Please CLICK

Wednesday, July 23, 2025

MATLAMAT PAS


Memahami matlamat dan sejarah perjuangan sesuatu parti politik adalah penting agar kita tidak turut membabi buta atau sekadar mengikut tanpa asas ilmu yg kukuh.

Sebab itu seseorang itu wajar menghayati apa sebenarnya pegangan kita dlm sesuatu perjuangan politik atau dlm kita memberi sokongan padu kpd pemimpin.

Saya membaca artikel ini di satu posting FB, dan saya rasa ia sangat bermaklumat dan bermanfaat. Justru saya ingin kongsikan di blog politikus ini bagi menyebarluas kpd masyarakat umum. Smoga sejarah dan matlamat PAS dpt sedikit sebanyak kita fahami.

Dan saya sendiri kini faham mengapa sudah ramai bekas pemimpin dan ahli PAS yg tercicir di tgh jalan dan memilih wadah selain PAS. Rupanya itulah proses yg Allah tetapkan bagi menapis barisan kepimpinan dan keahlian sebuah perjuangan menuju kpd islam yg memerintah, bukan islam yg diperintah.

Sehingga kini PAS sudah menjadi sebuah parti yg menjadi pilihan org islam dan org melayu yg terbesar di malaysia melebihi parti2 lain. Jumlah MP drp PAS di parlimen adalah yg teramai berbanding parti2 politik melayu/islam yg lain. Ini menunjukkan betapa signifikan PAS dlm geopolitik di malaysia.


******

PAS ditubuhkan tahun 1951 oleh para penggerak Islam, dari kalangan ulama dan ilmuan berbagai bidang dan tokoh masyarakat yang terawal menentang penjajah.


Tujuannya untuk menyambung perjuangan Islam, berdakwah dan berpolitik untuk meneruskan gerakan islah dan tajdid.


Anggotanya termasuk yang miskin dan dipandang hina oleh masyarakat umum namun tetap menyumbangkan doa dan tenaga dengan ikhlas tanpa terlibat dengan pertandingan pemimpin dan meminta menjadi calon dan jawatan.


Kesemua mereka tetap pendirian walaupun tidak dipilih dalam mesyuarat agung atau muktamar. Mereka tidak dicalonkan dalam pilihan raya dan tidak mendapat projek dan balak tetapi tidak merajuk dan terus beristiqamah.


Hal ini menjadikan mereka dipelihara Allah bersama keikhlasan walaupun dianggap bodoh. Mereka yang merasakan dirinya sangat bijak tanpa hubungan erat dengan Allah pasti tidak selamat dengan rasa bijaknya sahaja. Mereka tidak mampu mengubah dasar, mengalih matlamat kerana ingin mencapai cita-citanya yang segera menggunakan PAS.


Sesiapa yang terkeliru tidak mengikuti PAS daripada awal dan hanya memintas di tengah jalan hanya rakus untuk menang dunia sahaja.


Sesiapa yang tidak istiqamah di atas aqidah, dasar dan matlamat pasti berundur, melompat, terlompat atau dilempar keluar daripada jemaah.


Bagi sesiapa yang hanya ingin berlakon, Allah Maha Mengetahui bahawa dia hanya pelakon dan akan dikeluarkan tanpa diduga dan disangka bersama pelakon tambahannya. Sesiapa yang mengubah PAS lain daripada ketetapan Allah tersebut pasti tenggelam mengikut ketetapan Allah juga.


Allah telah menetapkan ciri-ciri kepada kumpulan Islam yang dinamakan umat di dalam kalangan umat Islam yang besar dan umat manusia yang lebih besar termasuk bukan Islam yang wajib diselamatkan dengan rahmat Allah daripada Islam.


Firman Allah SWT, Surah Ali-Imran ayat 104 :


"Dan hendaklah ada di kalangan kamu (orang-orang yang beriman itu), satu ummah (kumpulan) yang berdakwah kepada kebajikan (Islam semua ajarannya) dan yang menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran. Merekalah orang-orang yang mendapat kejayaan (dunia dan akhirat)."


Ayat ini dibaca dan ditulis ketika PAS ditubuhkan. Ini boleh dilihat dalam buku Umat Islam dan Parti Islam, karangan Al-Marhum Ustaz Ahmad Azam, yang diterbitkan sebelum merdeka apabila PAS masuk kedalam gelanggang politik.


Firman Allah, Surah An-Nur ayat 55 menafsirkan maksudnya :


"Allah telah berjanji kepada kalangan orang-orang yang beriman daripada kalangan kamu dan mengerjakan amal yang soleh, bahawa Dia jadikan mereka golongan yang memerintah dibumi, sebagaimana dikurniakan kepada kalangan dahulu daripada mereka.


"Di mana Allah menjadikan agama yang diredainya (Islam) untuk mereka, berkuasa dan Allah menukarkan keadaan daripada mereka berada dalam ketakutan kepada keamanan. Mereka memperhambakan diri kepada Allah, dan sesiapa yang kufur selepas itu, maka merekalah orang-orang yang fasik."


Janji yang tidak diketahui jarak masa dan perjalanannya, sehingga Nabi Nuh AS dan segelintir pengikut menunggu selama lebih sembilan ratus tahun, diikuti oleh para Rasul selepasnya bersama umat masing-masing, inilah adat perjuangan Islam.


Mereka yang tidak tahu adat ini akan pasti lari lintang pukang kerana tidak nampak penghujung perjalanannya dengan mata kasar, sama seperti makhluk yang matanya sama aras dengan perutnya maka berfikir dengan isi perut, tidak dengan akal.


Mereka yang menghayatinya sanggup menunggu sehingga mati, walaupun dia tidak sempat melihat kejayaannya di masa hayat, mungkin cucu atau cicitnya beberapa generasi, namun tetap beriman kepada janji Allah yang tidak tamat riwayatnya dengan kematian seseorang.


Hal ini samalah seumpama kisah filem yang tamat dengan kematian heronya atau sekadar sampai ke Putrajaya sahaja. Kerana harapan perjuangan Islam hanya penerimaan Allah dan redanya yang tidak perlu diperbaharui atau dipinda dan diubah.


Firman Allah, Surah An-Nisa' ayat 104 :


"Jangan kamu berasa hina atau lemah ketika menghadapi penentang kamu, sekiranya kamu menderita kesakitan, mereka juga berada dalam kesakitan yang sama, namun keadaan kamu berbeza, kerana kamu berharap daripada Allah apa yang mereka tidak harapkan."


Rasulullah SAW telah mentafsirkan ayat-ayat ini dalam perjuangan Islam bersama masyarakat majmuk di masa kumpulannya paling lemah ditindas di Makkah tanpa Negara dan ketika paling kuat bernegara sehingga membebaskan Makkah, dengan huraian mengikut panduan Allah bertonggakkan umat Islam dalam jemaahnya dahulu.


Bersatu dengan aqidah, dasar dan matlamat, bekerjasama dengan kawan dan lawan termasuk bukan Islam sehingga bermaaf apabila mencapai kemenangan, menjadikannya tidak sama dengan perjuangan yang lain.


Beristiqamah dengan makna teguh tidak berganjak dalam perkara thawabit (aqidah, dasar dan matlamat). Murunah (anjal, atau boleh menerima perubahan dan perbezaan) dalam perkara mutaghayyirat (menerima perubahan) dalam perkara pendekatan, uslub dan strategi.


Ia perlu diteruskan sehingga Islam menunjukkan rahmat kepada masyarakat majmuk, berbilang bangsa, agama dan budaya dalam keadaan Islam memimpin bukan mengikut telunjuk pihak lain.


Di samping berpadu dan bersama dalam perkara Thawabit sehingga tidak diizinkan berpecah pendapat. Berpadu juga dalam perkara Mutaghayyirat walau pun berbeza pendapat dan berkhilaf dalam urusan berparti atau berjemaah.


Tetap patuh dan setia kepada jemaah apabila sudah menjadi keputusan dalam berjemaah oleh kalangan yang  pendapatnya tidak diterima walaupun sehingga dirinya ditolak, tidak dilantik lagi atau dipecat, juga tetap bersama jemaah.


Tegasnya seseorang dan kumpulan dalam berjemaah tidak diizinkan berdegil dengan pendapatnya apabila sudah ada keputusan jemaah, inilah adab dalam kumpulan Islam sepanjang zaman. Barang siapa yang tidak berpegang kepada adab ini maka tidak layak bersama jemaah.


Maka lebih malang nasibnya kalau menunjukkan sifat menolak kalau tidak memilih dirinya, dengan sendiri mendedahkan isi hatinya bahawa dia bersama jemaah kalau dipilih berada di atas, dan tidak pula bersedia berada di bawah.


Rasulullah SAW pernah menerima pandangan orang lain dalam perkara bukan wahyu dalam peristiwa Badar dan sanggup menerima pandangan lain juga dalam perstiwa Uhud dan inilah ketetapan Allah walaupun pandangan itu menyebabkan gugurnya para syuhada yang ramai dan ramai pula mendapat kecederaan, termasuk batang tubuh Rasulullah SAW.


Bandingkan diri kita dengan Saad bin Ubadah RA yang dilucut jawatan oleh Rasulullah SAW dalam peristiwa Fathu Makkah, Khalid bin Al Walid RA yang dipecat oleh Khalifah Umar RA tetap bersama saf perjuangan sehingga wafat.


Begitulah juga Ka’ab bin Malik RA kerana tidak menyertai perjalanan ke Tabuk sehingga diambil tindakan disiplin dipulau beberapa bulan, tidak keluar daripada jemaah dan tidak menerima tawaran Raja Ghassan supaya meninggalkan jemaahnya. Rasulullah SAW bersabda bahawa secupak bijirin yang disumbangkan oleh sahabatku tidak sama dengan sumbangan generasi kemudian walaupun emas sebesar bukit Uhud.


Mustahil ada kalangan ahli PAS yang menyumbang sebesar bukit Uhud, maka jangan tunjuk kita lebih kuat daripada sahabat Rasulullah SAW.


Mereka yang tidak merasai kemanisan perjuangan Islam bersama fadilatnya tidak akan merasai hakikat ini. Mereka yang merasai kemanisan iman dalam perjuangan dapat membezakan di antara kawan dan wali, boleh berkawan dengan kalangan DAP dan sepertinya tetapi tidak boleh berwalikan DAP, kerana tidak beriman dan budiman.


Mereka yang tidak ada kefahaman dan kemanisan tersebut sanggup hidup dan mati bersama kalangan DAP dan yang sewaktu dengannya kerana tidak membezakan di antara kawan dan wali.   


Kepada sesiapa yang tidak berkenaan PAS sila baca firman Allah SWT dalam Surah Al-Isra', ayat 36:


"Dan jangan kamu mengikut (atau bercakap atau menulis) apa-apa yang kamu tidak ada ilmu berkenaannya, sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan fikiran kamu semuaya akan disoal Allah secara bertanggungjawab dengan amanah ilmu."

 


ABDUL HADI AWANG 

Presiden PAS.


@@@

Friday, May 23, 2025

HIRUK ATAU DAMAI?


HIRUK PIKUK ATAU DAMAI?

Semalam kita lihat pemilihan pucuk pimpinan PKR sampai ke kemuncaknya. Seperti jangkaan ramai, Rafizi Ramli telah kecundang dlm pertandingan satu lawan satu dgn Nurul Izzah bagi jawatan Timbalan Presiden.


Malamnya diadakan kongres parti, dan kelihatan Rafizi berjabat tangan dgn Anwar dgn cepat, tidak genggam erat, tanpa eye contact, terus berlalu untuk berjabat tangan dgn yg lain2. Apakah Rafizi sudah berpatah arang?


Dalam kempen Rafizi ke seluruh negara, byk ketidakpuasan hati telah dia luahkan. Banyak kelemahan dan kecacatan telah dia londehkan. Seolah dia sangat yaqin akan kalah berdepan Nurul Izzah. 


Byk direct attack kpd Anwar telah berlaku. Hubungannya dgn Anwar tentunya akan retak. Seolah apa yg berlaku dgn Azmin akan kini berulang dgn Rafizi pula.


Kesemua blok pemimpin yg dikait dgn Rafizi telah kecundang di pemilihan kali ini termasuk Nik Nazmi. Seolah ada isyarat penting utk mengetepikan Rafizi dan pengaruhnya dlm parti.


Kemana halatuju Rafizi selepas ini? Jom kita explore pilihan2 yg mungkin.


Kemana halatuju Rafizi selepas ini? 

~ letak jawatan menteri ekonomi

~ jadi ahli biasa pkr

~ fokus fulltime ceo invoke?

~ join Umno?

~ join PBBM?

~ join PAS?

~ join DAP?

~ atau follow mcm KJ, out of politic and buat podcast Rajuk Sekejap...ha ha


Atau just stay low without spotlite for the remaining years till PRU16. Sama2 kita nantikan adegan Rafizi seterusnya. 


Mungkin juga dia terus buat bodo dan berpaut kpd jawatan yg disandang sekarang sebagai Menteri Ekonomi selagi tiada rombakan kabinet. Masyuk kot..


@@@

Monday, April 28, 2025

SEJARAH EMPAYAR TEMASEK


Sejarah singapura wajar kita hayati. Sebuah negeri melayu yg hilang ditelan zaman. 

Artikel di bawah ini menceritakan realiti yg terjadi utk kita ambil iktibar bersama. 

Semoga negara kita tidak menuju kpd sebuah model negara yg dianggap canggih dan maju itu. 

Smoga islam dan bangsa melayu tetap menjadi pasak dlm pusat kuasa malaysia. 

Smoga sgala perancangan dan strategi licik musuh2 negara dapat dipatahkan dan dihancurkan.


*****


30 Perkara Orang Melayu Singapura Dipinggirkan Secara Sistematik


Bayangkan… satu bangsa yang dulunya dijanjikan tempat dalam tanah air sendiri. Kini, satu demi satu haknya diambil tanpa bunyi, tanpa dentuman.


Itulah nasib orang Melayu di Singapura hari ini.

Dan semuanya berlaku walaupun Artikel 152 dalam Perlembagaan mereka mengiktiraf Melayu sebagai pribumi.


Hari ini di Singapura...


1. Madrasah dikawal ketat – perlu ikut silibus kebangsaan, bukan autonomi penuh.


2. Kuota tak rasmi pelajar Melayu di sekolah elit – walau layak, sangat kurang diterima.


3. Biasiswa merit tak berpihak – walaupun ada biasiswa MENDAKI, nilai lebih kecil berbanding skim Cina/India.


4. Kursus universiti sensitif seperti kejuruteraan, undang-undang dan perubatan, bilangan Melayu sangat rendah.


5. Peratusan Melayu di universiti masih paling rendah antara semua kaum, walau selepas puluhan tahun usaha.


6. Disisih dari sektor beruniform – askar, polis, tentera laut & udara jarang letak Melayu di posisi strategik.


7. Masih ada had dalam tentera – alasan “keselamatan” dikitar semula sejak 1960-an.


8. Wanita Islam baru dibenarkan bertudung di sektor kesihatan pada 2021 (setelah 23 tahun tuntutan).


9. Peluang kenaikan pangkat sangat rendah di GLC dan agensi kerajaan.


10. Kerjaya profesional dimonopoli kaum lain – Melayu kekal di sektor gaji rendah atau sokongan.


11. Masjid diurus MUIS yang dikawal kerajaan – bukan bebas seperti majlis agama negeri di Malaysia.


12. Pendakwah luar sukar dapat kebenaran ceramah – termasuk ulama tersohor dunia Islam.


13. Ceramah agama dipantau, dihadkan tema – elak sebut “kebangkitan Islam” atau “umat tertindas”.


14. Sekolah agama makin berkurang – dan ditekan untuk “modernisasi” ala sekular.


15. Fatwa tidak wajib diikut – hanya panduan, bukan kuasa undang-undang.


16. Bahasa Melayu hilang fungsi rasmi – walau masih “bahasa kebangsaan”, tak digunakan dalam pentadbiran.


17. Media Melayu terhad – hanya satu radio rasmi & satu surat khabar utama, itu pun dikawal.


18. Budaya Melayu dihadkan di media arus perdana – majoriti program TV, drama, iklan = dominasi budaya Barat & Cina.


19. Perayaan Melayu/Islam tidak diberi ruang besar dalam sambutan nasional.


20. Bahasa ibunda diganti dengan “language week” sekali setahun, tanpa integrasi mendalam.


21. Perumahan HDB ada kuota kaum – untuk elak “perkampungan Melayu”, tapi sebenarnya halang komuniti Melayu berkembang.


22. Susah miliki hartanah mahal di kawasan utama – kerana harga terlalu tinggi & bank tak galakkan pinjaman kepada B40.


23. Perkampungan Melayu dibersihkan secara sistematik (contoh: Kampung Gelam, Geylang Serai).


24. Rumah pusaka sukar diwarisi – banyak kena ambil balik oleh kerajaan atas alasan pembangunan.


25. Peluang pelaburan hartanah sangat terhad bagi keluarga Melayu biasa.


26. Tiada kuota wakil Melayu di Parlimen – semua atas merit, walaupun kaum minoriti lain dapat GRC (Group Rep Constituency).


27. PAP dominasi penuh, parti Melayu tiada suara. Ramai tak tahu sejarah UMNO Singapura diharamkan.


28. Jabatan khas Melayu dibubarkan selepas merdeka – tiada lagi agensi khusus bantu Melayu secara menyeluruh.


29. Artikel 152 hanya kekal atas kertas – tiada penguatkuasaan sebenar, hanya simbolik.


30. Polisi asimilasi budaya dominan makin kuat – Melayu disuruh “berintegrasi” tanpa diberi ruang identiti sendiri berkembang.


Kalau kau tengok satu demi satu...

Ini bukan diskriminasi terbuka.

Ini tekanan berstruktur.

Terancang. Konsisten.

Dan berlaku di bawah sistem yang “katanya adil”.


Dan ya semuanya berlaku walaupun ada Artikel 152.


Kalau kau rasa semua ini cuma retorik,

luangkan masa dan baca dasar Singapura sendiri.

Jangan jadi bangsa yang hanya bangun bila semuanya dah hilang.


Simpan posting ini. Kongsikan pada anak-anak.

Biar mereka tahu sejarah yang sedang berulang.


#MelayuBangkit #BelajarDariJiran #fakta #spm2024 #raub


DISCLAIMER:

Ini bukan untuk menyemai kebencian.

Ini fakta. Ini refleksi. Ini amaran untuk bangsa kita.


@@@

Wednesday, April 23, 2025

HISTORY LESSONS THEY WANNA TO ERASE


Sejarah adalah cerita benar yg telah berlaku. Generasi muda perlu mengetahui sejarah untuk meletakkan sesuatu naratif pada perspektif yg betul. 

Pihak yg berkepentingan termasuklah pihak penjajah sering menyelewengkan fakta sejarah untuk meletakkan perspektif lain sebagaimana yg mereka mahukan utk di hadam oleh rakyat atau sesuatu masyarakat. 

Dialog kisah benar di bawah ini adalah sesuatu yg sejarah cuba padamkan. Wajar kita kongsikan di sini sebagai pengetahuan umum terutamanya kpd sahabat kita drp India.


*****

Hindu Mother & Son Conversation


Son: Mom, the Taj Mahal is so beautiful. We built it, right? 

Mom: No, dear. The one who built it was Emperor Shah Jahan. He was a Muslim. 


Son: Oh. Alright. Then surely we built the Qutub Minar, right??? 

Mom: No, that too was built by a Muslim. His name was Qutb-ud-din Aibak. 


Son: Then the Red Fort must have been built by us? 

Mom: No, that was also built by Muslim rulers. 


Son: Then what about the Old Fort (Purana Qila)? We built that, right? 

Mom: No dear, the Old Fort was also built by Muslims. 


Son: Okay… but Charminar was built by us, right? 

Mom: No. That too was built by Muslim rulers. 


Son: Mom, I heard that India created its first missile. That must have been made by Hindu rulers, right? 

Mom: No. The first missile in India was developed by Tipu Sultan. He too was a Muslim. 


Son: Mom, I heard the Grand Trunk Road is one of the oldest and longest roads in India, almost 3000 kilometers long. We made that, right? 

Mom: No, dear. That was also made by a Muslim ruler, Sher Shah Suri. 


Son: Then we must have fought against the Mongols, right? 

Mom: No. It was Alauddin Khilji who fought against the Mongols. If he had lost, India would’ve been destroyed. 


Son: Okay, then the Mughal Empire was ours, right??? 

Mom: No. The Mughal Empire belonged to Muslims. 


Son: How about "Jai Hind"? We must’ve been the first to say that, right?? 

Mom: No. That too was first said by a Muslim. 


Son: What about "Sare Jahan Se Achha, Hindustan Hamara"? We must have said that first? 

Mom: No. That was written by a Muslim poet named Allama Iqbal. 


Son: Alright, at least the Indian flag—we made that, right??? 

Mom: Well… not exactly. Though Pingali Venkayya designed it, the final recognized version was updated by a Muslim girl named Suraiya Tyabji, from Hyderabad. 


Son: Then the first satellite launch must have been done by us, right Mom??? 

Mom: No, India failed many times in launching satellites. It was Dr. APJ Abdul Kalam, a Muslim, who successfully launched it. 

If it weren’t for him, India wouldn’t have reached space. 😭



Son: Then we surely made the nuclear weapons??? 

Mom: No. Those too were developed by a Muslim—APJ Abdul Kalam. 

If he hadn’t made them, China and others  would’ve taken us for granted. 


Son: We at least started the freedom struggle against the British, right??? 

Mom: No, the first revolt was started by Tipu Sultan. 


Son: So why is that there is so much hate and questions raised against Muslims…. ??? 

What is to be Patriotic 

Mom: Aah ….. That's enough now.


Break free from the darkness of distorted history and embrace the truth. Know the real story.


*****

Do not be a fool by fake news or stories. Be a gentlemen that knows the truth. Muslims has it shares of contributions to the the civilization of the world. Lets live in harmony in this world. No more hated, wars and killing fields. Whats the point?


@@@

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...