Alhamdulillah. Sesuatu yg berlaku itu tentu ada hikmahnya. Pemilihan DSIS sebagai PM-9 juga tentunya tersirat pelbagai hikmah. Ia bukan berlaku secara kebetulan. Tetapi semuanya telah di tentukan oleh percaturan Allah SWT.
Sahabat saya tadi ada berkongsi satu video yg menunjukkan DSIS sedang berhujah di parlimen, tika itu sebagai ketua pembangkang. Saya lihat ketokohan beliau begitu menyerlah. Mula dulu saya pun pelik knapa DSIS yg terpilih sebagai ketua pembangkang di zaman PH itu. Kini saya mengerti.
Di era kerajaan PN, rakyat Malaysia menjadi familiar dgn DSIS krana hampir setiap hari dia muncul secara live berbicara soal covid, sop, mkn, dsb. Wataknya agak mild dan sederhana, disenangi kawan dan lawan. Bila dia dilantik oleh TSMY ke jawatan TPM oleh TSMY melangkaui kesemua menteri2 kanan yg lain, saya menjangkakan tentu ada nilai2 yg mahal yg dia miliki yg mungkin rakyat biasa seperti saya tidak peka. Terbukti selepas sekadar 40 hari di jawatan TPM, yg juga rekod paling pendek dlm sejarah Malaysia ( kalau bukan dunia), DSIS mendapat sokongan 114 MP utk diangkat oleh YDPA sebagai PM-9.
DSIS dlm karier politiknya telah memegang jawatan menteri kabinet di 6 portfolio yg berbeza termasuk sebagai TPM. Di usia 61 tahun, dia tokoh yg penuh pengalaman, cukup stamina, dan faham benar sepak terajang politik.
Tentulah ramai yg memandang sinis, cuba memperkecil2kan keupayaan beliau termasuk dari luarnegara. Apatah lagi kelompok cyber trooper dan keyboard warrior yg tidak gheti erti jemu utk terus mengorek dan membantai DSIS.
*****
Takpe la kita kasi ruang kpd PM baru form his cabinet, and perform his duty. Nak kira pressure dan komen2 sinis ni mmg atas bawah kiri kanan. Its come with the job.
Org yg waras faham keadaan ini. Tidak la dok cari silap 24 jam, letih. Even dsai pun relax je, nak focus dan kerja kuat bagi pru-15, katanya. Dia pun terima hakikat tak cukup sokongan kali ini utk jadi PM. Yg terlebih kuah hingga lunyai ni balaci2 & cyber trooper. Nak layan pun tak guna sesen.
Jom kita move on. Negara masih dlm suasana payah dgn pandemik, isu ekonomi, dan kesejahteraan rakyat. Marilah kita sama2 bantu membantu demi negara tercinta sekadar kemampuan dan kepakaran masing2.
Sgala amalan dan prilaku kita tetap dicatit malaikat 24x7 without fail. Cari pahala, bukan dosa. Wallahu'alam.
*****
PM, COVID-19 DAN DAKWAH
Di pusat servis kereta hari ini…ketika sedang menunggu kereta di servis, Pengurus Pusat Servis itu (kami saling mengenali)..bertanya padaku..
“Apa pendapat tuan mengenai PM baru..mana lagi baik DS Sabri atau DS Anwar?”
Aku tersenyum… “Kita doakan yang terbaik..”
“Kalau tuan jadi PM..agak-agak apa yang tuan akan lakukan?”
Aku tersenyum lagi…
“Saya bersyukur saya tidak jadi PM…bukan senang diuji dengan pangkat sedemikian…ujian kesabaran, ujian pentadbiran…ujian dengan duit yang banyak…kuasa… bukan semua orang mampu di uji sedemikian…”
“Kita selalu kritik orang ini tidak bagus..orang itu tidak bagus…tidak salah kritik untuk memperbaiki…tetapi jangan sampai mengutuk…kerana jika kita diuji dengan jawatan sedemikian silap-silap kita lagi teruk..”
“Allah SWT pilih seseorang untuk diuji sesuai dengan kemampuannya…jika seseorang itu dipilih..maknanya Allah SWT hendak naikkan darjatnya samada dia lulus atau gagal..dua-dua adalah baik…kerana semua takdir Allah SWT itu baik…yang dapat jawatan baik baginya..yang tidak dapat jawatan..baik juga baginya…kita doakan kedua-duanya..”
“Saya ingat pesan Tuan Guru saya…berdamai lah dengan takdir… hidup akan jadi tenang..”
“Kita sebagai rakyat…kita doakan yang terbaik…jika kita merasakan beliau tidak sesuai memimpin..gunakan saluran yang betul…pilihlah pemimpin yang kita rasakan lebih baik.. tetapi kita perlu ingat..kita hanya ikhtiar..yang menentukan adalah Allah Azawajalla..”
Aku memberikan pandangan…
Rupanya bicara kami didengari oleh seorang wanita chinese yang juga servis keretanya disitu..
“Kenapa Tuhan berikan Covid-19?” Tanyanya
Aku tersenyum..
“Kerana Allah sayang kita…kita cari duit sampai tiada masa denganNya..kita tidak pergi masjid…kita lupa kita mesti mati…melayu, cina.. india…semua pasti mati… Sekarang Allah beri kita banyak masa..masa duduk dirumah..boleh sembahyang bersama keluarga…ada masa dengan keluarga..sekarang semua orang rindu hendak pergi masjid…Tuhan uji dengan miskin supaya kita ingat duit tidak bawa ke mati..semua orang sudah ingat mesti mati..semua sudah ingat Tuhan..”
“Awak betul…” Dia tersenyum..
Semoga dia diberikan hidayah.
أمين
لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفۡسًا اِلَّا وُسۡعَهَا ؕ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡهَا مَا اكۡتَسَبَتۡؕ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَاۤ اِنۡ نَّسِيۡنَاۤ اَوۡ اَخۡطَاۡنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَاۤ اِصۡرًا كَمَا حَمَلۡتَهٗ عَلَى الَّذِيۡنَ مِنۡ قَبۡلِنَا ۚرَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهٖ ۚ وَاعۡفُ عَنَّا وَاغۡفِرۡ لَنَا وَارۡحَمۡنَا ۚ اَنۡتَ مَوۡلٰٮنَا فَانۡصُرۡنَا عَلَى الۡقَوۡمِ الۡكٰفِرِيۡنَ
286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
(Al-Quran. Surah Al-Baqarah (2). Ayat 286)
#MuhasabahDiri
~Nor Arisham Bakar
@@@
No comments:
Post a Comment