Please CLICK

Thursday, April 9, 2020

FILEM DAULAT



DAULAT

Saya berpeluang tengok filem Daulat yg tengah hangat trending skrg ni, di iFlix dua hari lepas. Satu genre filem yg agak rare di Malaysia iaitu political thriller.

Skrip yg padu. Barisan pelakon yg berkualiti bagi saya. Jalan cerita yang menarik. Hala tuju yg terkawal.

Banyak juga yg dapat kita relate dgn senario politik negara. Semua berkait, yg merupakan ciri penting dlm sebuah karya yg baik. Tahniah.

Saya rekomen anda menontonnya semasa stay home PKP ini.

Filem ini tak di lulus Lembaga Penapis Filem. Mungkin krana subjek yg dibawa agak sensitip dan byk jugk yg kena btg hidung org politik. 🤔


#FilemBagus

Wednesday, April 8, 2020

KONSPIRASI #2


Hari ni saya membaca sebuah posting @artikel di FB Muhammad Lokman Al-Hakim, berkenaan satu lagi teori @analisa yg agak munasabah. Mari kita sama2 baca dan hadam sambil stay home zaman PKP ini..

******

BENARKAH COVID-19 MERUPAKAN SENJATA BIOLOGI PEPERANGAN ANTARA AMERIKA DAN CHINA?

(t.me/irlukmanalhakim)

1. Pihak yang mengatakan Covid-19 merupakan virus yang dicipta AS untuk menghancurkan China menggunakan justifikasi bahawa virus ini mula menjangkiti rakyat China dan tidak banyak kes dilaporkan di AS (pada fasa awal)

2. Mereka juga menggunakan hujah pendemik ini akan menguntungkan syarikat farmasi gergasi dunia yang banyak dimiliki AS. Sebagai contoh, syarikat farmasi kedua terbesar dunia milik yahudi, Roche Medical mengaut untung besar-besaran setelah memonopoli sumber kit pengesahan Covid-19 di AS. Selain itu, usaha AS memonopoli patent vaksin Covid-19 dari syarikat Jerman yang hangat dibincangkan juga menguatkan lagi kemungkinan Covid-19 dicetuskan AS untuk menjana modal dalam sistem ekonomi kapitalis yang dikuasai mereka

3. Manakala pihak yang mengatakan Covid-19 merupakan ciptaan China sendiri bagi meluaskan kuasa hegemoni mereka menggunakan justifikasi bahawa China sembuh dan mampu beroperasi seperti biasa terlalu cepat, bahkan dapat membantu banyak negara lain secara sukarela pada skala yang besar bagi mengukuhkan pengaruh mereka ke seluruh pelusuk dunia. Sebagai contoh jutawan China, Jack Ma sebelum ini mengumumkan bantuan kepada  empat negara Asean termasuk Malaysia dalam usaha licik untuk melobi kerajaan Asean pada masa hadapan. Kerajaan China juga dilihat amat agresif membina imej yang baik terhadap Malaysia dalam menangani pandemik ini, terbukti melalui hubungan yang kerap dengan Menteri Luar Malaysia serta pelbagai bantuan peralatan yang diberikan baru-baru ini

4. Selain itu, hujah ini diperkuatkan lagi apabila perlaksanaan projek One Belt, One Road (OBOR) yang merupakan batu loncatan penting bagi China menguasai ekonomi dunia dipercepatkan dalam pada dunia masih menderita akibat krisis Covid-19. Mengikut laporan berita, lebih 89 buah negara telah menerima bantuan melalui laluan OBOR yang telah siap dibina

5. Saya secara peribadi merasakan tidak mustahil Covid-19 ini merupakan senjata biologi yang dicipta dan disebarkan secara terancang bagi kepentingan pihak tertentu, namun agak sukar untuk kita menuding jari dengan penuh keyakinan kepada mana-mana pihak melainkan dengan bukti yang kukuh hasil penyiasatan dan proses kehakiman yang berlaku secara bebas

6. Jika kita menelusuri rekod pertembungan kuasa AS dan China sebelum berlakunya penyebaran wabak Covid-19, kita mungkin mampu mencari titik perkaitan antara pendemik ini dengan situasi geo-politik dunia masakini. Laporan IMF menunjukkan China telah mengalahkan AS dan diiktiraf sebagai kuasa ekonomi terbesar dunia sejak tahun 2014 (16 tahun lebih awal mengikut jangkaan sebahagian pakar ekonomi pada tahun 2000). Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) yang dijuarai AS juga terkubur, sedangkan projek OBOR yang didanai China terus berkembang dan berjaya di serata dunia. Dua senario ini menjadikan perang perniagaan antara AS dan China semakin memuncak

7. Mengikut laporan CNBC, satu dalam lima syarikat AS (20%) menuduh syarikat China telah mencuri intellectual property (IP) mereka pada tahun 2018-2019. Dalam masa yang sama juga, kerajaan China memaksa semua syarikat AS yang beroperasi di negara mereka untuk mendedahkan teknologi kepada rakan kongsi China mereka

8. Dalam bidang komunikasi pula, teknologi 5G yang dikatakan mampu meningkatkan kepantasan 100 kali ganda berbanding 4G sedang dijuarai China. Sejak hujung tahun 2019, China telah melancarkan teknologi ini untuk penggunaan awam di lebih 50 buah bandar di negara tersebut.Teknologi ini bakal mengubah dunia internet yang kini sedang dikuasai AS. Ternyata, aspek komunikasi ini merupakan elemen ampuh bagi China mengembangkan kuasa ketenteraan dan perisikan mereka bagi mengalahkan AS sebagai kuasa dunia baharu

9. Sejak tahun 2000 China telah melaburkan sejumlah dana yang amat besar dalam bidang R&D bagi membangunkan penguasaan teknologi dan pemasaran produk mereka bagi mengalahkan AS. Kini, hanya setelah 20 tahun China telah menjadi rujukan dalam bidang teknologi seperti elektronik, automotif, landasan keretapi laju, penerbangan (aviation), penerokaan angkasa lepas (space), tenaga nuklear, tenaga hijau (new and renewable energy) serta pelbagai teknologi digital seperti big data, AI, robotik dan lain-lain. Semua perkembangan ini selari dengan agenda 'Made In China 2025' yang merupakan agenda global China bagi menguasai pasaran global

10. Namun, hakikat yang lebih penting untuk difahami ialah kehebatan teknologi China ini akan menguatkan lagi kekuatan ketenteraan dan perisikan mereka. Statistik menunjukkan bilangan tentera China seramai 3.4 juta orang jauh melebihi tentera AS seramai 1.4 juta orang. Lebih menarik, China turut memiliki kekuatan persenjataan yang luar biasa (kebanyakannya dirahsiakan) termasuk peluru berpandu yang  mampu meluncur pada kelajuan 10 mach dan mencapai jarak maksimum 2000km hanya dalam masa 12 minit. Ia boleh menghancurkan 'super carrier' tentera AS dengan mudah sekali!

11. Sebelum ini, terdapat sesetengah pakar yang menjangkakan perseteruan ini akan membawa kepada Perang Dunia ke-3. Persoalannya, adakah penyebaran pandemik Covid-19 akan berlarutan dan membawa kepada perang dingin yang menjurus kepada perang dunia? Atau mungkinkah dunia akan sembuh sepenuhnya dan hidup seperti biasa serta melupakan krisis ini sebagaimana kita telah melupakan peristiwa kehilangan MH317?

Sama-samalah kita nantikan........

******

Menarik tulisan ini. Tidak mustahil sebenarnya. Donald Trump sering menggunakan terma chinese virus bila refer kpd covid-19. Bila ditanya wartawan why? Katanya sebab everybody agreed it originate from china.

Perang dingin ini terus hangat between USA dgn China. Sekarang China telah pulih dan under control. China dilihat sangat efisyen dlm pengurusn krisis Covid-19 ini.

Kini turn USA diserang hebat pendamik ini sehingga menduduki carta teratas. Dan kelihatan mereka sangat unprepared dan dont know what to do. Lebih teruk drp spain, italy, france dan UK. Donald Trump yg angkuh dan sombong itu sekadar seorang presiden yg helpless, seumpama Donald Duck.

Apapun itulah keadaan semasa yg melanda dunia. Sekujur makhluk bersaiz micro ini telah berjaya merobah dunia dan penghuninya. Semoga dia berpuas hati dan kembali ke tempat asalnya. Semoga dunia kembali damai, tenang, dan aman.

#PerangDingin

Tuesday, April 7, 2020

BE RASIONAL

Jadi rasional ini sangat betul. Letakkan sesuatu pada perspektif yang benar. Itu yang sewajar nya. Ilmu tanpa amal itu rugi. Manakala amal tanpa ilmu itu sia-sia.

Bila saya baca tulisan Dr Riduan ini, saya rasa macam boleh relate dan relevan dengan keadaan krisis yang berlaku berkaitan pendamik dan juga politik.


******

WARKAH MUSIM PKP BUAT SANG PECUNDANG, HILANG DARJAT DAN PANGKAT !
Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

Kita melalui musim  PKP  yang gawat , politikus PH yang kepeningan bak diisolasi dalam bilik kurungan , serta ketololan mereka untuk terus menebarkan kebencian, intriq dan polemik tentang kerajaan baru. Kemeroyangan mereka bukan kaleng-kaleng, mantan Menteri , Timbalan Menteri , mantan pimpinan kerajaan negeri , mantan pegawai-pegawai lantikan politik kerajaan PH sehinggalah ALP YADIM yang mula menghidu akan dihalau keluar daripada pejabat berhawa dingin.

 Mantan manusia sok suci ini menampakkan wajah mereka yang sebenar bila jatuh terjelepuk, bahasa kesat dan kasar melalui hantaran media sosial dan dibalas dengan cercaan berjemaah pada netizen. Menunjukkan rakyat meluat dan merayakan kejatuhan mereka, tiada yang bersimpati dan berempathy. Biarlah manusia jalanan ini kembali semula ke jalanan, bahkan sesuai dengan bahasa carut marut mereka yang sangat jijik. Mereka juga pakar dalam bab melabel , mengedit poster maya, memanipulasi kenyataan-kenyataan rasmi, pandai mengolah ayat diluar konteks . Bergentayangan berita berita palsu dan separa benar daripada kelompok pecundang ini dimedsos sehingga masyarakat awam semakin menjarakkan diri daripada kelompok kuasa ini.

Avatar PH sehinggalah sosok mantan Menteri PH mendendangkan lagu kerajaan pintu belakang untuk meletakkan kerajaan Perikatan Nasional dikandang orang salah dipandangan masyarakat Malaysia dan masyarakat antarabangsa. Mereka mengkritik keras surat Tuan Guru Abdul Hadi kepada pemimpin Arab dan melabelkan Duta Khas PM ini sebagai bohong .  Anak-anak muda kail panjang sejengkal ini naif mengenai siapa Tuan Guru Presiden PAS, saat mereka masih kanak-kanak berhingus hijau , Presiden PAS telah menjadi perunding dalam banyak isu umat Islam sedunia, Iraq, Yaman, Acheh, Bosnia,Afghanistan dan banyak lagi bersama-sama pimpinan gerakan Islam sedunia. Otak anak-anak muda kurang adab ini mungkin menganggap Tuan Guru adalah nelayan pantai Rusila yang hanya tahu mencandat sotong. Apa engkau tahu?, baru kenal beberapa buah buku haraki terjemahan sudah merasa alim rabbani bukan kepalang. Memang kalian memalukan!.

Pasca 18 Mac 2020, medsos merancak dengan tembakan rambang pemimpin Pan ,DAP dan PKR menghentam  kepimpinan negara dalam mengendalikan krisis pandemik mendunia ini. Segalanya tidak kena dimata dan akal mereka , memperlekeh Menteri Kesihatan, meragui kompetensi Majlis Keselamatan Negara, malah mendesak Parlimen bersidang untuk membincangkan kembali inisiatif kerajaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri. Lagak gaya mereka serba tak keruan dan menyondol apa sahaja seperti "kerbau pendek " kelaparan makanan ruji.

Lain pula rentak gaya pemimpin Dap seperti LKS , beria - ria memohon agar Parlimen bersidang segera namun seperti fenomena menarik apabila hantaran-hantaran idea dimedsos pemimpin Dap kini diserang oleh penyokong-penyokong mereka sendiri. Semasa menjadi kerajaan selama 22 bulan, mereka gagal merakyatkan agihan ekonomi. Lihat sahaja isu e-wallet dengan bantuan 30 ringgit yang akan terus menjadi kenangan dan kemurungan rakyat.

 Pemimpin PH wajib memahami, saat begini rakyat hanya perlukan makanan bukan isu-isu kontroversi. Perut mereka lapar, jiwa mereka dalam ketakutan kerana setiap hari menghitung kematian dan meratib angka baru pesakit. Dada bergelombang takut dan mengunjurkan siapalah kawan-kawan yang positif kovid atau PUI, manakala sang muslim pula kesayuan kerana mendengar laungan azan berkumandang namun jasad mereka hanya terantai dalam tembok penjara kediaman. Muslim rindukan kemeriahan Ramadhan dan berhariraya, namun wabak ini akan menyita kegembiraan mereka. Tak kurang pula ahli-ahli masjid yang sedang dikuarantin dan yang telah kembali mengadap Ilahi. Euforia kesedihan ini menyebabkan tingkah politik pemimpin PH mengundang kebencian massa.

Penulis sebenarnya sedih apabila memerhatikan status dan entri kawan-kawan lama yang hilang kuasa dan harkat sosial dimedsos. Ada yang mengusahakan perniagaan korban dengan harga murah tapi hilang adab dengan ulama , saya yakin kalian akan membayar harga yang mahal dengan penghinaan kamu terhadap Tuan Guru Presiden PAS. Apabila netizen meratib akan memboikot perniagaan kalian maka saat itu kalian akan tahu langit tinggi atau rendah. Ada pemimpin PH yang sebenarnya kurang sihat jasad, pernah diserang stroke, dipotong kaki akibat diabetik namun musim kovid 19 ini mereka makin menggila , kesurupan, menfitnah dan menyeranah. Teman, hidup ini ada dosa dan ada pahala, semuanya akan dihitung dan berhujung natijahnya.

Tak mudah bagi pimpinan PH yang hilang gaji ,elaun dan pelbagai kemudahan  untuk menelan pahatan taqdir , kesedihan yang perih dan mendalam namun masih berbau kesombongan  terus menuai dosa di media sosial. Sayang sekali,masa yang sangat berharga ini dimusim PKP , mereka tak gunakan untuk beribadah dan bermuhasabah. Parti PAN dan NGO dibelakang mereka paling rakus menelanjangi adab dan akhlak . Pelbagai penistaan kepada PAS terutamanya terhambur termasuk dalam isu penjualan arak yang sebenarnya bukan keputusan kabinet,namun mereka terlebih lajak daripada laju. Pendokong PAS setia dengan prinsip Islam, mereka bukan hamba Dap . Amilin PAS berintima' dengan perjuangan ini untuk mengibar panji dan syariat Islam, jika kerajaan PN melakukan kesalahan,pastinya dikritik .

Kepada seluruh Malaysia yang membaca warkah ini, aku pohon agar kalian rendahkan suhu politik negara, redamkan api kebencian, berikan ruang masa dimusim PKP ini untuk al Quran, Qiam, puasa sunat, bermunajat. Penuhi media sosial dengan kerukunan dan pesan-pesan yang indah. Pemilik alam ini sedang mengajar kita sesuatu nilai, hargai keluarga dan sahabat taulan, maafkan kesilapan ,ramaikan kawan dan jaringan persahabatan.

Hikmah besar bila semua tempat maksiat ditutup, persundalan terhenti, pemborosan sirna, ramai menjadi jinak disejadah cinta Ilahi. Pemimpin PH , aku hanya ingin mengajak kalian menjadi manusia yang waras dan manusiawi. Bukan semua perkara perlu dipolitikkan, semakin kalian bertingkah kemeroyangan maka sedarlah kalian bukan lagi titik pesona dalam arus politik negara. Cubalah bersabar seketika teman-teman PH, krisis ini hanya berkala sekali dalam satu abad, nanti bergeraknya awan hitam kovid 19 dilangit dunia maka kita kembali berpencak politik, setuju?

(Penulis adalah AJK PAS Pusat,Aktivis Bantuan Kemanusiaan Tanpa Sempadan, Mantan perusuh )

*****

Saya berpendapat PH dulu failed big time untuk menjadi kerajaan yang selesa dan stabil. Selama 22 bulan segala harapan malaysia baru yang dimomokkan telah bertukar wajah menjadi harapan yang punah. Makin lama jadi parah. Rakyat bukan makin selesa tapi makin tidak selesa, tidak konfiden. Sehingga muncul panggilan pakatan haprak, pakatan hancing yang meluahkan ketidakpuasan terutamanya kepada janji2 yang gagal dipenuhi.

Majoriti rakyat terutama kelompok melayu dan bumiputera merasa feel good factor telah dikikis satu persatu. Banyak timbul isu2 kontroversi yang tidak memihak kepada orang melayu islam.

Pakatan yang longgar kerana haluan berbeza dan center of power tak seiring dengan jumlah kerusi MP. Perebutan kuasa dalaman yang suam bertukar panas dan akhirnya terbakar dengan PM letak jawatan. Tak ada yang suruh pun. Kerajaan pun runtuh, dan PH gagal untuk membinanya semula. Itu lah hakikat. Benar walau pun pahit. PH telah hancurkan amanah yang diberi rakyat di PRU-14.

Negara dibiar tanpa kerajaan beberapa lama. PH telah musnahkan semuanya. Bila pakatan lain berjaya membentuk kerajaan dan menyelamatkan negara, mereka ini yang hilang kuasa sekelip mata telah jadi cacing yang kepanasan digoreng dalam kuali cap buaya.

Apa yang ada? Melalak di media social. Itu je yang ada. Otak dah jadi tak rasional. Segala isu mesti dikorek dan disensasikan untuk raih sokongan.

Bila TSMY dan kerajaan pimpinannya meletakkan prioriti untuk menangani pendamik yang melanda, dan berjaya menstabilkan negara dalam masa yang tak sampai sebulan, maka rakyat mula rasa sesuai, selesa dan konfiden.

Itulah yang sangat ditakuti oleh PH. Momentum sokongan rakyat kepada mereka sudah berkecai. Maka semakin desperate dan tidak rasional lah mereka dan seluruh juak2 mereka. Hingga keluar kata2 yang biadab dan jahat. Rakyat jadi meluat sebenarnya, makin menjauh. Kerana semasa memerintah selama 22 bulan itu mereka cakap tak serupa bikin pun.

So, TQ kpd Dr Riduan kerana berjaya memadatkan rangkuman situasi pada perspektif dan keutamaan semasa, ke dalam sebuah tulisan yang padu dan make sense.

Jazakallah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...