Entah mengapa saya dan ramai orang yg rasa teruja mendapat khabar Dr Sam di pilih menjadi pengerusi PN. Ia seolah memberi nafas baru yang segar. Dr Sam bagi saya mewakili generasi pemimpin baru yang berwibawa untuk mengambil alih peranan para pemimpin wargaemas atau muka2 lama yang semacam sudah dibosani atau corak politik style lama yang sudah tepu. Moving forward Dr Sam dilihat sebagai tokoh yang boleh memberi impak positif. Tahniah kerana dilantik sebagai pengerusi PN. Insya-Allah calon yg layak untuk PM-11. Kita doa yang baik-baik.
*****
KEPIMPINAN SEJAHTERA, TAK PERLU DRAMA
Pelantikan Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Ketua baharu Perikatan Nasional memberi satu isyarat yang jelas bahawa PN memilih pendekatan kepimpinan yang sejahtera dan matang.
Orang ramai hari ini sebenarnya sudah letih dengan politik yang terlalu banyak drama, terlalu banyak sindir-menyindir dan perang kenyataan di media sosial. Apa yang rakyat mahu ialah kestabilan, kejelasan hala tuju dan pemimpin yang boleh dipercayai.
Ir Dr Sam dikenali sebagai seorang yang bekerja dalam diam tetapi hasilnya nyata. Sepanjang mentadbir negeri, jarang kita dengar konflik terbuka atau pergaduhan politik yang tidak berkesudahan.
Namun seperti biasa dalam politik, bila seseorang naik dan mendapat perhatian, serangan pun mula datang. Sejak pengumuman pelantikan ini, kita dapat lihat akaun-akaun palsu dan profil tidak dikenali mula menyerang, menyebarkan persepsi dan cuba membina naratif negatif.
Bila hujah sukar dicari, serangan peribadi dan permainan persepsi akan digunakan. Tetapi orang ramai hari ini semakin bijak menilai. Mereka boleh bezakan antara kritikan berasas dan serangan terancang.
Hakikatnya, kepimpinan bukan diukur melalui sekuat mana kita menyerang lawan, tetapi sejauh mana kita mampu membawa kestabilan dan keyakinan. Negara memerlukan suara yang rasional, bukan emosi.
Akhirnya, rakyat tidak menilai melalui bunyi paling kuat di media sosial. Rakyat menilai melalui rekod, kestabilan dan keikhlasan memimpin. Kepimpinan yang tidak banyak drama selalunya lebih lama bertahan.
Good luck Ir Dr Sam.
@@@
