Please CLICK

Thursday, March 21, 2019

KERJASAMA UMNO-PAS




Kerjasama antara dua parti melayu @islam terbesar negara iaitu Umno dan PAS akan menjurus kepada sistem dwi parti  pada PRU15 nanti.

Ini merupakan keadaan yg mantop bagi sebuah negara yg matang dlm mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.

Namun ia kurang di senangi oleh sesetengah pihak terutamanya pihak PH. Kenapa? Salah satu sebabnya ialah kejayaan PH mengalahkan BN di PRU14 banyak dibantu oleh pertandingan 3 penjuru (atau lebih) iaitu antara calon PH, BN dan PAS (termasuk calon2 bebas atau parti2 lain). 

Terdapat sekurang-kurangnya 30 kerusi parlimen yg dimenangi PH di PRU14 yg mengambil advantage pembelahan undi melayu antara Umno dan PAS.

Jika Umno dan PAS mencapai konsesi untuk meletakkan satu calon samada mewakili PAS atau Umno untuk melawan 1 lwn 1 berdepan calon PH, maka calon PH bakal tergugat besar malah mungkin boleh kecundang terus.

Justru situasi ini sangat bahaya sebenarnya bagi survival kerajaan sepenggal PH ini. Apatah lagi dgn publisiti dan persepsi negatif di mata rakyat marhain perihal kerajaan PH yg gagal setakat ini memenuhi aspirasi rakyat. 

PH di lihat tidak berjaya mengotakan janji-janji manis yg mereka janjikan pada PRU14 tempoh hari. Harapan yg disandarkan kepada PH pasca PRU14 untuk membawa perubahan yg memberi impak positif kpd rakyat masih jarang-jarang terzahir.

Kerjasama antara Umno dan PAS merupakan satu proses. Tentu akan ada bertimbun cabaran dan ujian. Kematangan para pemimpin dan ahli sangat membantu. Usah terpengaruh dgn dakyah, fitnah atau adu domba musuh.

Negeri-negeri yg di perintah Umno @BN iaitu Pahang & Perlis, biar kekal dgn BN. Teruskan agenda kepentingan rakyat.

Manakala Kelantan & Terengganu biar terus indah di bawah PAS. BN membantu apa yg patut. Usah timbulkan isu2 remeh seperti soal wujudkan semula panggung2 wayang. Fokus kpd agenda2 utama seperti mewujudkan peluang2 pekerjaan, isu kebersihan dan bekalan air bersih.

Di negeri seperti Perak dan Kedah, mungkin boleh lihat kpd perspektif kerajaan campuran untuk menggantikan PH.

My point here is that, kerjasama Umno dgn PAS wajar di lihat dan di urus secara makro dan big picture agar aspirasi rakyat dapat diambil kira. Penuhi vacum yg ada atas kekecewaan rakyat hasil harapan palsu kerajaan PH.

Kerjasama Umno-PAS yg kini mula disokong sama oleh parti komponen BN seperti MIC & MCA jelas menjadi ancaman besar kpd PH. Maka tidak heran jika label2 saiko mula di canangkan oleh PH terutamanya DAP termasuklah "pengistiharan perang" & "negara taliban."

Kerjasama Umno-PAS adalah agenda penyatuan ummah yg bisa mencorakkkan lebih 75% sokongan pengundi melayu kembali menolak PH.

Keputusan di PRK Cameron Highlands & Semenyih jelas menyokong mood rakyat terutamanya pengundi melayu yg mula bosan dgn PH. PRK Rantau yg menyusul khabarnya juga akn memihak kpd BN. Jika ini berlaku, maka PH kalah secara hatrick. Dan ini sungguh memalukan dan melukakan PH sebagai parti @kerajaan memerintah. Bahaya ooo...

Til then.... juak2 PH kena kerja kuat utk pecahkan @gagalkan kerjasama ini for their own survival.

Ungkitkan kisah2 lama, keratan paper2 lama & video2 lama...๐Ÿ˜†

Saya memetik komen seorang sahabat yg bijak dan cakna rakyat, di grup WA Bicara Politik Kedai Kopi yg menyatakan....

"Daripada pecahkan kerjasama ni lebih baik tingkatkan usaha khidmat pada rakyat...supaya rakyat boleh menilai.

2-party system should be the way forward for Malaysia as we use Westminster democracy."

@@@

Sunday, March 10, 2019

KERUSI PANAS


Melihat kpd suasana politik semasa, terutama berkenaan kerjasama antara dua parti melayu islam terbesar tanahair iaitu Umno dan PAS, tidak dapat tidak ia bakal memberi dimensi baru pasca PRU14.

Jika MOU antara kedua parti ini menjadi mantop menuju ke PRU15 nanti, maka kebentukan dwi parti sistem dlm PRU mungkin menjadi nyata.

Ini akan menggugat status quo banyak kerusi parlimen yg kini di sandang PH hasil majoriti nipis kerana pertandingan 3 penjuru.

Kerjasama Umno-PAS ini sangat bahaya untuk survival PH. Jadi ini tidak boleh di biarkan berlaku begitu saja tanpa ada usha bersungguh2 memadamkannya by hook or by crook.

PH wajar mencemar @menghuduh imej PAS semahunya agar kerjasama Umno-PAS ini gagal, demi kelangsungan PH.

Kebobrokan BN dgn sejarah 60 tahun memerintah yg korup dan gagal mesti di semarak agar rakyat tidak lupa.

Rakyat faham dan tidak salahkan PH dlm soal ini ๐Ÿค”

Kerusi2 panas ini sudah cukup menjadi asbab utk make sure kerjasama Umno-PAS ini mesti di gagalkan @di porak perandakan krana ia bukti kukuh PH semakin goyah & terancam ๐Ÿค”

DAP dan sekutunya mula terasa bahang @kepanasan bila melayu @muslim mula bersatu.

Sekurang-kurangnyร  ada 30 kerusi panas yg menjadi perhatian jika BN dan PAS dapat bersetuju dgn pembahagian agar menjadi 1 lwn 1 dgn calon PH.

@@@

Berikut senarai kerusi-kerusi parlimen yg panasssss...

1. Kangar
Ph 20,909
Bn  + PAS = 23,771

2. Jerlun
Ph 18,695
Bn + pas  = 25,242

3. Kubang pasu
Ph 29,984
Bn + pas = 30,350

4. Pokok sena
Ph 28,959
Bn + pas  = 41791

5. Kuala kedah
Ph 36,624
Bn + pas = 36,624

6. Merbok
Ph 30,902
Bn + pas = 40,448

7. Sungai petani
Ph 45,532
Bn + pas = 46,723

8. Padang serai
Ph 31,724
Bn + pas = 38,360

9. Kulim bandar baharu
Ph 23,159
Bn + pas = 31,184

10. Parit buntar
Ph 16,753
Bn + pas = 25,967

11. Tambun
Ph 38,661
Bn + pas = 48,289

12. Lumut
Ph 21,955
Bn + pas = 31,690

13. Tanjung malim
Ph 24672
Bn + pas = 29,625

14. Raub
Ph 20,659
Bn + pas = 25,366

15. Indera mahkota
Ph 28,578
Bn + pas = 35,143

16. Kuantan
Ph 22,807
Bn + pas = 28,363

17. Temerloh
Ph 23,998
Bn + pas = 36,828

18. Bentong
Ph 25,716
Bn + pas = 29,390

19. Sungai besar
Ph 17,350
Bn + pas = 23,856

20. Hulu selangor
Ph 40,783
Bn + pas = 44,012

21. Kuala selangor
Ph 29,842
Bn + pas = 29,879

22. Kapar
Ph 47,731
Bn + pas = 57,837

23. Kuala langat
Ph 43,239
Bn + pas = 44,858

24. Titiwangsa
Ph 23,840
Bn + pas = 26,546

25. K. pilah
Ph 18,045
Bn + pas = 22,192

26. Tampin
Ph 22,435
Bn + pas = 26,031

27. Tangga batu
Ph 32,420
Bn + pas = 36,722

28. Sri gading
Ph 21,511
Bn + pas = 22,771

29. Tanjung piai
Ph 21,255
Bn + pas = 23,693

30. Putatan
Ph 14,106
Bn + pas = 14,201

Jika dicampur semua jumlah kerusi

BN 79 + PAS 18 + 30 (krusi panas)
 = 127 kerusi parlimen

**nota: BN 79 ~ 40 + 10 yg lompat + 19 sarawak + 10 lain2 ☺

@@@

Kerisauan yg real jika kerjasama  Umno-PAS terus mengukuh. Semua negeri bakal terancam. Cuma Penang je agak slamat bagi PH.

Sabah dan Sarawak pula selalunya skadar mengikut arus.

Pada PRU14 Umno-PAS captured 75% of the malay votes.

Any swing for the remaining 25% malay votes towards Umno-PAS will change the current political landscape ๐Ÿค”

Malay voters account for nearly two-thirds of the electorate.

Apakah telahan sesetengah pihak bahawa PH cerah masa depan sebagai Kerajaan Se Penggal akan menjadi benar? Wallahu'alam.

#PolitikItuGila
#ApaPunBisaTerjadi

Sunday, March 3, 2019

SEMENYIH - Satu Analisa



Setelah PRK Semenyih berlalu, maka apa yang dapat di simpulkan daripada keputusan yang telah dibuat oleh rakyat @pengundi Semenyih?

Pada satu perspektif, sudah mula jelas kelihatan bahawa majoriti orang melayu @islam sudah kembali menyokong pakatan @kerjasama Umno-PAS. Manakala orang cina solid memilih PH sebagaimana yang berlaku di PRK Cameron Highland beberapa bulan yang lalu sebagai meneruskan citarasa mereka diPRU14. Namun pola sokongan daripada orang melayu @islam sudah mula berubah.

Swing yang berlaku ini sangat signifikan dan wajar untuk tidak dipandang sebelah mata oleh PH. Sedangkan PH begitu all out turun berkempen bagai nak rak di Semenyih oleh nama-nama besar barisan kepimpinan PH termasuk TM sendiri, DSAI, Azmin Ali yg menjadi pengarah PRK, dan lain-lain pemimpin PH yg sewaktu dengannya. Kalau diikutkan memang PH confiden boleh kekalkan kerusi sandangan mereka ini, tapi yg sebaliknya telah berlaku. What happen?

  
Pada PRU14 PH menang bergaya dengan majoriti hampir 9K (peratus turun mengundi: 87.9%) tapi kali ini kalah teruk dengan majoriti hampir 2K (peratus turun mengundi: 73.3%). PH kehilangan 5,562 undi berbanding yg diperolihi pada PRU14. Mungkin sebahagian disumbangkan oleh peratus yg keluar mengundi yg lebih kecil. 

Namun sebahagian besar adalah kerana pengundi natural @atas pagar sudah ubah selera mengundi BN kali ini. Penyokong PAS juga memilih BN. Dalam 10 bulan sahaja, mood pengundi ini sudah berubah. Tentu krisis tiada keyakinan kpd PH sebagai gomen of d day menjadi perkara pokok. Prestasi PH sangat merosot giler. Malu weh !!

Apatah lagi selepas ini giliran PRK Rantau pula akan diadakan. Rantau ini khabarnya kubu kuat BN. Sekiranya PH gagal menang juga maka ia menjadikan 3 in the row PH kalah. Ini satu momentum downfall yang sadis. Jika momentum ini gagal di stop kan, maka bahaya besar menanti menuju PRU15.

Saya paprkan di bawah ini dua artikel yang agak menarik perihal PRK Semenyih ini. Semoga para pembaca blog ini bisa menilai sendiri topik yang dibincangkan dan mendapat pencerahan yang mantap.


@@@

Keputusan PRK Semenyih: Antara Harapan dan Cabaran

1. Amat jelas polarisasi kaum memainkan peranan amat besar. Bangsa cina kekal menyokong PH walau apa jua persepsi dan prestasi yang ditunjukkan oleh parti pemerintah ini. Mereka konsisten melihat kepada 'big picture' untuk mengukuhkan dominasi politik di Malaysia

2. Sokongan PAS kepada BN merupakan formula utama kemenangan calon BN di Semenyih. Berlaku jua peralihan undi Melayu dari PH kepada BN kali ini, pada hemat saya majoritinya daripada golongan pengundi atas pagar yang kecewa dan rasa tertipu dengan kredibiliti yang ditunjukkan oleh PH sejak memenangi PRU-14 yang lalu

3. Ramai yang amat teruja dengan persepakatan Melayu Islam kali ini yang terbukti mampu menumbangkan parti pemerintah yang didominasi golongan kafir (walaupun meletakkan calon anak muda Melayu)

4. Namun pada pandangan saya, ia masih terlalu awal untuk menyimpulkan slogan 'Melayu Sepakat Islam Berdaulat' telah sepenuhnya diterima dan berjaya. Jangan terburu-buru. Perjalanan masih terlalu panjang. Benar, ia permulaan yang baik tapi masih amat jauh dengan semangat dan intipati slogan yang telah lama dilaungkan ini

5. Pertama, BN khususnya UMNO sedang tenat dan sanggup melakukan apa sahaja untuk kekal hidup. 'Keikhlasan' mereka dalam penyatuan Melayu Islam kali ini wajar dipertikaikan. Sejarah juga pernah dirakamkan, apabila berada di tampuk kuasa UMNO akan bertukar warna dan rupa. Jangan lupa, liabiliti UMNO juga masih tinggi dan masih terpalit dengan pelbagai isu integriti berskala antarabangsa

6. Persepakatan Melayu yang dilaungkan sebenarnya jauh merentasi kerjasama UMNO-PAS dan parti-parti Melayu lain dalam menghadapi pilihanraya semata-mata. Ia harus dilihat dalam konteks mengukuhkan dominasi dan kepentingan Melayu Islam di Malaysia dalam pelbagai paksi kuasa yang lain termasuk ekonomi, pendidikan, media, teknologi, perundangan dan keselamatan. Bukan politik kepartian semata-mata

7. Dengan memenangi PRK kali, amat jelas kuasa politik pembangkang tidak berubah apa-apa. Ia lebih kepada isyarat penting bahawa rakyat menolak PH dan lonjakan motivasi bagi parti yang menang. Katakanlah kerjasama UMNO-PAS ini berjaya dikekalkan sehingga memenangi PRU-15 nanti, adakah dominasi dan kepentingan Melayu Islam dalam paksi-paksi kuasa yang saya senaraikan dalam point #6 di atas semakin kukuh? Inilah indikator sebenar. Ya, inilah soalan sebenar untuk menentukan samada slogan 'Melayu Sepakat Islam Berdaulat' telah berjaya sepenuhnya

8. Selain itu, persepakatan Melayu Islam yang diharapkan juga sepatutnya mencakupi para pejuang Melayu dan aktivis Islam ikhlas yang kini bersama PH. Mungkin tidak banyak yang boleh diharapkan dari golongan Melayu Islam yang telah rosak fikrah dan ideologi perjuangan mereka sehingga sanggup menjadi pak turut DAP umpama 'kerbau dicucuk hidung'. Namun bagi saya, masih terdapat ramai pejuang Melayu Islam dalam PH yang tertipu, terpaksa ikut pimpinan dan ada kepentingan sedangkan jauh di sudut hati mereka menyokong seruan persepakatan Melayu yang dilaungkan. Berada dalam PH sepatutnya menyebabkan mereka amat kenal perangai dan cita-cita politik bangsa Cina. Pada pandangan saya, golongan ini perlu dan masih boleh diselamatkan

9. Jangan terlalu gembira dengan 2 kemenangan PRK yang ternyata merupakan hasil persepakatan umat Melayu Islam. Masih terlalu banyak tugas yang perlu dilakukan bagi memulihkan bangsa yang telah lama dijajah ini. Masih terlalu banyak agenda yang perlu dilaksanakan bagi mengangkat agama yang diperangi di seluruh dunia ini. Jangan tertipu dengan kemenangan kecil ini, kerana persepakatan yang diharapkan sebenarnya jauh melangkaui peti undi

10. Umat layak menarik nafas lega. Ada cahaya di hujung terowong untuk Melayu dan Islam di Malaysia. Tapi kita belum layak untuk meraikan kemenangan, kerana perancangan musuh (di peringkat dunia) jauh ke hadapan dari apa yang mampu kita bayangkan!
Moga Allah s.w.t selamatkan Islam dan bangsa Melayu di Malaysia!

~Muhammad Lukman Al-Hakim

@@@


Dari penulis bebas..

ANALISIS SEMENYIH.
.
PRU 14 SEMENYIH N24:
PH - 23,428 undi
BN - 14,464 undi
PAS - 6,966 undi
PSM - 1,293 undi
Undi Rosak - 546 undi

PH menang dengan majoriti: 8,964 undi
Pengundi berdaftar: 53,527
Peratusan turun mengundi: 87.90%


PRK SEMENYIH N24:
BN: 19,780 undi
PH: 17,866 undi
UK: 725 undi
PSM: 847 undi
Undi Rosak: 684 undi

BN Menang dengan Majoriti: 1914 undi
Pengundi berdaftar:54,503
Peratus turun mengundi: 73.30%

Kalau dilihat dari 'face value' sahaja, PH telah hilang 5,562 undi, manakala BN menambah 5,316.

Namun jka diperhatikan lebih dalam, adalah yang lebih membingungkan adalah apabila peratusan undi PH telah merosot hampir 5% daripada 49.79% keseluruhan undian kepada 45.1% jika dibandingkan diantara PRU14 dengan PRK hari ini.

Sebuah 'swing' yang kita boleh kata agak signifikan yang telah berlaku dalam tempoh waktu kurang 10 bulan.

Manakala bagi BN pula, strategi berta'awun dengan PAS ini nampaknya membuahkan hasil apabila peratusan undi BN telah melonjak dengan ketara daripada hanya 30.74% kepada 49.98% jika dibandingkan diantara PRU14 dengan PRK hari ini..

Mungkin ada yang berpendapat bahawa penurunan peratusan keluar mengundi daripada 87.9% kepada 73.3% telah menyumbang kepada kekalahan PH, harus diingat bahawa angka 73.3% adalah angka yang terbesar sejak pasca PRU. Boleh bandingkan seperti di bawah:

PRK Sungai Kandis - 49.4%
PRK Seri Setia - 44%
PRK Balakong - 43%
PRK Port Dickson - 58.25%
PRK Cameron Highlands - 68.79%
PRK Semenyih - 73.3%

Secara peribadi, saya berpendapat bahawa faktor demografi pengundi yang mana 68.85% daripada 54,503 pengundi di Semenyih adalah terdiri daripada orang Melayu adalah punca utama kepada 'outcome' PRK Semenyih hari ini.

Seolah-olahnya mengabsahkan kajian-kajian bebas badan-badan pengkaji yang mengambarkan bahawa adanya penolakan orang Melayu terhadap Pakatan Harapan.

Sebagai kesimpulannya, Kerajaan PH harus ambil perhatian keputusan PRK Semenyih ini dan mengambil langkah rejuvenasi secepat mungkin seperti mengelakkan menyentuh isu-isu sensitif dan bersifat konservatif yang mungkin dekat dengan orang Melayu.

Hal ini adalah penting untuk mengelakkan semakin melebarnya 'disparity' diantara kaum bukan Melayu dan Melayu yang sebenarnya tidak sihat untuk masa depan Malaysia.

Sedarlah wahai kerajaan PH,
Kalau di CH, Melayu Kampung dah tolak anda,
Hari ini di Semenyih, Melayu 'Pekan' pun dah mula tolak anda.
PH kencing kuat dan mjd hancing
Sekian.

#PRKSEMENYIH

@@@


Apa pun PH tentunya akan membuat post-mortem yang terperinci perihal prestasi mereka kali ini. Sementelah lagi pergolakan dalaman atau isu duri dalam daging atau api dalam sekam yang memang wujud walaupun dinafikan dalam PH. Rakyat sudah menunjukkan tindakan berani untuk menzahirkan ketidakpuasan hati dengan menukar pilihan bila diberi peluang. Keserasian kerjasama Umno-PAS akan memberi saingan satu lawan satu dengan PH di PRU15 nanti akan memberi platform terbaik kepada rakyat Malaysia membuat keputusan yang lebih jelas dan padu. Tahniah Semenyih !!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...