Please CLICK

Sunday, March 29, 2020

PAKEJ RANSANGAN



Pakej ransangan yang di umumkan oleh TSMY semalam, telah mengundang senyuman dan pujian ramai. Ia ibarat hujan rahmat di musim kemarau.

Namun ada juga tidak berpuas hati dan meluahkan kritikan depan dan belakang. Saya paparkan beberapa pandangan sebagai rekod umum.

Buatlah penilaian yang matang dlm suasana negara di ancam pademik COVID-19 yg total kes 2,470 dan sudah meragut 34 nyawa setakat hari ini, 29/3/2020.

Bukak lah mata hati anda.


*****

KIT SIANG DAN ANWAR TIDAK FAHAM PERLEMBAGAAN. PAKEJ RANGSANGAN TIDAK PERLU DIBENTANG DI PARLIMEN DAHULU

Oleh: ISHAM JALIL

Semalam Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim mahu kerajaan membentangkan dan membahaskan pakej rangsangan ekonomi di Parlimen dahulu.

Namun mengikut Perkara 101 Perlembagaan Persekutuan, sesuatu peruntukan tambahan dibolehkan untuk dibelanjakan sebelum ianya dibentangkan di Parlimen.

Ini kerana setiap tahun memang ada perbezaan di antara peruntukan yang dibentangkan di Parlimen pada hujung tahun sebelumnya dengan perbelanjaan sebenar kerajaan pada tahun peruntukan.

Sebab itu hampir setiap tahun ada pembentangan bajet tambahan di Dewan Rakyat dan mengikut Perlembagaan ianya boleh dibentang dan diluluskan SEBELUM atau SELEPAS perbelanjaan tambahan tersebut dibuat.

Perkara 101 Perlembagaan Persekutuan adalah jelas berkenaan hal ini i.e. mengikut Undang-undang dan Perlembagaan, kerajaan tidak perlu menunggu sebelum peruntukan tambahan dibahas, dibentang dan diluluskan di Parlimen dahulu sebelum ianya dibelanjakan.

Ini kerana penulis-penulis Perlembagaan kita dahulu faham bahawa kadangkala akan ada keadaan di mana Kerajaan perlu berbelanja lebih untuk membantu rakyat dengan segera terutama di waktu negara dilanda krisis, seperti dalam keadaan krisis COVID-19 sekarang.

Pada minggu lepas, Kerajaan United Kingdom juga telah mengambil langkah yang sama dengan Kerajaan Malaysia iaitu mengumumkan dan membelanjakan pakej rangsangan ekonomi COVID-19 mereka tanpa menunggu pembentangan di Parlimen.

Sistem Kerajaan dan Parlimen di Malaysia adalah lebih kurang sama dengan di United Kingdom, oleh itu konvensyen yang digunakan oleh mereka boleh digunakan di Malaysia.

Oleh itu cadangan Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim dan ahli-ahli politik PH supaya perbelanjaan tambahan dalam pakej rangsangan ekonomi COVID-19 yang diumumkan oleh Perdana Menteri kelmarin dibahaskan dahulu di Parlimen adalah tidak perlu dan membazir masa yang sebenarnya kita tidak ada sekarang.

Mereka seolah-olah sama ada tidak faham Perlembagaan atau mahu mencuri perhatian rakyat kepada kepentingan politik mereka (PH).

Rakyat dan negara tidak ada masa untuk melayan kerenah Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim ini sekarang di kala kita sedang berperang dengan COVID-19.

Biar kerajaan fokus buat kerja untuk menangani krisis ini dan bukan alih perhatian mereka kepada kepentingan politik anda (PH) pula.

Seperkara lagi, pada awal bulan ini semasa PM-7 Mahathir umum pakej rangsangan ekonomi COVID-19 Kerajaan PH, mengapa tidak menjerit suruh dia bentang dulu di Parlimen pula?

ISHAM JALIL
29 Mac 2020

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/685560315532829/?d=n

*****

RANSANGAN

Assalamua’laikum drp
Tan Sri A Wahid Omar:

1. Terdapat pelbagai reaksi terhadap Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 (PRIHATIN) yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri petang semalam. Ramai yang menyahut baik pakej menyeluruh berjumlah RM250b ini. Walaubagaimanapun ada juga yang mempertikaikan jumlah yang disebut memandangkan jumlah suntikan fiskal secara langsung adalah berjumlah RM25b . Bagi saya pakej ransangan ini memang prihatin rakyat dan menyeluruh. Memandangkan telah ramai yang memberikan ulasan terhadap langkah2 terperinci, Izinkan saya memberikan ulasan dalam konteks pengurusan Kewangan/ fiskal secara keseluruhan.

2. Dalam mentadbirkan sesebuah negara, selain daripada suntikan fiskal langsung melalui bajet Kerajaan Persekutuan, mana2 Kerajaan perlu menggembling dana daripada pelbagai sumber untuk merangsang pertumbuhan ekonomi. Ini termasuklah dana2 daripada agensi2 Kerajaan, syarikat2 berkaitan Kerajaan dan sektor swasta. Lagipun kira2 dua pertiga daripada ekonomi negara kini dipacu oleh sektor swasta.

3. Pada 27hb Februari 2020 yang lalu Mantan PM7 telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE 2020) bernilai RM20b. Daripada jumlah ini, hanya RM3.5b adalah suntikan fiskal langsung daripada Kerajaan Persekutuan. Selebihnya adalah dari sumber luar bajet iaitu RM10b daripada suntikan pengurangan kadar 4% caruman pekerja KWSP, RM3.5b dana pinjaman BNM, BSN dan lain2 agensi, dan RM3b daripada sumber lain.

4. Dalam Bajet 2020 yang telah dibentangkan di Parlimen pada 11 Oktober 2019, Kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan berjumlah RM297b berbanding jumlah hasil RM244.5b . Ini bermakna setelah mengambil kira terimaan balik pinjaman RM0.8b, Kerajaan akan mengalami defisit fiskal sebanyak RM51.7b, atau 3.2% daripada KDNK pada nilai semasa RM1,608b. Suntikan langsung RM3.5b yang diumumkan dalam PRE 2020 akan meningkatkan defisit fiskal tahun 2020 kepada 3.4% daripada KDNK.

5. Krisis ekonomi global akibat wabak Covid-19 akan mengurangkan hasil Kerajaan dengan ketara. Sebagai contoh, seingat saya, setiap USD1 kejatuhan harga minyak mentah Brent setong akan mengakibatkan pengurangan hasil Kerajaan sebanyak kira2 RM300j setahun. Bajet 2020 telah disediakan berdasarkan andaian purata harga minyak mentah Brent USD62 setong. Harga minyak Brent terkini adalah USD25 setong dan purata harga untuk bulan Mac adalah USD35 setong. Ini bermakna sekiranya purata harga minyak Brent untuk tahun 2020 adalah pada harga USD35 setong, hasil Kerajaan akan berkurangan sebanyak kira2 RM8b . Hasil cukai pendapatan juga dijangka berkurangan akibat penurunan pendapatan bercukai individu dan korporat. Jika diandaikan hasil Kerajaan keseluruhannya akan berkurangan sebanyak RM22b, ia akan meningkatkan defisit fiskal kepada kira2 RM74b atau 4.6% daripada KDNK.

6. Dalam pembentangan Pakej rangsangan PRIHATIN, YAB PM telah mengumumkan pakej rangsangan berjumlah RM250b iaitu RM20b daripada PRE 2020 yang terdahulu dan RM230b rangsangan tambahan. Daripada jumlah RM230b ini, RM22b adalah suntikan fiskal langsung, RM100b dalam bentuk moratorium pinjaman, RM55b dalam bentuk jaminan, RM40 pengeluaran KWSP dan RM13b lain2 sumber. Ini menjadikan jumlah keseluruhan suntikan fiskal langsung sebanyak RM25b, 1.6% daripada KDNK (pada nilai semasa yang sama).

7. Dengan tambahan RM25b ini, defisit fiskal akan meningkat kepada RM99b atau 6.2% daripada KDNK. Saya difahamkan terdapat beberapa langkah peningkatan hasil dan pengurangan perbelanjaan operasi yang dapat mengurangkan defisit fiskal kepada RM74b atau 4.6% daripada KDNK.

8. Defisit 4.6% daripada KDNK ini adalah lebih rendah daripada defisit 6.7% yang pernah dicatatkan pada tahun 2009 semasa negara Malaysia mengalami krisis kewangan global. Ini selaras dengan kenyataan PM bahawa Kerajaan akan memastikan kedudukan fiskal dan hutang negara sentiasa mampan dan Kerajaan perlu kembali melaksanakan langkah konsolidasi fiskal dalam jangka masa sederhana bagi mewujudkan ruang fiskal untuk jangka masa panjang.

9. Defisit di bawah paras 5% ini akan mengurangkan tekanan terhadap penarafan kredit antarabangsa Malaysia semasa A3/A- . Ia juga akan memberikan ruang untuk Kerajaan melaksanakan langkah2 tambahan sekiranya wabak Covid-19 berlarutan melangkaui tempoh 6 bulan.

10. Secara keseluruhan, pakej rangsangan yang bermatlamat melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuhkan ekonomi yang telah diumumkan adalah bertepatan (appropriate) dalam keadaan yang amat sukar, tidak pernah dilalui (unprecedented) dan tidak menentu ini. Marilah kita bersikap membina dan bersama-sama memainkan peranan masing2 mengatasi krisis global ini yang mengancam nyawa, kehidupan dan kesejahteraan kita.

Sekian, terima kasih & Salam hormat.
AWO
28.03.20.

#CnPEnterprise
#WajarHadam

*****


FB : Abdul Rahim Hilmi Zakariya

"Kerajaan PN pembohong. Sembang pakej RM 250 bilion tapi suntik dana RM 25 bilion sahaja. Lain semua duit rakyat. Langsung tak bantu majikan untuk kuatkan ekonomi" - Economist pro PH.

Masalah utama hidup saya dan tuan-tuan semua hari ini adalah orang bodo sangat suka bercakap. Kemudian konfiden. Oleh itu, saya sediakan point-point untuk tuan-tuan lawan falasi hujah di atas sepertimana berikut:

1. Memang betul suntikan daripada dana kerajaan hanya RM25 bilion. Tetapi itu adalah dana secara terus. Kerajaan terpaksa menanggung secara tidak langsung (indirect) peruntukan lain melalui kehilangan hasil.

Sebagai contohnya, walaupun sekali imbas moratorium penangguhan bayaran ansuran bank (nilaian +-RM100bilion) akan ditampung oleh institusi kewangan negara, tetapi kerajaan terpaksa menanggung kehilangan hasil cukai akibat kekurangan hasil yang dipungut oleh bank2 terlibat.

Begitu juga dengan penangguhan PTPTN dan PTPK. Memanglah nampak sekali imbas kerajaan tak keluar duit. Tetapi kerajaan terpaksa menyalurkan dana yang lebih tinggi kepada tabung-tabung ini bagi membolehkan keduanya terus berkemampuan menyalurkan pinjaman kepada pelajar pada tahun hadapan

2. Mengatakan bahawa 90% peruntukan pakej stimulus ini datang daripada duit rakyat pun tak tepat. Mana ada 90%. Sebenarnya 100%. Duit dalam perbendaharaan negara tu semua duit rakyat. Awak semua hilang akal ke?

Dalam ekonomi, bukan sesuatu yang utama bagaimana duit datang. Tetapi bagaimana sebenarnya duit itu dibelanjakan bagi memberikan hasil optimum kepada semua

3. Peruntukan kepada majikan memang tidak datang dalam bentuk tunai. Ia lebih kepada perlepasan cukai serta subsidi utiliti. Tetapi mengatakan bahawa ia tidak mengembangkan ekonomi adalah salah.

Dalam sistem hari ini, perkara paling utama adalah aliran tunai. Apabila rakyat mempunyai lebihan dan berbelanja, ia akan meningkatkan hasil dan keuntungan peniaga. Peniaga itu majikanlah. Majikan mendapat manfaat secara tidak langsung daripada perbelanjaan rakyat

Sebab itu adanya bayaran khas kepada penjawat awam dan pesara. Ikutkan kelompok ini mana perlu sangat kerana gaji mereka tidak terjejas. Tetapi kerajaan tahu bahawa apabila seseorang individu itu mempunyai 'financial security', maka dia akan cenderung untuk berbelanja daripada menyimpan di bank.

4. Memang pakej kali ini lebih kepada menjaga kebajikan dan survival rakyat. Sebab isu yang paling utama adalah bagaimana rakyat mahu menyambung hidup dan bukannya bagaimana orang kaya nak beli Mercedes baru untuk dipakai pada Hari Raya nanti.

Kalau rakyat tak boleh survive, siapa nak tolong beli produk awak semua? Siapa nak upah kontraktor tambah awning depan rumah sebelum hari raya? Siapa nak pergi bazar Ramadan untuk beli makanan pada bulan puasa?

Hari ini adalah persoalan survival. Untung kita tu cerita tahun depan.

5. Orang nampak kerajaan cuma suntik dana RM25 bilion. Tapi ramai tak sedar disebabkan model bajet kita sebelum ini berteraskan hasil petroleum, maka kerajaan telah kehilangan hasil yang sangat banyak.

Jika sekiranya harga minyak terus kekal pada kadar USD30 berbanding unjuran asal USD62, maka negara akan kehilangan pendapatan RM26 bilion

Hilang ni siapa tanggung? Makcik Kiah ke tanggung?

Yang gatal sangat buat bajet syok sendiri tu pasal apa

6. Akhirnya kita semua kembali kepada zaman 2009. Zaman di mana sistem ekonomi kita diteraskan kepada kepentingan perbelanjaan rakyat dan kesejahteraan hidup.

Yang paling penting sebenarnya dan sesuatu yang orang PH lupa adalah, ini adalah pakej yang dirangka untuk menenangkan rakyat. Untuk menaikkan moral rakyat. Untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan tidak pernah sesekali meninggalkan mereka

Di dalam mana-mana perang, kerajaan tidak akan menang jika menghayun pedang sendirian

Ia memerlukan kepercayaan rakyat untuk terus mara ke hadapan

Kerana ini adalah perang yang kita wajib menang.

Dan kita sentiasa akan menang

#KitaPastiMenang

----
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu

******

Saya mewakili mungkin sebahagian besar rakyat  malaysia merasa lega dan bersyukur bila didedahkan dgn pakej ransangan ini.

Saya layak dapat rm1,600 untuk seisi rumah. Alhamdulillah.

Saya juga layak utk tangguhkan bayaran bulanan loan rumah dan loan peribadi di Maybank yg berjumlah rm1,450/mth selama 6 bulan.

Anak bongsu saya yang baru dua bulan kerja selepas grad drp UIA layak dapat rm800. Alhamdulillah.

Ini sangat membantu kerana saya bekerja di syarikat SME. Gaji bulan mac di bayar separuh utk 7 hari tempoh PKP. Dan bermula bulan april ini kami dikehendaki mengambil cuti tanpa gaji.

Justru saya sangat teruja pabila pakej ransangan dan segala inisitif gomen setakat ini sedikit sebanyak dapat membantu rakyat marhain, termasuk warga tua seperti saya ini. TQ sir.

#SyukurAtasRezkiIni

--


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...