Please CLICK

Thursday, April 9, 2026

NAIK MINYAK


Isu hangat yg masih dibicarakan ialah perihal kenaikan harga minyak. Juga perihal harga minyak diesel yg sangat tinggi dan berbeza jauh dgn harga di sabah dan sarawak.

Kenaikan harga minyak telah menyebabkan kos barangan lain akan ikut naik. Kesannya kpd pengguna iaitu rakyat marhain.

Secara logiknya Malaysia sebagai negara pengeluar minyak aka n meraih keuntungan setiap kali harga minyak naik. Dikatakan minyak kita bermutu kayangan lalu dieksport. Minyak yg bermutu low gred kita import utk kegunaan di Malaysia.

Cuba habaq mai brapa penambahan keuntungan yg kita dapat hasil eksport minyak? Dan brapa pulak penambahan kos yg terpaksa kita tanggung utk import minyak lower gred? Sila telus dlm isu ini. Tak usah berselindung lagi dan menyalahkan rakyat yg bertanya a valid question.

Reason utama yg diberikan ialah jumlah subsidi yg meningkat yg terpaksa ditanggung oleh kerajaan. Sedangkan jumlah keuntungan yg meningkat hasil eksport minyak tidak pula disebut. Asyik2 nak potong subsidi je solusinya. Asyik nak membebankan rakyat yg sudah terbeban dgn kos hidup yg tinggi.

Posting di bawah ini saya kongsikan utk tatapan umum agar lebih memberi pencerahan akan isu kenaikan harga minyak yg kita bincangkan ini.


*****


Rakyat tidak buta huruf, apatah lagi dangkal dan bangang, malah rakyat tahu yang harga minyak dunia ditentukan oleh dunia. Rakyat juga tahu yang harga minyak dalam negara ditentukan oleh negara masing- masing, sebab itu harga di saudi lain, Brunei lain, thailand lain, malah ada negara yang ada dua harga minyak seperti Malaysia, di semenanjung lain di Sabah dan Sarawak lain. Siapa yang menentukan harga harga yang berbeza ini? Trump ke atau Murtaba?

Rakyat tak bangang, buta huruf, dangkal dan seumpamanya. Kalau ikut formula dan gelaran yang diberikan pembangkang dahulu kerajaanlah yang bangang kerana tak tahu menurunkan harga minyak, sedangksn malaysia negara pengeluar minyak. Kerajaan sekarang bukan saja tak tahu menurunkan harga minyak sepertimana yang dijanjikan, malah manaikannya secara drastik dgn kadar yang tinggi. Jadi apa jenis kerajaan sekarang ini?

In syaa Allah rakyat tak akan tertipu untuk kali keduannya.


Kredit: FB Wan Mat Sulaiman


*****


Zaman Badawi Usd147/tong

(Petrol Rm2.70, Disel Rm2.58)

Kerajaan x pandai urus negara


Zaman Bossku Usd125/tong

Petrol Rm2.30 Disel Rm1.80

Kerajaan x pandai urus negara


Zaman Midin (Zaman Kovid) Usd25-30/tong

Petrol Rm1.55 Disel Rm2.15

Kerajaan x pandai urus negara


Zaman Mael Usd120/tong (Perang Rusia-Ukrain)

Petrol Rm2.05 Disel Rm2.15

Kerajaan x pandai urus negara


Zaman PMX Usd90-120/tong

Petrol Rm4.72 Disel Rm6.72

Rakyat melalak, rakyat buta huruf, rakyat x bersyukur.


Kredit: Eje Samukhojorn 


*****


SIAPAKAH YANG DANGKAL WAHAI PMX?


Tadi aku terbaca berita PMX kata ada "ulama" ulas dengan ilmu yang dangkal pasal isu harga minyak. Dia sebenarnya nak kata kepada TGHH yang semalam ada tulis tidak ada sebab nak naikkan harga minyak sebab kita negara pengeluar minyak. 


Sebenarnya aku sangat bersetuju dengan apa yang disebut oleh TGHH. Malaysia negara pengeluar minyak. Data DOSM sendiri menunjukkan sebenarnya Malaysia adalah negara net exporter dalam industri minyak. Sebagai contoh data DOSM untuk Q4 2025 menunjukkan;


Trade by product

Crude petroleum & condensate

Export: RM6.1 billion

Import: RM11.5 billion

Balance: -RM5.4 billion 


Refined petroleum products

Export: RM23.9 billion

Import: RM22.7 billion

Balance: +RM1.2 billion 


LNG

Export: RM13.6 billion

Import: RM1.6 billion

Balance: +RM12.0 billion 


Total trade (Q4 2025)

Total exports: RM43.6 billion

Total imports: RM35.8 billion

Overall balance: +RM7.8 billion (surplus)


Jelas data DOSM ni menunjukkan Malaysia sebelum konflik geopolitik meletus, kita adalah negara net importer dan mempunyai lebihan dagangan sebanyak RM7.8 billion. 


Apathy lagi sekarang ini harga minyak mentah dah naik. Minyak mentah dikeluarkan negara adalah jenis sweet crude yang mempunyai harga pasaran lebih tinggi. Malaysia juga kemudiannya mengimport minyak mentah medium dan heavy crude yang lebih murah untuk kegunaan pasaran Malaysia. Jadi sifirnya akan ada lebihanlah kan. 


Jadi soalan yang rakyat dok tanya, yang TGHH tulis adalah, pergi mana lebihan itu? Kenapa tak digunakan untuk tampung kenaikan kos minyak mentah supaya harga pasaran boleh kekal? Jumlah subsidi boleh dikekalkan kepada 300 liter. 


Lagi kelakar kan, ada seorang lelaki ni. Dia berucap sebijik macam apa TGHH cakap. Dia kata Petronas untung ratus billion ringgit. Kenapa nak naikkan minyak? Malaysia negara pengeluar minyak 


Dia tekan lagi "SEBAB ITU TAK BOLEH KITA NAIKKAN HARGA MINYAK". 


Lelaki ni namanya Anwar Ibrahim. 


Kalau PMX kata hujah TGHH dangkal, maka lelaki bernama Anwar Ibrahim ni juga hujahnya dangkal. Siapa kenal lelaki ni tolong sampaikan kepada dia, PMX kata hujahnya dangkal. 


Satu jelah nak cakap sebagai penutup. Bila kau cakap berbelit belit, sampai terbelit lidah sendiri pun tak perasan. Malang sungguh ada Perdana Menteri macam ni. 


Haaa last last, Fahmi Fadzil kata dia kesal dengan kenyataan TGHH pasal harga minyak. Nak tanya, hujah sama lelaki bernama Anwar Ibrahim tu Fahmi kesal tak? 


Jilat Datuk Pahmi, Jilat......slurrpppppp


Salam Hormat,

Ir. Ts. Dr. Nurul Islam Mohamed Yusoff 


Ps: Aku letak kat komen video ucapan lelaki bernama Anwar Ibrahim tu. Selamat menonton wahai para walanon.


Kredit: FB Nurul Islam Mohamef Yusoff


*****

Rakyat Malaysia cerdik dan tak mudah lupa. Rakyat Malaysia mahukan penjelasan yg tuntas. Jawablah dgn straight forward. Kos minyak meningkat akan menyebabkan domino effect iaitu peningkatan harga barangan asas yg lain di pasaran. Rakyat yg susah akan terus tertekan. 


@@@


Monday, April 6, 2026

PERPADUAN MELAYU

Baru saja berlangsung di terengganu perhimpunan melayu serantau bertujuan mengajak penyatuan ummah bangsa melayu bagi membina jatidiri dan kekuatan yg mungkin dirasakan mula pudar secara amnya. Mengimbas sejarah dan keagungan tamaddun melayu. Pidato dan bicara intelek  drp pelbagai tokoh hebat.


Seblom ini kita ada beberapa inisiatif lain yg mahu dilaksanakan, iaitu Payung Besar Melayu, Rumah Bangsa, dsb.


Penyatuan ummah merupakan satu kekuatan, memang benar terutamanya dlm menghadapi isu2 sensitif melibatkan kaum, agama, dan ekonomi. 


Perpecahan dlm bentuk parti2 politik melayu yg bercakaran sesama sendiri adalah krana berebut kpd nama dan kuasa. Sampai ke tahap kepentingan atau pembelaan bagi kesejahteraan rakyat dikompromi. 


Sekiranya aku seorg presiden sebuah parti maka tentunya secara otomatik aku layak dan wajar dilantik mencari menteri misalnya, walaupun aku drp parti ciput. 


Pemimpin lama  tidak mahu beri peluang kpd yg lain krana too much at stake, habuan dunia malah tidak kurang yg punyai rekod salah yg mahu disembunyi. Kalau hilang kuasa maka mungkin semuanya akn dilondeh org. 


Ini realiti bukan fantasi. Jika aku berjuang dan bersatu bukan krana nama, maka mungkin fantasi bisa berubah menjadi realiti. Wallahu'alam.


@@@


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...