Pagi ini saya bawak satu tajuk yg mungkin dapat trigger pembaca semua to think, dapat mencetus satu fikir berkaitan satu gerakan bersepadu media sosial yg mahu mempengaruhi orang ramai tentang sesuatu isu atau topik yg mereka paparkan.
Ramai rakyat tidak berpuas hati dgn kerajaan of the day. Itu lumrah. Tidak kira siapa yg memerintah.. BN ka, PH ka, PN ka.
Namun masih ramai juga rakyat yg rasa ok dan selesa, masih hidup dgn aman. Mendapat sedikit sebanyak bantuan drp kerajaan, atau insentif bagi menghadapi musim yg payah ini.
Jadi jika ada sekelompok yg menyatakan ketidakpuasan hati, atau menonjolkan aspek negatif dgn membuat banner atau grafiti di dinding2 tembok, memetik pelbagai posting dan meng fwd kan di pelbagai media sosial. Itu tidak bermakna 'rakyat' keseluruhannya atau majoriti nya tidak senang dgn gomen yg ada. Cuma ia mahu mencupta persepsi havoc & gempak di media sosial, seolahnya inilah pendapat umum.
Benda ini atau taktik ini bukanlah benda baru. Di PRU-13 yg lalu, teknik ini telah berjaya menumbang kerajaan BN yg sudah 60 tahun memerintah. Ia satu teknik yg efektif. Kini ia cuba membina momentum itu semula, menggunakan teknik yg sama. Kumpulan ini giat mengorek isu2 yg sensitip atau sensasi atau bahan2 viral utk di tonjolkan dan di besar2kan.
Individu sedemikian wujud di pelbagai media samada disedari ataupun tidak. Samada dia ada menerima imbuhan drp mana2 pihak yg berkepentingan, kita pun tidak tahu. Itu kerja SB la kot utk menyiasat. Otaknya sudah di blok drp menerima apa jua kebaikan atau nilai positif yg ada di pihak kerajaan yg memerintah. Misi mereka ini ialah mewujudkan propoganda atau persepsi bahawa kerajaaan PN hodoh, pincang, dan gagal. Samada menonjolkan fakta atau auta, itu blkg kira.
Alasan yg di war2kan ialah jika perkara ini tidak betul sila saman. Letih juga dibuatnya. Kalau rasa mcm mkn diri, maka depa keluarkan penyataan mohon maaf. Senang bukan?
Sentimen berkaitan pandemik Covid-19 di manfaatkan sepenuhnya. Tanpa peduli lagi pada suasana norma baru yg sudah menjadi fenomena global. Samada soal vaksinasinya, soal SOP masjid, atau sebarang kepincangan dlm perlaksanaan SOP yg dikatakan flip-flop itu sendiri. Aspek negatif dan pendapat minoriti di sensasikan hingga ke limit.
Apatah lagi isu-isu berkaitan ekonomi. Inilah tugas2 atau misi utama kelompok ini. Ini termasuklah geng RBA (red bean army) dan geng kluster mahkamah. Penyatuan ummah yg mahu berjuang membina sebuah negara yg stabil dan kuat sangat dibimbangi mereka. Kerana confilct of interest. Kumpulan yg mereka dokongi ini lah yg mahu mengambil alih kerajaan. By hook or by crook.
Pabila kita faham senerio ini, maka berpandanglah pada gambar yg luas. Jangan mudah emosi. Jangan mudah ikut rentak musuh. Kelak kecundang pula, sebagaimana apa yg berlaku di PRU-13.
Skrg ini kesatuan dlm Umno juga sedang rancak dipurak purandakan, hingga sudah wujud sekurang2nya 3 kem utama. Usha memecahbelahkan Pas juga giat dilakukan. Pergaduhan Bersatu dan Umno juga terus disemarakkan. Perpaduan Umno dgn Pas juga terus disabotaj. Siapa yg untung sebenarnya?
Sebagai konklusi di pagi syawal yg masih hujan renyai2 ini. Usah percaya bulat2 kpd isu2 yg dimainkan. Kerana ia adalah sebahagian drp strategi licik politik utk menangguk di air keruh. Majoriti rakyat terutamanya kelompok natural, diharapnya jgn mudah terpedaya atau membuat kesilapan lagi yg bisa menggadai masa depan rakyat dan negara secara umumnya. Wallahu'alam.
@@@