Please CLICK

Tuesday, August 17, 2021

PM-9

 

---

Semalam rakyat Malaysia dikejutkan dgn perletakan jawatan PM-8 iaitu TSMY. Hari ini pelbagai posting dapat dibaca yg memaparkan luahan dan pandangan masing2. 

Setakat ini belum ada lagi pengganti TSMY yg dilantik. Spekulasi terus menular. Siapakah PM baru? Siapa yg akan dinobatkan sebagai PM-9? 

Dari blok PN, mungkinkah Ismail Sabri? TSZH? atau Kuli? Dari blok PH, solid di blkg DSAI? Atau mungkin Safaei Afdal? Atau ada nama2 lain yg mungkin dilantek oleh YDPA?

PM dah letak jawatan seperti yg didesak, tak cukup majoriti la kunun. So whats next? Tunjuklah sapa yg ada majoriti, this is the time. Tonjolkan diri mu yg hebat itu.

Meriah sungguh medsos dgn isu politik semasa. Hari ni juga wakil2 parti politik telah dijemput ke Istana Negara untuk mengadap YDPA. Kenyataan drp speaker dewan rakyat menyatakan setiap MP dikehendaki membuat kenyataan bertulis memilih seorang calon PM dan mesti dikemukakan kpd YDPA sebelum pukul 4:00ptg esok.

Siapa yg akan dipilih oleh YDPA untuk menjadi PM-9? Sebelum mandat dikembali kpd rakyat di PRU-15 nanti. Siapa yg ada majoriti yg cukup? 111 MP menyokong?

Hari ini dalam sejarah. Bagi merakam sinerio hari ini, saya paparkan di blog ini pelbagai coretan yg saya rasa agak interesting dan boleh diambil pot, drp pelbagai sudut dan school of thoughts. Read it with an open mind. Everybody may have their own opinion, expression and piece of mind. 

For your reading pleasure...


*****


PULANGKAN KERETA CURI PUN SEDIH?

Hari ni Pakdin pulangkan balik kereta yang dia curi..Tapi kereta tu dah teruk lah rosak.. sebab bawa gelong.. Tapi Pelik, Masa Pakdin serah balik kunci kereta..Makcik sebelah rumah sedih.. Kata sian kat pakdin sebab lepas ni dah tak boleh bawa kereta..

macam ni lah makcik.. Kereta tu bukan milik Pakdin, Pakdin tu mencuri kereta kawan dia sendiri.. Masa beli kereta tu dulu, masing masing kumpul Duit.. ada Duit Lim, Ada duit Azizah ada Duit Pak mat.. Masing masing kongsi beli Kereta tu sebab nak meniaga.. 

Nak jadi cerita, Satu hari masa Tok Det tertinggal kunci Kereta.. Pak Din ni pantang lepa... dia bawa lari kereta tu dengan kawan kawan dia hat lain, Dengan Tok Adi, dengan Pak Mail.. Dengan Pak Zahid.. habis dia lenjan kereta tu sampai Rosak.. Bila kereta dah rosak, Pak Zahid tipu pakdin pulak.. pi report Polis kata Pakdin Curi kereta tu sebenarnya.. 

Dah lama dah kawan kawan Pakdin suruh Pulang balik kereta tu elok elok..Bukan milik dia pun. Dia dulu pun bag duit 20% jer... Yang lain duit duit kawan dia..Tapi dia bawa lari kereta tu buat macam kereta dia sendiri.. Dari kereta tu elok, habis Rosak.. Jadi kawan kawan pun suruh pulang balik elok elok..

Masa Pak Din pulangkan kereta tu balik pagi tadi, Pakdin buat ayat sedih suara sekat sekat.. tiba tiba Ada makcik sebelah rumah sedih, kata dia selalu tumpang kereta Pakdin, Pakdin kalau bawa kereta selalu baca Doa dulu..Sedih katanya Pakdin dah takda kereta..

Aku cakap kat Makcik sebelah..Nak sedih apa..Tu kereta Curi.. Dia curi kereta kawan dia.. Padan lah dia kena pulang balik.. tapi nak buat macam mana , ramai orang tahu.. Makcik sebelah tu bukan cerdik mana.. Bodoh mcm makcik makcik bawang kat facebook hat sedih Mahiaddin letak jawatan yg dia dapat dengan cara khianat.... :)

Nota kaki: foto hanya hiasan semata mata, tidak ada kaitan dgn yang hidup atau mati kecuali empunya diri. Hakuna Matata. 


*****

Sayangnya Allah kepada Muhyiddin Yassin

Allah uji beliau dengan kanser yang parah, kemudian Allah sembuhkan. Allah uji dengan putaran ganas politik, kemudian Allah jadikan Perdana Menteri. Allah uji dengan pandemik dahsyat, kemudian diganti kejayaan vaksinasi. Allah uji dengan hutang besar dalam keadaan pandemik, kemudian dengan kuasa Allah jua kerajaan Amerika, FBI, Goldman Sachs, Riza Aziz, dan Jho Low pulangkan semula wang rakyat.

Cubalah anda tanya kepada diri sendiri, kenapa para petani, nelayan, suri rumah, dan golongan rakyat susah hari ini sangat bersedih apabila Muhyiddin meletakkan jawatan? Jawapannya kerana dalam keadaan pandemik yang mencengkam sejak lebih setahun lalu, beliau berusaha keras menyalurkan berbilion bantuan kepada setiap lapisan. 

Demi Allah, Satu sen saya tidak dibayar mana-mana parti atau ahli politik.  Satu sen pun saya tidak rugi dengan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin. Tapi Hati saya luluh, demi kebenaran saya gagahkan juga untuk tulis bukan hanya kepada penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin, tapi juga kepada penyokong Anwar Ibrahim, Najib Razak, Tun Mahathir, Tengku Razaleigh, dan semua yang membaca saat ini. Demi Allah tidak sedikit ada rasa benci saya kepada Anwar, Najib, Ku Li, Zahid Hamidi, apatah lagi kepada Tun Mahathir.

Betapa banyak hutang peneroka FELDA dihapuskan di bawah Tan Sri Muhyiddin, berapa banyak bantuan diberi kepada pelbagai sektor, dalam keadaan terpaksa menyerap kos pembelian vaksin, disamping hutang baru dibuat demi suntikan fiskal dirancang?

Betul, beliau diamanah jawatan Perdana Menteri dengan sokongan ahli parlimen yang kontroversi. Tapi anda tanyalah dalam lubuk hati anda, apa pilihan beliau ada? Dalam keadaan PH sendiri yang letak jawatan tengah-tengah pandemik, dalam keadaan UMNO beri syarat sokongan ‘en bloc’, dengan PH yang bertindak potong berbilion-bilion bantuan rakyat malah siap beri amaran ‘rakyat jangan berharap bantuan kerajaan’, ‘rakyat jangan harap wang percuma’, ‘kerajaan nak bankrap tak boleh beri bantuan’, dan sebagainya?

Anda tanyalah sendiri apa perasaan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) bujang yang hanya 27 sen sehari di bawah PH. Anda turun dan tanyalah nelayan yang dipotong Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) oleh PH sebanyak RM9 juta. Anda tanyalah penanam padi yang PH potong Subsidi baja padi sebanyak RM233 juta dalam bajet 2019. Tanyalah mereka juga tentang Insentif Pengeluaran Padi yang dipotong PH sebanyak RM282 juta.

Cubalah selami perasaan nelayan tentang Elaun Sara Hidup Nelayan dan Insentif Hasil Tangkapan Nelayan mereka yang dipotong PH sebanyak RM164 juta. Anda turunlah ke lapangan dan tanyalah pengusaha padi bukit yang dipotong Subsidi Baja Padi Bukit/Huma dipotong 100% oleh PH sebanyak RM70 juta dalam bajet 2019.

Ringkasnya anda tanyalah diri sendiri apa kesannya kepada para petani dan nelayan kecil bila PH potong peruntukan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hampir RM1 bilion lebih dalam bajet 2019 dulu. Itu belum lagi dikira kos U-turn projek infrastruktur rakyat seperti ECRL, HSR, MRT3. Malah demi bantu kontraktor tempatan akibat pandemik, projek HSR dibatal PN, diganti projek 100% untuk kontraktor tempatan. Itu belum lagi dikira bencana penghapusan GST berganti SST yang lonjakkan kos serta mengimpak kebergantungan kerajaan pada PETRONAS dengan negatif.

Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sempurna, memang tidak sempurna. Tapi dalam keadaan pandemik beliau berusaha sehabis daya; moratorium yang dituntut, KWSP, bantuan PKS, usahawan mikro, dan sebagainya. Apakah tidak boleh ditunggu sedikit saja lagi sehingga imuniti berkelompok dicapai barulah dibuat langkah politik menukar kerajaan dan pilihan raya?

Sungguh, Allah jualah yang berkuasa menjatuhkan seseorang pemimpin, Allah jualah yang berkuasa mengangkatnya kembali. Sama-sama kita doakan, jika benar Tan Sri Muhyiddin Yassin seorang yang membuat kerosakan besar dan dahsyat, jika benar beliau menindas rakyat susah dengan sengaja, janganlah Allah mengembalikan beliau sebagai Perdana Menteri dan tamatlah riwayat politik beliau segera. Moga Allah gantikan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, atau Datuk Seri Ismail Sabri, atau Tengku Razaleigh, atau Datuk Seri Najib Razak, atau Datuk Seri Zahid Hamidi, atau sesiapa sahaja yang lebih baik, lebih sayangkan orang susah, lebih mampu mendapatkan sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Namun, jika beliau sudah berikhtiar sehabis daya untuk orang susah dalam keadaan pandemik, tetapi berdepan tiada banyak pilihan rakan-rakan yang menyokong, moga Allah kembalikan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke kedudukan yang selayaknya untuk meneruskan proses pemulihan negara.

“Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa pun yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa pun yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sungguh, Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu”.


~ Abdul Muein Abadi



*****

https://www.facebook.com/101146291309873/posts/551295472961617/

https://t.me/MalayaCyberForce/4632

Ini bukan soal Interim atau "Caretaker"...

Mengapa Agong tak lantik Muhyiddin sebagai PM Interim adalah kerana istilah Interim tidak diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan...

Dengan kata lain, Mahathir dapat PM Interim dulu tu, adalah bahasa lain Agong untuk menghina beliau...

Berbeza dengan Muhyiddin yang diberi istilah PM "Caretaker" yang ada diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan...

Satu lagi perkara, ialah apabila sesebuah kerajaan jatuh, tetapi Parlimen masih tidak dibubarkan, maka kerajaan yang ada masih lagi sebuah kerajaan sepertimana biasa...

Dalam kes Muhyiddin, lantikan sebagai PM "Caretaker", sebenarnya telah memberi beliau kuasa Eksekutif yang sama untuk menasihati YDPA, cuma bidang kuasa lain adalah terhad...

PM "Caretaker" atau lebih tepat "One Man Show" sebenarnya merupakan satu penghormatan kepada Muhyiddin, walaupun tanpa Jemaah Menteri...

Bezanya Muhyiddin sekarang tidak lagi boleh meluluskan cek berjumlah lebih dari RM 1 bilion, serta tidak boleh melantik Jemaah Menteri...

Agong dengan kata lain tidak mahu perkenan perletakan jawatan Muhyiddin, tetapi untuk berlaku adil selaku ketua negara, maka istilah "Caretaker" digunapakai dan bukannya Interim...

Agong pasti tahu bahawa sebenarnya tiada siapa yang lebih layak menjadi PM selain dari Muhyiddin, berdasarkan kepada bilangan Ahli Parlimen yang menyokong beliau tanpa belah bahagi...

Bahasa kasar dia Istana Negara dan YDPA bukan tempatnya untuk ahli politik menjadikan gelanggang pertaruhan, serta memaksa Agong menjadi pengadil perlawanan...

Jika YDPA tersilap langkah, pasti ada pihak yang akan segera mengambil kesempatan untuk menjatuhkan Institusi Diraja Negara kepada berkuasa hanya di peringkat negeri sahaja...

Ini telah pun berlaku semasa Sultan Kelantan meletakkan jawatan baginda sebagai YDPA, atas permainan politik Pakatan Harapan yang memaksa untuk memperkenan pengampunan Diraja Anwar dan perlantikan Peguam Negara bukan Islam Tommy Thomas...

Walaupun calon terdekat untuk menggantikan Muhyiddin adalah Anwar Ibrahim, tetapi dengan hanya 105 Ahli Parlimen termasuk 15 dari blok Mahathir, ianya masih tidak dapat memuaskan hati baginda...

Ini kerana peruntukan Perlembagaan memberi kuasa kepada YDPA untuk melantik mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda 'mungkin' mempunyai kepercayaan majoriti...

Dengan kata lain, Agong ada kuasa untuk menolak Ahli Dewan Rakyat untuk menjadi Perdana Menteri, walaupun mempunyai majoriti tertinggi, jika Agong melihat suatu ancaman kepada Istana...

Dalam bahasa lain, jika Mahathir atau Anwar mahukan jawatan Perdana Menteri dari YDPA, haruslah memuaskan hati baginda dengan satu angka yang stabil, atau lebih tepat mencapai majoriti mudah 111 Ahli Parlimen sekurang-kurangnya...

Disebabkan ini, Muhyiddin berani mendakwa bahawa tiada calon lain yang mempunyai majoriti mudah untuk melayakkan diri menjadi Perdana Menteri...

Walaupun sebenarnya YDPA tidak memerlukan angka majoriti mudah, tetapi cukup dengan majoriti tertinggi untuk dilantik menggantikan Muhyiddin, cuma Agong mahu guna kuasa maksimum yang ada pada baginda atau tidak sahaja...

Persoalannya disini, adakah 15 Ahli Parlimen blok Zahid dan Najib berani mengumumkan menyokong Anwar Ibrahim untuk menggantikan Muhyiddin...

Kerana jika itu berlaku, 15 Ahli Parlimen blok Mahathir sudah tentu akan berpihak pula pada Muhyiddin, kerana agak mustahil Mahathir akan berada dalam satu pakatan yang sama dengan Zahid dan Najib...

Ismail Sabri pula masih gagal mendapat sokongan yang cukup, kerana Bersatu dan PAS pasti tidak mahu menerima kembali blok Zahid dan Najib yang sanggup menjatuhkan Muhyiddin hanya kerana takutkan penjara...

Kecuali Ismail Sabri serta 22 Ahli Parlimen UMNO sanggup keluar parti dan menyertai Bersatu, maka tiada lagi calon lain yang lebih layak menggantikan Muhyiddin selain dari Azmin Ali...

Zahid dan Najib pula pasti mahukan jaminan jawatan jika sesiapa mahu bekerjasama dengan mereka, supaya kes mahkamah dapat diselesaikan segera...

Berdasarkan situasi ini, maka adalah tidak mustahil Muhyiddin akan dilantik semula oleh YDPA, memandangkan tiada calon lain yang layak menurut hemat baginda...

Atau bahasa kasarnya, jika terbukti masih tiada yang layak untuk menggantikan Muhyiddin nanti, maka cukup-cukuplah menekan YDPA dan Istana Negara, jangan pula sampai perkataan 'beruk' terpaksa diucapkan Agong kepada pihak yang tidak tahu erti malu...

Na'uzubillahiminzalik. Wallahua'lam. Allahu Akbar.

@MalayanCyberForces


*****

APA YANG MEMBEZAKAN ANWAR IBRAHIM DENGAN SEMUA PERDANA MENTERI SEBELUM INI

Dr. Madhi Hasan

Mengapakah sebahagian besar rakyat Malaysia menganggap Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sejak lebih dua dekad yang lalu? Harapan itu sering timbul setiap kali berlangsungnya Pilihan Raya Umum meskipun Anwar sendiri tidak bertanding dalam PRU. Anwar sebenarnya hanya berpeluang bertanding sekali sahaja dalam PRU sejak dipecat dari UMNO  iaitu pada PRU-13. Bagi empat PRU yang lain, Anwar  berada di dalam penjara (PRU-10, PRU-11 dan PRU-14) ataupun tidak dibenarkan bertanding (PRU-12).

Pada pandangan sebahagian rakyat yang inginkan Anwar menjadi Perdana Menteri, beliau mempunyai beberapa kualiti dan ciri kepimpinan yang tidak dipunyai oleh pemimpin-pemimpin lain. Dengan jatuhnya Mahiaddin Yassin daripada kerusi Perdana Menteri pada 16 Ogos 2021, nama Anwar sekali lagi diangkat sebagai calon Perdana Menteri.

Jika Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri pada kali ini, berikut adalah lima perkara tentang Anwar yang tidak dimiliki oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.

(i) Perdana Menteri pertama yang pernah dipenjarakan

Anwar akan menempah tempat sebaris dengan nama-nama besar dalam sejarah seperti Nelson Mandela, Jawaharlal Nehru, Sukarno, Recep Tayyep Erdogan dan Vaclav Havel iaitu bekas-bekas banduan atau tahanan politik yang akhirnya mencapai tampuk kuasa. 

Bermula dengan ditahan tanpa bicara di bawah ISA di antara tahun 1974-1976,  Anwar kemudiannya  menjalani hukuman penjara di antara tahun 1998-2004 dan 2015-2018. Keseluruhannya Anwar telah menghabiskan hayatnya selama dua tahun sebagai tahanan ISA di Kamunting dan sembilan  tahun di dalam penjara Sungai Buloh.

Mengapakah reputasi dan karier politik Anwar masih bertahan walaupun telah disabitkan oleh mahkamah dengan kesalahan rasuah dan liwat? Ia adalah kerana rakyat dan masyarakat antarabangsa telah menyaksikan ketidakadilan yang menjolok mata sewaktu perjalanan perbicaraan bagi ketiga-tiga kes Anwar. Kesemua pertuduhan ke atasnya dilihat bermotif politik dengan tujuan membunuh nama baik dan karier politik Anwar.

Badan-badan perundangan antarabangsa iaitu International Bar Association, Centre for the Independence of Judges of the International Commission of Jurists, Commonwealth Lawyers’ Association dan Union Internationale des Avocats telah memantau perbicaraan Anwar dan mengeluarkan satu laporan yang bertajuk “Justice in Jeopardy: Malaysia 2000”. Laporan itu membuat kesimpulan bahawa kebebasan badan kehakiman dan integriti agensi pendakwaan di Malaysia telah terjejas teruk semasa perbicaraan tersebut. Amnesty International telah memberikan gelaran “Prisoner of Conscience” kepada Anwar.

(ii) Perdana Menteri pertama daripada parti berbilang kaum

Kesemua Perdana Menteri sebelum ini adalah pemimpin parti-parti nasionalis Melayu iaitu UMNO dan BERSATU. Anwar akan mencipta sejarah sebagai  Perdana Menteri yang menerajui sebuah parti berbilang kaum iaitu Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Pada masa dahulu parti berbilang kaum seperti Parti Negara yang dipimpin Dato’ Onn gagal bertahan kerana pengaruh politik perkauman amat kuat. Anwar berjaya membuktikan bahawa parti berbilang kaum seperti KEADILAN boleh mencapai kemenangan dalam pilihan raya. Kini ia merupakan satu-satunya parti yang mempunyai cabang di semua 222 kawasan parlimen.

Anwar adalah pemimpin politik yang konsisten memperjuangkan nasib rakyat bawahan tanpa mengira batas kaum dan agama. Politik aliran sederhana yang dibawa oleh Anwar membolehkannya diterima sebagai pemimpin bagi semua kaum. Kejayaan KEADILAN dalam pilihan raya menunjukkan yang parti berbilang kaum menjadi semakin relevan manakala politik perkauman menjadi semakin ketinggalan zaman.

(iii) Perdana Menteri pertama yang merupakan pemimpin gerakan Islam

Anwar akan menjadi satu-satunya Perdana Menteri yang memulakan perjuangannya melalui gerakan Islam iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Semua kajian oleh para sarjana telah mengiktiraf sumbangan besar oleh Anwar dan ABIM kepada fenomena kebangkitan Islam di Malaysia pada tahun 1970-an.

Di bawah kepimpinan Anwar, ABIM mengambil pendekatan perjuangan Islam yang sederhana yang bersesuaian dengan suasana masyarakat Malaysia. Anwar amat dihormati di seluruh dunia Islam dan mempunyai hubungan rapat dengan tokoh-tokoh penting seperti ulama terkenal Sheikh Yusuf al-Qaradhawi  dan Presiden Turki Recep Tayyep Erdogan.

Apabila Anwar menyertai kerajaan pada tahun 1982, beliau telah memperkenalkan beberapa institusi dan program berteraskan Islam. Universiti Islam Antarabangsa, Bank Islam, sistem takaful dan perbankan Islam adalah antara hasil usaha Anwar. Hari ini, Anwar berusaha mempopularkan konsep “Muslim Democrat” bagi menggalakkan amalan demokrasi yang progresif di kalangan umat Islam. Walaupun mempunyai latar belakang gerakan Islam, musuh-musuh Anwar menuduhnya sebagai seorang sekular, liberal dan menganuti faham pluralisme agama.

(iv) Perdana Menteri pertama daripada latar belakang perguruan dan pendidikan

Anwar akan menjadi Perdana Menteri pertama yang bermula sebagai seorang pendidik. Beliau telah menubuhkan dan mengetuai sebuah sekolah swasta iaitu Yayasan Anda dengan tujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang tercicir. Sewaktu menjadi Menteri Pendidikan beliau telah memperkenalkan Falsafah Pendidikan Negara. 

Kredibiliti Anwar sebagai seorang intelektual dan pemikir adalah tulen dan bukan dibuat-buat sepertimana kebanyakan ahli politik lain. Anwar terlibat mengasaskan International Institute of Islamic Thought (IIIT) bersama tokoh-tokoh pemikir Islam antarabangsa dan kini menjawat jawatan sebagai Pengerusi badan pemikir tersebut. Beliau juga pernah menjadi Profesor Pelawat di beberapa buah universiti terkemuka di Amerika Syarikat dan United Kingdom setelah dibebaskan dari penjara pada tahun 2004.

(v) Perdana Menteri yang mempunyai pengalaman yang panjang sebagai Menteri Kewangan

Setakat ini hanya Najib Razak seorang sahaja Perdana Menteri yang mempunyai pengalaman sebagai Menteri Kewangan sebelum menjadi Perdana Menteri. Bezanya dengan Anwar ialah Najib menyandang jawatan tersebut selama enam bulan sahaja sebelum beliau diangkat sebagai Perdana Menteri. Anwar pula mempunyai pengalaman yang jauh lebih panjang sebagai Menteri Kewangan iaitu  selama lebih tujuh tahun (1991-1998).

Walaupun tanpa kelulusan dalam bidang kewangan, Anwar membuktikan kecekapannya mengurus kewangan negara dengan mencapai belanjawan berimbang dan mengurangkan hutang negara.  Pencapaian seperti itu tidak pernah lagi dapat diulang oleh mana-mana Menteri Kewangan sejak tahun 1998 sehingga kini. Prestasi beliau turut menarik perhatian antarabangsa sehingga majalah Euromoney menamakan Anwar sebagai “Finance Minister of the Year” pada tahun 1996.  Antara jasa beliau ialah memperkukuh perlaksanaan sistem perbankan tanpa faedah yang kini dikenali sebagai perbankan Islam.

Krisis pandemik, ekonomi dan politik yang telah gagal ditangani oleh Mahiaddin Yassin pada ketika ini adalah satu keadaan luarbiasa yang tidak pernah dialami oleh negara. Krisis luarbiasa seperti ini memerlukan seorang pemimpin dengan karisma, keyakinan dan daya kepimpinan yang luarbiasa. Keadaannya samalah tatkala Great Britain memerlukan Winston Churchill sewaktu berdepan dengan ancaman Hitler dalam Perang Dunia Kedua. Berdasarkan sejarah perjuangan dan rekod kepimpinan Anwar Ibrahim yang luarbiasa, beliau sahajalah yang dilihat mempunyai keupayaan untuk memimpin negara ini keluar dari krisis.

Dr. Madhi Hasan ialah Felo di Institut Kajian Pilihan Raya & Pemajuan Demokrasi (IESAD), Universiti Selangor.


*****

Pandemik Covid-19 telah banyak mengubah norma kehidupan manusia. Namun barangkali ia masih belum cukup hebat untuk mengubah norma politik perebutan kuasa.

Sepatutnya ujian besar ini  menyatukan ahli politik utk sama-sama berganding bahu berjuang mengatasi pandemik ini demi kebaikan semua, dan mengenepikan perbezaan politik buat sementara. Tetapi tidak. Ia hanya digunakan untuk mengintai kesalahan pihak lawan untuk dijatuhkan.

Ujian pandemik ini adalah peluang yg diberi Allah untuk semua bekerjasama dan bersatu tekad memperbaiki keadaan, namun karat nafsu politik masih tebal mengaburi kewarasan minda dan tindakan. Hanya mempertahankan naratif dan persepsi masing-masing, yang lain tidak penting dan tiada kompromi.

~ dr saadan man


*****

Kerajaan PN jatuh disebabkan oleh:

Pembukaan sektor perkilangan dan pembinaan ketika pandemik yang:

Menggagalkan Lockdown 2.0 dan 3.0.
Seterusnya menyebabkan peningkatan kes Covid-19 dan kes kematian akibatnya.
Seterusnya Kerajaan PN dilihat gagal mengawal pandemik.
... Dan akhirnya ia menjadi bola tanggung yang menjatuhkan PN.

Jadi rumusannya, buka kilang ketika pandemik boleh menjatuhkan sesebuah kerajaan!

Lain-lain faktor spt isu bantuan kepada rakyat dan krisis dengan istana adalah sampingan. Faktor game politik pihak lain itu biasa.

Apapun terima kasih TSMY atas segala jasa baik selama menerajui Malaysia dan bertahan 18 bulan dalam era pandemik yang sukar.

Semoga pimpinan kerajaan baharu akan lebih efektif dan dapat memimpin negara ke arah yang lebih baik dan cemerlang. Dan pesanan kepada kerajaan baharu, jangan buka kilang waktu lockdown!

~dr saadan man


*****

Aku sokong Abah masa dia mula2 naik dulu. Besar harapan aku masa tu pasal frust dgn PH. Tapi apa yg dia buat?

1. Pilihanraya Sabah utk rampas dari Warisan. Lepas tu kes Covid naik dari September 2020 onwards. Ini dia sendiri pun mengaku.

2. Perlantikan terlalu ramai Menteri/Timbalan Menteri & politicians ke jawatan2 GLC. Membazir. Berapa ramai yg perform pun? U know what the reasons behind all these kan?

3. Darurat dari January sampai hujung July 2021. Apa hasilnya? Kes makin naik, ekonomi makin hancur.

4. Flip flop polisi yg berterusan & perbezaan layanan antara golongan marhaen & kayangan yg ketara.

Cukup lah 4 sebab tu saja. Banyak lagi yg boleh disebut. Fact is, he made grave mistakes. Just because he delivered a touching, emotional "farewell speech" doesn't hide the truth that he failed to manage the country during his tenure. I know some might disagree with me but pls don't put him on the pedestal lah.

You guys might say that this is a global pandemic, semua negara terkesan, opposition politicians gila kuasa kacau dia buat kerja blablabla tapi don't U guys think that there was even a tiny chance that he can manage it just a wee bit better? If he do his job properly don't u guys think his position will be more secure? Basic rule in life. U perform, U stay. U failed, U get booted out lah. Simple as that. Macam Mgr bola juga.

I always try to be fair in all my comments. Aku bukan jenis hentam buta2 saja. I give benefits of doubts. So thank you Abah for managing the country during the most trial time ever in Malaysia. Thank you for all the "Bantuan Rakyat", for the quite efficient vaccination program etc2. U will always be remembered as Malaysia's PM ke 8. Itu sajalah kot.

Siapa pun jadi PM lepas ni, belajarlah dari kesilapan. Tak kira lah siapa pun, even if by any chances Abah dapat naik balik pun aku redho jer. Penat sgt dah. Too much politicking, putting others 1st than rakyat, flipflops policies etc will come back to haunt you. Cakap senang lah kan? Well nak sgt jadi PM kena hadap lah semua tu. Tak lama pun, buat laa elok2 dalam masa tak sampai 2 thn ni. Tak perform kalu PRU 15 nanti siap sedia laa kena humban dgn rakyat. Tu jer nak kabor..

Berkata Benar Walaupun Pahit..

~arif sanusi


*****

Kerajaan PN berundur dgn tertib, teratur dan bermaruah. Masing-masing mengucapkan terima kasih atas kerjasama yg diberikan oleh semua pihak.

Kerajaan PH pula bukan berundur, tapi jatuh "gedebab" hingga mereka terpinga-pinga dan tak sempat nak berkata apa-apa.  Yg terpacul dari mulut pemimpin mereka ialah "haram jadah" dan mengamuk dlm parlimen macam....!!!

Itulah beza akhlak PN dgn PH! Nak sokong PH lagi ka?

~abu sumaiyyah


*****

5 fakta sangkal propaganda ‘Kerajaan PN gagal’
 
LAUNGAN kerajaan gagal terus bergema sehingga ke hari ini. Adakah kerajaan hari ini benar-benar gagal? Ayuh kita lihat apa Kerajaan PN telah buat:

1. Malaysia mendapat pengiktirafan antara negara yang terpantas di dunia mengatasi United States, United Kingdom, Singapura, Jepun dari segi kepantasan pemberian vaksin bagi setiap 100 penduduk.

2. Kerajaan PN berjaya menghapuskan hutang FELDA berjumlah RM8.3 bilion yang akan memberi manfaat kepada lebih 92 ribu warga peneroka.

3. Berjaya menaikkan harga paras minyak sawit mentah yang menguntungkan 3 juta rakyat Malaysia sekali gus mampu mengeluarkan mereka daripada status kemiskinan.

4. KDNK negara meningkat sebanyak 16.1 peratus bagi suku kedua 2021 dan pertumbuhan dijangka akan terus beransur pulih pada suku keempat 2021 serta akan bertambah baik menjelang 2022.

5. Pelan Pemulihan Negara (PPN) kian mula menunjukkan hasil melalui program vaksinasi negara. Di mana kadar kemasukkan pesakit COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 semakin menurun di beberapa buah negeri (Sarawak, Labuan, Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Perlis).

5 perkara ini merupakan fakta yang perlu anda ketahui sebelum membuat kesimpulan, Kerajaan PN adalah kerajaan yang gagal. Namun, persoalannya adalah, adakah benar kerajaan gagal ataupun kita yang gagal memahami realiti sebenar cabaran pandemik yang berlaku pada hari ini?

USTAZ ZARIMI ABU ZIH AL-HAFIZ – HARAKAHDAILY 17/8/2021

https://harakahdaily.net/index.php/2021/08/17/5-fakta-sangkal-propaganda-kerajaan-pn-gagal/


*****

https://www.facebook.com/797212753703143/posts/4198581746899543/

PM interim perlu regu yang ada watak pendamai dengan asas Qawiy al Amin

Tuan Ibrahim Tuan Man (TITM) paling layak menjadi regu sebagai TPM kerana ada ciri Qawiy al amin dan watak pendamai yang boleh memperkuatkan MN dan PN

Setelah Perdana Menteri (PM) meletak jawatan semalam, tidak lama lagi negara kita akan mendapat PM interim yang akan dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong (YDPA). 

Jika PM interim datang daripada UMNO, regu TPM yang terbaik adalah Tuan Ibrahim Tuan Man. Ini bukan soal parti, tetapi soal masa depan negara, PN dan MN. Sementara menunggu Pilihan Raya Umum (PRU15) tidak lama lagi.

Kenapa saya berkata sedemikian? 

Pertama, Tuan Ibrahim bebas daripada skandal 3 TA,  takhta, harta dan wanita, yang lazim terdapat pada ahli politik. Jauh sekali daripada skandal seks seperti yang menimpa  beberapa pemimpin lain, sama ada skandal seks sejantina mahupun berlainan jantina.

Kedua, TITM mempunyai watak pendamai. Watak pendamai ini amat penting dalam mendamaikan umat Islam Ketika krisis. Bukan pemimpin lain tidak ada, tetapi markah lebih menyebelahi TITM.

Ketiga, kejayaan TITM menguruskan Kementerian Air dan Alam Sekitar (KASA) walaupun kurang daripada 22 bulan. Tahun pertama menjadi Menteri, berjaya selesaikan perjanjian penstrukturan air tiga negeri. Sedangkan PH gagal selesaikan waima satu negeri sepanjang 22 bulan memerintah. Kejayaan penstrukturan air Pahang telah membolehkan negeri tersebut mengurangkan hutang Persekutuan sebanyak RM2 bilion. Begitu juga negeri Kedah dan Perlis. Kesannya, penghapusan hutang Persekutuan sebanyak RM699 juta (Kedah) dan  RM185.4 juta (Perlis)

Keempat, TITM pandai memilih pasukan berkesepakaran untuk membantu menguruskan KASA. Kepandaian memilih pasukan kesepakaran tanpa melihat ideologi dan latar belakang ini menjadi KASA terserlah. Kadang kala kita lebih memilih pasukan kesepakaran yang hanya pandai membodek dan mengampu. Tetapi tidak kepada TITM.

Kelima, TITM mempunyai hubungan akrab dan memahami tatacara berinteraksi dengan institusi diraja. Saya banyak kali juga berforum sepentas dengan TITM terutama ketika Forum Perdana Ehwal Islam TV1 berada di kemuncak. Sejak dahulu TITM mempunyai hubungan yang amat baik dengan YDPA (istana), terutama apabila melibatkan program agama dengan pihak istana. Sudah tentu TITM disenangi oleh pihak istana.

Keenam, TITM mempunyai watak dan potensi besar dalam menyatukan orang Melayu berhadapan PRU15. Dengan watak dan keperibadian TITM, tidak mustahil TITM boleh menjadi penyatu kepada bukan sahaja Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak tetapi juga bukan Melayu (Islam)

Ketujuh, jarang kedengaran semasa menjadi Menteri, beliau mengambil pendekatan ‘menyerang’. Lebih kelihatan fokus kepada agenda menguruskan negara

Banyak lagi watak TITM yang saya kenali secara peribadi. Watak 'orang tua' yang berhemah, kaya dengan senyuman. Cukup sekadar ini dahulu. Bukan mahu membodek. Sekadar luahkan kebenaran meskipun pahit.

Apa yang ingin ditonjolkan adalah, semua ini membuktikan bahawa pak lebai boleh menguruskan negara secara profesional dengan baik jika diberikan peluang. Sifat takut kepada Allah menjadikan pak lebai lebih berhati-hati dalam menguruskan negara, walaupun saya tidak nafikan ada pak lebai yang bernafsu besar.

Mungkin ada dalam kalangan kita tidak bersetuju, tetapi kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju. 

Apapun PM interim dan regunya perlu ada asas utama iaitu al-Qawiy dan al-amin. Inilah yang sukar untuk dicari. Qawiy ialah kekuatan, kemampuan dan kemahiran menjalankan tugas. Manakala al-amin ialah amanah atau bertanggungjawab. Kemampuan untuk melaksanakan dan al-amanah ialah perasaan takutkan Allah SWT dari melakukan pengkhianatan atau kecuaian. Sekiranya dua ciri ini dipastikan, maka sudah tentu tanggungjawab kepimpinan tidak akan dicemari, kebajikan rakyat terpelihara. 

Hari ini, kita ketandusan tokoh untuk memenuhi kedua asas ini, ada memiliki al-qawiy atau kekuatan dan kemampuan tetapi kurang amanah, sementara seorang lagi memiliki ciri amanah iaitu soleh dan bertanggungjawab tetapi lemah atau tidak berkemampuan. Sudah tentu kita amat perlukan kedua-duanya terutama ketika pandemik ini. Moga Allah memberikan keberkatan dengan adanya pemimpin qawiy al amin. Kita tidak mahu lagi pemimpin yang terlibat dengan salah laku, salah guna kuasa, korupsi dan rasuah yang boleh meruntuhkan negara. 

Dalam hal ini, siapa yang lebih layak untuk dipilih sebagai PM interim dan regunya? Malah, saya tidak menolak jika TITM turut boleh dicalonkan sebagai PM interim, demi maslahah agama, bangsa dan negara.


*****

PERDANA MENTERI CARETAKER DAN PERDANA MENTERI INTERIM DALAM BAHASA MUDAH

Perdana Menteri "caretaker" atau Perdana Menteri penjaga adalah Perdana Menteri peralihan, sementara menunggu Perdana Menteri yang baru dilantik oleh SPB YDP Agong.

Perdana Menteri caretaker hanya boleh menjalankan tugas-tugas pentadbiran harian kerajaan berdasarkan akta-akta dan peruntukan kewangan sedia ada.

Dia tidak boleh melantik jemaah menteri, mencadangkan undang-undang dan akta yang baru, atau membuat peruntukan kewangan atau bajet kerajaan yang baru. 

Perdana Menteri caretaker juga tidak boleh melantik atau mengganti pegawai tinggi kerajaan, atau membuat pinjaman kewangan untuk kerajaan.

Dia juga tidak boleh menggunakan peruntukan Perlembagaan Artikel 40 iaitu supaya SPB YDP Agong mendengar nasihatnya.

Secara efektif, YDP Agong tidak perlu mendengar nasihat Perdana Menteri caretaker.

Perdana Menteri caretaker tidak mempunyai kuasa Eksekutif penuh.

Oleh sebab kekangan-kekangan di atas, Perdana Menteri yang baru perlu dilantik dengan segera terutama di masa krisis seperti sekarang untuk membolehkan kerajaan berfungsi dengan kuasa Eksekutif penuh. 

SPB YDP Agong boleh melantik Perdana Menteri yang baru di kalangan ahli-ahli Parlimen yang pada hemat Baginda mempunyai majoriti.

Sekiranya tidak ada seorangpun ahli Parlimen yang mempunyai majoriti, SPB YDP Agong boleh membubarkan Parlimen.

Namun dalam keadaan krisis COVID-19 yang masih getir ini, pilihanraya umum tidak semestinya diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen.

YDP Agong boleh mengisytiharkan satu lagi proklamasi dan ordinan darurat untuk menangguhkan pilihanraya selepas Parlimen dibubar.

YDP Agong juga boleh melantik Perdana Menteri caretaker yang baru dalam tempoh pembubaran ini sehingga pilihanraya umum diadakan apabila COVID-19 reda.


*****

PERDANA MENTERI INTERIM

Istilah Perdana Menteri Interim tidak ada dalam Perlembagaan. Oleh itu takrifannya bukanlah takrifan undang-undang namun adalah takrifan politik.

Ia bermakna Perdana Menteri sementara yang dilantik oleh SPB YDP Agong untuk masa yang terhad.

Beza Perdana Menteri Interim dengan Perdana Menteri caretaker ialah Perdana Menteri Interim mempunyai kuasa Eksekutif penuh tetapi dengan tempoh yang terhad berbanding Perdana Menteri caretaker yang tiada kuasa Eksekutif penuh.

Perdana Menteri Interim boleh melantik jemaah menteri dan membentuk kerajaan yang baru.

Menghadkan masa Perdana Menteri di bawah tempoh penggal Parlimen (5 tahun) juga tidak ada dalam Perlembagaan. Oleh itu, had masa ini juga bukanlah tertakluk di bawah undang-undang atau Perlembagaan, namun adalah persetujuan politik yang perlu dicapai di antara ahli-ahli Parlimen dan SPB YDP Agong.

Oleh itu, sekiranya persetujuan dicapai, ahli-ahli Parlimen boleh menyokong seorang Perdana Menteri Interim dengan tempoh masa terhad (contohnya 6 bulan atau setahun) untuk menyelesaikan krisis COVID-19 dengan kuasa Eksekutif penuh sebagai Perdana Menteri ke-9. 

Apabila tiba tempoh had masa tersebut (atau lebih awal jika COVID-19 reda) Perdana Menteri Interim tersebut perlu meletakkan jawatan dan menasihati SPB YDP Agong untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya umum seperti yang telah dipersetujui.

ISHAM JALIL
16 Ogos 2021

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/1032771034145087/?d=n

@@@



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...