Please CLICK

Tuesday, December 31, 2013

Himpunan TURUN



Himpunan TURUN sempena malam menyambut tahun baru dianjurkan NGO Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) bagi membantah kenaikan harga beberapa barangan yang diumumkan kerajaan BN yang sekaligus akan menyebabkan peningkatan kos hidup.

Himpunan Turun BUKAN himpunan untuk guling Kerajaan.

Slogan "Rakyat di dahulukan dan Pencapaian di utamakan" masih terngiang-ngiang di celah2 taik telinga. Justru rakyat yang peka sekadar ingin menyuarakan pendapat tidak selesa mereka pada kenaikan kos sara hidup yang berlaku asbab beberapa tindakan pihak Kerajaan yang memerintah. Platform ini patut diraikan di sebuah negara demokrasi yang mengamalkan kebebasan bersuara yang di naungi perlembagaan negara. 

Penyampaian dos ketidakselesaan ini melalui platform yang lain seperti melalui debat dan protes wakil2 rakyat di persidangan Dewan Rakyat nampaknya seolah tidak di layan atau tidak berkesan sangat. Kerajaan memerintah meneruskan kedegilan dan memekakkan telinga tanpa ambil pot atau cuba menghiraukan kesengsaraan yang menimpa rakyat bawahan ini.  

Laporan odit negara setiap tahun sebagai buktinya. Sepatutnya usha maksima di ambil terlebih dahulu untuk mengubati punca masalah yang utama iaitu kebocoran ekonomi akibat gejala rasuah, keborosan berbelanja, pelbagai kes pecah amanah dan penyalahgunaan dana awam. Bukan sekadar hanya pandai menekan rakyat di langkah pertama atau tindakan mudah setiap kali berlaku masalah kewangan atau kebobrokan ekonomi negara.

Usahlah memainkan skrip lama betapa himpunan sebegini adalah bertujuan menggulingkan Kerajaan memerintah secara demonstrasi jalanan. Rakyat bosan dengan propaganda begini. Rakyat mahu Kerajaan yang bijak memberi perhatian kepada isu kos sara hidup meningkat tinggi ini dan mengambil tindakan mantap untuk mengatasinya. Jagalah kebajikan dan bela nasib rakyat bukan gemar menekan rakyat dengan tindakan2 yang mengakibatkan peningkatan kos sara hidup yang berlaku mendadak dan serentak begini. 

"Tuntutan Turun yang antara lain mendesak agar Kerajaan memerangi rasuah, menyusun semula subsidi korporat, menangguhkan pelaksanaan cukai GST, mendedahkan perjanjian konsesi tol dan menghapuskan monopoli gula." 
Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Seri Setia

"Mahasiswa seperti kami ingin terlibat secara langsung dalam proses pembinaan negara yang demokratik. Mahasiswa masih bertindak rasional dan memilih jalan harmoni untuk peradaban negara," 
Nor Azhar Baharum, Exco Perhubungan Awam, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM

"Pemuda PAS tidak berhasrat menggulingkan sesiapa melalui himpunan ini kerana masih percaya dengan sistem pilihanraya untuk menurunkan pemerintah. Sebaliknya, penyertaan rakyat dalam himpunan itu nanti sebagai menyatakan hasrat dan perasaan resah dengan kenaikan pelbagai harga barang dan peningkatan kos sara hidup." 
Suhaizan Kaiat, Ketua Pemuda PAS


"Himpunan yang berkonsepkan duduk dan bantah ini bertujuan untuk rakyat memberi mesej jelas berhubung isu protes kos sara hidup yang semakin tinggi. Himpunan ini juga bebas dari sebarang provokasi dan ancaman yang menggugat kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan.Peserta himpunan juga diseru untuk membawa bendera Malaysia tanda patriotik dan cinta kita kepada negara selain memakai pakaian tema yang berwarna hitam. Peserta dilarang membawa poster atau sepanduk yang mengandungi unsur provokasi dan ancaman. Himpunan ini adalah himpunan rakyat, yang akan diraikan dan disambut juga oleh rakyat." 
Muhamad Azan Safar, Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun)

Kita harapkan pihak berkuasa berlapang dada untuk memberikan kerjasama dan toleransi sewajarnya. Usahlah menggunakan soal teknikal sebagai alasan untuk bertindak kasar dan melihatnya sebagai perhimpunan haram tanpa permit. Rasanya perhimpunan sambuatan konsert Ambang 2014 itu pun tidak mendapat apa-apa permit. Ianya terus diberi kebenaran oleh pihak berkuasa tanpa diminta. Sedangkan ia hanya bertujuan lebih kepada hiburan semata. Sebaliknya himpunan Turun ialah sebagai simbolik membela nasib rakyat yang di tekan oleh kenaikan kos sara hidup. Yang mana lebih afdal agaknya?

@@@

Monday, December 16, 2013

Tsunami Kos Hidup


Tahniah kepada Khairi Jamaluddin kerana membawa agenda peningkatan kos sara hidup untuk dibincangkan dalam mesyuarat jemaah menteri kabinet besok. KJ menggambarkan lonjakan mendadak kos sara hidup ini sebagai Tsunami, dan mahu mencari formula terbaik untuk meringankan tekanan kepada rakyat sekelian. 

Setakat mana keikhlasan beliau hanya Allah yang tahu. Namun kita boleh tabik spring kepadanya kerana sekurang-kurangnya dia ada telor untuk meluahkan apa yang terbuku dan bukan sekadar menjadi pak hangguk semata-mata sebagaimana majoriti menteri2 yang lain.

Pihak kerajaan BN telah dan akan mengambil beberapa langkah yang tidak user friendly malah sangat membebankan rakyat jelata kerana setiap kenaikan kos dalam keperluan asas dan servis akan menyebabkan domino effect yang menyebabkan kenaikan harga barangan dan servis secara keseluruhannya. Wajarlah BN di sinonimkan dengan Barang Naik.

Apatah dalam keadaan ekonomi yang masih lembab dan pendapatan isi rumah yang memang liat dan payah untuk meningkat atau peningkatan pendapatan yang tidak sejajar dengan peningkatan kos sara hidup. Ia memberi kesan langsung dan akan menambah sengsara rakyat. Akan bertambah ramailah kelompok 'middle class' yang akan suffer in silence.

Mungkin ramai rakyat yang mula sedar alangkah baiknya jika PRU13 tempoh hari dimenangi oleh Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan kerana PR sudah menjanjikan banyak insentif untuk kebaikan rakyat seperti penghapusan kutipan tol, penurunan harga petrol dan pemberian pendidikan percuma termasuk penghapusan PTPTN. Namun nasi sudah menjadi bubur. Menyesal kemudian tiada guna sesen pun. Korek hidung dan seng hingus sendiri sajalah. 

Yang sadisnya bila berlaku sesuatu kenaikan harga, semua rakyat terpalit akibatnya bukan sekadar penyokong BN sahaja yang minoriti itu (48%). Penyokong PR yang majoriti itu pun (52%) terpaksa menelannya sama. Ini tidak adil !!  Yang penting usahlah tertipu lagi pada PRU14 nanti.

"Kalau tak puas hati pi duduk negara lain la bro,' jawaban begitu biasa kita dengar keluar dari mulut kelompok pak menteri tiga suku yang tidak termasuk KJ kot.

Menjadi pengetahuan umum iaitu kenaikan demi kenaikan harga telah atau akan berlaku selepas PRU13 iaitu kenaikan harga petrol Ron95, harga gula, tarif letrik, tambang LRT, cukai DBKL, kadar tol, tambang bas sekolah, harga rumah, cukai GST dan macam2 lagi. Semuanya naik tak ada yang turun. Harga keperluan asas tak payah cerita la kan, semuanya mahal2 belaka. Harga ikan, ayam, sayur, nasi bungkus, nasi campur, teh tarik, semua naik beb.

Ini bukan Tsunami Cina. Ini Tsunami Rakyat. Ini Tsunami Lonjakan Kos Sara Hidup untuk semua Rakyat. "Kalau tak nak bayar tol, guna jalan biasa," kata menteri cap ayam.

Tiba2 heboh, "Mat Sabu kena buktikan dia bukan Syiah." Mari kita sama-sama bincang ancaman bahaya ajaran Syiah di negara tercinta kita ini. Jom kita cerita pasal Syiah. Dum dam dum dam...pakat dok cerita pasal Syiah. Syiah yang nyata sesat. 

Aku pun sound kat member aku, "Dollah, hang kena buktikan yang hang ni bukan Syiah." Tapi ahli sunnah-wal-jamaah yang sesat pun khabarnya lagi ramai. Ahli sunnah-wal-jamaah kat negara kita yang tak solat pun berjuta-juta orang oooo. Kelompok ini lagi nyata sesat ni. Aduh pening aku. 

Nasib baik ada KJ menteri yang agak cerdik ni nak bincang soal tsunami kos sara hidup, bukan soal Syiah.

@@@

Saturday, November 30, 2013

Apa Khabar Ustaz Kazim?


Ustaz Kazim telah menjadi subjek muka depan akhbar2 tempatan dua tiga menjak kebelakangan ini. Antara sebab utamanya ialah kerana beliau telah ditawarkan sebagai salah seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) yang dilantik oleh PM Najib. Banyak komen pro dan kontra telah dibuat oleh banyak pihak.

Ramai melihat Umno sebagai sebuah entiti sekular yang meletakkan agama di belakang perjuangan bangsa dan ekonomi. Agama bukan sebagai matlamat utama.  

Barisan pro Umno melihat perkembangan ini sebagai satu usha untuk kembalikan kepercayaan rakyat. Tengku Adnan berkata perlantikan Ustaz Kazim dapat membantu Umno meperbetulkan kekurangan dalam parti mengenai Islam. Datuk Noraini Ahmad berpandangan ia membuktikan parti itu terus melakukan transformasi politik.

Dr MAZA pula berharap masyarakat tidak mudah membuat sebarang kesimpulan terhadap dua tokoh agama iaitu Ustaz Kazim dan Dr Asyraf Wajdi sebagai ahli MT Umno. "Tahniah atas perlantikan ini, saya berharap mereka akan memberi sumbangan ke arah positif dan membaiki keadaan negara. Tahniah juga kepada Umno kerana cuba mendapatkan khidmat golongan agama, harap benar-benar bertujuan kebaikan bukan sekadar politik kepartian," katanya.

Namun abang kepada Ustaz Kazim iaitu Kapten (B) Datuk Mohd Najmuddin Elias merangkap pegawai penerangan agama pejabat menteri besar Perak kurang setuju dengan perlantikan itu. "Situasi perlantikan itu hanya menguntungkan sebelah pihak berbanding tugasnya berdakwah yang boleh menyebar ilmu kepada kerajaan mahupun pembangkang." Beliau menyarankan lebih baik jika satu jawatan yang lebih sesuai diberikan kepada Ustaz Kazim supaya tugas sebagai pendakwah masih boleh dijalankan tanpa perlu ada pertentangan prinsip.

Ustaz Kazim khabarnya belum memutuskan sama ada untuk menerima atau menolak perlantikan itu selagi pertemuan dengan PM tidak berlangsung bagi membincangkan tawaran perlantikan itu. "Walau bagaimana pun, saya berbesar hati dengan perlantikan itu," katanya. Sementara itu dalam akhbar Sinar Harian dimukasurat 7 hari ini disiarkan gambar menunjukkan Ustaz Kazim mengiringi Datuk Mashitah menyampaikan sijil penghargaan kepada peserta Kem Tahsin. 

Ustaz Kazim juga mengesahkan bahawa dia masih ahli Pas dan tidak pernah keluar daripada parti berkenaan walaupun ada ura2 beliau pernah dipecat. Dalam pada itu Ustaz Kazim turut membidas sesetengah ahli Pas yang menghentam dan memberi komen negatif terhadap tawaran perlantikan yang diterimanya. "Pas Perak yang sepatutnya berasa malu kerana Umno yang merupakan orang luar sudi menjemput saya menjadi ahli MT sebagai penasihat," katanya.

Apa pun episod kontraversi ini berjaya menampakkan kecenderungan Ustaz Kazim sendiri yang selama ini cuba bersikap neutral sekurang-kurangnya di luaran dengan menyatakan tidak menyokong parti itu atau parti ini. Umno pula perlukan transformasi politik dengan menarik seramai mungkin tokoh agama agar dapat menyaingi Pas yang memang menjadi pilihan utama majoriti tokoh dan ilmuan agama di negara ini.

Orang melihat Umno sangat kekurangan berbanding Pas dalam mencapai sokongan ahli agama kerana setakat ini antara tokoh2 agama yang menonjol dalam Umno cumalah DS Jamil Khir, Dr Uthman Muhammady, TS Harussani, Datuk Noh Gadut, Dr Ridhuan Tee, dan Dr Fathul Bari. Apakah para ilmuan dan pendakwah bebas seperti Dr Zahazan, Dr Zaharuddin, dan Dr MAZA bakal menjadi sasaran seterusnya ke arah tranformasi politik Umno ini? Sama-samalah kita nantikan perkembangannya. 

Yang utama keikhlasan untuk menegakkan agama Allah di muka bumi dunia ini. Jika sekadar mahu menjaga kepentingan politik tanpa iltizam yang kukuh untuk menegakkan perintah Allah maka rasanya tidak akan kemana. Jika hijrah kamu kerana Allah maka kamu akan dapat Allah. Namun jika kerana yang lain maka kamu akan dapat yang kamu hajatkan itu tanpa nilaian di sisi Allah.

@@@

Wednesday, November 20, 2013

Vote for Mat Sabu



Muktamar PAS ke-59 dengan tema Rahmat Untuk Semua akan berlangsung pada hujung minggu ini 22-24/11/13 di Shah Alam.

Pertandingan memilih pucuk pimpinan terutamanya di peringkat Timbalan Presiden, Naib Presiden, dan Ketua Pemuda menjadi perhatian ramai termasuk kawan dan lawan. 


*****

Semalam perasmian Muktamar Pemuda Pas Malaysia ke-54 sudah berlangsung.

"Kita batuk, bersin, menangis, semua orang perhati," kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu.

Menurutnya, Pas menjadi perhatian kerana parti itu sudah hebat dan besar.

"Pas sekarang dah jadi perhatian. Kita batuk, bersin, nangis semua orang perhati.

"Sebab Pas berada di persada politik antarabangsa dan Malaysia bersama Pakatan...disebut 'kerajaan menunggu'," katanya ketika berucap pada majlis Perasmian Muktamar Pemuda Pas Malaysia ke-54, hari ini.

Katanya, menjelang Muktamar Pas kali ini, pelbagai cerita disebar baik berbaur sokongan mahupun kritikan.

"Menjelang muktamar, laman web, Facebook dan sebagainya pelbagai ulasan...pro, sokong, bantai, kritik semua itu tak lain tak bukan kerana kita semakin kuat.

"Kalau kecil, tak ada orang peduli kerana kita parti yang hebat dan besar," katanya.

*****

Bukan maksud nak berbangga diri tapi itulah hakikatnya sebagaimana penyataan Mat Sabu itu. Jika PAS ini sekadar entiti picisan, sudah tentu tiada siapa yang ambil peduli sangat apatah lagi pihak kerajaan BN terutamanya UMNO termasuklah liputan media propoganda seperti TV3 dan Utusan.

Jadi bila orang sudah tengok PAS ini bukan main2 boleh jadi ancaman besar parti pemerintah, malah boleh menjadi pilihan utama menggantikan UMNO bagi pengundi melayu Islam maka sudah tentu perasaan risau dan gelabah tahap gaban terus melanda terutamanya di beberapa tahun kebelakangan ini malah memeningkan kepala ramai orang hingga tahap kronik atau tak jenara tidur lagi.

PAS sudah memerintah lama di Kelantan dan kekal popular di sana. PAS juga biasa menubuhkan Kerajaan di Kedah, Perak dan Terengganu. Justru PAS bukan sekadar retorik tetapi sebuah oganisasi berstruktur yang credible. Malah dikenali se entero dunia terutamanaya di kalangan dunia Islam di rantau ini dan di Timur Tengah. Apatah lagi pada masakini ramai tokoh ulamak, professional dan barisan intelek yang menjadi darah daging penggerak PAS. PAS sudah global dan bukan lagi parti bertaraf kampung.

Pada pemilihan Timbalan Presiden kali ini, pilihan yang terhidang ialah antara penyandang Tn Hj Mat Sabu dengan Ustaz Amar. Maka para perwakilan akan membuat pilihan mereka pada hujung minggu ini. Harapan kita sebarang pemilihan pucuk pimpinan tidak mendatangkan perpecahan malah masing2 mestilah berlapang dada. Hendaknya PAS akan menjadi kukuh dan lebih matang. Kerana jawatan Timbalan Presiden ini dianggap penting sebagai pemimpin nombor dua yang bisa menggantikan kepimpinan TGHA nanti.

Secara peribadi saya melihat Mat Sabu adalah calon popular. Apatah lagi dia merupakan penyandang jawatan itu. Tapi harus diingat tidak semua penyandang jawatan boleh menang, contohnya penyandang Timbalan Presiden dulu iaitu Ustaz Nasa. Maka nampaknya Ustaz Amar ada harapan cerah di situ.

Namun Mat Sabu adalah tokoh popular bukan dalam kelompok PAS semata malah dapat mejangkau kelompok Pakatan Rakyat yang lebih luas termasuk sokongan PKR dan DAP. Mat Sabu dikenali ramai di peringkat nasional. Dia tokoh yang disenangi dan mudah didampingi. Dia ada karisma dan aura yang unik dan tersendiri.

Mat Sabu terkenal sebagai penceramah dan pemidato yang dapat menyentuh qalbu rakyat dengan analogi mudah dan bahasa yang ringkas tapi padat. Mat Sabu kekal sebagai crowd puller pada setiap gelanggang yang dia sertai. Mat Sabu bukan jenis pemimpin yang ber profil tinggi atau terlalu menjaga protokol. Dia mudah didampingi dan di dekati rakyat marhain. 

Itu kelebihan semulajadi yang dimilikinya. Dia selesa berborak di kedai kopi dengan orang kampung, tak dak hal punya. Ini pemimpin rakyat. Dia sanggup turun padang dan merasai kepayahan. Dia sanggup turun untuk demonstarsi atau tunjuk perasaan dan selalu terkini menangani isu-isu semasa atau perkara berbangkit yang melibatkan kepentingan awam. Malah dia mampu berpayah dan biasa di kurung di penjara atau kem2 tahanan ISA.

Malah kejayaannya sebagai calon underdog menewaskan Ustaz Nasa dan Hj Husam pada pertandingan peringkat Timbalan Presiden sebelum ini masih menjadi kekaguman dan kejutan ramai. Tidak mustahil untuk Mat Sabu mengulanginya lagi, kali ini dengan menewaskan calon baru yang berimej bersih, sopan dan ilmuan iaitu Ustaz Amar pula. 

My vote is for Mat Sabu !!

@@@

Friday, November 1, 2013

Budget Rakyat dan Sungai Limau


Wow agak terkejut beruk melihatkan jumlah hutang negara kita. Meningkat begitu drastik sekali hingga kini sudah mencapai RM546 Bilion. Fuyooo ini sudah lebih ooo...apa sudah jadi? Negara kita ini makin kaya atau makin miskin?

Pembentangan Belanjawan Negara 2014 oleh DS Najib disambut dengan penuh kritikal walaupun pihak media galak mewar-warkan sebagai budget mesra rakyat. 

Dalam sesi perbahasan di Parlimen yang menyusul pembentangan itu PM Najib seperti terancang missing in action kerana membuat lawatan kerja ke UK seolahnya tidak mahu membuang masa mendengar dan menimbang tara pro dan kontra perbahasan ahli dewan mengenainya di Parlimen.

Pengumuman perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), apakah membantu rakyat? Ini adalah cukai baru untuk rakyat biasa sedangkan banyak cukai untuk golongan kaya dikurangkan. 

Saya petik lapuran dalam akhbar Selangor kini, DSAI menyatakan, "Langsung tiada usha meneyelesaikan kebocoran dana rakyat yang mengakibatkan kerugian antara RM20 Billion hingga RM30 Billion. Kemudian kamu (BN) hukum rakyat dengan mengenakan cukai baru." 

Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini membuktikan wang rakyat diurus tanpa berhemah dengan meneruskan tradisi pemborosan pada setiap laporan sama setiap tahun sebelum ini.

DSAI membentangkan antara peruntukan untuk rakyat yang dikurangkan ialah:
  1. Pembangunan Luar Bandar: RM50 juta
  2. Perkhidmatan luar bandar: RM130 juta
  3. Bekalan elektrik luar bandar: RM 47 juta
  4. Bekalan air luar bandar: RM136 juta
  5. Jabatan kemajuan orang asli: RM 24 juta
  6. Pembangunan jalanraya dan jambatan: RM158 juta.
Kerajaan pusat tiada asas moral untuk mengenakan  GST selagi tidak perbaiki perbelanjaan dan mengurangkan kebocoran serta penyelewengan. Rakyat terpaksa memikul akibat daripada pembaziran dan kebocoran ekonomi yang berleluasa. Perbelanjaan pengurusan bertambah kepada RM217.6 Bilion berbanding RM216.2 Bilion tahun lalu sedangkan peruntukan pembangunan mengecil daripada RM45.1 Billion (2013) kepada RM44.5 Bilion (2014).

Apakah budget 2014 ini untuk kepentingan rakyat biasa atau sebaliknya? Ketidak seimbangan sosial mungkin terus tercetus di mana gap antara golongan kaya dengan golongan miskin terus membesar dan memboyot. Kos sara hidup makin meningkat setiap hari sedangkan jumlah pendapatan tidak meningkat seiringan. Kadar jenayah yang meningkat mungkin berkaitan dengan ketidak seimbangan sosial dan tekanan ekonomi ini?

Apakah pilihanraya kecil Sg Limau bakal menyaksikan intrepitasi rakyat marhaian pada tindak tanduk Kerajaan pusat samada merestuinya atau memprotesnya. Apakah Sg Limau menjadi penanda aras awal mood atau naluri rakyat pada si pemerintah. Sama-sama kita tunggu. Sg Limau ini sangat signifikan rupanya after all.

@@@.

Sunday, October 20, 2013

Mukhriz Tewas

Persaingan rebutan jawatan Naib Presiden Umno semalam menyaksikan Hishamuddin Hussein menewaskan Mukhriz Mahathir dengan skor 101-93. Cukup sengit. Sebagai muka baru, saingan Mukhriz itu sangat hebat sebenarnya. 

Hishamuddin agak tercalar imejnya bila digelar pemimpin lembik lantas menggandakan kempen di saat akhir terutamanya melalui laman sosial dan twitter. Hasilnya dia gagal di upset kan walaupun sekadar menang tipis. 

Mukhriz tewas tapi mengundang respek kawan dan lawan kerana pertandingan yang sengit dan menghiburkan para penyokong setia dan peminat fanatik. Ibarat pasukan Piala Malaysia Sarawak yang tewas malam tadi di peringkat separuh akhir pertama 1-3 di tangan pasukan Pahang di Stadium Darul Makmur dalam perlawanan open game yang seimbang dan menarik.

Kekalahan Mukhriz tampak begitu bermaruah berbanding dengan dua calon lain pemimpin veteran Umno yang turut bertanding iaitu Isa Samad dan Ali Rustam yang masing2 hanya mampu mengutip 7 undi sahaja. Ini rasanya adalah petanda jelas karisma mereka yang sudah tumpul dan zaman mereka yang sudah berlalu.  

Dua pemimpin senior dan penyandang kerusi Naib Presiden iaitu Zahid Hamidi (188 undi) dan Shafei Apdal (177 Undi) masih mengekalkan populariti masing2 dan menjadi pilihan para perwakilan. Kedua-duanya mengesahkan kedudukan elit mereka dengan berada pada tahap tersendiri yang sukar di ganggu gugat oleh pemimpin lain setakat ini.

Langkah Mukhriz untuk menempatkan diri sebagai salah seorang pemimpin utama Umno secara fast track masih bertemu jalan buntu. Mukhriz juga pernah tewas pada pertandingan yang lalu di tangan KJ sebagai Ketua Pemuda. 

Sokongan moral dari Tun M juga gagal memenangkan Mukhriz kali ini. Mungkin Tun M agak kecewa namun masih jauh daripada berputus asa. Legasi Tun M akan diteruskan jua oleh Mukhriz di pentas yang lain.  

Mukhriz harus bermula (sebagai MB) dengan membangunkan Kedah untuk setanding dengan negeri2 maju lain seperti Perak, Johor, atau Penang. Mukhriz juga harus lebih berani bersuara mengemukakan pendirian dan pandangan pada pelbagai isu-isu nasional yang berbangkit supaya ketokohannya lebih menonjol dan teruji.

Yang nyata 140,000 (berbanding 2,500 dulu) perwakilan masih mahu mengekalkan status quo dalam jawatan Naib Presiden ini. Transformasi yang diinginkan dalam kepimpinan Umno nampaknya sekadar retorik dan gagal menjadi kenyataan. Apakah money power masih manjadi king? Mungkin.

@@@

NOTA: Mukhriz menang dari segi undi popular bila mendapat total 57,189 undi berbanding 56,604 undi yang di raih oleh Hishamuddin.

Berikut keputusan rasmi jumlah undi yang diterima enam calon Naib Presiden Umno yang diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan parti Tan Sri Tajol Rosli Ghazali di Menara Dato' Onn, PWTC di sini, Ahad.
  1. Dr Ahmad Zahid Hamidi : 188 undi (94,562 undi perwakilan)
  2. Mohd Shafie Apdal : 177 undi (82,252 undi perwakilan)
  3. Hishammudin Tun Hussein: 101 undi (56,604 undi perwakilan)
  4. Mukhriz Tun Dr Mahathir : 93 undi (57,189 undi perwakilan)
  5. Mohd Ali Rustam : 7 undi (15,294 undi perwakilan)
  6. Mohd Isa Abdul Samad : 7 undi (12,783 undi perwakilan) - mStar.

Sumber: http://cenangau.blogspot.com

Tuesday, October 15, 2013

KJ Simbolik Reformis UMNO


Saya sudah agak lama memendam rasa untuk tergerak menghasilkan sebuah posting bercerita pasal Khairy Jamaluddin (KJ). Saya lihat dia ini sebagai salah seorang reformis UMNO yang agak paling menonjol walau pun acap diselubungi kontroversi dan banyak musuh. Dia membawa mesej transisi UMNO old school kepada new school. Antara tokoh yang ada telor. Banyak tindakannya setakat ini menjana rasa respek saya kepadanya.


“Tiada gunanya popular jika di tolak rakyat,” kata KJ secara jelas tanpa berselindung. Ini merupakan kenyataan yang paling benar yang kita dengar dari mulut Ketua Pergerakan Pemuda yang baru di perbaharui mandat oleh perwakilan Pemuda dalam pemilihan  UMNO minggu lepas. Mungkin KJ sangat layak memimpin Pemuda untuk melangkah ke medan tempur yang terkedepan terutamanya untuk menghadapi PRU-14 dan barisan pejuang PR yang lebih popular dengan rakyat terutamanya dikalangan anak muda, penduduk di kawasan urban dan sub-urban.

KJ boleh mainkan peranan penting menarik sokongan anak muda yang khabarnya akan membentuk  kelompok majoriti pengundi baru di PRU-14 yang akan datang. Apatah lagi KJ ialah Menteri Belia dan Sukan yang berkepentingan langsung memacu agenda dan program untuk kumpulan remaja, belia dan anak muda ini. KJ juga seorang pemuda yang tegap dan agak hansem. KJ ada daya penariknya yang tersendiri di kalangan anak muda.

Saya doakan KJ supaya mendapat hidayah untuk mendalami ilmu agama supaya menjadi orang alim yang faham agama. Segala tindakan dan perlakuan yang berdasarkan ilmu dan panduan Agama akan membuahkan hasil yang lebih tepat dan padat, in sha Allah.

PM Najib yang menutup mata sebelah tika mengelak daripada melantik KJ menjadi anggota kabinetnya sebelum PRU-13 lalu bertindak bijak untuk melihat kepentingan tokoh muda seperti KJ ini dan mengambil keputusan bernas melantik KJ terus menjadi menteri penuh walaupun menerima tekanan kuat dari Tun M yang memang tidak gemar pada KJ dan warisan Team Pak Lah dulu. By the way my vote is for  KJ over Mukhriz anytime.

KJ satu masa dulu pernah menyatakan cita-cita dia untuk jadi PM Malaysia. Logik tak? Satu masa dulu ramai orang menganggap itu tidak ubah sebagai satu angan-angan Mat Jenin. Tapi kini bagaimana? Anda fikir cita-cita KJ itu logik tak? Apakah cita-cita itu berada pada landasannya?

Saya perhatikan KJ tidak suka lari daripada realiti, isu atau masalah. Dia berani berdepan dengan kawan dan lawan. Untuk rekod kita lihat KJ pernah berdebat dengan barisan kepimpinan PAS di Balai Islam di Kota Bharu dalam sebuah program. Dia menerima jemputan pendebatan itu walaupun diadakan di kawasan lubuk PAS. It takes gut to do that. Bagi saya KJ ada guts.

Kita juga lihat KJ berdebat dengan penuh style bukan dikuasai emosi tika mematahkan hujah lawan dan menegakkan pandangan dan ideanya dalam mempertahankan pegangan atau polisi kerajaan BN tika berdebat dengan Pengarah Strategi PKR iaitu Sdra Rafizi Ramli di Kota London. Pernah Rafizi menyatakan kepada KJ akan kekagumannya iaitu perihal pelbagai pandangan KJ yang banyak menjurus kepada pandangan pihak pembangkang seolahnya KJ sedang berada di parti yang salah. Sepatutnya KJ join PKR atau komponen parti PR yang lain, kata Rafizi. 

Mungkin ini menyerlahkan sisi reformis yang ada pada KJ, yang tidak menerima bulat2 segala pandangan atau polisi UMNO atau Kerajaan BN. KJ berhujah menggunakan fakta yang intelek. Dia juga rajin membuat homework dan bukan mudah untuk menuduh pihak lawan secara membabi buta sahaja seperti tabiat setengah pemimpin yang lain atau tabiat menutup hujah dengan statement bodoh atau pasif maupun dominan atau menegak benang basah.

KJ juga pernah berdebat dengan Ambiga di platform berkecuali tentang isu hangat ketelusan sistem pilihanraya kita. KJ memainkan peranannya dengan jaya pada pendebatan itu. Dia juga bersikap professional dan memberi imej baik kepada UMNO dan Kerajaan BN sebenarnya dengan berani berhujah pabila dijemput agar rakyat dapat membuat penilaian mereka. 

Nampaknya KJ lebih gemar kepada sistem yang lebih terbuka dan tidak melanggan old school yang suka menonjol cerita sebelah pihak semata-mata yang diamalkan oleh sistem media negara selama ini. Mungkin KJ sebagai generasi baru lebih faham akan kuasa media baru seperti You Tube, Twitter, Facebook dan Blog sebagai pilihan media anak muda dan generasi baru masakini.

Saya sangat ingin melihat KJ meletakkan KPI kepada dirinya sebagai Menteri Belia dan Sukan untuk menaikkan maruah negara dalam bidang sukan utama dunia. Saya sangat ingin melihat pasukan bolasepak negara kembali cemerlang seperti era 70an dan 80an yang setanding rankingnya dengan pasukan Korea Selatan dan Jepun. Lebih manis kalau pasukan bolasepak Malaysia dapat layak ke pertandingan berprestij seperti Piala Asia, apatah lagi Piala Dunia. 

KJ kena membuat framework, strategi dan planning yang sistematik dan memberi panduan, nasihat, tekanan dan pemantauan sewajarnya untuk kelangsungan perjalanan dan pentadbiran persatuan2 sukan seperti FAM atau BAM yang lebih efektif dan efisyen berdasarkan KPI dan result. 

Untuk permulaan apa kata ranking #161 (Info:tahun 1993-pernah mancapai Rank#75) dunia untuk pasukan bolasepak Malaysia ini dapat di lonjakkan kepada #99 misalnya menjelang 2015 iaitu sebelum PRU-14. Begitu juga untuk mencapai kedudukan top 5 dunia bagi pasukan hoki kita dan menyediakan pengganti Lee Chong Wei sebagai pemain no.1 dunia. Amacam KJ, ada berani?

@@@

Tuesday, September 17, 2013

Chin Peng Dalam Sejarah



Chin Peng meninggal dunia pada 16 September 2013 di dalam buangan di Bangkok Thailand, berserentak dengan sambutan Hari Malaysia. Kebetulan tarikh yang agak menarik. 

Siapa Chin Peng? Chin Peng ialah bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, seorang pemimpin perang gerila yang gagal mencapai matlamatnya setelah berjuang lebih 40 tahun. Dia dilantik menjadi Setiausaha Agung PKM di usia 23 tahun pada 1947, menggantikan Lai Tek yang telah dibunuhnya di Thailand. Lai Tek adalah perisik tiga mata yang telah belot dan melarikan wang Parti Komunis Malaya.

Chin Peng telah dilabel sebagai pengganas yang sangat kejam dan zalim. Aspirasi politik komunis pada mulanya ditubuhkan untuk membebaskan Tanah Melayu dari cengkaman penjajah, namun sebaliknya telah tersasar menjadi satu perjuangan yang mengundang kemarahan rakyat pada ketika itu. Inilah nasib Chin Peng. Kebencian ini berlarutan hingga kini dan selamanya, malah beliau juga dilarang menjejakkan kaki di tanah kelahirannya buat selama-lama.  

Chin Peng juga mempunyai memori tersendiri berkaitan berbagai peristiwa yang dilalui, kehilangan rakan dan taulan, anggotanya yang terbunuh, marah pada pihak lawan, dan tersiksa. Mungkin baginya ini adalah satu siri sejarah perjuangan yang panjang demi maruah partinya. Silapnya, apa yang dianggap perjuangan baginya, sejarah indah baginya. Tapi dalam tafsiran sejarah tanah air, semua itu adalah siri pemberontakan dan kezaliman. Tidak lebih selain membangkitkan kemarahan umum.

Ramai juga yang menganggap Chin Peng sebagai seorang yang berjasa kepada negara. Contohnya Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) yang menganggap bersemadinya Chin Peng tetap sebagai pejuang kemerdekaan dan katanya Tunku Abdul Rahman sendiri pernah mengakui jasa-jasa Chin Peng, tapi kenapa mereka yang menggalas senjata ini tidak mendapat penghormatan yang sepatutnya?

Setelah keruntuhan komunis di Rusia dan Jerman Timur, PKM semakin goyah. Satu perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dan Parti Komunis Malaysia telah ditandatangani di Haadyai pada 1989. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Haadyai. Selepas itu tiada ada lagi perjuangan bersenjata PKM. Ahli PKM diterima sebagai warganegara Malaysia dan boleh kembali ke Malaysia. Walau bagaimanapun, pemimpin utama seperti Chin Peng dan Rashid Maidin memilih untuk menetap di sebuah perkampungan khas di Yala Thailand.
 
Dalam buku memoir peninggalannya bertajuk "My Side Of History", Chin Peng berkata, bukunya itu bukanlah bertujuan untuk membanggakan atau meminta maaf, tetapi ini adalah jemputan untuk memahami bagaimana kepercayaan terbentuk dan bagaimana persengketaaan boleh bermula serta berjalan tanpa dapat diredakan.
 

*******

Suara hati Chin Peng mungkin terdengar seandainya dirujuk kepada bukunya, bab ke-32. Chin Peng meluahkan kerinduan dirinya terhadap Setiawan apabila menulis, "aku tidak merintih dan menyesal, meskipun dalam keperitan semasa zaman perjuangan bersenjata, apatah lagi sekarang?..."

"Kedahagaanku untuk kembali ke tanahair telah aku simpankan. Hanya pada waktu kesepian, ianya akan menjelma dalam ingantanku. Aku akan mulai dari Setiawan, semasa zaman kanak-kanak. Selepas bersembahyang di kubur nenek moyang, aku akan menjenguk sekolah asalku. Kemudian, aku akan berjalan di lorong kampungku, mengimbas persahabatan yang terjalin dahulu..."

"Ingatan ini tidak akan meninggalkanku. Lorong, pohon, rumah dan papan tanda, segala-gala ini memberitahu aku, inilah Malaysia, bukannya tempat lain. Aku dahaga untuk kembali ke ribanya..."
Malah, bukunya mencatatkan pertanyaan berikut, "aku sanggup terkorban demi tanahairku. Mengapa tidak membenarkan aku untuk menjenguknya?"

Pada akhir wawancara tersebut, Chin Peng diminta untuk mengungkap sepatah bahasa Melayu yang paling ingin disampaikan kepada rakyat Malaysia. Setelah merenung sejenak, "Selamat tinggal" terkeluar dari mulutnya.

Wartawan agak terkejut dengan jawapannya. Untuk Chin Peng, selamat tinggal boleh membawa maksud "hidup dengan baik dan selamat", juga boleh memberi makna "selamat jalan".

Dengan terus-terang, dan sambil ketawa, Chin Peng mengakui bahawa usia dirinya telah lanjut dan bakal kembali ke pangkuan Tuhan tidak lama lagi. Walaupun belum sempat kembali ke riba Setiawan, namun "Selamat Tinggal" pula yang terpaksa diucapkan.

Dengan kata lain, apakah ini juga sebagai petanda seorang bekas pejuang bersenjata meninggalkan sejarah Malaysia, yang pernah dilakari sebahagiannya oleh dirinya?

*** Sedutan soal-jawab antara media dengan Chin Peng tika usianya 85 tahun (iaitu 5 tahun yang lalu) di Haadyai.


Chin Peng telah dilaporkan meninggal dunia pada usia 90 tahun, di Bangkok Tahiland pada jam 6.20 pagi 16 September 2013. Sebelum kematiannya, dia tinggal dalam buangan di Thailand dan masih tidak dapat kembali ke Malaysia, ini didakwa sebagai percanggahan kepada satu syarat yang telah dipersetujui dalam Rundingan Damai Haadyai 1989. Pihak kerajaan pula memutuskan bahawa Chin Peng tidak termasuk dalam golongan ini kerana tidak pernah melepaskan perjuangan parti dan ideologi komunisnya sebagaimana yang disyaratkan dalam Rundingan Damai Haadyai tersebut. 

@@@

Monday, September 2, 2013

Harga Minyak Naik


Yahooo !!! Harga minyak naik. Tahniah. Ramai yang happy giler. Tak kurang juga yang sujud syukur. Banyak juga yang memuji tindakan kerajaan BN ini kerana ia bakal membantu menaikkan semula ekonomi negara, mengurangkan bebanan subsidi kerajaan sekaligus bisa mengurangkan hutang negara. Tahniah.

Mari kita petik beberapa kenyataan VIP kat Malaysia akan isu kenaikan harga minyak ini:

"Pengurangan subsidi menyebabkan harga minyak naik dan beban pengguna meningkat. Menteri Kewangan kata kenaikan terbaru ini akan menjimatkan kira-kira RM1.1 bilion. Di mana penjimatan itu akan dibelanjakan kita kena tahu. Harap-harap janganlah tumpu kepada bandar saja. Ingatlah siapa yang menyelamatkan BN pada 5 Mei lalu!  Dilihat dari luar, nampak kerajaan boros. Belanja lawatan ke luar negara Perdana Menteri saja RM44.07 juta sejak Mohd Najib jadi PM lima tahun lalu. Belanja baik pulih dan ubah suai kediaman rasmi pula berapa? Janganlah jadi cerita: Raja dalam dapur makan roti gula. Suri dalam rumah  buat kira-kira. Rakyat luar pagar hidup menderita. Wallahualam."  
- A Kadir Jasin


"PR telah menjangkakan perkara itu akan berlaku sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Malangnya , 47 peratus rakyat negara ini termakan tipu muslihat BN dan telah memenangkan komponen itu di 133 kerusi Parlimen. Kenaikan itu jelas terbukti bahawa mereka ini berjaya diumpan oleh BN untuk kepentingan politiknya. Golongan ini telah dipengaruhi dan mempercayai kata-kata manis BN lantang membuat pemilihan yang salah dalam PRU13. Mereka ini diberi hadiah yang cukup istimewa oleh Barisan Nasional dengan menaikan harga petrol RON 95 dan diesel sebanyak RM0.20 per liter. Saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Naik Harga Petrol kepada semua yang mengundi Barisan Nasional dalam PRU13,"  
- V. Sivakumar (MP Batu Gajah)
  

"Minyak petrol naik pastinya tidak membebankan rakyat, kerana yang ada kereta besar adalah orang2 besar dan berkemampuan. Orang kampung ada tak berkereta." 
- Bung Moktar Radin (MP Kinabatangan)


"Terima kasih 47% anda semua telah menyebabkan Malaysia menanggung kenaikan harga minyak. Tyranny of minority. Beribu-ribu teraniaya." 
- Dr Maszlee Malik


"Ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan. Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel. Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion. Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet." 
- DS Najib


KUALA LUMPUR 3 September: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam  keputusan kerajaan Datuk Seri Najib Razak menaikkan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen berkuatkuasa tengah malam tadi.Menurut Anwar, amalan boros dilakukan pimpinan Barisan Nasional, menjadi punca harga bahan bakar itu dinaikkan sedangkan Malaysia merupakan pengeluar minyak.

“Amalan boros BN bebankan rakyat. Hentikan pembaziran; rasuah. Msia ekspot minyak!,” tulisnya di Twitter malam tadi.
Membalas tweet seorang pengguna Twitter Anwar menulis “Umno asyik banding harga negara pengimpot!”  merujuk kepada perbandingan yang biasa dilakukan BN bagi memberi justifikasi kepada kenaikan tersebut.

Kerajaan Najib terus menerima kecaman bertali arus  susulan keputusannya menaikkan harga bahan bakar itu ketika rakyat menderita dengan bebanan ekonomi dan kenaikan kos yang semakin meningkat.

Pada masa sama, kerajaan membazirkan berbilion ringgit setahun untuk membina projek mega yang hanya menguntungkan kroni.
Pakatan Rakyat sebelum ini menegaskan akan menurunkan harga minyak sekiranya mendapat mandat pada Pilihan Raya Umum lalu.
Keyakinan itu berdasarkan bahawa Pakatan mampu membasmi amalan rasuah dan pembaziran dilakukan Umno BN, seperti pemberian subsidi kepada penjana tenaga bebas (IPP) sebanyak RM19 bilion setahun.
- Keadilandaily.com


"Harga runcit bahan petroleum Malaysia masih paling murah berbanding negara-negara jiran meskipun selepas kenaikan harga yang diumumkan semalam. Harga diesel di Thailand ialah RM3.06 seliter dan petrol RON95 RM4.74; diikuti Singapura (RM4.32 dan RM5.56); Indonesia (RM3.43 dan RM3.05); dan Filipina (RM4.32 dan RM5.44 (RON93)).Harga diesel dan petrol RON95 tempatan pula masing-masing di bawah paras RM3 seliter iaitu hanya RM2.00 dan RM2.10 seliter. Walaupun harga petrol RON95 dan diesel dinaikkan 20 sen, rakyat perlu faham bahawa berbanding negara-negara jiran dan dunia, Malaysia belum mencapai tahap harga sebenar bahan api kerana kerajaan masih memberi subsidi 63 sen untuk petrol RON95 dan 80 sen untuk disel. Ini menjadikan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan untuk petroleum bagi 2013 adalah sebanyak RM24.8 bilion dan dengan ini, kerajaan dapat menjimatkan sebanyak RM1.1 bilion. Bagi tahun 2014, sebanyak RM3.3 bilion akan diperoleh daripada penjimatan yang boleh digunakan untuk mengurus pembangunan negara termasuk kenaikan pemberian BR1M. Dalam pada itu, kerajaan terus mengekalkan pelbagai pemberian subsidi untuk barangan lain seperti minyak masak, gula, tepung, beras dan gas memasak."
- Ahmad Maslan (TM Kewangan)


“Rakyat kena bersedia, tak berapa lama sahaja lagi, mungkin kurang sebulan akan menyebabkan kenaikan harga barang lain sebab petroleum melibatkan banyak peringkat.” 
Syed Shahir Syed Mohamud


"Tentunya kenaikan ini menyebabkan berlakunya rantaian limpahan berganda kepada setiap perkhidmatan apabila kosnya dinaikkan. Ia satu fenomena yang tidak dapat dielakkan." 
Muhammad Sha'ani Abdullah (Timbalan Presiden Fomca)


*****

Kenaikan harga minyak sebanyak 10.5% ini mungkin nampak agak kecil sahaja namun kesan sampingannya nanti terutamanya kenaikan harga barangan dan servis sudah tentu bukan sekadar 10.5% sahaja. Itulah kesengsaraan yang bakal di tanggung oleh rakyat marhain negara ini. Efek domino kenaikan kos hidup. Iaitu dalam suasana gaji atau pendapatan bulanan yang payah benar untuk meningkat maka setiap kenaikan kos hidup akan sangat mengesankan jiwa dan raga, emosi dan perasaan.

Saya ambil contoh mudah nasi campur untuk makan tengahari di kantin syarikat saya kalau dulunya harga RM3.00 hingga RM4.00 itu masih biasa, tapi semenjak kenaikan harga minyak terakhir dulu harganya sudah meningkat kepada antara RM3.50 ke RM5.00 iaitu peningkatan 16% hingga 25%. Maka secara mudahnya nampak gaya dengan kenaikan harga minyak berkuatkuasa hari ini rasanya tidak peliklah kalau makcik kantin mengambil tindakan menaikkan harga RM4.00 hingga RM6.00 demi untuk cover kos barangan yang meningkat.

Pada hari minggu lepas isteri saya membeli empat ekor ayam di pasar dengan harga RM64. Fuyooo mahalnya, dah jadi RM16 seekor. Bukan silap congak si peniaga tu kerana harga ayam pada hari itu ialah RM8.50 se Kg. Maka benarlah BN itu adalah shortform untuk Barang Naik. Tidak lama dulu seekor ayam boleh dapat harga RM9-RM12 sahaja. Harga minyak naik, harga barangan lain pun akan naik punye. Itulah hukum alam.

@@@

Thursday, August 22, 2013

Siapa Bunuh Altantuya?



Perkembangan terkini yang sangat menarik dan agak tidak disangka. Kes pembunuhan Altantuya ini sudah terkenal di serata dunia. Azilah dan Sirul dibebaskan dari penjara Malaysia. Tika dunia menyaksikan Mubarak baru saja dibebaskan dari penjara Mesir. 

Somebody must go to jail, but who? Somebody have killed Altantuya, but who? And most important is the motive behind. Hope justice will surface by hook or by crook. But Allah knows the whole thing, no doubt about that. Rasanya kes ini masih belum dapat ditutup 'once and for all'.


*****


Dua bekas komando polis bebas hari ini selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka dan mengubah sabitan terhadap mereka atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.


Panel tiga hakim iaitu Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan sebulat suara membenarkan permohonan rayuan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar.



Kedua-duanya sebelum ini disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh model dan penterjemah, Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam pada 2006.



Mereka pada ketika itu bertugas di Unit Tindakan Khas Bukit Aman dan berada dalam pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak. Najib pada ketika itu ialah timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan. ~the malaysian insider

Friday, August 16, 2013

Rakyat Mesir Bermandi Darah


SMS yang saya blast buat teman2 sekelian sekejap tadi, "Mesir Berdarah. Jom ke Padang Merbok hari ini pukul 4ptg-9mlam. Himpuanan Munajat 100K. Mohon Allah bantu saudara kita di Mesir. Zahirkan sokongan kita. Usah ambil tak peduli lagi. Saudara kita sedang bermandi darah. Sedangkan kita masih seronok bergumbira di Open House Raya. Muslimkah aku ini? Ayuh ramai2 turun padang. Ini Kali Lah !! Sekurang-kurangnya aku juga menyumbangkan senjata kepada saudaraku di Mesir dengan senjata untuk mereka berjuang menegakkan Islam di bumi Mesir. Doa dan munajat itu adalah senjata dan bantuan yang mereka sangat perlukan dari saudara se Islam seluruh dunia."

Ramai yang sekadar memandang sepintas lalu SMS ini sebelum tekan butang delete. Namun saya bersyukur kerana ramai juga teman2 yang menyambutnya dengan penuh semangat. Alhamdulillah. 

Selama mana lagi kita yang mengaku Muslim ini kena berdiam diri dan buat tak tahu. Cukuplah kelompok manusia yang bagai dicucuk hidungnya bagai lembu. Hanya patuh kepada ejen kufar dan munafik. Diam seribu bahasa tanpa rasa pilu dan hiba langsung akan musibah di Mesir ini.


Update terkini yang saya terima tadi dari kawan di Mesir:




Saya merayu Tuan2 dan Puan2 marilah kita penuhi Padang Merbok hari ini sebagai menunjukkan ukhwah solidirati kita sebagai muslim tanpa mengira bangsa, sempadan dan fahaman politik untuk solid memberi sokongan dan simpati tanpa segan silu memohon interference Illahi untuk membantu saudara se Islam kita yang teruk dibantai, di zalimi tanpa had, dan dibunuh kejam tanpa pembelaan di bumi warisan Firaun dan Nabi Musa ini. Marilah keluar dari kepompong selesa Tuan2 dan Puan2 untuk berada dalam suasana mujahadah dan perjuangan. Ayuh semua !! Ini Kali Lah.

NOTE:
Apa maksud Kudeta?
Ku de ta = Coupe De Etat (Rampasan Kuasa) 


@@@

Mesir Berdarah


Solat Jumaat tadi di Surau al-Islah AU2 Keramat di sertai dengan bacaan qunut nazilah. Usai solat Jumaat jemaah sama2 menunaikan solat hajat memohon pada Allah supaya di lindungi rakyat Mesir yang dikejami oleh rejim kudeta Mesir. Ya Allah lindungilah saudara se Islam kami di Mesir. Hancurkan segala kezaliman ke atas mereka. Kembalikan keadilan dan keamanan. Khabarnya di seluruh negara pihak PAS telah mengambil inisiatif mengadakan perhimpunan aman sebagai bantahan kepada kezaliman yang berlaku di Mesir.

Di Kota Bharu malam tadi ribuan penduduk Kelantan terutamanya anak-anak muda menyertai solat hajat, munajat dan membaca qunut nazilah sebagai simpati mereka terhadap nasib umat Islam di Mesir yang menjadi mangsa kerakusan tentera Mesir sekarang. Program berkenaan dirancang secara mengejut Pemuda PAS Kelantan berikutan tentera Mesir bermaharajalela membunuh ribuan penyokong Dr Muhamad Morsi. Solat hajat dan munajat diketuai anggota jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Nik Razi Nik Mat.

Kita bagaimana? Tidak rasa apa-apakah? Media sibuk menyatakan pertempuran antara rakyat pro-Mursi dengan pihak tentera. Pertempuran apa? Satu pihak bersenjata lengkap manakala satu pihak lagi hanya rakyat marhain tanpa senjata. Ini tidak ubah sebagaimana tentera Zionis membantai rakyat Palestin. Kejam sungguh pewaris Firaun di bumi Mesir ini persis yahudi Zionis di bumi Palestin.

Himpunan Munajat 100K anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) bersama parti-parti politik serta badan bukan kerajan (NGO) akan diadakan di Padang Merbok KL esok bermula jam 4 petang hingga 9 malam. Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan beberapa lagi pemimpin dijangka memimpin munajat ini. Sehubungan itu, penganjur mengalu-alukan penyertaan orang ramai untuk sama hadir memohon doa kepada Allah SWT agar menyelamatkan rakyat Mesir dari tindakan zalim pemerintah pimpinan tentera yang telah merampas kuasa.

Jutaan umat Islam di seluruh dunia ternanti-nanti siapakah pemimpin negara Islam yang lantang dan berani ke depan mengambil langkah agresif mengajar rejim yang zalim dan kejam terhadap rakyatnya sendiri. Di saat negara Arab diam membisu, malah dianggap bersekongkol dengan rampasan kuasa terhadap kerajaan Dr Mohammad Morsi, belum ada negara yang diletakkan harapan untuk mengangkat maruah dan martabat umat Islam yang dibunuh di negara bergolak itu.

Masihkah ada pemimpin seberani Salahuddin al Ayyubi yang bangkit membela nasib umat Islam sehingga membebaskan Baitul Maqdis, apakah wujud pemimpin setulus Sultan Muhammad Al Fatih yang membebaskan kota Konstantinople dari jajahan dan kezaliman kerajaan Rom, adakah pemimpin sehebat Sultan Saifuddin Qutuz yang membebaskan bumi Mesir dan kerajaan Islam Abbasiyyah dari kezaliman tentera Tartar dan Mongol? Paling tidak, masihkah ada pemimpin sehebat Dr Mohammad Morsi dan Recep Tayyib Erdogan di Turki yang berani secara terbuka membela umat Islam yang dibunuh di Gaza dan Syria?


Turki sudah menarik balik dutanya di Mesir sebagai mengutuk kekejaman rejim kudeta Mesir ini. Malaysia bila lagi?

@@@

Wednesday, July 3, 2013

Mohamed Morsi


Presiden Mesir Mohamed Morsi telah digulingkan oleh pihak tentera Mesir pada usia pemerintahan yang hanya mampu bertahan selama kurang lebih setahun sahaja. Tuntutan jutaan penunjuk perasaan yang mendesak Morsi meletak jawatan nampaknya telah menjadi kenyataan. 

Rakyat Mesir berkumpul di Dataran Tahrir bagi meraikan pergulingan ini. Dua tahun lalu, di Tahrir terdapat perayaan hampir sama selepas Hosni Mubarak ditumbangkan dan Morsi diangkat sebagai presiden pertama dipilih rakyat. Bagaimanapun popularitinya merosot pada tahun yang sama beliau diangkat ke jawatan itu. Pembangkang liberal dan kiri menuduhnya menolak kompromi dan gagal menangani masalah politik dan ekonomi yang mendesak.

Sudah tentu perjuangan Islam akan terus menerima ujian dan dugaan yang hebat. Yang penting pejuang Islam tidak mudah luntur untuk menempuhi saat payah  dan sukar ini. Semoga kerajaan Islam pimpinan Morsi akan dapat bangkit kembali.

Saya tidak dapat lari daripada mengenangkan semula betapa di tanahair kita seorang pemimpin luarbiasa iaitu TGNA berjaya pula mengetuai sebuah kerajaan Islam di Kelantan dengan jayanya sehingga dia bersara secara pilihan tika di puncak selepas kurang lebih 22 tahun di tampuk pemerintahan walaupun ditimpa pelbagai tekanan dan ujian berat. 

Mungkin TGNA satu-satunya tokoh ulama yang menjadi ketua kerajaan, punyai daya tahan yang berjaya memerintah selama itu dengan pendekatan sederhana untuk diterima oleh rakyat jelata. Membuktikan kepada kita betapa TGNA adalah seorang tokoh yang unik, punyai karisma yang telah menyatukan kawan dan lawan malah mengundang respek dari orang bukan Islam juga.

Saya membaca sebuah posting di laman Kerabu Bersuara satu kenyataan rasmi oleh TGNA berkenaan isu pergulingan Presiden Morsi:

**********

Mesir : Detik Hitam Sedang Berulang

Saya melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang. Pada saya, inilah saat di mana detik hitam sedang berulang semula dalam sejarah Mesir.

Saya menyaksikan sidang media tentera yang mengumumkan rampasan kuasa dan diberitakan bahawa Sheikh Al-Azhar juga turut bersama-sama dengan tentera menyokong rampasan kuasa menggulingkan Dr Muhammad Mursi. Ini tandanya tentera tidak yakin dengan kekuatan mereka sendiri lantas menjadikan ulama sebagai sandaran untuk meyakinkan rakyat. Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam. Tebalnya kulit kitab yang dipelajari dan panjangnya ekor serban bukan jamiman seseorang ulama itu celik politik.

Sheikh al-Azhar ialah satu jawatan, jawatan tersebut buat masa sekarang dipegang oleh penjawatnya. Namun ilmu yang ada pada Sheikh al-Azhar turut dimiliki oleh orang lain. Belum tentu jawatan ini kekal dan Allah SWT berhak menggantikan orang lain ke jawatan itu pada bila-bila masa. Samalah juga dengan jawatan mufti. Sesiapa yang menjawat jawatan ini usah sesekali menyangka ia akan kekal selama-lamanya. Sudah berlalu banyak orang yang hanya menjadi alat kepada gerakan sekular untuk melawan Islam. Tiba masanya, mereka dilontarkan ke tepi tanpa sesiapa bepaling lagi ke arah mereka.

Saya yakin rakyat Mesir tidak akan berdiam diri dengan perkembangan ini. Mursi menaiki takhta presiden dengan pilihanraya yang sah bukan dengan jalan penipuan melalui jalanraya. Jika Hugo Chavez, Presiden Venezuela yang pernah digulingkan tentera suatu masa dahulu namun akhirnya kembali semula ke tampuk kuasa kerana tekanan rakyat, saya tidak nampak ia mustahil berulang di Mesir. Kudeta dan diktator bukannya pilihan manusia lagi di era sekarang.

Insya-allah, sebagaimana Sungai Nil yang tidak berhenti mengalir, begitu juga nadi kebangkitan rakyat di Mesir pasti akan terus bergerak. Pada saya, fi zhilalil quran dan maalim fit toriq sedang melahirkan generasinya pada hari ini!

Doa dan solidariti untuk Mesir.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS).

Bertarikh : 25 Syaaban 1434H bersamaan 4 Julai 2013Masihi

**********


Nampaknya Mesir akan terus menjadi medan pergolakan yang menjadi rebutan antara pengampu Firaun dengan pengikut Nabi Musa. Sekiranya rakyat Mesir telah sudi bersabar selama 30 tahun di bawah Hosni Mubarak, nampaknya mereka tidak mahu bersabar dengan Mohamed Morsi walaupun sekadar jangkamasa setahun cuma. Suara demokrasi sudah basi. Pilihan rakyat secara sah melalui undi pilihanraya sudah gagal di ambil kira lagi. Mesir akan terus mencipta sejarah untuk kita semua mengambil iktibar dan pengajarannya.

@@@
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...