Please CLICK

Wednesday, April 18, 2018

INTELIGEN REPOT


PAS AKAN TUMBANG   - PROF AGUS

Setuju?

PRU14 | Penganalisis politik Profesor Dr Mohammad Agus Yusoff meramalkan pilihan raya kali ini sebagai pertembungan antara BN dan Pakatan Harapan (HARAPAN).

PAS pula, menurutnya, akan kalah teruk dan malah kemungkinan besar akan kehilangan Kelantan.

- Malaysiakini

@@@@@

Ingat prof semua cerdik ker?
~radziah aziz 😁

@@@@@@

INTELLIGENCE RPT
(as @ 23-26/March 2018) :

1. States to fall to PH :
Kedah
W.P
Selangor (retain)
P. Pinang (retain)
2. 50:50 to PH
Melaka and
N.S.
3. 47-49% to PH
Johor & Perak
4. 80% of Malaysians pissed-off with Najib/Umno
5. Nationwide 3 cornered fights :
BN @ 42% ( tepu. Cannot move up or down alrd.)
PH @ 41% ( up from 33%. Keep on rising)
PAS @ 13% ( down from 18%. Pas will be wiped-out !)
6. Best PM material nationwide :
Dr. M (68%) vs Najib (32%) (Note: Zahid is even BELOW Najib)
7. PM pelapis nationwide :
Azmin (65%)vs Mukhriz (38%). Lain-lain (KJ etc @ only 3%) (AI not factored bcoz in jail)
8. TSUNAMI will happen on the last 5 days before election night 9th May 2018.
9. Giant killer : Mahathir as PM. And use of 1 logo for vote. (Excellent Tun M strategy). Rakyat sees unity.
10. PH CAN WIN
Malay @ 41% support PH. Chinese @ 80% supoort PH. Indians @ 45%

PLEASE : every Malay, Chinese & Indian in urban and semi-rural to PUSH rural voters to votr PH. Only 3 % their votes needed to win ! Sebarkan.

@@@@@@

PH HANYA MAMPU MENANG 36 KERUSI PARLIMEN SEMANANJUNG

Siri Penjelasan Isu oleh PPP

Pusat Penyelidikan PAS (PPP) jarang sekali mengemukakan dapatan kajian dan analisis tentang kedudukan politik Malaysia kepada umum berbanding proksi-proksi badan penyelidikan PH sama ada Institut Darul Ehsan (IDE) dan INVOKE, atau ahli akademik cenderung PH seperti Dr Mohammad Agus Yusoff dan Dr Ahmad Atory Hussain. Dapatan kajian dan analisis PPP hanya terhad digunakan oleh PAS bagi merumuskan strategi dan pendekatan terbaik untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU 14).

Dalam melaksanakan kajian dan analisis, jentera PAS sebenarnya cukup kuat untuk tujuan itu sama ada sebagai penyelidik, enumerator, penganalisis dan lain-lain. PAS mempunyai ribuan tenaga professional yang berkepakaran dalam kajian dan analisis, serta puluhan ribu anak muda dari kalangan mahasiswa yang boleh membantu. Hampir setiap negeri, PAS mempunyai badan penyelidikan masing-masing yang dibarisi oleh para professional, dan mereka membuat kajian dan analisis sehingga ke peringkat akar umbi yang dikenali sebagai UPU.

Jaringan penyelidikan PAS ini melakukan pelbagai bentuk kajian dan analisis sama ada survey, wawancara, pemerhatian dan cula (banci). Kebanyakan badan-badan kajian lain bergantung kepada survey untuk memperolehi hasil dapatan masing-masing tentang kedudukan politik Malaysia. Manakala PAS terutama di kawasan luar bandar menggunakan kaedah cula atau banci (census), iaitu membanci setiap nama yang ada dalam senarai pengundi berdasarkan lokaliti pengundian masing-masing.

Hasil survey dan cula itu kemudian dianalisis oleh pasukan simulasi pilihanraya PAS yang terdiri dari puluhan professional dalam pelbagai kepakaran. Pasukan simulasi telah membina enjin digital untuk menganalisis potensi GAGASAN, PH dan BN di setiap 222 kerusi parlimen dan 576 kerusi DUN seluruh negara. Dalam membuat simulasi ini, pasukan ini bersandarkan bukan hanya kepada dua senario pertandingan sebagaimana yang biasa dibuat pihak lain, tetapi bermula dengan ratusan sehingga dikecilkan kepada 11 senario pertandingan.

Oleh sebab itu, apabila proksi-proksi kajian pro PH sama ada organisasi seperti IDE dan INVOKE atau individu seperti Dr Mohammas Agus, PPP melihat pendedahan kajian mereka tidak lebih sekadar untuk menggembirakan pimpinan-pimpinan PH dalam mencapai misi yang hampir mustahil atau bertujuan menarik pengundi Melayu khususnya untuk tidak mengundi PAS. Dengan pendedahan kajian itu, mereka mengharapkan dapat menarik 15 % pengundi-pengundi Melayu yang telah beralih dari BN dan 13% lagi masih belum membuat keputusan.

Berdasarkan kajian dan analisis PPP, kami di sini mendedahkan bahawa PH hanya mampu memenangi 36 kerusi parlimen (24 cerah dan 12 kelabu cerah) di Semananjung Malaysia daripada keseluruhan 165 kerusi. Manakala 12 kerusi lagi yang mereka boleh menaruh harapan adalah dalam kategori kelabu bagi PH, iaitu sekiranya tidak berlaku perpecahan pengundi Melayu PAS atau UMNO boleh menang. Selebihnya 117 kerusi lagi hanya akan dimenangi sama ada oleh PAS/GAGASAN atau UMNO/BN.

PH menaruh harapan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 10% pengundi Melayu untuk mencuri beberapa kerusi dari 117 kerusi yang biasanya di menangi sama ada oleh PAS atau UMNO. Kadar 10% ini nampak sahaja kecil tetapi begitu sukar bagi PH untuk memperolehinya kerana mereka mempunyai sokong akar umbi pengundi Melayu yang sangat rendah iaitu sekitar 7%. Kadar 10% ini diunjurkan dengan mengambil kira PH akan boleh memperolehi sehingga 80% sokongan pengundi Cina dan India.

Berdasarkan kajian banyak pihak yang tidak bias, trend pengundi Cina dan India hari ini telah berbalik kepada BN, malah telah dibuktikan secara jelas dalam PRK Teluk Intan, Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Dengan trend pertambahan linear sokongan pengundi bukan Melayu kepada BN, PH dianggarkan hanya memperolehi paling tinggi 70% sokongan pengundi bukan Melayu dalam PRU 14 ini. Sekiranya ini berlaku maka PH memerlukan sekurang-kurangnya 15% sokongan pengundi Melayu untuk mencuri beberapa kerusi dari 117 kerusi tersebut.

Misi PH untuk mencuri 117 kerusi ini semakin sukar kerana dengan persempadanan semula baru-baru ini komposisi pengundi Melayu di kawasan kategori ini bertambah dengan banyak. Ketika PH ghairah untuk mengejar 117 kerusi ini, kemungkinan 12 kerusi kategori kelabu cerah dan 12 kerusi kategori kelabu bagi mereka juga boleh terlepas. Dengan sebab itu, PPP menganggarkan PH hanya mempunyai peluang cerah untuk memenangi sehingga 36 kerusi di Semenanjung, manakala 12 kerusi lagi adalah 50-50.

~Azhar Ibrahim

@@@@@

Sebagai pengundi di PRU14 kita semua wajar mendapat input drp semua komponen yg bertanding agar kita memilih calon atau parti yg terbaek. Ini penting kerana PRU bakal menentukan kerajaan yg terbentuk nanti punyai barisan pemimpin yg boleh diharap bagi memacu negara ke arah yg efisyen dan terbaik, bukan makin merosakkan keadaan. Dan yg utama lagi ialah rakyat dapat hidup dgn lebih senang, tenang dan aman.

Usah taksub kpd satu2 kelompok atau pemimpin semata. Lihat daripada pelbagai aspek. Dapatkan gambaran yg besar, big pictures from the bird eyes. Barulah hidup bukan di bawah tempurung, sekadar taksub kerana di sogok info dan data sebelah pihak semata. Ini kali lah !!

#WacanaPolitik
#TakSemuaYangCerdikItuBodoh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...