Please CLICK

Monday, July 13, 2020

SESI PARLIMEN KECOH



Usul PM TSMY Utk Tukar Speaker Dewan Rakyat:

Setuju : 111
Tolak   : 109

Kesimpulan: Majoriti MP setuju kpd usul itu untuk diluluskan oleh parlimen.

Pihak PH+ ada 109 MP ropanya, bukan 129 seperti yg di war2kan. Anyway gomen of d day mmg brada on thin ice. Kedudukan yg 50-50 either way. Ada byk desakan utk bubar parlimen termasuk drp KP Umno sebenarnya. Untuk dapat krajaan yg lebih stabil & kuat, katanya.

Skrg nampak mcm ada 3 blok iaitu PN, PH & Bebas (madey & gang + warisan). Kalau di bubar parlimen, diadakan pru15, bagaimana senerionya?

~ Adakah akan lwn 3 penjuru?
~ Atau PN (tanpa pbbm) vs PH atau bagaimana?
~ Atau PH+ vs MN?

Kalau boleh biar la gomen MN di bwh tsmy merintah sampai akhir penggal ni, then baru bubar parlimen. Tapi tengokkan perangai  & songeh all politikus di sesi parlimen tadi, mcm2 boleh jadi rasanya. 🤔

Kita tengok some of the comment perihal sesi parlimen yg berlangsung hari ini...

*****

TAHNIAH PERDANA MENTERI DAN TERIMA KASIH TAN SRI DATO' MOHAMAD ARIFF BIN MD YUSOF DI ATAS KHIDMAT CEMERLANG

Dewan Rakyat baru sahaja meluluskan usul menukar Yang Dipertua Dewan Rakyat dengan 111 menyokong berbanding 109 menentang. Kejayaan usul ini sekaligus merupakan satu simbolik bahawa Perdana Menteri mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen untuk meneruskan pentadbiran.

Tiada lagi istilah kerajaan pintu belakang. Tidak perlu lagi mempertikaikan keabsahan kerajaan ini. Paling penting, terima kasih Tan Sri Dato’ Mohamad Arif yang bertindak cukup professional dalam memberikan laluan kepada usul ini. Bahkan beliau memberikan ruang kepada Timbalan Speaker untuk mengendalikan usul memandangkan beliau menjadi pihak yang berkepentingan.

Ini contoh seorang yang professional. Saya fikir, individu sebegini boleh diberikan kepercayaan untuk memikul amanah penting yang lain.

Tahniah Perdana Menteri.

AHMAD FADHLI SHAARI,
Ahli Parlimen Pasir Mas.
13 Julai 2020 / 1.11pm

*****

Hebatnya Menteri dan MP Parti Politik yang Bernama PAS

Saya mengikuti siaran langsung persidangan parlimen melalui laman web RTM pagi tadi. Saya bukan orang cergas politik. Saya tidak pernah ikuti perbahasan parlimen sebelum ini. Tertarik untuk ikutinya sebab heboh ada usul pelantikan Speaker Parlimen baru pagi tadi. Mengikuti secara langsung, saya mendapat beberapa gambaran baru tentang ahli politik daripada PAS. Mereka cukup hebat dan berkredibiliti.

Saya sebelum ini tidak tahu standard pembahasan Ahli Parlimen (MP) mereka. Biasanya menyebut PAS, orang biasa menggambarkannya sebagai parti pak lebai atau pemikiran lapuk kampung. Namun, mendengar perbahasan tiga MP PAS tadi saya agak terkejut dan kagum. PAS rupanya mempunyai pemimpin yang cukup matang dan berkualiti.

Dato' Takiyuddin bin Haji Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) contohnya, berbahas dengan rasional, tenang dan menggulung hujah kerajaan dengan baik berdasarkan fakta-fakta perlembagaan. Mencari butiran di internet, rupanya beliau pernah menjadi Majistret di Kota Bharu dan Pasir Mas tahun 80-an dan pernah menjadi AJK Eksekutif Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika di bawah DYMM Agong kini sebagai Presiden.

Begitu juga seorang ustaz dalam PAS, Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali yang diangkat sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Terkejut mendengar seorang ustaz berbicara tentang ekonomi dan perladangan industri buluh. Berfakta dan ada misi kementerian yang jelas. Rupanya, beliau juga seorang tokoh korporat dan ahli perniagaan sebelum menjadi menteri. Beliau seorang lulusan PhD, begitu juga seorang lagi MP PAS daripada Pasir Puteh yang berbahas menyokong usul, juga berkelulusan PhD.

Pada masa yang sama, saya sangat terkejut dengan tiga MP Parti Amanah, termasuk presidennya dan MP kawasan saya. Gelagat mereka macam budak-budak pra-tadika. Perkataan ‘bodoh’ dan sikap tidak ikut peraturan mesyuarat diperlakukan tanpa rasa bersalah. Apalah malang bagi negara kerana mereka sebelum ini terpampang di TV sebagai menteri. Sekurang-kurangnya, bersikaplah profesional. Malulah kita sebagai orang Melayu dan Muslim.

Dr. Nabila Din
Shah Alam
13 Julai 2020, 1.20pm

*****

I haven't been an MP for very long, only since 2008.

But today is the worst day in our Parliamentary history.

I will not be exaggerating to say that the institution of the Parliament has been thoroughly raped by the Executive today.

I've sat through the times when BN was in government.  It was bad. But this is the absolute worst.

The Deputy Speaker became a tool of the Executive. He can't even make proper rulings and relied on the Minister in the PM's Dept to answer on his behalf.

The speaker of the House was sacked unilaterally for no reason, as if the Speaker is part of the executive arm when the Parliament is one of the independent pillars of our democracy (or what's left of it).

Worse the Parliament standing orders require a 14 day nomination notice for the election of a new speaker and none was given. The executive bulldozed all parliamentary standing orders and conventions. A new Speaker was appointed immediately without a single vote taken.

The most laughable was when the new Speaker was taking his chair amidst the commotion - his first very stern words to try and return 'order' - "This is Parliament!!"

I almost fell off my chair. I couldn't believe the irony of it. And the irony of the rest of his speech proclaiming the "independence of Parliament". All with a straight face of course.

When YB Shah Alam mocked his speech, the Speaker's very first executive action was to suspend Shah Alam for the rest of the day's sitting. What a magnificent way to stamp your mark in Speakers' history.

I couldn't stand remaining in the House with the sheer nonsense that's taking place.  I walked out in solidarity with my Shah Alam comrade.

Today is the most disgraceful day I've witnessed in our parliamentary history. And yes, it was worse than even Najib era.

Tony Pua.

*****

Alhamdulillah, hari pertama Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 (2020) baru sahaja selesai.

Tahniah kepada  Datuk Azhar Azizan @ Harun yang dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat ke-10, menggantikan Tan Sri Dato' Mohamad Ariff Md Yusof.

Di sini saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff atas khidmat beliau sepanjang menjadi Yang Dipertua Dewan yang mulia ini.

Tahniah juga kepada Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said kerana dilantik Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu  menggantikan YB Nga Kor Ming.

Saya berdoa agar perjalanan Dewan Rakyat akan berlangsung secara adil, berpaksikan kepada Perlembagaan Negara.

TSMY

*****

Mungkin rakyat marhaen seperti saya ini tertanya-tanya knapa usul agar kerusi speaker dikosongkan kerana ada calon lain ini di jadikan usul pertama krajaan pada sesi parlimen kali ini?

Sedangkan ramai yg berpandangan bahawa speaker TS arif telah menjalankan tugasnya dgn baik dan neutral.

Well saya rasa jawabannya simple saja. Gomen of d day has their own preference. So gomen of d day wanna put his preferred calon itu mengisi post yg penting ini. Full stop.

Its always gonna be various school of tots. End of d day, gomen d day has the right to prioritize this usul, and decided by votes. Which they won. Lets see the performance of this new guy and his deputy pulak. Life must go on.

@@@

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...