Please CLICK

Monday, February 23, 2026

DR SAM

 


Entah mengapa saya dan ramai orang yg rasa teruja mendapat khabar Dr Sam di pilih menjadi pengerusi PN. Ia seolah memberi nafas baru yang segar. 


Dr Sam bagi saya mewakili generasi pemimpin baru yang berwibawa untuk mengambil alih peranan para pemimpin wargaemas atau muka2 lama yang semacam sudah dibosani atau corak politik style lama yang sudah tepu. 


Moving forward Dr Sam dilihat sebagai tokoh yang boleh memberi impak positif. Tahniah kerana dilantik sebagai pengerusi PN. Insya-Allah calon yg layak untuk PM-11. Kita doa yang baik-baik.


*****


KEPIMPINAN SEJAHTERA, TAK PERLU DRAMA


Pelantikan Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Ketua baharu Perikatan Nasional memberi satu isyarat yang jelas bahawa PN memilih pendekatan kepimpinan yang sejahtera dan matang. 


Orang ramai hari ini sebenarnya sudah letih dengan politik yang terlalu banyak drama, terlalu banyak sindir-menyindir dan perang kenyataan di media sosial. Apa yang rakyat mahu ialah kestabilan, kejelasan hala tuju dan pemimpin yang boleh dipercayai.


Ir Dr Sam dikenali sebagai seorang yang bekerja dalam diam tetapi hasilnya nyata. Sepanjang mentadbir negeri, jarang kita dengar konflik terbuka atau pergaduhan politik yang tidak berkesudahan. 


Namun seperti biasa dalam politik, bila seseorang naik dan mendapat perhatian, serangan pun mula datang. Sejak pengumuman pelantikan ini, kita dapat lihat akaun-akaun palsu dan profil tidak dikenali mula menyerang, menyebarkan persepsi dan cuba membina naratif negatif. 


Bila hujah sukar dicari, serangan peribadi dan permainan persepsi akan digunakan. Tetapi orang ramai hari ini semakin bijak menilai. Mereka boleh bezakan antara kritikan berasas dan serangan terancang.


Hakikatnya, kepimpinan bukan diukur melalui sekuat mana kita menyerang lawan, tetapi sejauh mana kita mampu membawa kestabilan dan keyakinan. Negara memerlukan suara yang rasional, bukan emosi.


Akhirnya, rakyat tidak menilai melalui bunyi paling kuat di media sosial. Rakyat menilai melalui rekod, kestabilan dan keikhlasan memimpin. Kepimpinan yang tidak banyak drama selalunya lebih lama bertahan.


Good luck Ir Dr Sam.


*****


Ada CEPLOS ragu-ragu wibawa Dr Sam setelah dilantik Pengerusi PN. Haru biru CEPLOS tengah susun skrip. Namun tak jumpa lagi ayat "pisang panas" nak mematikan wibawa tokoh dari PAS. 


Nak kait isu seleweng, Yillek!

Nak kait isu rasuah, Yillek!

Nak kait isu moral, Yillek!

Nak kait salah guna kuasa, Yillek!.


Adusss pening CEPLOS.


Nah saya kongsikan sedikit latar belakang Dr Sam.

Ni baru seorang calon-calon 'selori PAS'. 


Ahli dan pemimpin PAS dididik tidak "gilo" jawatan.

Namun bila PARTI dah beri amanah. Maka sedayanya akan digalas penuh wibawa, penuh integriti dan amanah kepimpinan.


BIODATA PENGERUSI PERIKATAN NASIONAL


Nama : Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar

Tarikh lahir : 16 November 1970 

Asal : Jerteh, Besut, Terengganu


PENGAJIAN TINGGI 

1. PhD (Aeroengine ignition and combustion. high altilude engine failure) School of Mechanical Engineering. University of Leeds, UK (2001)


2. Masters Of Science in Combustion and Energy. Centre for Combustion Studies. University of Leeds. UK (1996)


3. B.Eng. in Mechanical and Materials Engineering Universiti Kebangsaan Malaysia. Malaysia (1993)


PENGALAMAN DALAM KERJAYA 

1. Professor in Practice. Universiti Selangor Darul Ehsan (UNISEL)


2. Professor Madya, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM, 2006-2008


3. Pensyarah, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM.2001-2006


4. Ketua Jabatan, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM, 2003-2008


5. Pegawai Penyelidik, Fakulti Kejuruteraan, USM. 1994-1995


6.Jurutera Quality Assurance, Hitachi Consumer Products. 1993-1994


KHIDMAT KEBAJIKAN 8 KEMASYARAKATAN

1. Penganalis Kejuruteraan Aeroangkasa, Tragedi MH370 & MH17 :- TV1,TV2, Astro Awani, TV Hijrah, Bernama TV, Radio lKlM fm


2. Penasihat, Jawatankuasa Bidang Strategik (Aeroangkasa) Kementerian Pengajian Tinggi, (Penasihat kepada Menteri Pengajian Tinggi dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi) : Feb 2007-Jan 2009


3. Pengerusi, Jemaah Dekan Program Aeroangkasa, Kementerian Pengajian Tinggi. Malaysia: Feb 2007-Jan 2009


4. Ketua Delagasi Teknikal IPTA Malaysia. Jawatankuasa Kebangsaan Panel Program Aeroangkasa ke China (China National Space Agency) Korea (Korean Space Agency) Jepun (Japan Space and Exploration Agency)


5. Mewakili IPTA Malaysia ke Persidangan National Aeronautics and Astronautics (NASA) 

International Conference. Washington, 2006 


PENCAPAIAN

I. Anugerah Penyelidik Cemerlang Universiti Putra Malaysia, 2005


2. Anugerah Pencapaian Khas, dari Federal Agency for Industry (ROSPROM), Russian Federation: 54th World Exhibition of Innovation. Research & NewTechnologies, Brussels, 2005


3.Pingat Emas, 54th World Exhibition of Innovation. Research & New Technologies, Brussels, 2005


4. Anugerah Khidmat Cemerlang, Universiti Putra Malaysia 2003


5. Anugerah Khidmat Cemerlang, Universiti Putra Malaysia 2004


Sumber: Page Teganukita, dan Page Rasmi Dr Sam.


@@@


Friday, January 30, 2026

KEBAJIKAN RAKYAT


Hari ini saya nak tulis perihal realiti politik dlm soal duit utk rakyat. Ada duit semua boleh jadi. Maka PMX memilih untuk kawal duit atau peruntukan kpd para MP. Kalau MP di blok kerajaan no problem peruntukan tahunan di beri sebagaimana entitlement. Brapa tu? RM3.7 juta setahun. Maka dapatlah MP kerajaan berbelanja di konstitusi mereka. Rakyat pun happy. Untung sokong kerajaan, kata mereka. Untung sokong PKR, DAP, Umno. Macam2 projek dapat dibuat.


Peruntukan kpd MP blok pembangkang PMX sekat, tak di bagi. Katanya kena berunding baru dia bagi. So dah 3 tahun berlalu, habuk pun takdak. Zero peruntukan kpd MP pembangkang. Padan muka. Majoritinya MP PAS yg pengundinya org melayu islam. Negeri2 di bawah PAS iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis adalah majoritinya rakyat melayu beragama islam.


Adakah adil begini? Atau zalim? Bak kata seorg MP, ikut kamilah nak buat apa, ni kerajaan kami. Angkuh sungguh bunyinya. Segala yg pernah PMX perjuangkan sblom jadi PM utk tidak meminggirkan peruntukan hatta drp blok pembangkang telah dicapatikan tahap gaban. Kenapa? Kerana nak bagi susah, nak tengok MP pembangkang tak dapat serve konstitusi masing2. Tentu rakyat marah. Rugi aku undi PAS. Habuk pun tak dapat. Jalan berlubang, bantuan bukak sekolah, bantuan mangsa banjir, subsidi baja, semua melepas. Padan muka aku.


Begitulah yg diingini berlaku. Keadilan utk rakyat letak tepi dulu. Tapi jgn lupa, time berkuasa ni semua kamu boleh buat, adil ke tak adil. Namun pengadilan di mahkamah Allah, semua tidak akn terlepas. Masa tu baru tahu bahawa dunia ini sementara, sekadar ujian dan hiburan. 


Untuk lebih mendapat gambaran yg lebih jelas posting drp MP Bachok ini boleh sama2 kita hadam. Begitulah realitinya. Ini fakta bukan auta.


*****



 MADANI: Pembangkang “0” Peruntukan


Untung siapa yang dapat bersalam dengan YAB Perdana Menteri, lebih beruntung jika salamnya berisi, janjinya ditepati.

 

Contohnya, isu #peruntukan kepada Ahli Parlimen.


Ahli Parlimen kerajaan:

RM3.7 juta setahun × 3 tahun = RM11.1 juta


Ahli Parlimen pembangkang:

RM0 setahun × 3 tahun = RM0 juta


Inilah ‘wewenang’ keadilan di bawah pentadbiran MADANI.


Entah apa yang hendak ditakutkan dengan pembangkang.


Sedangkan setiap juta peruntukan yang disalurkan adalah tertakluk kepada audit dan pemantauan, dan hendaklah dibelanjakan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat.


Malah jika dihitung berdasarkan 69 Ahli Parlimen pembangkang, sejumlah RM255.3 juta setahun, atau RM765.9 juta sepanjang tiga tahun, sepatutnya disalurkan, namun tidak diperturunkan.


Soalan kepada YAB Perdana Menteri:

Ke manakah jutaan ringgit ini dibelanjakan?

Jika disekat, amatlah malang.

Jika dialihkan, amatlah menzalimi.


Dalam perbahasan di Parlimen tempoh hari, perkara ini telah saya bangkitkan.


Hakikatnya, permintaan yang paling kerap disuarakan oleh rakyat ialah projek-projek mesra rakyat, antaranya:


Jalan berlubang, jambatan rosak, baiki rumah, baiki masjid, sekolah daif, klinik usang, gelanggang sukan, padang permainan, serta kemudahan awam lain; di samping sumbangan kepada golongan miskin, warga emas, pesakit, anak yatim, ibu tunggal, OKU, pelajar sekolah, PIBG, persatuan belia, dan persatuan penduduk.


Inilah realiti yang kami hadapi sebagai wakil rakyat, sama ada Ahli Parlimen kerajaan mahupun pembangkang.


Sewajarnya, peruntukan ‘mesra rakyat’ sebegini disalurkan secara adil dan saksama di setiap kawasan Parlimen, tanpa mengira perbezaan politik.


Persoalan yang saya bangkitkan,


Kita dalam negara yang sama, bayar cukai yang sama, Perdana Menteri yang sama, Speaker yang sama; Mengapa layanan yang diberikan di kawasan kami, tidak sama? – Mengapa?


Adat menyukat sama penuh,

Adat menimbang sama beratnya;

Adat mengukur sama jauh,

Adat membahagi sama adilnya.


Di pihak kami, pembangkang akan terus BERTAHAN dan ISTIQAMAH, melaksanakan fungsi ‘semak dan imbang’ di Parlimen, menegakkan kebenaran, serta terus mendampingi rakyat, pekerja, peniaga, petani, mahasiswa, dan anak muda di lapangan.


Inilah keutamaan kami dalam tempoh berbaki, dengan wang poket kami sendiri.


Patah sayap bertongkat paruh, namun berundur pantang sekali.


#PrihatinBerkebajikan

#JalanTerus


SS, Bachok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...