Please CLICK

Tuesday, July 28, 2020

NAJIB BERSALAH


JURISDICTION

Need to belief in our jurisdiction system, the official power to make legal decisions and judgements, to realize the Rule of Law. Else, Rule of the Jungle shall take over.

*****

12:17pm:

The defence has failed to establish beyond reasonable doubt the charges of CBT against the accused, says Justice Nazlan As the shadow director, he was entrusted with the property and with dishonest intention had misappropriated and used for himself the RM42mil.

"I therefore find the accused guilty and convict the accused on all seven charges."

*****

Malaysia's former Prime Minister Najib Razak has been sentenced to 12 years in jail and fined 210 million ringgit (49.40 million U.S. dollars) for abuse of power.

sumber ~ https://news.cgtn.com

*****

Semoga Datuk Seri dikurniakan ketabahan dan mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Peluang ini gunakan untuk mencari makna sebagai hamba-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya, bermuhasabah dan memohon keampunan kepada-Nya.

Manusia boleh menzalimi, tetapi Allah SWT Maha Adil lagi Maha Mengetahui.

Kami doakan kebaikan kepada Datuk Seri.

~Muhammad Rif'aat Razman

*****

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Saya tak boleh kata saya faham apa yang dato lalui... Tapi doa saya agar dato terus sabar kerana sesungguhnya Allah yang lebih mengetahui segala yang berlaku dan hikmah disebaliknya.

~Jules Roslan-Walker

*****

Dato Sri , kami ikut Rule of Law dan bukan undang undang Rimba .  Walaupun kini bukan Perdana Menteri ataupun memegang apa apa jawatan penting, tapi kami dan Rakyat tetap bersama Dato Sri . Stay strong Dato Sri . Salam dari Parti Cinta Malaysia.

~Huan Cheng Guan

*****

Dato sri, thank you for the development that you have done. Ive read your blueprint for a developed malaysia. Sleep it off, fight tomorrow. Ill be behind you by heart.

~Jazeli Zul

*****

KENYATAAN MEDIA KETUA PEMUDA PAS

KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI TERHADAP DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK

 
[1] Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong penuh kenyataan Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang berhubung pendirian PAS terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020 ke atas  Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
 
[2] Keputusan yang dibacakan oleh Yang Arif Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali ini membuktikan sistem keadilan di Malaysia BEBAS TANPA kongkong atau manipulasi pihak Kerajaan Perikatan Nasional. Ia juga membuktikan Kerajaan Perikatan Nasional yang telah dibentuk pada 23 Februari 2020 adalah kerajaan yang telus dan menghormati prinsip pengasingan kuasa dan mendokong prinsip kedaulatan undang-undang.
 
[3] Walaupun proses di Mahkamah Tinggi telah berakhir, Dato Seri Najib Tun Razak masih mempunyai dua lagi peluang untuk merayu sabitan dan hukuman ini iaitu melalui Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Hak ini adalah dijamin di sisi Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang sedia ada di Negara ini. Maka sewajarnya, para penyokong Datuk Seri Najib dapat terus bersabar dan bertenang.
 
[4] Pemuda PAS akan terus memperkasakan hubungan Pemuda Muafakat Nasional bersama-sama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) dan akan menzahirkannya melalui bantuan dan kerjasama Pemuda PAS dalam menghadapi PRK DUN N58 Slim yang dijadualkan bermula 15hb Ogos 2020 (Penamaan Calon) sehinggalah 29hb Ogos 2020 (Mengundi).

Ir. Hj. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN 
Ketua Pemuda PAS Malaysia
29 Julai 2020
_______________
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10213338622698423&id=1783986082

******

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

PAS mengambil sikap akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini.

PAS menghormati proses mahkamah yang berteraskan prinsip Kedaulatan Undang-Undang (Rule of Law) yang didukung oleh Kerajaan Perikatan Nasional.

PAS yakin Datuk Seri Najib akan memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk mendapat keadilan di mahkamah ke peringkat seterusnya.

Walau dalam apa keadaan sekalipun, PAS menzahirkan komitmen bersama UMNO dalam Muafakat Nasional di samping terus memperkukuhkan Kerajaan Perikatan Nasional.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 7 Zulhijjah 1441 / 28 Julai 2020

*****

Sebuah sejarah telah tercipta. Pelbagai terjemahan diukir. Proses jurisduksi kes ini akan bersambung lagi. Selagi kita masih percaya kpd sistem kehakiman @keadilan negara, maka kita juga perlu terima keputusan yg telah dibuat melalui sistem ini, without fear or favor. Itu asasnya.

Sebuah sistem kehakiman adalah independent dan membicara kes berdasar hujah, fakta, dan bukti yg di bentangkan sepanjang perbicaraan sesuatu kes itu. Kekadang keputusan itu against your favour, itu lumrah. Tapi yg penting kena terima keputusan mahkamah.

Step seterusnya ialah membawa kes ini ke mahkamah rayuan pula. Semoga yg benar tetap benar & yg salah tetap salah. Ini mahkamah dunia.

Di akhirat yg kekal abadi nanti, mahkamah yg kemuncak. Tidak siapa pun akan terlepas drp keadilan @timbangan @perkiraan yg memberi judgement hakiki. The truth, nothing but the truth.


#TheVerdict

Monday, July 20, 2020

ANALISA POLITIK



Melihat kpd senario politik semasa, pelbagai kemungkinan bisa berlaku. Suasana politik negara masih hangat dan membara sebenarnya. Umpama api dlm sekam. Bisa meletup bila-bila masa sahaja.

Pelbagai kelompok dan blok muncul secara rasmi atau tidak rasmi atau sembunyi-sembunyi. Blok yg sudah rasmi seperti blok PH dan blok PN dan blok MN, juga terdapat arus pergolakan yg jika tidak dapat dikawal, boleh porak peranda juga.

Jadi arah tuju politik negara masih bergelora. Walaupun kerajaan PN di bwh TSMY tampak mcm steady dan masih under control dan rakyat pun nampak selesa, tapi badai dan ombak yg menghempas tentu saja boleh menyebabkan kapal bergoyang malah boleh karam jika ia terus mengganas.

Untuk mendapat perspektif daripada pakar dan penganalisa yg muktabar, wajar kita hadam artikel menarik ini. Hasil karya seorg tokoh yg diiktiraf dlm bidangnya..


Edwin Michael currently works at the Department of Journalism, Universiti Tunku Abdul Rahman. Edwin does research in Communication and Media and Race, Ethnicity and Politics. 

*****

KAMPAR – Pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional yang diteraju oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini terlalu jauh lebih bagus berbanding dengan kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

Edwin Michael, Pensyarah Sains Politik dan Kewartawanan di Universiti Tunku Abdul Rahman, membincangkan perkara itu laman Facebook miliknya.

Berikut merupakan tulisan beliau yang diterbitkan hari ini:

UMNO dan PAS membentuk Muafakat Nasional. Tindakan bijak ini bukan sahaja memberikan kelebihan dalam mendapatkan undi orang2 Melayu tetapi juga berjaya kukuhkan politik Melayu yang selama ini retak teruk.

Gabungan MN bersama PPBM dan membentuk PN ini dilihat akan terus mantapkan politik Melayu di negara ini. Dalam erti kata lain, hak dan kepentingan masyarakat Melayu akan lebih terjamin tanpa menafikan hak kaum minoriti.

Kekuatan politik Melayu adalah akar kestabilan sosioekonomi negara ini. Ini terbukti sepanjang 60 tahun negara dibawah BN. Dibawah PH pula ketegangan kaum adalah yang paling teruk dalam sejarah politik negara. Maka dibawah PN kita jangkakan Malaysia akan dapat kekalkan kestabilan politik dan sosioekonominya.

Apakah prestasi PN mengecewakan? Saya kata tidak berdasarkan kepada dua perkara utama iaitu kejayaan kerajaan PN dalam mengawal Covid19 dan juga keprihatinan kerajaan PN dalam menjaga kebajikan rakyat melalui pakej2 rangsangan ekonomi yang ternyata disambut baik oleh rakyat. Walau ada kelemahannya yang tersendiri, itu tidak membantutkan usaha kerajaan PN dalam menjaga rakyat.

Adakah rakyat protes secara terbuka dibawah kerajaan PN? Tiada. Rakyat berasa selamat, tidak gusar dan meletakkan kepercayaan penuh kepada pemulihan ekonomi yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan PN. Tidak seperti ketika PH memerintah, saban hari ada saja rungutan rakyat tentang sesuatu keputusan kerajaan yang hanya untungkan kroni dan mereka yang rapat dengan pemerintah.

Perdana Menteri PN yang berkerja untuk rakyat. Bukan Perdana Menteri PH yang bekerja untuk kroni dan melabelkan rakyat pemalas.

Kerajaan PN bersama-sama MN telah membentuk satu perikatan politik yang stabil dan tiada apa-apa konfrontasi dengan kuasa asing yang memberikan pulangan positif dalam sektor pelaburan negara.

Perikatan parti politik yang stabil, diterima secara terbuka oleh rakyat dan mengutamakan kebajikan rakyat adalah perikatan yang pastinya akan menang dalam PRU15 nanti. PH telah buktikan ianya gagal dalam soal menjaga rakyat dan telah jahanamkan aset-aset negara serta Petronas.

Hanya satu masalah PN iaitu rakyat terpaksa hadap wajah-wajah seperti Azmin Ali, Zuraida, Rina Harun, Saifuddin Abdullah yang dilihat tiada ‘wow factor’ sebagai menteri PN.

PN ada kelebihannya untuk menang PRU15 namun ini harus mengambil kira dengan penyertaan GPS dan juga parti komponen yang lain seperti MIC dan MCA. Jadi mustahil PPBM mahu bertanding menentang MN yang pastikan akan pecahkan undi melayu dan berpotensi untuk berikan kemenangan kepada PH. Maka gabungan MN dan PPBM harus dilihat dari sudut positif.

Ingat, kerajaan tanpa DAP umpama kebun tanpa babi.

PRU15 ini lebih kepada menjaga kebun yang bakal berikan hasil tanaman yang baik dan halau babi-babi yang mahu rosakkan tanaman-tanaman ini.

@@@

Monday, July 13, 2020

SESI PARLIMEN KECOH


Usul PM TSMY Utk Tukar Speaker Dewan Rakyat:

Setuju : 111
Tolak   : 109

Kesimpulan: Majoriti MP setuju kpd usul itu untuk diluluskan oleh parlimen.

Pihak PH+ ada 109 MP ropanya, bukan 129 seperti yg di war2kan. Anyway gomen of d day mmg brada on thin ice. Kedudukan yg 50-50 either way. Ada byk desakan utk bubar parlimen termasuk drp KP Umno sebenarnya. Untuk dapat krajaan yg lebih stabil & kuat, katanya.

Skrg nampak mcm ada 3 blok iaitu PN, PH & Bebas (madey & gang + warisan). Kalau di bubar parlimen, diadakan pru15, bagaimana senerionya?

~ Adakah akan lwn 3 penjuru?
~ Atau PN (tanpa pbbm) vs PH atau bagaimana?
~ Atau PH+ vs MN?

Kalau boleh biar la gomen MN di bwh tsmy merintah sampai akhir penggal ni, then baru bubar parlimen. Tapi tengokkan perangai  & songeh all politikus di sesi parlimen tadi, mcm2 boleh jadi rasanya. 🤔

Kita tengok some of the comment perihal sesi parlimen yg berlangsung hari ini...

*****

TAHNIAH PERDANA MENTERI DAN TERIMA KASIH TAN SRI DATO' MOHAMAD ARIFF BIN MD YUSOF DI ATAS KHIDMAT CEMERLANG

Dewan Rakyat baru sahaja meluluskan usul menukar Yang Dipertua Dewan Rakyat dengan 111 menyokong berbanding 109 menentang. Kejayaan usul ini sekaligus merupakan satu simbolik bahawa Perdana Menteri mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen untuk meneruskan pentadbiran.

Tiada lagi istilah kerajaan pintu belakang. Tidak perlu lagi mempertikaikan keabsahan kerajaan ini. Paling penting, terima kasih Tan Sri Dato’ Mohamad Arif yang bertindak cukup professional dalam memberikan laluan kepada usul ini. Bahkan beliau memberikan ruang kepada Timbalan Speaker untuk mengendalikan usul memandangkan beliau menjadi pihak yang berkepentingan.

Ini contoh seorang yang professional. Saya fikir, individu sebegini boleh diberikan kepercayaan untuk memikul amanah penting yang lain.

Tahniah Perdana Menteri.

AHMAD FADHLI SHAARI,
Ahli Parlimen Pasir Mas.
13 Julai 2020 / 1.11pm

*****

Hebatnya Menteri dan MP Parti Politik yang Bernama PAS

Saya mengikuti siaran langsung persidangan parlimen melalui laman web RTM pagi tadi. Saya bukan orang cergas politik. Saya tidak pernah ikuti perbahasan parlimen sebelum ini. Tertarik untuk ikutinya sebab heboh ada usul pelantikan Speaker Parlimen baru pagi tadi. Mengikuti secara langsung, saya mendapat beberapa gambaran baru tentang ahli politik daripada PAS. Mereka cukup hebat dan berkredibiliti.

Saya sebelum ini tidak tahu standard pembahasan Ahli Parlimen (MP) mereka. Biasanya menyebut PAS, orang biasa menggambarkannya sebagai parti pak lebai atau pemikiran lapuk kampung. Namun, mendengar perbahasan tiga MP PAS tadi saya agak terkejut dan kagum. PAS rupanya mempunyai pemimpin yang cukup matang dan berkualiti.

Dato' Takiyuddin bin Haji Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) contohnya, berbahas dengan rasional, tenang dan menggulung hujah kerajaan dengan baik berdasarkan fakta-fakta perlembagaan. Mencari butiran di internet, rupanya beliau pernah menjadi Majistret di Kota Bharu dan Pasir Mas tahun 80-an dan pernah menjadi AJK Eksekutif Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika di bawah DYMM Agong kini sebagai Presiden.

Begitu juga seorang ustaz dalam PAS, Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali yang diangkat sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Terkejut mendengar seorang ustaz berbicara tentang ekonomi dan perladangan industri buluh. Berfakta dan ada misi kementerian yang jelas. Rupanya, beliau juga seorang tokoh korporat dan ahli perniagaan sebelum menjadi menteri. Beliau seorang lulusan PhD, begitu juga seorang lagi MP PAS daripada Pasir Puteh yang berbahas menyokong usul, juga berkelulusan PhD.

Pada masa yang sama, saya sangat terkejut dengan tiga MP Parti Amanah, termasuk presidennya dan MP kawasan saya. Gelagat mereka macam budak-budak pra-tadika. Perkataan ‘bodoh’ dan sikap tidak ikut peraturan mesyuarat diperlakukan tanpa rasa bersalah. Apalah malang bagi negara kerana mereka sebelum ini terpampang di TV sebagai menteri. Sekurang-kurangnya, bersikaplah profesional. Malulah kita sebagai orang Melayu dan Muslim.

Dr. Nabila Din
Shah Alam
13 Julai 2020, 1.20pm

*****

I haven't been an MP for very long, only since 2008.

But today is the worst day in our Parliamentary history.

I will not be exaggerating to say that the institution of the Parliament has been thoroughly raped by the Executive today.

I've sat through the times when BN was in government.  It was bad. But this is the absolute worst.

The Deputy Speaker became a tool of the Executive. He can't even make proper rulings and relied on the Minister in the PM's Dept to answer on his behalf.

The speaker of the House was sacked unilaterally for no reason, as if the Speaker is part of the executive arm when the Parliament is one of the independent pillars of our democracy (or what's left of it).

Worse the Parliament standing orders require a 14 day nomination notice for the election of a new speaker and none was given. The executive bulldozed all parliamentary standing orders and conventions. A new Speaker was appointed immediately without a single vote taken.

The most laughable was when the new Speaker was taking his chair amidst the commotion - his first very stern words to try and return 'order' - "This is Parliament!!"

I almost fell off my chair. I couldn't believe the irony of it. And the irony of the rest of his speech proclaiming the "independence of Parliament". All with a straight face of course.

When YB Shah Alam mocked his speech, the Speaker's very first executive action was to suspend Shah Alam for the rest of the day's sitting. What a magnificent way to stamp your mark in Speakers' history.

I couldn't stand remaining in the House with the sheer nonsense that's taking place.  I walked out in solidarity with my Shah Alam comrade.

Today is the most disgraceful day I've witnessed in our parliamentary history. And yes, it was worse than even Najib era.

Tony Pua.

*****

Alhamdulillah, hari pertama Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 (2020) baru sahaja selesai.

Tahniah kepada  Datuk Azhar Azizan @ Harun yang dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat ke-10, menggantikan Tan Sri Dato' Mohamad Ariff Md Yusof.

Di sini saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff atas khidmat beliau sepanjang menjadi Yang Dipertua Dewan yang mulia ini.

Tahniah juga kepada Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said kerana dilantik Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu  menggantikan YB Nga Kor Ming.

Saya berdoa agar perjalanan Dewan Rakyat akan berlangsung secara adil, berpaksikan kepada Perlembagaan Negara.

TSMY

*****

Mungkin rakyat marhaen seperti saya ini tertanya-tanya knapa usul agar kerusi speaker dikosongkan kerana ada calon lain ini di jadikan usul pertama krajaan pada sesi parlimen kali ini?

Sedangkan ramai yg berpandangan bahawa speaker TS arif telah menjalankan tugasnya dgn baik dan neutral.

Well saya rasa jawabannya simple saja. Gomen of d day has their own preference. So gomen of d day wanna put his preferred calon itu mengisi post yg penting ini. Full stop.

Its always gonna be various school of tots. End of d day, gomen d day has the right to prioritize this usul, and decided by votes. Which they won. Lets see the performance of this new guy and his deputy pulak. Life must go on.

@@@

Wednesday, July 8, 2020

PENYOKONG TEGAR TM


Semalam saya borak dgn seorang Dato berkenaan politik negara. Daripada bicara kami, saya dapat nilaikan yg dia ini penyokong TM dan PH. Dia tak suka dsai & the rest of the world. Dia highlight krajaan PN back to square one mcm BN krana melantik politician mengepalai GLC. Dia juga kata time covid ni, kalau krajaan PH masih berkuasa tentu inisetif2 kebajikan utk rakyat akn juga dilaksanakan. Juga dia persoalkan perlantikan non-politician ke jawatan menteri seperti Dr Zul & Tg Zafrul. Namun dia juga berpendapat bahawa PH telah terlepas peluang keemasan untuk menjadi kerajaan yg baik yg boleh lama memerintah. PH katanya tidak akn dapat peluang sebegitu lagi sampai bila2.

Beberapa pandangannya agak kontradik, namun sentimen pro TM dan anti PN telah mengatasi sgalanya. Tiada hujah saya yg mahu diterimanya dgn tenang. Saya lontarkan contoh mahu percaya kpd LGE atau Tg Zafrul? Mahu percaya kpd Dr Zul atau Mujahid? Life is about choices. Both of our choices are quite obvious.

Saya menyatakan pandangan bahawa tsmy wajar menerajui krajaan hingga akhir penggal. Feel good factor telah kembali. Rakyat rasa aman dan selesa. Krajaan boleh tumpukan kpd kebajikan rakyat dan pemulihan ekonomi. Even umno & pas sudah menyatakan backing mereka kpd tsmy sebagai PM hingga PRU15.

Come PRU15 a different ball game can happen. Banyak juak2 umno yg hangat menyucuk agar umno mengambil alih kuasa dan tidak sekadar menjadi pak turut dlm PN. Ada yg tak puas hati krana presiden & timbalannya tidak diberi jawatan. Ada jugak dok pelaga pas kerana diberi jawatan2 yg sampingan dan skadar pak turut juga.

Geng PH biasalah mencari sgala kekurangan utk di bantai. Dok cucuk kasi pas & umno bergaduh pun byk especially perihal pembahagian kerusi.

My stand is PN under tsmy is reasonably good. He manage to bring back the feel good factor. "Kita tak dengar apa skrg ya, relax je," luah sahabat saya nazrin seorang supervisor operasi. Tiada lagi rasa serabut atau rasa kedaulatan negara tercalar, atau maruah org islam dan ketuanan  bangsa melayu di usik.

Anyway saya terhutang budi kpd PH hanya satu seingat saya, bayaran tol yg di diskaunkan. Dulu bayaran tol rm5.60 dari BB ke tol jln duta, kini rm4.90. Yahoo.

PH mungkin cuba jadi baik dan menyalahkan BN dan dsnr atas sgalanya. Tapi lupa utk ambk peduli hal ehwal rakyat marhaen. Kos hidup terus meningkat, harga barang mahal, tiada apa yg boleh dibanggakan. Kerana negara byk hutang, hampir bangkrap. Katanya. Lesap byk aset strategik negara termasuk di TH di jual secara pukal tanpa peduli lagi. Hampir semua janji2 yg dibuat telah dicapatikan tanpa malu atau rasa bersalah menipu rakyat yg telah beri undi dan mandat. Byk blunder yg telah berlaku. Kini pula satu per satu tabiat luar tabii PH dilondehkan utk tatapan umum. PH bukanlah suci sangat ropa2 nyer.

Tup tup PN takeover, menteri kewangan, seorg profesyenal dan pakar dibidang kewangan dan perbankan bagitau our financial is good and sound. Di ikuti dgn pelbagai insentif dan pakej kewangan dan ransangan ekonomi di perkenalkan  bagi meringankan bebanan rakyat dan merancakkan kegiatan ekonomi. Sapa menipu ni? LGE atau Tg Zafrul?

Pandemik covid-19 yg menjadi isu global juga telah berjaya ditangani dgn baik oleh kerajaan PN yg memerintah. Juak2 PH terus terhegeh-hegeh mencari isu untuk diviralkan, namun not much carry weight.

Kini PH terus berpecah dgn isu sapa calon PM-9? TM terus menidakkan dsai peluang jadi PM. Dia corner sana belok sini, tapi yg sebenarnya TM tak mau dsai jadi PM, knapa ya? Tiba2 muncul safaei afdal sebagai calon PM & mukhriz sebagai calon TPM. Nasib baik la PKR ada telor utk tidak layan kehendak TM nak jadi PM balik.

Saya sebagai org bishe bishe, ingin lihat dwi parti system di PRU15 nanti. Saya nak MN vs PH. Jangan 3 penjuru mcm PRU14. Agar rakyat ada clear choice pilih A atau B. Yang nak menyibuk sebagai calon2 bebas tu lantak pi la kan, make no different. By then calon PM bagi kedua2 belah pihak akan lebih jelas. Maybe dsai vs tokmat. Atau rafizi vs kj. Atau Ezam vs Azmin. Who knows.

@@@

Thursday, July 2, 2020

PEMBAHAGIAN KERUSI



PEMBAHAGIAN KERUSI

Cabaran sebenar akan dirasai bila hampir PRU 15 nanti dalam pembahagian untuk calon kerusi parlimen dan DUN.
Jika UMNO dan PAS mampu menterjemahkan kesefahaman dalam MN didalam perkara ini, MN akan dilihat parti gabungan yang ikhlas membela rakyat. Jika berlaku persengketaan atau kenyataan mana individu yang tidak berpuas hati dengan pencalonan samada dari umno atau PAS, maka rakyat akan nampak bahawa masing-masing masih ada agenda peribadi yang diperjuangkan, dan bukan ikhlas membawa agenda muafakat nasional.

#pandangan dari rakyat biasa

******

Yg lebih utama melayu, islam, bumiputera wajar di perkasa melalui blok MN. Parti2 lain skadar komponen sokongan. Smoga bisa meraih 60% kerusi parlimen. Untuk melawan blok PH atau yg sewaktu dgn nya, yg mungkin byk bergantung kpd majoriti sokongan non-malays, non-muslim. Wallahu'alam.

*****

Bagi saya sanggupkah umno terus meredhokan PAS menguasai kelantan, kedah, & terengganu? Dan umno fokus kpd 9 negeri yg berbaki di semenanjung. Itu bagi saya key factor dlm perjuangan & persefahaman, menuju  pembahagian kerusi dan strategi bersama. Wallahu'alam.

*****

PRU15 adalah peluang besar sebenarnya untuk blok MN mendapat mandat rakyat bagi membentuk sebuah gomen yg solid, kukuh dan kuat ala-ala BN satu masa dulu. Gomen yg di kontrol melayu islam, insya-Allah. Bezanya ia akan jadi lebih baik drp zaman BN dulu, krana proses pemutihan dan pengislahan diri telah berlaku dan ke hadapan. Gomen yg lebih telus dan berjatidiri harapnya akan mengambil alih tampuk pemerintahan negara untuk memacu ke arah kesejahteraan rakyat, kestabilan negara, dan pengukuhan ekonomi. Apa pun MN wajar membuktikan dlm masa yg berbaki ini progres ke arah itu kerana cakap saja atau teori saja tiada gunanya. Rakyat mahu lihat ia di paparkan dan dibuktikan secara real di bumi bertuah ini. 

@@@
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...