Please CLICK

Sunday, September 13, 2020

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT

ULANGTAHUN SETAHUN MUAFAKAT NASIONAL : UKHUWWAH BUKAN 'ADAWAH.


Oleh : Dr Riduan Mohamad Nor.

Himpunan Perpaduan ummah pada 14 September 2019 di PWTC Kuala Lumpur telah berusia setahun umurnya, implikasinya melonjakkan pengaruh kuasa politik Melayu Islam sehingga menumbangkan kerajaan PH diperingkat Persekutuan dan beberapa buah kerajaan negeri. Himpunan bersejarah ini mendapat liputan media daripada dalam dan luar negara termasuk rangkaian berita Al Jazeera. Kicauan dan menggelegak dimedsos isu penyatuan ummah ini , UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 manakala PAS sebagai mata rantai Hizbul Muslimin ditubuhkan pada tahun 1951.


Setahun yang lalu, musuh politik PAS dan UMNO seperti sawan babi dan terpanar, tak sepi mereka menilai dengan mata lalat dan menghujam dengan penuh nafsu. Avatar siber seperti RBA meratib siang dan malam agar kesepakatan dua buah parti umat Islam ini gagal untuk bertaut, namun pendokong PAS dan UMNO telah bertekad untuk berdamai dan saling memaafkan.


Kebanyakan komen daripada pemimpin PH ialah bagaimana PAS menjadi begitu  singkat ingatan terhadap kezaliman UMNO terhadap PAS selama ini, tragedi Memali, royalti minyak terhadap kerajaan PAS, pengucilan terhadap kerajaan Kelantan, dan lain-lain. Usaha menimbulkan keraguan kepada pemuafakatan ummah juga membandingkan dua orientasi berbeda bagi dua parti yang selama hampir tujuh dekad bertarung di pentas demokrasi.


Paling takut ialah pemimpin DAP yang cuba mengambarkan pemuafakatan ini akan menyebarkan rasa permusuhan antara kaum dan menyuburkan polarisasi kaum. Ketakutan DAP dengan pantas disambung oleh parti PAN, perkakas politik mereka yang paling setia. Lihatlah kegelabahan mereka seolah langit akan menghempap negara ini dan terbakar menjadi padang jarak padang tekukur. Naratif yang dibawa oleh pemimpin PH bahawa PAS akan kembali disakiti apabila BN kembali berkuasa di peringkat nasional sebagaimana PAS ditendang pada tahun 1977.


Dalam politik, semua pertimbangan risiko perlu diambil kira dan memahami latar sejarah, unjuran strategik namun  jika sejarah silam ssesebuah  parti politik diambil kira, maka tidak akan berlaku apa-apa pemuafakatan,  pakatan strategik atau kerjasama berdasarkan realiti  semasa. 


Pemimpin PH wajar bercermin diri apatah lagi ucapan-ucapan lampau mereka terekod kemas di alam siber. Apa yang mereka tidak gambarkan pada watak antagonis Tun Dr. Mahathir sebelum mereka menjilat balik ludah mereka? Tetapi untuk menakluki Malaysia dan menjatuhkan BN, maka tanpa sepicing perasaan bersalah maka pimpinan PH  terpaksa "sujud menyembah" insan yang mereka gambarkan sebagai "Maha Firaun". Mereka berpolitik seolah tanpa ada dosa dan pahala, kebal azab neraka!. Menarik juga apabila kini dalam PH sendiri berlaku gerakan untuk menolak Dr Mahathir sebagai pemimpin utama Pakatan pembangkang.


Pemuafakatan Melayu Islam dalam tempoh setahun ini, bukan sahaja dapat meneguhkan kuasa politik Islam Melayu negara ini, namun menjalin hubungan dengan kaum-kaum lain bagi memastikan negara ini di landasan yang betul. Rakyat yang gelisah dan marah dengan reputasi pemerintahan PH dalam tempoh 22  bulan , mereka  bercakaran sesama sendiri, penjualan aset negara, hubungan kaum yang mula tidak harmoni kerana sikap etnosentrism sebahagian pemimpin PH terutama daripada DAP, penggangguran semakin menjolok mata, polisi-polisi pra matang para Menteri, kontrak sosial yang mula didobrak pasca 9 Mei 2018. 


PAS yang ditarjih oleh Majlis Syura Ulama melihat tanah watan ini perlu diselamatkan sebelum dihancurkan oleh politikus jalanan yang mendapat kuasa dalam PRU 14. Pemuafakatan politik ini juga diterima dalam ruang demokrasi, sehingga menyaksikan kemenangan demi kemenangan dalam siri-siri Pilihanraya Kecil . Kesepakatan ini juga telah menumbangkan kerajaan PH yang hanya sempat dipuncak kuasa selama 22 bulan. Pakatan Harapan tumbang di Johor, Kedah, Perak dan Melaka serta bergegar pentadbiran negeri Sabah.


Pemimpin Pakatan Harapan terpinga-pinga akibat jatuh tergolek daripada Putrajaya malah satu demi satu kebobrokan mereka ditelanjangkan . Kes mahkamah akibat salahguna kuasa pula sedang dibicarakan  serta tragedi politik dalaman PH semakin membarah dengan perpecahan. 22 bulan dipersada kuasa , rakyat dapat menilai hati budi pemimpin dan polisi kerajaan PH, bahkan PRU 15 nanti ,kita akan melihat hukuman rakyat terhadap gabungan yang didominasi oleh parti DAP.

Koalisi dan pemuafakatan politik Melayu Islam ini wajib diperteguhkan , bukan dicari jalan untuk dipecahkan demi ambisi kuasa . 

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARI)


*****

Dalam kehangatan penamaan calon utk pilihanraya negeri Sabah, senerio politik yg bersimpang siur jadi topik perbincangan. Ada dun yg mencipta rekod pertandingan 11 penjuru. Banyak dun yg meletak lebih drp 2 atau 3 penjuru. Justru kedudukan muafakat nasional kembali di ganggu gugat. Kedudukan PAS yg tidak diberi satu kerusi pun utk bertanding jadi bahan ejekan PH. Senerio politik sabah sangat berbeza sebenarnya dgn keadaan politik semenanjung. Artikel drp dr riduan di atas boleh dijadikan pencerahan bersama. Muafakat ini satu hikmah besar, yg tentunya di takuti dan di cemburui pihak musuh. Tentu sekali pelbagai strategi diatur untuk memecah belah tembok perpaduan ummah yg dibina ini. Binaan yang kukuh dan utuh sahaja yg bisa menahan dan menangkis segala serangan hendap atau terang-terangan, atau hujan propaganda di media sosial  yg berleluasa. Politik malaysia terus menuju satu percaturan yg baru dan bercambah dgn ujian samada kecil, besar, atau kompleks. Wallahu'alam.


@@@

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...