PAS telah memilih barisan kepimpinannya bagi sesi 2025/2027. Sebagai rakyat yg faham peransn PAS dlm politik negara, pemilihan kali sangat signifikan.
Sebagai parti melayu yg memiliki MP paling ramai, PAS dilihat sudah tiba masanya untuk menjadi ketua yg memang layak utk membentuk satu kerajaan sekiranya mencapai kemenangan bersama rakan PN pada PRU-16 nanti.
Berikut saya kongsikan beberapa paparan utk info kita bersama.
*****
PAS akan mengadakan sambutan ulang tahun ke-75 pada tahun depan di Pulau Pinang, tempat di mana parti itu didaftarkan pada 1951.
“Kita akan gegar Pulau Pinang, dan juga DAP,” kata Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan disambut sorakan perwakilan, pada muktamar ke-71 parti itu.
Muktamar PAS seterusnya pula kemungkinan besar diadakan di Kelantan.
Sementara itu, perwakilan diingatkan masa untuk membahaskan ucapan dasar presiden adalah terhad, dan mereka yang tidak berkesempatan untuk berucap boleh melakukannya di peringkat negeri dan kawasan.
Ahli PAS juga diingatkan agar tidak memberi ‘peluru’ kepada parti lawan dengan menyuarakan kekecewaan dalam talian hanya kerana masa terhad.
“Perjuangan sebenar kita adalah PRU akan datang, bukan sesama kita,” katanya, sambil menyeru kepada perpaduan dan disiplin dalam parti.
Beliau juga mengingatkan para ahli bahawa rakyat bukan Islam daripada mana-mana agama kini dialu-alukan untuk menyertai PAS sebagai ahli bersekutu.
*****
KEPUTUSAN PEMILIHAN PAS PUSAT 2025/2027
PRESIDEN :
- YB. TAN SRI DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI BIN AWANG
TIMBALAN PRESIDEN :
- YB. DATO’ SRI USTAZ HAJI TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN
NAIB PRESIDEN
- YB. DATUK USTAZ HAJI IDRIS BIN HAJI AHMAD
- YB. USTAZ DATO’ HAJI MOHD AMAR BIN ABDULLAH
- YAB. DATO’ SERI DR. HAJI AHMAD SAMSURI BIN MOKHTAR
AJK PAS PUSAT
1. AHMAD FADHLI SAARI
2. MUHAMMAD SANUSI MD NOR
3. DR HAIM HILMAN
4. DR MUHAMMAD KHALIL ABD HADIR
5. IR KHAIRIL NIZAM
6. NASRUDDIN DAUD
7. AZMAN BIN IBRAHIM
8. DR HALIMAH ALI
9. SITI ZAILAH YUSOF
10. AHMAD MARZUK SHAARI
11. AMZAD HASHIM
12. FADHLI HASSAN
13. DR RIDUAN MD NOR
14. SHAHIDAN KASSIM
15. NIK ABDUH NIK ABDUL AZIZ
16. AWANG HASHIM
17. MUMTAZ MD NAWI
18. ISKANDAR ABD SAMAD
*****
Pilihan pucuk pimpinan PAS kali ini adalah penting sebagai barisan pemimpin yg diamanahkan untuk menjadi halatuju dan strategis bagi gerakkerja untuk mencipta kejayaan dlm PRU akan datang.
Apatah lagi ada keperluan untuk mengetengahkan seorang calon PM daripada parti PAS sekiranya PAS terus mencipta kejayaan cemerlang bersama parti komponen lain dlm PN di PRU-16 nanti.
@@@
No comments:
Post a Comment