Please CLICK

Tuesday, March 27, 2018

MANIFESTO PAS


Sabah dan Sarawak merupakan fixed deposit bagi BN. Sabah ada 25 kerusi & Sarawak ada 31 kerusi. Pada PRU13 BN memperoleh 42 kerusi dari Sabah & Sarawak. 42 daripada 112 (untuk simple majority) adalah 37.5%, satu angka yang sangat signifikan. Selagi mana Sabah & Sarawak kekal di dominasi BN maka payahlah PH atau PAS nak kalahkan BN. Setakat ini PH tak ada apa2 impak sangat di Sarawak. Malah Ketua Menteri Sarawak siap target untuk menang 28 daripada 31 kerusi itu, iaitu menambah 3 kerusi lagi. Cuma di Sabah, Warisan pimpinan Shafie Afdal merupakan pendatang baru kali ini menjadi pembangkang #1 di Sabah. Apakah dapat menambah secara signifikan kerusi parlimen yg bisa dimenangi berbanding 3 kerusi yg dimenangi pada PRU13 dulu.Mungkin?atau mungkin tidak. Itulah senerio Sabah & Sarawak.


Gagasan Sejahtera pimpinan PAS pulak muncul sebagai satu lagi pilihan bagi para pengundi di PRU14. PAS juga sudah menggazetkan manifesto PRU14 untuk hebahan awam. Maka rakyat kini boleh menilai dan meneliti apa yang di ofer oleh PAS jika mereka dipilih menjadi kerajaan. Apakah sekadar janji kosong tanpa ruh atau memang niat meraka ikhlas untuk membawa negara ini ke arah yang lebih mampan dan menyenangkan rakyat ramai?


Dua puluh tawaran utama Gagasan Sejahtera ialah:
  1. Menghapuskan GST dan menggantikannya dengan sistem percukaian yang lebih adil seperti Cukai Atas Simpanan Korporat dan Cukai Saham di Bursa Malaysia.
  2. Melupuskan hutang peminjam PTPTN sedia ada sebagai inisiatif permulaan ke arah memberikan pendidikan percuma.
  3. Memberikan bantuan makanan asasi kepada golongan fakir dan miskin secara bulanan menerusi satu program kebangsaan.
  4. Menawarkan bantuan sekali beri sebanyak RM 2,000 sebagai modal kepada wanita bekerjaya untuk memulakan kerja dari rumah.
  5. Melaksanakan program bas sekolah percuma untuk meringankan beban ibu bapa.
  6. Memberikan bantuan pembelian kereta pertama bawah 1300 kuasa kuda (1.3 liter) menerusi pengecualian duti eksais dan pembiayaan pinjaman tanpa faedah.
  7. Mengurangkan harga rumah mampu milik antara RM 50 ribu sehingga RM 180 ribu.
  8. Mengembalikan semula fungsi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sebagai program memperkasakan golongan miskin bandar dan luar bandar.
  9. Menstrukturkan semula kadar bayaran tol menerusi semakan semula perjanjian konsesi tol yang melebihi 15 tahun.
  10. Mewujudkan pentadbiran yang bebas rasuah selaras dengan kehendak dan tuntutan syarak menerusi konsep tadbir urus “‘Ubudiyyah”, “Mas’uliyyah” dan “Itqan”.
  11. Memperkasakan peruntukan Islam sebagai agama persekutuan dengan melaksanakan tuntutan Islam sebagai al-Din.
  12. Menjadikan Bahasa Melayu bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran dalam sistem pendidikan negara.
  13. Mengembalikan sistem kuota di institusi pengajian tinggi awam bagi mengimbangi jurang pendidikan antara golongan kaya dan miskin serta masyarakat bandar dan luar bandar.
  14. Mempertimbangkan semula pelaksanaan dasar pembangunan yang berupaya membasmi kemiskinan dan menyusun semula ketidakseimbangan ekonomi dalam kalangan masyarakat.
  15. Membantu kerajaan negeri membuka rancangan pembangunan tanah khususnya untuk golongan muda.
  16. Membangunkan penempatan baru mampu milik untuk generasi kedua dan ketiga Felda.
  17. Membantu golongan kurang upaya (OKU) menerusi pemerkasaan sistem sokongan berasaskan potensi dan keupayaan diri.
  18. Mewujudkan pusat komuniti keluarga di setiap daerah dan lokaliti yang memerlukan untuk memberi khidmat kaunseling, perundangan, kemahiran, bimbingan agama dan latihan keibubapaan.
  19. Menyemak kembali nisbah anggota keselamatan berbanding populasi setempat untuk mengurangkan kadar jenayah.
  20. Menambah bilangan doktor pakar dan hospital pakar untuk memenuhi keperluan penduduk berasaskan nisbah yang disyorkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Saya petik berita di The Star bertarikh hari ini (27/3/18), DS Najib menyatakan janji pembangkang untuk menghapuskan GST adalah tidak praktikal kerana mengikut lapuran World Bank, dana kerajaan bakal berkurang sebanyak RM20B. Maka BRIM yg memerlukan RM6.8B setahun itu akan terhapus. Insentif2 lain juga akan dihapuskan untuk menampung kekurangan ini termasuklah peruntukan khas untuk nelayan, petani dan kakitangan awam. Kalau itu juga gagal menampung maka mereka bakal naikkan cukai misalnya kenaikan 5% cukai individu. Jadi manifesto pembangkang untuk menghapuskan GST adalah 'misleading' iaitu bagaimana untuk menggantikan perolehan hasil kutipan GST?

Kalau dilihat manifesto PAS, jelas dinyatakan - Menghapuskan GST dan menggantikannya dengan sistem percukaian yang lebih adil seperti Cukai Atas Simpanan Korporat dan Cukai Saham di Bursa Malaysia. Maka itulah caranya untuk cover balik RM20B hasil GST itu. Kerajaan PAS juga mampu menjayakan apa yang dijanjikan dalam manifesto ini demi kebaikan rakyat iaitu tanpa ketirisan ekonomi atau rasuah sebagaimana yang di buktikan oleh kerajaan PAS yang memerintah Kelantan selama 6 penggal iaitu 28 tahun. Jadi ini bukan angan-angan kosong atau cakap yang tak serupa bikin.

Sebagai rakyat terutamanya kelompok atas pagar dan kelompok 7 juta orang yang tak mengundi di PRU13 (2 juta lebih mendaftar tapi tak mengundi & 4 juta lebih yg tak daftar pun), gunakan maklumat yang di paparkan, perbahasan yang di kemukakan di pelbagai media, dan akal fikiran serta inteligence masing2 bagi membuat pilihan anda yang terbaik kali ini di PRU14. Anda adalah penentu halatuju negara.


#WacanaPolitik
#ManifestoPAS


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...