.
*****
Sudah
lama benar rakyat disogokkan dengan publisiti dan propaganda murahan oleh BN
yang mengamalkan doktrin politik ugutan, politik umpanan, politik fitnah, politik
perkauman, mensensasi isu2 agama, memperbodohkan inteligen rakyat, budaya memecah belah
dan melaga-lagakan.
Rakyat Malaysia mendambakan barisan kepimpinan yang
lebih amanah dan bermaruah yang boleh memacu Negara Malaysia ini ke tahap yang
lebih tinggi.
Saya
ambil contoh kalau dulu dari segi ekonomi kita setara dengan Singapura dan
Taiwan tapi kini kerana banyak kebocoran, rasuah dan tidak ikhlas mentadbirurus
maka Malaysia di tinggal jauh ke belakang. Pendapatan per kapita Malaysia pada
masa ini ialah USD9,000 dan mensasarkan USD15,000 pada tahun 2020 sebagai Negara
maju sedangkan Taiwan pada masa kini sudah mencapai USD15,000 pendapatan per
kapita dan akan mencapai USD30,000 pada tahun 2020. Yang sadisnya ini berlaku dalan suasana Malaysia adalah
sebuah Negara yang kaya dengan hasil semulajadi termasuk minyak, balak dan hasil2 komoditi berbanding Taiwan atau
Singapura.
Apa yang
hebat sangat pemimpin BN ini yang sudah di beri peluang memerintah selama 55
tahun? BN bukan memacu Negara ke tahap sepatutnya tapi memandu dengan sangat
slow dan lembab. Pecahkan mitos bahawa hanya BN yang boleh memerintah Negara. Bangkitlah
Rakyat Malaysia sekelian.
Ini
Kalilah !!
UBAH demi
generasi masa depan yang gemilang.
@@@
No comments:
Post a Comment