Please CLICK

Wednesday, June 17, 2020

SENERIO POLITIK MENUJU PRU-15


Jom kita lihat suasana politik semasa dan apa yg kemungkinan bakal berlaku dlm masa terdekat. Ini penting untuk pentas akhir di PRU-15 yg bakal tiba tak sampai 3 tahun dari sekarang. Pejam celik pejam celik, kejap je tu. Apatah lagi dgn kedudukan majoriti nipis government of the day. Kerajaan & pembangkang mempunyai sokongan MP yg seimbang, 50-50. Can go both way. Saya paparkan beberapa coretan untuk sama2 kita renung dan fikir perihal arahtuju politikus era norma baru ini.

******

Agaknya PRU15 ni ~ MN boleh kompromi drp skrg tak ~ kelantan,  terengganu, & kedah akn diberikan kpd PAS? Dan 9 negeri lain di semenanjung di  beri kpd Umno? 

As long as no DAP. Anyway non-muslims will be well represented by mca, mic, & others.

Umno kongsi ngan PAS je la kot kerusi melayu. Kelantan, trengganu, & kedah bagi kat PAS. Yg lain umno ambik. Amacam, ada brani?

MN satu blok dlm pru15. PPBM bubar masuk umno, pas, pkr, atau pan. So pru15 ni MN vs PH. Clear cut utk pengundi.

*****

Tun Mahathir letak jawatan kerana tidak mahu beri jawatan PM kepada Anwar 
~Syed Ali

Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan Perdana Menteri kerana niatnya yang tidak mahu melepaskan jawatan tersebut kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee berkata, jika Dr Mahathir ikhlas, beliau sudah tentu menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden PKR itu seperti perjanjian asal Pakatan Harapan (PH) yang dibuat sebelum ini.
Jelasnya, rakyat juga sudah melihat cara Dr Mahathir yang mengelak apabila ditanya isu penyerahan jawatan itu oleh sekutunya di dalam PH sendiri.
"Anwar sudah dipermainkan Dr Mahathir bukan sekali, malah dua kali. Kali pertama semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri di mana beliau disingkir daripada UMNO, kali kedua dalam PH, Dr Mahathir meletak jawatan secara mengejut bagi menghalang Anwar. Tetapi untuk menyembunyikan pengkhianatannya terhadap Anwar, Dr Mahathir menuding jari kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Sekarang ini pula beria-ia benar Dr Mahathir mahukan jawatan Perdana Menteri dengan sokongan DAP dan Anwar bakal timbalannya. Pada hemat saya, Anwar tidak akan membiarkan dirinya 'terkena' lagi oleh Dr Mahathir untuk kali ketiga.
"Penyokong Anwar juga mungkin sudah sedar bagaimana liciknya Dr Mahathir memperdaya Anwar. Apakah Dr Mahathir sekali lagi akan melakukan yang sama? Kita tengok," katanya dalam hantaran terbaharu di laman Facebooknya pada Rabu.
Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari lalu.
Surat peletakan jawatan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Kata Syed Ali, ramai sudah letih dengan pelbagai tuduhan tidak meyakinkan oleh Dr Mahathir terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin.
"Setiap kali tulisannya hanya berkisar kepada orang Melayu dan DAP. Seperti cukup sinonim dalam fikiran bekas Perdana Menteri itu bahawa satu kesilapan rakyat kerana menyokong Muhyiddin dan menolak DAP.
"Tambah memeritkan, Dr Mahathir tidak pernah mengakui kelemahan dan kesilapan dirinya selama ini. Bagi Dr Mahathir apa sahaja yang beliau cakap dan lakukan mesti dianggap betul.
"Oleh sebab itu, beliau sentiasa mengulangi tuduhannya bahawa kerajaan kleptokrasi dijatuhkan dan parti-parti yang menentang kleptokrasi diangkat oleh rakyat untuk mendirikan kerajaan.
"Beliau turut mendakwa parti yang ditolak oleh rakyat berjaya merampas kuasa dan mendirikan kerajaan.
"Realitinya sekarang rakyat 'pening' dengan telatah Dr Mahathir masih mahu menjadi Perdana Menteri untuk kali ketiga," tegasnya.
Syed Ali turut menolak dakwaan Dr Mahathir bahawa Muhyiddin menawarkan pelbagai jawatan untuk kekal sebagai Perdana Menteri.
Malah katanya, tuduhan Dr Mahathir bahawa ramai dalam kerajaan Muhyiddin terdiri daripada mereka yang mengutamakan diri sendiri hanya bermotifkan agenda politik.
Jelasnya, rakyat kini penuh yakin dan percaya bahawa buat masa ini Muhyiddin adalah Perdana Menteri yang bertanggungjawab membela nasib rakyat dan jika Dr Mahathir mahu, beliau perlu menunggu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk melihat sama ada keinginan politiknya berjaya menjadi kenyataan.
#WajarAtokBersaraForGood

*****

MCA APA CERITA?
~Riduan Tee


Kerusi tradisi MCA - Jangan usik?

Masih ingat artikel saya dua hari lepas pasal MCA. Hari ini meletup. Apabila baru satu isu kerusi parlimen majoriti Melayu yang ditandingi oleh MCA dibangkitkan seperti Tanjung Malim, tiba-tiba MCA seperti cacing kepanasan, mengatakan, itu kerusi tradisinya. Memberikan gambaran, jangan ada yang berani usik. Walaupun dia kalah.

Ini belum termasuk kerusi bapaknya yang lain kawasan majoriti Melayu yang dia gagal untuk menang seperti kerusi tradisi bapak MCA PRU14

Kuantan 67% Melayu – MCA kalah
Alor Setar 64% Melayu - MCA kalah
Alor gajah 61%  Melayu - MCA Kalah
Padang Serai 59% Melayu – MCA kalah
Ayer Hitam 58% Melayu -  MCA menang undi Melayu
Tanjung Piai 57% Melayu – MCA kalah PRU14, menang PRK  undi Melayu
Tanjung Malim 56% Melayu – MCA kalah
Ampang 56% Melayu – MCA kalah
Selayang 53% Melayu – MCA kalah
Raub 52% Melayu – MCA kalah

Jangan kira lagi kawasan Melayu hampir 50 peratus yang ditandingi MCA atas nama kerusi tradisi seperti, Bangi (49% Melayu), Seremban (49% Melayu), Tebrau (48% Melayu), Bentong (47%) Melayu, Petaling Jaya (47% Melayu), Pandan (46% Melayu). Kalau kerusi ini nak diberikan kepada MCA, saya masih bolehlah terima. Tetapi bukan kerusi majoriti Melayu 52% ke atas.

Jika tanya pada saya, kerusi parlimen Ayer Hitam pun dia tidak layak untuk bertanding. Kerana kemenangannya dalam hasil sokongan Melayu. PRU15 belum tentu presidennya boleh menang.

Maaflah kali ini guna bahasa kasar kelapa atuk, dan kepala bapak. Jika itu kerusi tradisi atuk dan bapak MCA, kenapa kamu lingkup dalam PRU14. Dasar tak tahu malu, kekuatan tak ada, tumpang  undi Melayu untuk menang, kemudian nak berlakon jadi hero.

PN tanpa parti ultra kiasu ini, pastikan akan menang di kawasan majoriti Melayu pada PRU15 akan datang. Kerusi majoriti Melayu separa dan luar bandarlah yang paling banyak di parlimen. Justeru, kenapa mahu menempa kekalahan lagi dengan memberikan kepada MCA. Menangpun MCA tidak menguntungkan Islam.

Saya ingin ingatkan parti ultra kiasu yang tidak ada kekuatan ini, kerusi kamu yang sebenar adalah di kawasan majoriti Cina. Pergi main jauh-jauh kat sana, jangan kat kacau kat sini. Begitu banyak kerusi parlimen dan DUN majoriti Cina, kawasan majoriti Melayu yang kamu idamkan.

Kamu, MCA ultra kiasu pasti akan kalah jika PH meletakkan calonnya, tanpa sokongan orang Melayu (UMNO dan PAS). Ingatan saya kepada UMNO dan PAS, jika kamu menangkan juga MCA di sana, bertambah lagi kerusi dia, makin bongkak dan ultra kiasu dia. Dia akan minta macam-macam. Makin ultra kiasu dia. Makin kuat dia mengguris dan menghiriskan hati hati umat Islam Melayu seperti sebelum ini.

Masuklah bertanding wahai UMNO, jangan pedulikan MCA. Biarlah MCA tidak mengundi calon UMNO di Tanjung Malim. Tak apa. UMNO tetap akan menang walaupun berlaku pertandingan tiga penjuru. Undi solid UMNO dan PAS sudah cukup untuk memenangkan calon UMNO di sana. Percayalah, terlalu sukar untuk untuk Cina undi MCA, walaupun MCA parti Cina tulin. Cina tetap pilih DAP.

Pandai kamu MCA nak menumpang tuah hasil Muafakat Nasional. Nanti bila kamu menang lebih kerusi, lagi kuat kuasa ugut kamu dalam PN. Kamu pulak jadi ‘king maker’, ketika itu MCA akan menjadi semakin kuat, malah terduduklah UMNO dan PAS dalam MN
Lebih elok PN mendekati Parti Cinta Malaysia (PCM) yang boleh menjadi wakil orang Cina. Parti ini lebih mesra Melayu dan Islam, dan tidak pernah mengguris dan melukai hati-hati Melayu dan Islam. MCA, seperti menyimpan  biawak hidup, Melayu Islam menangkan dia, dia lawan balik Melayu Islam. Malah, dia menjadi rasis, secina-cinanya. Berbaloikah menyimpan biawak hidup ini.

https://www.facebook.com/797212753703143/posts/3007161819374881/

*****

Senerio politik norma baru mula hangat dgn pelbagai kemungkinan. Undi orang melayu adalah faktor utama, yg mungkin melebihi 60% secara keseluruhan pengundi.

Muafakat Nasional (MN) yg mendominasi pasaran orang melayu, mungkin sehingga 80%. Umno & PAS adalah pemain utama. Kombinasi dua parti ini mungkin sudah cukup utk melawan blok PH. Apatah lagi sedikit dibantu oleh MIC & MCA, serta gabungan parti drp Sabah & Sarawak.

Apa halatuju PPBM? Kerana kewujudan asalnya ialah menyaingi Umno dlm sektor pengundi melayu. Pada pandangan saya, PPBM sudah tidak relevan lagi kewujudannya, sekaligus wajar dibubarkan sahaja. Ahli2 nya boleh memilih untuk menjadi ahli Umno, PAS, PKR, atau PAN.

Justru nanti PRU15 bisa menyaksikan adegan satu lawan satu antara PH vs MN. Amacam? Ok tak? Pengacau drp parti2 lain atau calon bebas boleh memeriahkan pertandingan.

Ada kurang drp 3 tahun lagi utk percaturan bagi PRU-15 ini. Siapa yg akan jadi calon PM drp blok PH? Dan siapa agaknya calon PM drp blok MN? TM masih bernafsu untuk menjadi PM kali ke-3. DSAI pulak kepingin merasa jadi PM-9. Setakat hari ni masih tiada halatuju atau persetujuan yg jelas setakat ini.

MN pulak bagaimana? Apakah TSMY merupakan calon PM-9? Kemungkinan besar tak. So siapa? Adakah DSN muncul kembali? Rasanya tak kot. So siapa? Mungkin tok mat? atau zahid? atau tghh? 

Wallahu'alam.

@@@

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...