Please CLICK

Saturday, April 14, 2018

MAHATHIR GENIUS



Tun Mahathir (TM) seorang pemimpin yg genius. Apa yang dia set his mind to get, selalunya dia akan dapat by hook or by crook. Itu kekuatan beliau. Musuh boleh jadi kawan jika dia mahu. Tactical game nya sungguh ke depan, sampai musuh tak dapat baca. Kawan pun acap tak faham. Malah jangan pelik kalau  ramai yg bingung sampai ke sudah.

Siapa pernah terfikir dia dapat jinakkan Anwar (DSAI) yg di pecat beliau dulu hingga tercetus gerakan reformasi yg menggerak rakyat untuk membela Anwar yg di zalimi Mahathir ini, kononnya. Rakyat banyak turun ke jalanan bertempur dengan polis dan FRU untuk menegak yg hak dan membela Anwar yg di zalimi itu.

Berapa ramai yang cedera malah ada yang mati. Berapa ramai yang di cekup polis dan dipenjara. Rusuhan jalanan yang melangkau imaginasi malah mendapat liputan meluas media seluruh dunia. Anwar teraniaya dan menjadi tahanan politik regim Mahathir yg rakus. Berapa ramai yang luka dan parut masih ada hingga ke hari ini.

Maka lahirlah parti keadilan rakyat (PKR) dgn simbol mata lebam untuk mengingatkan rakyat peristiwa tahun 1998 itu yg menyaksikan Anwar dengan mata lebam di pukul tika di tahanan. Simpati rakyat sampai ke puncak.

Tapi kini Anwar sendiri telah maafkan Mahathir. Malah di angkat menjadi ketua dan calon PM Pakatan Harapan (PH). Siap guna logo PKR lagi.

Seolahnya luka yg berparut para macai reformasi itu tiada makna langsung. Perjuangan yang bertahun itu sekadar berhembus di angin lalu dan hilang ke langit. Ibarat episod main-main dan seronok-seronok saja.

Lim Kit Siang yang memang musuh Mahathir malam dan siang sepanjang zaman itu pun juga berjaya dia jinakkan dan kini menjadi rakan sepermainan. Kadang kita rasa pelik dan tak masuk akal. Tapi politik dan genius Mahathir berjaya merungkai segala misteri nusantara.

Susuk lain seperti Mat Sabu, Mahyudin, Rafizi, Nurul Izzah, Wan Azizah, Husam, Mahfudz, Khalid Samad, Azmin, Lim Guan Eng, dan yg sewaktunya tak usah cakap la kan. Macam kacang saja kpd Mahathir yg genius.

Saya terbaca sebuah artikel yang baik dan relevan dalam topik yg di bincang ini. Saya paparkan di sini untuk perspektif yg lebih jelas.

@@@@@@


ROUTE MAP MAHATHIR UNTUK KEMBALI BERKUASA

Mahathir, individu paling licik dalam sejarah politik Malaysia. Dia boleh bertukar jadi kawan atau musuh jika dia berbeza pendapat dan kepentingan dengan orang sekelilingnya pada bila-bila masa.

Perjalanan politik Mahathir sangat panjang dengan pelbagai insiden perbalahan dengan pemimpin utama Umno.

Beliau pernah bergaduh dengan Tunku Abdul Rahman (bapa kemerdekaan), bergaduh dengan Musa Hitam (mantan TPM), bergaduh dengan Ghafar Baba (mantan TPM), bergaduh dengan Anwar (mantan TPM juga), bergaduh dengan Pak Lah(PM) dan bergaduh dengan Najib (PM lagi).

Kalau dengan pembangkang, semua dia pernah gaduh.... Lim Kit Siang, Mat Sabu, Lim Guan Eng dan lain-lain. Malah dia pernah penjarakan mereka guna akta ISA dan Akta Hasutan ketika beliau berkuasa.

Namun, beliau sekali lagi mengubah landskap politik Negara dengan menyertai pembangkang selaku calon PM. Mahathir bergaduh dengan Najib sebelum isu 1MDB muncul. Ketika itu Najib sudah menguasai projek-projek kerajaan dan menumbangkan anak kesayangannya Mukhriz yang jadi MB kedah. Jadi beliau perlu plan baruy untuk kembali berkuasa.

Mahathir bukan bodoh. Tapi pemimpin pembangkang la yang berjaya diperbodohkan. Beliau belajar dari pengalaman Anwar yang disambut meriah oleh pembangkang selepas disingkir dari Umno. Segala dosa Anwar ketika bersama Umno-BN disucikan dan Dengan pantas Anwar menjadi pemimpin utama pembangkang dan menjadi calon PM. Itulah yang berlaku sekarang walaupun semua orang tahu dosa Mahathir beratus kali ganda dari Anwar.

Mahathir nampaknya telah memulakan plannya dengan membiarkan Najib penjarakan Anwar guna kes Saiful Bukhari. Dan selepas Anwar dipenjarakan, barulah muncul kes 1MDB.

Kes ini memang senjata utama Mahathir serang Najib. Mahathir mainkan isu Najib mencuri wang rakyat. Najib terperangkap dalam tindak tanduknya sendiri yang tidak berhati-hati dengan orang Mahathir dalam Kerajaan yang memberikan banyak maklumat.

Kalau dengar dan baca statement dia pun, Mahathir akan mainkan 3 isu sahaja untuk serangan Najib iaitu isu penyelewengan 1MDB, pengaruh pelaburan China dan kejatuhan nilai Mata wang.

Manakala isu GST, Konsesi Tol, Undang-undang drakonian zaman beliau seperti Akta ISA dan Akta Hasutan, PPSMI dan banyak lagi isu yang rakyat marah, beliau masih defend.

Malah serangannya lebih fokus pada Najib bukan pada Umno, bukan pada BN.

Ini menguatkan lagi dakwaan bahawa orang-orang Mahathir masih ramai dalam Umno-BN dan menunggu peluang untuk topple up Najib.

Kenapa Mahathir pilih menyertai pembangkang?  Beliau gagal merampas kuasa dari Najib dari dalam Umno seperti yang dia buat pada Pak Lah. Masa jatuhkan Pak Lah dia guna Najib, jadi Najib sudah taw plan Mahathir.

Pada PRU 2013, Pakatan Rakyat memenangi undi popular 50.87% berbanding BN 47.38%. Ini juga satu ancaman. Kalau pun berjaya gulingkan Najib dari dalam, belum tentu orang Mahathir yang ganti Najib boleh tewaskan Pakatan pembangkang dengan mudah. Walaupun PR berpecah tapi peluang untuk bergabung sentiasa Ada. Mahathir belajar dari PRU 2008. PAS dan DAP bergaduh tapi PKR mainkan peranan menyatukan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat selepas PRU 2008 yang mengukuhkan kedudukkan PR masa PRU 2013. So, Mahathir perlu memilih Mmenyertai team yang lebih kuat pada mata rakyat dengan kebencian ke atas Najib.

Walaupun PR berpecah sekali lagi, namun Mahathir melihatnya satu peluang. Apa lagi selepas DAP & PAN memainkan isu fitnah PAS mahu jadi tongkat Umno. Ketiadaan PAS dalam PH menjadi peluang terbaik beliau menguasai PH dengan mudah.

Beliau tubuh PPBM untuk tunjuk yang beliau ada follower yang ramai sebagai bargain chip ketika sertai Pembangkang. Sebab tu belum setahun beliau masuk Pakatan Harapan terus dilantik jadi Pengerusi dan kemudian calon PM. Beliau belajar dari Anwar yang tubuh PKR untuk duduk sebaris dalam majlis Presiden. Kalau Anwar pilih PAS dulu dia mungkin akan duduk paling tinggi pun sebagai Timbalan Presiden. Jadi buat parti sendiri untuk jump ke kerusi lebih tinggi dari Presiden parti iaitu Ketua pembangkang dan calon PM. Jadi

Mahathir copy sahaja Anwar punya strategi.

Macam PKR juga, PPBM hingga ke hari ini tidak tahu berapa jumlah sebenar ahli mereka. Sebab mereka tidak peduli struktur dan keahlian parti peringkat bawah. Mereka fokus pada Majlis Tertinggi parti sahaja. Sebab itu PPBM tak serius menguruskan perjalanan parti mereka peringkat cawangan. Ada yang kata Mahathir tak cerdik macam Anwar sebab dengan ROS pun boleh tewas sampai PPBM digantung.

Sebenarnya Mahathir jauh bijak dari Anwar. Beliau sengaja membiarkan isu PPBM dan Ros berpanjangan hingga dekat PRU. Ingat Tak? Ros pernah hampir mengantung pendaftaran DAP sebelum PRU 2013 hinggakan DAP terpaksa bersedia guna lambang PAS untuk sertai PRU13. Tapi DAP usaha selesaikan. Walaupun dah setel sebelum PRU dan DAP boleh guna logo Roket tapi isu DAP disabotaj oleh BN melalui ROS berjaya tingkatkan sokongan pengundi. Inilah yang Mahathir sedang buat. Beliau biarkan isu laporan mesyuarat Agung PPBM tidak selesai supaya ROS boleh ambil tindakan atas PPBM. Dan selepas itu rakyat akan kata BN guna ROS sabotaj PPBM.

Mahathir tidak buang masa lama untuk mainkan isu Ros. Dengan pantas beliau mainkan isu dalam PH supaya PH pakai satu logo sahaja. Tapi intention Mahathir bukanlah logo PH, sebab tu penubuhan PH juga tidak diambil serius hingga Ros tidak boleh meluluskan pendaftaran PH macam BN. Mahathir sekali lagi gunakan peluang itu untuk attack BN melalui ROS.

Intention sebenar Mahathir adalah guna logo PKR untuk semua parti. Kenapa logo PKR? Pertama PKR adalah parti multiracial tidak macam DAP yang dikuasai oleh kaum cina. Kedua organisasi dan imej PKR lebih baik dari PAN. Ketiga PKR hadapi krisis kepimpinan selepas Anwar tiada.

Mahathir memang membiarkan PPBM bungkus sebab beliau sudah dapat seat pengerusi PH dan calon PM yang lebih selamat. Dan Mahathir melihat mengunakan logo PKR lebih mudah berbanding PPBM atau PH kerana nanti gambar kempen akan memaparkan poster Mahathir dan Anwar dibawah satu logo yang sama untuk wujud persepsi mantan PM & TPM yang berpengaruh kembali bergabung.

Akhirnya Mahathir berjaya guna PKR tanpa perlu jadi ahli dan paksa parti lain seperti DAP dan PAN turut sekali. DAP ragu-ragu dengan idea ini kerana sekiranya mereka menang di pulau pinang sekali lagi, maka negeri itu akan direkodkan sebagai negeri yang dimenangi okeh PKR. Begitu juga seat parlimen, semua akan ditulis Seat ahli Parlimen PKR. Tiada lagi nama DAP untuk 5 tahun akan datang dalam Parlimen atau DUN. Ini cara Mahathir bunuh imej DAP & PAN secara perlahan.

Dalam PKR ramai bekas-bekas ahli Umno. Mahathir akan gunakan peluang ini untuk kembalikan sokongan bekas ahli Umno dalam PKR kepada dirinya sekaligus melupakan sengketa lama dengan Anwar walaupun beliau masih tegas mendakwa Anwar peliwat.

Misi pertama Mahathir iaitu supaya pembangkang lupakan dosa-dosa beliau sudah berjaya. Tiada seorang pun pemimpin PH yang menyebut dosa-dosa lampaunya. Malah bila beliau respon tentang isu akta ISA beliau dengan angkuh kata tidak pernah salah guna akta itu dan cabar orang sekeliling dengan mengatakan beliau tidak pernah menangkap sesiapa guna akta itu. Walhal Mat Sabu disebelah kirinya pada ketika itu adalah contoh bekas tahan politik beliau. Semua hanya terdiam dan tidak menyahut. Jelaslah beliau sudah disucikan oleh PH.

Misi seterusnya adalah hapuskan imej parti-parti pembangkang dengan mainkan isu pas bergabung dengan Umno. Kemudian paksa DAP dan PAN buang logo masing-masing until PRU14. Dan yang ketiga kuasai PKR tanpa perlu jadi ahli.

Mahathir menunggu misi ketiga beliau adalah kembali kuasai Umno-BN. Beliau perlu pastikan keputusan PRU antara PH dan BN nanti adalah 50/50 dimana BN tak cukup kerusi untuk bentuk kerajaan. Beliau akan ulangi strategi  16 September Anwar yang gagal suatu ketika dahulu. Walaupun gagal idea itu releven kerana Mahathir hanya mahu tumbangkan Najib sahaja. BN mungkin bentuk kerajaan campuran dengan BN dengan syarat dia jadi PM.  Kemudian barulah dia bunuh imej PKR, DAP dan PAN yang bakal dianggap sebagai pengkhianat rakyat. Pada ketika itu jika mereka pilih bermusuh dengan Mahathir, mereka rugi sebab rakyat pun kecewa dan tak percaya mereka lagi. Najib mungkin setuju serah kuasa dengan syarat Mahathir beri jaminan keselamatan macam mana Pak Lah terima dulu.

Akhirnya Mahathir berjaya sucikan dirinya dimata penyokong pembangkang, berjaya bunuh imej parti pembangkang yang menjadi musuh utama, berjaya tumbangkan Najib dan kembali kepangkuan BN. Seterusnya jadi hero satukan parti pembangkang dan BN. Dan paling penting beliau kembali jadi diktator sampai mati nanti kerana beliau sudah 2 Kali dikecewakan oleh pengantinya iaitu Pak Lah & Najib.

Inilah ringkasan route map Mahathir untuk kembali berkuasa:

1. Biarkan Najib penjarakan Anwar

2. Serang Najib untuk dapatkan perhatian pembangkang.

3. Keluar Umno tubuh PPBM dan sertai PH untuk penyucian imej dan dipuja oleh pemimpin dan penyokong PH.

4. Rampas kerusi Pengerusi Pakatan dan calon PM dari Anwar.

5. Membiarkan PPBM digantung dan pendaftaran PH tidak diluluskan oleh Ros supaya blh mendapat simpati rakyat.

6. Setelah PPBM digantung, kempen soladariti satu bendera dimainkan hingga memaksa DAP dan PAN mengenepikan bendera masing-masing until PRU 14.

7. Mempergunakan bendera PKR tanpa perlu jadi ahli untuk PRU14, sekaligus menengelamkan imej DAP dan PAN untuk 5 tahun akan datang.

8. Akan jadikan kemenangan PH sebagai bargain chip untuk paksa Najib undur dan gabungan pengikutnya dalam PH dan BN bagi bentuk kerajaan tanpa pembangkang.

PAS telah melihat skrip ini, sebab itu PAS muncul sebagai kumpulan ketiga supaya BN & PH tidak boleh bergabung tanpa kumpulan ketiga ini. Dan PAS akan memandu penyatuan dengan memastikan kerajaan diktator tidak wujud dan rakyat yang kecewa dengan PH masih ada harapan bersama PAS.

Herman Samsudeen
Putrajaya
April 2018

@@@@@

Saya berkata, "Mahathir ni memang genius."

Kawan saya Malek dari JB membalas, "And we need a genius to run the country."

Sangat teliti dan terperinci analisa dan reporting saudara Herman ini. Mungkin berjaya memberi gambaran jelas untuk orang yg ingin faham. Namun tiada guna bagi macai PH yg sudah kena pukau dan di brain wash oleh politik baru ubah kerajaan di PRU14 no matter what.

Anyway having said that, rasanya apa yg di cetus oleh PH iaitu harapan baru untuk secara real berlawan di pentas PRU untuk memberi satu alternatif yg telus bagi menjatuhkan dominasi BN untuk memerintah negara. We salute that.

Dan bila kita dengar video ucapan2 rafizi, memang PH confident menang pada PRU14 dan dapat membentuk kerajaan persekutuan yg baru secara simple majority.

Sama-sama kita nanti pengakhiran telemovie Mahathir The Genius, samada happy ending iaitu the end of BN atau suprise ending dgn PH yg tersungkur di pintu syurga? atau hung government dgn PAS jadi hero sebagai king maker?


#PakatanHarapan
#GuaCayaSamaLu
#FaktaAtauAuta
#JomKeluarMengundi






Tuesday, April 10, 2018

RABU



Alhamdulillah akhirnya apa yang dinanti sudah tiba. Pengumuman rasmi oleh SPR tentang tarikh2 keramat PRU14. Satu isu hangat dan kontreversi yang menjadi buah mulut orang ramai di kedai2 kopi dan media sosial ialah tentang pilihan hari RABU iaitu hari bekerja di tengah2 weekdays sebagai hari mengundi. Maka di lihat SPR tidaklah telus dan ikhlas untuk melihat peratusan yang keluar mengundi bertambah. 

Tidak dapat tidak orang akan melihat ada sesuatu kepentingan atau ada udang di sebalik mee atas keputusan ini. Maka wajar juga posting kali ini membicara secara langsung dan tidak langsung misteri hari RABU ini.


@@@@@


Pada pandangan ambo..

~ base on pru13 dulu, BN mng dgn skadar 28% sokongan dr rakyat yg layak mengundi
~ dah la hampir 7 juta rakyat (yg layak) tak mengundi (5 juta tak register sbagai pengundi pun)
~ maksudnya kalu peratus keluar mengundi makin rendah, makin BN suka sb advantage kpd BN (somehow)
~ slalunya para perantau balik mengundi d negeri masing2 adalah pro pembangkang, jadi kalau ramai yg tak dpt balik mengundi asbab hari rabu, tengah2 weekdays, maka advantage kpd BN
~ dlm kes Kelantan, mmg kekuatan BN & PAS adalah 50-50 for d past 28yrs. Slalunya undi para perantau ni lah yg memenangkan PAS d banyak krusi. 
Jadi dgn senerio mengundi hari rabu mungkin ramai yg tak dpt balik mengundi, maka advantage kpd BN. Di tambah lagi dgn faktor pengacau oleh undi PH, maka lagilah memberi advantage kpd BN.
~ Itu lah yg saya nampak antara faktor @strategi BN dlm memastikan survival mereka. Wallahu'alam.


@@@


Semua salah BN!!

Bila lambat bubar Parlimen - BN salah sebab lambat umum takut kalah.
Bila umum bubar Parlimen - BN salah sebab lambat umum tarikh PRU.
Bila SPR umum 9 Mei RABU Hari Mengundi - BN jugak salah sebab pilih hari kerja kononnya strategi nak kurang peratus keluar mengundi.



Nanti kalau Pakatan Harapan KALAH lagi PRU14 tentu BN jugak yang salah sebab bawa masuk pengundi hantu lagi. 
Mung ingat penyokong pembangkang saja yang kerja? Penyokong BN pon mengundi jugak lah UNTA!! 

Kalau bodoh tu simpan sikit. Orang lain semua salah; korang je lah yang betul.

Hidup kau ni 24 jam tak puas hati je kan?

@@@@@


PAS kecam tindakan SPR membuat keputusan mengundi di hari bekerja
PAS kesal tindakan SPR menjadikan hari bekerja sebagai tarikh pembuangan undi. Tindakan ini bukan sahaja menyusahkan rakyat malah merompak hak mengundi rakyat yang berada diluar kawasan bagi membuang undi. Ini petanda BN telah menghidu tsunami rakyat menolak BN bertiup kuat sehingga susah dibendung lagi.

Walaupun kerajaaan boleh isytihar cuti umum pada hari berkenaan, namun ia bukan tindakan yang sepatutnya diambil kerana ia ada di pertengahan hari minggu. Bebanan kepada semua rakyat akan terus ada.

Apakah kakitangan swasta akan sanggup mengambil cuti sehari sahaja untuk kembali mengundi? Ataupun mereka sanggup korbankan 3 hari untuk mengambil cuti agar bersambung dengan hari minggu untuk memudahkan perjalanan? 

Apakah majikan swasta akan mengizinkannya, terutamanya bagi semua perantau yang bekerja di Selangor dan KL dan luar negara?

Apa masalah bagi SPR menjadikan hari Sabtu pada 1 atau 5 Mei sebagai hari pengundian kerana ia akan memudahkan semua pengundi?
PAS akan mengadakan mesyuarat segera pada hari esok bagi mengambil tindakan selanjutnya. Namun PAS mengecam tindakan SPR ini yang merompak demokrasi. Apa gunanya SPR membuat gesaan agar rakyat mendaftar untuk diundi dan mensasarkan 85% keluar mengundi di PRU14 tapi melaksanakan hari pengundian di hari bekerja yang menyebabkan ramai rakyat tidak jadi mengundi?

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
10 April 2018


@@@@@


Denda RM5,000 atau penjara jika tak benar pekerja mengundi - SPR

Majikan akan dikenakan tindakan denda RM5,000 dan penjara setahun sekiranya tidak membenarkan pekerjanya keluar mengundi.


Pengerusi Suruhanjaya PIlihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata ia diperuntukkan mengikut subseksyen 25 (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"SPR ingin menarik perhatian bahawa pada hari mengundi tiap-tiap majikan dikehendaki memberi tempoh yang munasabah kepada pengundi-pengundi yang bekerja dengannya untuk keluar mengundi.

"Tiada majikan boleh membuat apa-apa potongan daripada gaji atau saraan lain mana-mana pemilih itu atau mengenakan ke atasnya atau menuntut daripadanya apa-apa penaliti sebab dia tidak hadir kerja dalam tempoh itu,".


@@@@@


9/5/2018 tu..hari mengundi. HARI RABU.

R = RAKYAT
A = AKAN
B = BUANG
U = UMNO


@@@@@


Cikgu la ni pandai. Hari2 cakap kat muridnya

"MASUK BARISAN!
MASUK BARISAN!"... 

Tapi masa periksa cakap, "PASTIKAN PAS!
PASTIKAN PAS!"...

Kalau tak lulus periksa selalu cikgu cakap cuba lagi dan
pasti ada HARAPAN..
Hehehe...😁

@@@@@


Bak kata Ku Li, "Pengundi Luar Punca Kalah." Ku Li akui BN tidak dapat banyak sokongan daripada undi perantau pada PRU lalu sehingga jadi salah satu faktor kekalahan BN di Kelantan. (petikan Sinar Harian)

Maka sangat logik sesuatu dilakukan oleh BN untuk memberi segenap advantage kepada mereka termasuklah untuk menawan Kelantan yang sudah mereka kecundang 28 tahun iaitu tempoh yang sangat lama.

Tidak mustahil Kelantan akan jatuh ke tangan BN kali ini. Maka menjadi tanggungjawab setiap perantau untuk pulang mengundi dan mempertahankan kerajaan Islam Kelantan di bawah PAS. Parti PAN (kuali) sekadar memburukkan keadaan mahu mencuri seramai mungkin penyokong PAS bagi mengundi mereka. Sebenarnya PAN membantu BN untuk mengalahkan PAS di Kelantan, tidak lebih daripada itu. 

PAN sudah diberi tugas khas pada PRU14 ini untuk membantai PAS dari segenap sudut. Itu saja tugasan mereka sebagai baluci kapir DAP. Sedih melihat PAN di brain wash sebegitu rupa, walaupun begitu lama berjuang dalam PAS sebelum ini. Seolah yang di nampak keburukan dan kecacatan semata. 

Segala dasar perjuangan Islam yang di bawa PAS semenjak 60 tahun ini telah tidak mereka nampak langsung demi habuan sementara oleh rakan kapir yang menunggang dan menjadi mastermind mereka kini untuk menjatuhkan kerajaan Islam di Kelantan khasnya, dan seluruh negara amnya. PAS telah dijadikan musuh nombor uno mereka. Sedih tahap gaban aku dibuatnya. 😎

#MariMengundi
#HalaTujuNegara
#PangkahPAS

Saturday, April 7, 2018

BUBAR


Parlimen sudah dibubar. Gendang perang sudah di palu. PRU14 kini di ufuk timur. Bicara politik mula rancak...


@@@@


Aku nak mintak pendapat bro sikit
sbagai seorg hardcore reformis dulu yg pernah di cekup polis
apa komen bro tentang senerio politik semasa?

~bila anwar dah terima mahathir sbgai rakan politik?
~mana pergi perjuangan para reformis dulu yg membenci mahathir kononnya menzalimi anwar?
~mana pergi mahathir perompak besar negara?
~atau apakah kini sudah benar anwar itu peliwat yg d nyatakan oleh mahathir itu?
~aku juga ingin tahu kalau boleh bro kini berada d pihak yg mana?

Jawapan:

Terlalu byk rasuah politik dr najib. Siapa yg x kuat iman biar pun dr kalangan agamawan akn  terjebak dgn taktik najib. Aku as personal dah malas nak involve dlm politik. Cuma aku hrp yg menang nanti bukan dr umno bn dan yg bersekongkol dgn nya.


@@@@@


RAMAI YG TAK AMBIK PEDULI

Here is the statistic of the 2013 election.


  • BN - 5,237,699
  • PR - 5,623,984


But we have to look at a few other figures:


  • Voting Age Population: 17,883,697-18,400,570
  • Registered but didn't vote: 2,010,855
  • Didn't register: 4,615,695-5,132,568
  • Total didn't vote: 6,626,550-7,143,423


Based on the VAP, the percentage will be :


  • BN: 28.46%-29.29%
  • PR: 30.56%-31.45%
  • Didn't vote: 37.05%-38.82%


The largest group is actually the group who didn’t vote. It is between 6.6 million to 7.1 million people. While voted for BN is only 5.2 million people.


  • 7 million people who didn’t go to the polls had decided the fate of this country.


The time where so many people put in effort to save the country, marching to the street to fight the corrupted regime, spending time and gave their life, but the other 7 million Malaysians chose to be indifferent. They stayed at home, did nothing, they felt that politics are no serious matters and felt that their personal choices do not affect the overall situation, they chose not to vote.

As a result, BN won handsomely, although only with 28% or 29 % of support.
Unbelievable isn’t it?

😁 with 28% support BN still wins - unbelievable, pelik tapi benar !!!


@@@@@


Ada satu komen ni...interesting

BN tak perlu takut, jaga org Asli, jaga org Sabah Sarawak gerenti blh terus perintah, org yg bijak2 tak perlu jaga, mrk tak pernah pegi mengundi
Termasuk aku  (phan tok arang)


Bagi saya BN yg cerdik, sb tu dpt kekal memerintah hingga ke hari ini iaitu menghargai org2 kampung &  org2 yg kurang cerdik.

Sedangkan org2 cerdik dok gedebang gedebung berbahas & berbalah tak habis 😆


Base on pru13...

Sokongan rakyat dah 52% kot utk PR (undi fofula), tapi masih gagal d terjemah kpd kerusi yg mencukupi. Itu sejarah & realiti. 😭

Bagaimana agaknya keputusan PRU14 ini.....Tungguuuuuuuu  !!!



#HalaTujuNegara
#JomKeluarMengundi
#TanggungJawabKita

Tuesday, March 27, 2018

MANIFESTO PAS


Sabah dan Sarawak merupakan fixed deposit bagi BN. Sabah ada 25 kerusi & Sarawak ada 31 kerusi. Pada PRU13 BN memperoleh 42 kerusi dari Sabah & Sarawak. 42 daripada 112 (untuk simple majority) adalah 37.5%, satu angka yang sangat signifikan. Selagi mana Sabah & Sarawak kekal di dominasi BN maka payahlah PH atau PAS nak kalahkan BN. Setakat ini PH tak ada apa2 impak sangat di Sarawak. Malah Ketua Menteri Sarawak siap target untuk menang 28 daripada 31 kerusi itu, iaitu menambah 3 kerusi lagi. Cuma di Sabah, Warisan pimpinan Shafie Afdal merupakan pendatang baru kali ini menjadi pembangkang #1 di Sabah. Apakah dapat menambah secara signifikan kerusi parlimen yg bisa dimenangi berbanding 3 kerusi yg dimenangi pada PRU13 dulu.Mungkin?atau mungkin tidak. Itulah senerio Sabah & Sarawak.


Gagasan Sejahtera pimpinan PAS pulak muncul sebagai satu lagi pilihan bagi para pengundi di PRU14. PAS juga sudah menggazetkan manifesto PRU14 untuk hebahan awam. Maka rakyat kini boleh menilai dan meneliti apa yang di ofer oleh PAS jika mereka dipilih menjadi kerajaan. Apakah sekadar janji kosong tanpa ruh atau memang niat meraka ikhlas untuk membawa negara ini ke arah yang lebih mampan dan menyenangkan rakyat ramai?


Dua puluh tawaran utama Gagasan Sejahtera ialah:
  1. Menghapuskan GST dan menggantikannya dengan sistem percukaian yang lebih adil seperti Cukai Atas Simpanan Korporat dan Cukai Saham di Bursa Malaysia.
  2. Melupuskan hutang peminjam PTPTN sedia ada sebagai inisiatif permulaan ke arah memberikan pendidikan percuma.
  3. Memberikan bantuan makanan asasi kepada golongan fakir dan miskin secara bulanan menerusi satu program kebangsaan.
  4. Menawarkan bantuan sekali beri sebanyak RM 2,000 sebagai modal kepada wanita bekerjaya untuk memulakan kerja dari rumah.
  5. Melaksanakan program bas sekolah percuma untuk meringankan beban ibu bapa.
  6. Memberikan bantuan pembelian kereta pertama bawah 1300 kuasa kuda (1.3 liter) menerusi pengecualian duti eksais dan pembiayaan pinjaman tanpa faedah.
  7. Mengurangkan harga rumah mampu milik antara RM 50 ribu sehingga RM 180 ribu.
  8. Mengembalikan semula fungsi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sebagai program memperkasakan golongan miskin bandar dan luar bandar.
  9. Menstrukturkan semula kadar bayaran tol menerusi semakan semula perjanjian konsesi tol yang melebihi 15 tahun.
  10. Mewujudkan pentadbiran yang bebas rasuah selaras dengan kehendak dan tuntutan syarak menerusi konsep tadbir urus “‘Ubudiyyah”, “Mas’uliyyah” dan “Itqan”.
  11. Memperkasakan peruntukan Islam sebagai agama persekutuan dengan melaksanakan tuntutan Islam sebagai al-Din.
  12. Menjadikan Bahasa Melayu bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran dalam sistem pendidikan negara.
  13. Mengembalikan sistem kuota di institusi pengajian tinggi awam bagi mengimbangi jurang pendidikan antara golongan kaya dan miskin serta masyarakat bandar dan luar bandar.
  14. Mempertimbangkan semula pelaksanaan dasar pembangunan yang berupaya membasmi kemiskinan dan menyusun semula ketidakseimbangan ekonomi dalam kalangan masyarakat.
  15. Membantu kerajaan negeri membuka rancangan pembangunan tanah khususnya untuk golongan muda.
  16. Membangunkan penempatan baru mampu milik untuk generasi kedua dan ketiga Felda.
  17. Membantu golongan kurang upaya (OKU) menerusi pemerkasaan sistem sokongan berasaskan potensi dan keupayaan diri.
  18. Mewujudkan pusat komuniti keluarga di setiap daerah dan lokaliti yang memerlukan untuk memberi khidmat kaunseling, perundangan, kemahiran, bimbingan agama dan latihan keibubapaan.
  19. Menyemak kembali nisbah anggota keselamatan berbanding populasi setempat untuk mengurangkan kadar jenayah.
  20. Menambah bilangan doktor pakar dan hospital pakar untuk memenuhi keperluan penduduk berasaskan nisbah yang disyorkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Saya petik berita di The Star bertarikh hari ini (27/3/18), DS Najib menyatakan janji pembangkang untuk menghapuskan GST adalah tidak praktikal kerana mengikut lapuran World Bank, dana kerajaan bakal berkurang sebanyak RM20B. Maka BRIM yg memerlukan RM6.8B setahun itu akan terhapus. Insentif2 lain juga akan dihapuskan untuk menampung kekurangan ini termasuklah peruntukan khas untuk nelayan, petani dan kakitangan awam. Kalau itu juga gagal menampung maka mereka bakal naikkan cukai misalnya kenaikan 5% cukai individu. Jadi manifesto pembangkang untuk menghapuskan GST adalah 'misleading' iaitu bagaimana untuk menggantikan perolehan hasil kutipan GST?

Kalau dilihat manifesto PAS, jelas dinyatakan - Menghapuskan GST dan menggantikannya dengan sistem percukaian yang lebih adil seperti Cukai Atas Simpanan Korporat dan Cukai Saham di Bursa Malaysia. Maka itulah caranya untuk cover balik RM20B hasil GST itu. Kerajaan PAS juga mampu menjayakan apa yang dijanjikan dalam manifesto ini demi kebaikan rakyat iaitu tanpa ketirisan ekonomi atau rasuah sebagaimana yang di buktikan oleh kerajaan PAS yang memerintah Kelantan selama 6 penggal iaitu 28 tahun. Jadi ini bukan angan-angan kosong atau cakap yang tak serupa bikin.

Sebagai rakyat terutamanya kelompok atas pagar dan kelompok 7 juta orang yang tak mengundi di PRU13 (2 juta lebih mendaftar tapi tak mengundi & 4 juta lebih yg tak daftar pun), gunakan maklumat yang di paparkan, perbahasan yang di kemukakan di pelbagai media, dan akal fikiran serta inteligence masing2 bagi membuat pilihan anda yang terbaik kali ini di PRU14. Anda adalah penentu halatuju negara.


#WacanaPolitik
#ManifestoPAS


Monday, March 26, 2018

POLITIK MANTIK


Menyingkap suasana politik di negara kita menjelang PRU14 ini, pelbagai senario boleh di lihat. Kerajaan BN di bawah pimpinan DS Najib di hantui oleh pelbagai isu yang memberi impak kpd persepsi rakyat seluruhnya. Isu terbesar yg di bicara saban hari termasuk di pentas2 ceramah politik atau forum2 diskusi ialah perihal 1MDB dan hutang negara. 

Mari kita paparkan di sini antara buah fikir dan pandangan semasa daripada seorang bekas menteri kabinet yg punyai prestasi mantop yg di segani kawan dan lawan, di dlm atau di luar negara tika di zaman kegemilangannya dahulu. Mungkin ada relevannya untuk kita hadam bersama..


@@@@@


KRITIKAN RAFIDAH AZIZ.

MEMPERBETULKAN YANG SALAH
~ Sebelum NASI menjadi BUBUR

Begitu banyak penulisan, ucapan, dan siaran2 dalam  pelbagai media tentang ISU2 yang sangat membimbangkan.
Bimbang kerana,
⁃ Melibatkan soal AMANAH dan TANGGUNGJAWAB
⁃ Perbuatan2 DILUAR DUGAAN
⁃ Menarik PERHATIAN GLOBAL
Malangnya semua ini BUKAN kerana PENCAPAIAN yang bolih dibanggakan.
TETAPI kerana
.... Perkara2 yang MEMALUKAN kita dan
...  MEMBURUKKAN PRESTASI DAN IMEJ ,yang membabitkan RASUAH serta pelbagai PENYELEWANGAN DALAM PENTADBIRAN
    
DUNIA LUAR nampak jelas ,dan tahu ,apa yang telah berlaku DAN MEREKA  hairan , mengapa pihak berkuasa kita di Malaysia , tidak bertindak..
Sebenarnya, pihak berkuasa di Malaysia sendiri ‘TAHU DAN NAMPAK’ tetapi mengamalkan SIKAP: 
⁃ ‘TIDAK NAMPAK’
⁃ ‘TIDAK DENGAR’
⁃ ‘TIDAK BERCAKAP’
SIKAP saperti ini iaitu . ...
....MENAFIKAN KEBENARAN dan MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH KUYUP...HANYA akan terus MEMBURUKKAN KEADAAN..
DUNIA LUAR MELIHAT KITA dengan begitu HAIRAN.
Mereka bertanya MANA PERGINYA:
⁃ KUASA dan WIBAWA UNDANG2?
⁃ INTEGRITI SERTA SIFAT BERTANGGUNGJAWAB INSTITUISI?
⁃ Tidak kah sepatutnya MEREKA2 INI bertindak MELINDUNGI HAK RAKYAT?
⁃ SEBALIKNYA, mereka ‘TAAT  SETIA’ MEMBUTA TULI
⁃ GAGAL MEMBEZAKAN antara KEPENTINGAN INDIVIDU dan NEGARA
⁃ Meng- ‘YA’-kan serta SETUJU semua yang di luahkan olih ‘orang2  atasan’ - sama ada BETUL ATAU SALAH
  
KITA PERLU INGAT , BAHAWA, NEGARA bertuah ini , JAUH LEBIH PENTING dari APA ,dan SESIAPA ,JUA
MALAYSIA 
⁃ LEBIH PENTING DARI  INDIVIDU
⁃ LEBIH PENTING DARI  PARTI POLITIK
⁃ LEBIH PENTING DARI KEPENTINGAN MANA2 PIHAK
KITA TIDAK PERLU sentimental dan ‘setia’ kapada Parti atau sesiapa  INDIVIDU
KITA JANGAN SEKALI KALI merasa ‘Terhutang Budi’ semata2 KERANA DAPAT:
⁃ BRIM
⁃ Kenaikan ELAUN dan GAJI
⁃ di hantar olih YAYASAN 1 MDB MENGERJAKAN UMRAH/HAJI
⁃ di beri HADIAH dan buah tangan..BERBAGAI BENTUK...
       ......cermin mata
       ......air botol dan biskut
       .......beras dan gula
      ........ Envelop berisi wang
       
SEMUA wang yang dibelanjakan olih MANA2 KERAJAAN, DATANGNYA DARI RAKYAT!  Iaitu sendiri...
* CUKAI..cukai Pendapatan, Cukai Syarikat, Cukai Tanah
*. GST ( RAKYAT bayar...kemudian Kerajaan bagi derma..dan guna bayar Hutang )
  * BAYARAN2 yang dikenakan olih Jabatan2 tertentu
* Dan LAIN2 lagi
JANGAN SEKALI KALI merasa ‘TERHUTANG BUDI’ ,SAMPAI SANGGUP TUTUP MATA dan TELINGA kapada perkara2 yang TIDAK BETUL ,YANG MELANDA NEGARA.

JANGAN SEKALI KALI HALALKAN YANG HARAM dan YANG SALAH.
FIKIRLAH akan KESAN semua ini kapada MASA DEPAN ANAK CUCU  kita..
APA akan JADI KEPADA ANAK CUCU .. JIKA DIBIARKAN NEGARA DILANDA MASAALAH2 BESAR yang ada sekarang.
SANGGUP kah kita GADAIKAN  MASA DEPAN ANAK CUCU KITA ,
....dan TIDAK PEDULIKAN langsung KEADAAN NEGARA yang MEMBIMBANGKAN
..... hanya kerana diberi KENAIKAN PANGKAT, GAJI dan DIBERI BONUS? Serta di beri hadiah dan gula2
JANGAN SEKALI KALI  DIGADAIKAN masa depan NEGARA SEMATA2 DENGAN APA YANG KITA DIBERI SEKARANG...
PEMBERIAN2 ITU HANYA JANGKA PENDEK dan mendatangkan faedah kepada kita secara peribadi.
TETAPI,
KESAN BURUK DARI HUTANG 1MDB, RASUAH , SALAHGUNA KUASA dan SALAH GUNA HARTA NEGARA, 
....akan melanda negara BERTAHUN2 LAMANYA.
Sampai ke generasi selepas kita...
GENERASI KITA akan luput..
TETAPI...
INGAT LAH, ANAK-CUCU KITA YANG AKAN TERUS  MENANGGUNG BEBANNYA...

Rafidah Aziz 
Malaysian Citizen
24.03.2018

@@@@@


Begitulah satu pandangan drp seorang yg berpengalaman luas dan lama dlm tadbir urus negara.

Hakikat Dr Mahathir sendiri yg kembali aktif dlm pesada politik negara, setelah selesa bersara sekian lama juga kerana tidak tahan melihat "kemusnahan" negara di tgn pimpinan yg gagal meletak kepentingan negara di depan. Maka Dr Mahathir sebagai seorang negarawan telah di tonjol pula sebagai calon PM barisan Pakatan Harapan. 

Malah DS Anwar juga memberi laluan ini kpd Dr Mahathir, seorang musuh politik yg meledak gerakan reformasi dahulu. Ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya keadaan dan suasana tidak di pandang kritikal. Pengorbanan besar demi menyelamatkan negara dan memperbetulkan halatuju negara seterusnya. 

Bahkan mungkin benar ungkapan DS Rafidah ~  sebelum nasi menjadi bubur.

#WacanaPolitik
#BackToBasic


Tuesday, March 6, 2018

PAKATAN HARAPAN for REAL ??

Our next PM ?

Tika bersandar di tiang masjid menunggu solat fardhu asar, seorang anak muda bernama Stopa datang duduk di sebelah saya. Sudah lama saya tidak berjumpa beliau. Dulu beliau memang sering kelihatan di masjid, mungkin sibuk dengan kerja agaknya. Saya bertanya khabar dan berborak dengannya. Bila menyentuh soal politik dia bertanya saya, "Ambo balik ngundi di Kelantan, di Bachok. Tapi tahun ni ambo pening sikit nok pakoh sapo?" Selalunya pemuda2 tenaga kerja yang merantau di KL & Selangor ini, adalah penentu jatuh menang seseorang calon di Kelantan. 

Sebagaimana cerita ketua BN Parlimen Tumpat, yang sudah dua term begitu kecewa dengan keputusan yang dia dapat, kalah kepada calon PAS. Dia bertanding DUN sudah tiga kali, menang sekali dan kalah dua kali. Katanya kalau ikut sentimen di kampung dan coverage yang dia telah buat, memang harapan cerah untuk dia menang. Tapi kecundang jua. Dia seolah merajuk dan tidak mahu bertanding lagi. Tapi itu frust orang politik. Masuk kali ini dia mungkin bertanding di Parlimen bukan di DUN lagi. Namun my poin here ialah, undi penentu terutama di banyak kerusi yg 50-50 di Kelantan atau mungkin di negeri lain juga adalah datang dari kelompok anak muda perantau ini. Maka jangan dipandang enteng atau sebelah mata mereka ini. 

Berbalik kepada borak santai saya di  petang itu bersama anak muda bernama Stopa ini, katanya lagi, "Dulu ambo clear nak pakoh PAS@PakatanRakyat, tapi lloni tak tahu lagi nok pakoh sapo?" Saya dapat baca dia sedang konpius antara nak pakoh PakatanHarapan iaitu PAN atau PAS? 

Hari tu masa saya balik kampung, sempat berbual dengan pemandu teksi sapu (prebet sapu) semasa mengambil khidmatnya. Katanya Amanah ni agak kuat juga di Kelantan. "Ramai ko ahli PAS yang masuk Amanah?" tanya saya. "Atau sekadar pemimpin sahaja yang tubik PAS tapi takdok pengikut yang ikut dio?" tanya saya lagi. "Eee.e...ado jugok hok ikut'" jawabnya. "Pah lagu mano di Kelantan kali ni?" tanya saya lagi. "PAS boleh menang tapi majoriti koho kecik. PAS akan pegang Kelate lagi,' katanya.


Mungkin senario Kelantan tidak sama dengan Selangor atau negeri-negeri lain. Namun sebagai pengundi kita kena lihat suasana politik satu lawan satu antara BN dan PR di PRU13 sudah tinggal sejarah indah. Kini menjelang PRU14, ada tiga kelompok iaitu BN, PH dan PAS. Di kawasan majoriti melayu sudah tentu perlawanan 3 penjuru akan berlaku, atau lebih jika ada calon2 Bebas atau calon2 kecewa. Pakatan Harapan agak handicap tanpa PAS, namun ia bisa menjadi advantage mereka juga. 

Saya melihat satu video Rafizi Ramli dalam analisanya seolah tidak memberi perhatian langsung kepada PAS. Dia bercakap soal strategi dan potensi Pakatan Harapan dapat membentuk Kerajaan selepas PRU14 ini. Katanya pemilihan Tun Dr Mahathir sebagai calon PM telah mengejutkan banyak pihak teruatamanya BN, jadi baginya ia adalah pilihan yang tepat. Terutamanya bila tiada tokoh2 lain dlm PH yang dinampak boleh menarik kelompok pengundi tegar Umno untuk beralih arah kali ini. Tun Mahathir ada pulling factor itu. Katanya, "Kita perlukan sekadar 2-3% undi Umno swing kepada kita, dan kita akan menang banyak kerusi."

Adakah Pakatan Harapan for real? Mari kita baca analisa ini dari sumber intelligence gathering Pakatan Harapan. Kita renung dan fikir dan sambil2 itu bersandar sejenak untuk menghadamkannya. Mungkin nasihat yang berguna dapat kita bagi kepada anak2 muda seperti Stopa dalam kisah di atas.



@@@@@@


😎 PAKATAN HARAPAN

Mencongak peluang PH memenangi sekurang-kurangnya 100 kerusi parlimen di Semenanjung dalam PRU-14....

Pertama kita ambil Penang dulu... 
Ada 13 kerusi parlimen... Hanya satu kawasan yang dikira selamat untuk BN, iaitu Kepala Batas.... Manakala yang 12 lagi, dijangka akan disapu oleh PH.... iaitu Permatang Pauh, Nibong Tebal, Jelutong, Balik Pulau, Tasek Gelugor, Bukit Mertajam, Bukit Bendera, Bukit Gelugor, Bagan, Batu Kawan, Tanjong, Bayan Baru.... PH sudah ada 12.  

Kedua, Johor... Ada 26 kerusi parlimen.... Hanya 8 kawasan yang sukar digugat PH, iaitu Sri Gading, Tenggara, Pontian, Parit Sulong, Sembrong, Kota Tinggi, Mersing, Pengerang.... Manakala 18 kawasan lain saya yakin akan dimenangi PH.... iaitu Segamat, Pagoh, Muar, Kluang, Tebrau, Pulai, Sekijang,  Ledang, Batu Pahat, Pasir Gudang, Gelang Patah, Tanjong Piai, Labis, Bakri, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Johor Bahru, Kulai. 

Jadi, 12 + 18 = ada 30 dah.

Ketiga, Selangor... Ada 22 kerusi parlimen.... BN dijangka menang 5 kerusi sahaja iaitu di Tanjong Karang, Gombak, Ampang,  Sungai Besar dan Hulu Selangor, manakala 17 kerusi lagi dijangka dimenangi PH, iaitu Sabak Bernam, Hulu Langat, Kelana Jaya, Subang, Klang, Sepang, Kuala Selangor, Serdang, Petaling Jaya Selatan, Shah Alam, Kota Raja, Selayang, Pandan, Puchong, Petaling Jaya Utara, Kapar dan Kuala Langat.

Jadi, 30 + 17 = 47.

Keempat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur... Ada 11 kerusi parlimen.... Tidak ada satu pun kawasan yang selamat untuk BN... Dijangka PH boleh menang di 11 kerusi, iaitu Kepong, Segambut, Bukit Bintang, Cheras, Batu, Setiawangsa, Lembah Pantai, Bandar Tun Razak, Wangsa Maju, Titiwangsa, dan Seputeh.

Jadi, 47 + 11 = 58.

Kelima, Kedah.... Ada 15 kerusi parlimen... BN dijangka menang di Sik, Baling, Pendang dan Kubang Pasu sahaja.... manakala 11 kerusi lagi dijangka dimenangi PH, iaitu Langkawi, Padang Terap, Kuala Kedah, Jerlun, Pokok Sena, Merbok, Padang Serai, Alor Setar, Jerai, Sungai Petani, Kulim-Bandar Baru.  

Jadi, 58 + 11 = 69.

Keenam, Perak.... Ada 24 kerusi parlimen... BN dijangka menang di 8 kawasan iaitu Grik, Tambun, Bagan Datok, Lenggong, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Pasir Salak, dan Larut.... Manakala PH dijangka menang 16 kerusi, iaitu di Parit Buntar, Taiping, Batu Gajah, Parit, Tapah, Bagan Serai, Ipoh Timor, Kampar, Telok Intan, Bukit Gantang, Sungai Siput, Ipoh Barat, Beruas, Gopeng, Limut dan Tanjong Malim.

Jadi, 69 + 16 = 85.

Ketujuh, Pahang.... Ada 14 kerusi parlimen... BN dijangka menang 8 kerusi iaitu di Jerantut, Kuala Krau, Paya Besar, Bera, Lipis, Pekan, Rompin, Maran.... Manakala PH dijangka menang 6 kerusi, iaitu Cameron Highlands, Indera Mahkota, Temerloh, Raub, Kuantan, dan Bentong.

Jadi, 85 + 6 = 91.

Kelapan, Negeri Sembilan.... Ada 8 kerusi parlimen... BN dijangka menang di Jelebu, Kuala Pilah, Jempol, Tampin dan Rembau... Manakala PH dijangka menang 3 kerusi, iaitu Telok Kemang, Rasah, Seremban.

Jadi, 91 + 3 = 94.

Kesembilan, Terengganu... Ada 8 kerusi parlimen.... BN dijangka menang di Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Kuala Nerus, Setiu, dan Besut.... PH dijangka menang 1 kerusi sahaja, iaitu Kuala Terengganu.

Jadi, 94 + 1 = 95.

Kesepuluh, Perlis... Ada 3 kerusi parlimen... BN dijangka menang tiga-tiga, iaitu Arau, Kangar, Padang Besar.

Kesebelas, Melaka.... Ada 6 kerusi parlimen... BN dijangka menang 4 kerusi iaitu Masjid Tanah, Alor Gajah, Tangga Batu, Jasin... Manakala PH dijangka menang 2 kerusi di Kota Melaka dan Bukit Katil. 

Jadi, 95 + 2 = 97.

Akhir sekali, Kelantan... Ada 14 kerusi parlimen... Sangat sukar dijangka... PH hanya memerlukan 3 kerusi saja lagi.
Kalau dapat menang 100 kerusi di Semenanjung, takkan tak boleh dapat 12 kerusi dari Sabah dan Sarawak.... Dua negeri tu ada 56 kerusi.
Tapi, kalau PH menang 100 di Semenanjung, parti komponen BN di Sabah atau Sarawak kemungkinan besar akan umum keluar BN dan join PH...

😎 Sumber: Pusat Risikan Khas PH


@@@@@


PAS pulak bagaimana ya? Penyokong tegar PAS ramai kot. PAS ialah parti yang ramai penyokong tegar selepas Umno. Usah pandang remeh. Malah bagi saya, PH membuat kesilapan bila mengambil sikap bermusuh dengan PAS. Kesilapan itu telah berubah menjadi kelebihan pulak kepada BN sebenarnya. BN kelihatan lebih mengambil sikap berbaik dengan PAS. Sementelah lagi TGHH mempromosi tagline politik matang dan politik sejahtera dengan mengambil sikap menyokong perkara atau agenda yang memberi kebaikan kepada umat Islam, tidak membangkang sembrono semua benda seperti dahulu.

PAS sudah mengumumkan akan bertanding 130 kerusi Parlimen atau lebih di seluruh negara. Maknanya dari segi matematik tambahan, PAS adalah blok ketiga yang real sebagai salah satu pilihan rakyat Malaysia untuk menjadi kerajaan persekutuan sebenarnya, no joke. Ini menutup  mulut pihak PAN terutamanya yang sering memperkecilkan keupayaan PAS.

Dan PAS menyatakan mereka bukan sekadar bertanding bodoh sahaja, tetapi berdasarkan sokongan setempat dan keupayaan untuk menang. Tidak dinafikan jentera pilihanraya PAS adalah antara yang terkehadapan di setiap PRU. Ini diakui oleh kawan dan lawan. Malah PAS mempunyai keupayaan ahli dan jentera pilihanraya di 194 bahagian daripada 222 kerusi Parlimen seluruh negara. PAS bukan omong kosong. 

PAS di baling dengan isu dedak 90 juta, isu UG dengan BN, isu parti kampung, isu berkecuali di perbahasan budget, digelar parti Tok Lebai oleh musuh mereka. Semuanya telah dijawab satu persatu oleh pucuk pimpinan di setiap ceramah politik mereka. Namun sudah tentu isu-isu ini tidak akan padam malah akan terus disemarakkan bila PRU14 senakin hampir. Itu adat politik. PAS juga dilihat berperanan menjadi King Maker di PRU14. 


PAS sebagai KUASA "King maker" ??

Contoh untuk sama2 kita renung dan fikir..

BN  - 100 kerusi (mungkin lagi kurang )
PH  - 82 kerusi (takkan dpt bnyk ni pun)
PAS - 40 kerusi (MUNGKIN LEBIH )

Total SEMUA - 222 kerusi PARLIMEN PRU14

Untuk TUBUH kerajaan WAJIB ada 112 kerusi  parlimen untuk Majoriti mudah

Disitu nampak tak dgn kuasa PAS 40 kerusi ????

PAS dgn hanya 40 kerusi bolih menjadikan BN atau PH kerajaan..
dan juga bolih menjatuhkan kerajaan itu sekiranya tidak ikut SYARAT2 PAS sebagai KING MAKER..

Itulah ceritanya. Ini bukan cobaan atau main-main. Ini boleh menjadi betul2 kejadian di PRU14 ini.

Having said that, saya berpandangan bahawa PAS sebanarnya fedup dengan menjadi satu entiti dalam Pakatan Rakyat di PRU13 dulu. Janji bulan dan bintang, janji akan menawan Putrajaya. Itu semua sekadar impian kosong. Terbukti jelas walaupun rakyat telah memberi sokongan majoriti (menang undi popular) namun jumlah kerusi yang menang tetap sedikit dan tidak mencapai 112 yang diperlukan untuk membentuk kerajaan simple majority. Terutamanya bila Sabah & Sarawak utuh menjadi safe deposit BN.

PAS tidak mahu ulangi benda sama di PRU14. Orang puteh pernah kata, "You repaeat the same thing but expected different result is insane." Apatah lagi dengan gelagat DAP yang sangat benci kepada tindak tanduk PAS memperjuangkan Islam di negara ini. Jadi keputusan PAS untuk bergerak solo telah mengubah senario politik PRU14. PAS pula tak payah pening kepala bergaduh berebut kerusi mana untuk bertanding sebagaimana PH di Selangor. Juga PAS tidak perlu mengikut telunjuk sesiapa. 

Perjuangan PAS di letak kembali pada landasan memperjuang Islam dengan perlembagaannya Al-Quran, Hadis, dan ijmak ulamak. PAS berjuang supaya Islam yang memerintah, bukan Islam yang diperintah. PAS menjadi King Maker bukan sekadar bread maker. Mungkin PAS is for real this time around. Insya-Allah dengan pertolongan Allah segalanya mungkin. Bukankah hati manusia itu mudah Allah bolak balikkan?

Perjuangan PAS ikhlas kerana Islam. Justru menang atau kalah adalah adat bertanding. Para penyokong PAS dan tenaga gerakkerja PAS tidak mengaharap imbuhan pun. Yang penting ialah redho Allah pada setiap usaha dan perlakuan mereka berkorban harta, tenaga, masa, hatta nyawa. Di akhir nanti jika Allah tentukan kekalahan buat PAS, maka be it tapi perjuangan PAS tidak terhenti. Perjuangan PAS akan di teruskan hingga ke hari kiamat. 

PAS sudah jatuh bangun dalam sepak terajang politik Malaysia ini sudah lama, sejak sebelum merdeka lagi. Maka jika ada parti atau individu yang cuba sedaya upaya untuk memperlekehkan PAS ini, di khuatiri mereka akan tidak lelap tidur malah mungkin dihinggapi penyakit meroyan yang tiada obatnya di farmasi.

Jika PAS dapat kekalkan menjadi kerajaan di Kelantan. Alhamdulillah. Itu menjadi kemenangan yang terbaik. Kemudian jika di takdirkan PAS dapat menambah satu lagi negeri atau lebih samada Terengganu, Kedah, Pahang, Johor, atau Selangor. Maka itu adalah bonus yang sungguh manis daripada Allah SWT. Sesungguhnya bukan ahli atau penyokong PAS yang memenangkan PAS, tetapi semuanya atas ehsan dan aturcara Allah SWT demi kebaikan umat ini.

Jika Allah SWT menghendaki PAS memenangi 112 kerusi Parlimen, Alhamdulillah PAS akan membentuk Kerajaan Malaysia yang baru selepas PRU14 ini mengikut acuan Islam yang di tunjukkan contohnya oleh Nabi SAW. Insya-Allah. Never Say No to PAS. Allah hu Akbar !!

#PRU14
#SchoolOfTot
#PoliticalMind

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...