Please CLICK

Friday, January 30, 2026

KEBAJIKAN RAKYAT

Hari ini saya nak tulis perihal realiti politik dlm soal duit utk rakyat. Ada duit semua boleh jadi. Maka PMX memilih untuk kawal duit atau peruntukan kpd para MP. Kalau MP di blok kerajaan no problem peruntukan tahunan di beri sebagaimana entitlement. Brapa tu? RM3.7 juta setahun. Maka dapatlah MP kerajaan berbelanja di konstitusi mereka. Rakyat pun happy. Untung sokong kerajaan, kata mereka. Untung sokong PKR, DAP, Umno. Macam2 projek dapat dibuat.


Peruntukan kpd MP blok pembangkang PMX sekat, tak di bagi. Katanya kena berunding baru dia bagi. So dah 3 tahun berlalu, habuk pun takdak. Zero peruntukan kpd MP pembangkang. Padan muka. Majoritinya MP PAS yg pengundinya org melayu islam. Negeri2 di bawah PAS iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis adalah majoritinya rakyat melayu beragama islam.


Adakah adil begini? Atau zalim? Bak kata seorg MP, ikut kamilah nak buat apa, ni kerajaan kami. Angkuh sungguh bunyinya. Segala yg pernah PMX perjuangkan sblom jadi PM utk tidak meminggirkan peruntukan hatta drp blok pembangkang telah dicapatikan tahap gaban. Kenapa? Kerana nak bagi susah, nak tengok MP pembangkang tak dapat serve konstitusi masing2. Tentu rakyat marah. Rugi aku undi PAS. Habuk pun tak dapat. Jalan berlubang, bantuan bukak sekolah, bantuan mangsa banjir, subsidi baja, semua melepas. Padan muka aku.


Begitulah yg diingini berlaku. Keadilan utk rakyat letak tepi dulu. Tapi jgn lupa, time berkuasa ni semua kamu boleh buat, adil ke tak adil. Namun pengadilan di mahkamah Allah, semua tidak akn terlepas. Masa tu baru tahu bahawa dunia ini sementara, sekadar ujian dan hiburan. 


Untuk lebih mendapat gambaran yg lebih jelas posting drp MP Bachok ini boleh sama2 kita hadam. Begitulah realitinya. Ini fakta bukan auta.


*****



 MADANI: Pembangkang “0” Peruntukan


Untung siapa yang dapat bersalam dengan YAB Perdana Menteri, lebih beruntung jika salamnya berisi, janjinya ditepati.

 

Contohnya, isu #peruntukan kepada Ahli Parlimen.


Ahli Parlimen kerajaan:

RM3.7 juta setahun × 3 tahun = RM11.1 juta


Ahli Parlimen pembangkang:

RM0 setahun × 3 tahun = RM0 juta


Inilah ‘wewenang’ keadilan di bawah pentadbiran MADANI.


Entah apa yang hendak ditakutkan dengan pembangkang.


Sedangkan setiap juta peruntukan yang disalurkan adalah tertakluk kepada audit dan pemantauan, dan hendaklah dibelanjakan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat.


Malah jika dihitung berdasarkan 69 Ahli Parlimen pembangkang, sejumlah RM255.3 juta setahun, atau RM765.9 juta sepanjang tiga tahun, sepatutnya disalurkan, namun tidak diperturunkan.


Soalan kepada YAB Perdana Menteri:

Ke manakah jutaan ringgit ini dibelanjakan?

Jika disekat, amatlah malang.

Jika dialihkan, amatlah menzalimi.


Dalam perbahasan di Parlimen tempoh hari, perkara ini telah saya bangkitkan.


Hakikatnya, permintaan yang paling kerap disuarakan oleh rakyat ialah projek-projek mesra rakyat, antaranya:


Jalan berlubang, jambatan rosak, baiki rumah, baiki masjid, sekolah daif, klinik usang, gelanggang sukan, padang permainan, serta kemudahan awam lain; di samping sumbangan kepada golongan miskin, warga emas, pesakit, anak yatim, ibu tunggal, OKU, pelajar sekolah, PIBG, persatuan belia, dan persatuan penduduk.


Inilah realiti yang kami hadapi sebagai wakil rakyat, sama ada Ahli Parlimen kerajaan mahupun pembangkang.


Sewajarnya, peruntukan ‘mesra rakyat’ sebegini disalurkan secara adil dan saksama di setiap kawasan Parlimen, tanpa mengira perbezaan politik.


Persoalan yang saya bangkitkan,


Kita dalam negara yang sama, bayar cukai yang sama, Perdana Menteri yang sama, Speaker yang sama; Mengapa layanan yang diberikan di kawasan kami, tidak sama? – Mengapa?


Adat menyukat sama penuh,

Adat menimbang sama beratnya;

Adat mengukur sama jauh,

Adat membahagi sama adilnya.


Di pihak kami, pembangkang akan terus BERTAHAN dan ISTIQAMAH, melaksanakan fungsi ‘semak dan imbang’ di Parlimen, menegakkan kebenaran, serta terus mendampingi rakyat, pekerja, peniaga, petani, mahasiswa, dan anak muda di lapangan.


Inilah keutamaan kami dalam tempoh berbaki, dengan wang poket kami sendiri.


Patah sayap bertongkat paruh, namun berundur pantang sekali.


#PrihatinBerkebajikan

#JalanTerus


SS, Bachok

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...