Please CLICK

Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Monday, November 10, 2014

Anwar Ibrahim Pencetus Ummah


Sejarah Malaysia tidak sunyi daripada bercerita perihal seorang tokoh yang hebat ini iaitu DS Anwar Ibrahim (DSAI). Walaupun sejak tahun 1999 iaitu sudah kira-kira 15 tahun, DSAI di tonjolkan di media yang di kontrol oleh kerajaan sebagai seseorang yang tidak hebat, seorang tokoh yang sudah expired, rendah moral, pengkhianat negara atau terpesong dari landasan perjuangan yang benar. 

Namun hakikat bahawa DSAI di halang dan di susahkan 'by hook atau by crook' samada melalui pertuduhan di mahkamah, propaganda berprofil tinggi secara langsung atau tidak langsung telah membuktikan di mata rakyat yang celik, hatta dari perspektif pandangan global bahawa tokoh unik ini adalah nama besar yang tidak boleh di pinggirkan begitu sahaja mengikut acuan penguasa dan agen2 mereka. 

Dan kini the world is watching detik2 akhir sebelum penghakiman di buat di Mahkamah Persekutuan atas rayuan akhir hukuman penjara 5 tahun pada pertuduhan Liwat II, kes yang sudah berlarutan sekian lama semenjak 2008.

Kenapa DSAI menjadi subjek yang panas. Apa bahaya sangatkah dia untuk negara ini? Atau kerana dia satu-satunya tokoh yang boleh menggugat status quo kebobrokan pemerintah kerajaan memerintah? Atau apakah kerana dia satu-satunya tokoh yang berjaya menyatukan pakatan pembangkang yang kredibel bagi memberi alternatif yang logik untuk menggantikan Kerajaan BN?

Saya petik mukaddimah intro di laman Wikipedia perihal DSAI untuk pencerahan bersama supaya tokoh ini dapat kita kenali dengan lebih dekat:


*****

Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim Abdul Rahman di lahirkan pada 10 Ogos 1947, adalah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu, bertindak sebagai ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia, di atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. 

Di peringkat akar umbi, Datuk Seri Anwar merupakan penasihat Parti Keadilan Rakyat dan ketua umum Pakatan Rakyat. Semasa awal kerjaya politiknya, beliau merupakan 'anak didik' Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, tetapi kemudiannya tampil sebagai seorang pengkritik Tun Dr. Mahathir yang lantang.

Dalam tahun 1999, beliau telah dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun kerana didapati bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa. Pada tahun 2000, iaitu selama sembilan tahun kerana didakwa melakukan kesalahan di luar tabii (liwat). 

Walau bagaimanapun, pada tahun 2004, Mahkamah Persekutuan Malaysia telah mengugurkan sabitan kesalahan liwat kerana pihak pendakwa raya gagal mengemukakan bukti yang kukuh tanpa sebarang keraguan bahawa perbuatan meliwat tersebut telah berlaku. Oleh itu beliau telah dibebaskan. 

Pada Julai 2008, beliau telah ditahan sekali lagi atas tuduhan dakwaan bahawa beliau telah meliwat pembantu peribadinya iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Namun pada tanggal 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat ketetapan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah atas kes liwat 2 yang dihadapi oleh beliau, dan melepaskan beliau sebarang pertuduhan liwat.

Pada 26 Ogos 2008, Anwar telah berjaya memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh dengan menewaskan calon BN yang juga ADUN Seberang Jaya, Arif Shah Omar Shah bersama-sama calon AKIM Hanafi Mamat seterusnya kembali ke parlimen sebagai ketua pembangkang Malaysia. 

Beliau telah menyatakan perlunya liberalisasi, termasuklah satu kehakiman dan media, untuk melawan rasuah endemik yang beliau mendakwa ia menjadi sebab penolakan negara menjadi status sebuah negara yang gagal.

Anwar merupakan satu-satunya warga Malaysia yang pernah tersenarai di dalam 100 orang yang dikatakan paling berpengaruh di dunia oleh majalah Time iaitu pada 2008.


*****

Anwar terjun ke dunia politik dan bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh di atas tiket UMNO dalam dalam tahun 1982. Beliau menang dengan majoriti yang besar. Beliau kemudian dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri. 

Dalam tahun yang sama Anwar menewaskan Haji Suhaimi Kamarudin, penyandang, untuk menjadi ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Anwar kemudiannya dilantik menjadi menteri penuh sebagai Menteri Belia, Kebudayaan dan Sukan. Dua tahun kemudian Anwar dilantik ke portfolio Kementerian Pertanian. Pada tahun 1987, beliau telah memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 1991. 

Pada 1993 Anwar telah memperolehi pencalonan yang terbanyak untuk kerusi Timbalan Presiden UMNO. Penyandang jawatan pada ketika itu ialah Tun Ghafar Baba telah gagal mendapatkan kuota yang mencukupi bagi mempertahankan kerusi. Oleh yang demikian, Anwar telah memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO tanpa bertanding. Susulan dari itu, sebagai memenuhi tradisi BN, Tun Dr. Mahathir telah melantik Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri.


Diantara jawatan-jawatan lain Datuk Seri Anwar ialah, beliau pernah dipilih menjadi Presiden Persidangan Tahunan UNESCO dan Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan dalam mesyuarat bersama Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Di atas sumbangannya terhadap kesefahaman antara kebudayaan beliau telah dianugerahi ijazah Doktor Kehormat oleh Ateneo de Manila University dan anugerah Presiden oleh Georgetown University.

*****

Pada 7 Mac 2014 (sebelum tarikh penamaan calon PRK Kajang, di mana DSAI adalah calon pilihan Kajang Move), Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar, 67, bagi kesalahan meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 26 Jun 2008.


Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Keputusan Mahkamah Persekutuan dalam beberapa hari ini akan menentukan samada DSAI akan ke Penjara atau lepas bebas untuk mewarnai hala tuju politik Negara. 

*****

Akhirnya saya ingin petik sebuah tulisan oleh Saifuddin Nasution (bertarikh 15/5/2014) yang ditujukan kepada Tun Mahathir yang menyerang Anwar Ibrahim kerana dijemput menyampaikan syarahan di Universiti Al-Azhar, Jakarta Indonesia. Bahkan penganjur yang menjemput Anwar juga diserang Dr Mahathir. Kata Dr Mahathir, Anwar tidak layak menyampaikan syarahan tentang Islam kerana moralnya rendah!

Izinkan saya menceritakan kepada Dr Mahathir yang mudah lupa, lama sebelum Anwar berkawan dengan Dr Mahathir, Anwar sudah pun mengenali dan berguru dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Ismail Faruqi, Dr Sheikh Taha Jabir Al-Awani, Pak Natsir, Pak Hamka, Sheikh Hassan Turabi, Dr Rashid Ghanousi, Sheik Mehdi Aqif dan ramai lagi.

Anwar terlibat dengan gerakan Islam sejak zaman sekolah, mahasiswa, belia dan tidak pernah bersara hingga hari ini.

Tokoh-tokoh ilmuan dan gerakan Islam seantero dunia seperti Dr Yusof Qardawi, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Abu Hamid Sulaiman, Dr Ahmad Totonji, Dr Tariq Suwaidan dan Dr Tariq Ramadan sentiasa mengunjungi Anwar setiap kali mereka berkesempatan datang ke Malaysia berbincang isu-isu umat sejagat.


Biarlah saya mengingatkan Dr Mahathir walau bersungguh-sungguh beliau berusaha untuk membunuh karakter Anwar dengan fitnah liwat selama lebih 15 tahun, fitnah jijik itu tidak mampu menjauhkan tokoh-tokoh ilmuan Islam daripada Anwar.

Kalau Dr Mahathir ingin tahu apa sebabnya, jawapannya cukup terang. Islam melarang dan mengharamkan seorang muslim memfitnah saudara muslimnya yang lain dengan fitnah zina atau liwat. 

@@@

Monday, October 27, 2014

Rakyat Hakim Negara




Rakyat Hakim Negara
Semoga DSAI Mendapat Keadilan

Kita label anak muda sebagai bodoh tetapi kita tidak sedar kebodohan kita sendiri. Harga minyak naik, kita angguk kepala, harga barang naik, kita angguk kepala, GST itu baik, kita angguk kepala, guna duit rakyat ke sana ke mari, kita angguk juga.. Tak bodoh ke tuuuu.....(Kim Jack)

Gunakan student utk kepentingan peribadi? Aku sbgai student pun x rasa dipergunakan. Malah ak mnyokong tindakan DSAI dlm perjuangan beliau. Yg istilah 'rempuh' pagar tu adalah disbbkn pagar tu ditutup. Cuba buka je, beri peluang DSAI utk mmberi ceramah mcm pncrmh lain, so istilah 'rempuh' ni x kan timbul. Yg kutuk tu truskan lah mngutuk. Sbb slagi korg kutuk beribu lg yg mnyokong DSAI...(Mastura Hyung)

Kalau dah kunci buat ler himpunan kat premis sendiri boleh sampaikan amanat d situ tanpa mewujudkan suasana provokasi... yg rempuh pagar tu bukan ker tindakan menceroboh? dgn propaganda di media pagi nanti pasti ini tdk bagus kpd pr...(Mose Gucci)

Masalahnya siapa yang letak pagar disitu... cuba aktiviti dilakukan dibawah nama BN.. rasanya ada pagar terpacak di kawasan pintu masuk...? silap2 management U kena maki dengan ajk umno/bn.. inilah kebodohan melayu... menyalahkan pihak lain yang berhak untuk berhimpun tetapi membutakan mata terhadap pihak yang membuat provokasi ke atas perhimpunan yang takdak isu pun nak disekat... Tak kisahlah sapa yang bagi ceramah.. baik dari pihak BN atau PR.. yang penting kebebasan diberikan kepada pelajar untuk hadir mendengar.. yang tak setuju tak perlu hadir.. masalahnya ada pihak yang bersikap bias.. bila BN buat aktiviti dalam universiti.. dipromosi secara meluas dan tiada tindakan.. tp bila PR buat aktiviti.. ditentang dan dituduh sebagai pengkhianatlah.. pelajar yang hadir tak kenang budi dan merosakkan masa depanlah.. rasa macam sial sapa yang berhujah macam tu...(Achmad Abdollah)

@@@

Apa khabar orang politik?

Siapa DSAI di hati mu?

Reverse saikologi. Kalau baik di kata jahat. Ulang lagi2 dan lagi2. Maka yang nampak ialah jahat.

Reverse saikologi. Kalau jahat di kata baik. Ulang lagi2 dan lagi2. Maka yang nampak ialah baik.

Tak ada rasa apa2 ke DSAI mahu di penjara?

Mungkin dengan memenjara DSAI Umno BN cerah masa depan di PRU14?

The art of survival...PR bisa diruntuhkan pakatannya tanpa DSAI?

Atau apakah TGHA boleh menyatukan PR?

28 & 29 Oct......tungguuuuuuuuuuu !!!


DSAI pencetus Renung dan Fikir, Kebobrokan Politik dan Kezaliman Penguasa. Semoga Allah melindungi DSAI. Ameen...


Tuesday, September 17, 2013

Chin Peng Dalam Sejarah



Chin Peng meninggal dunia pada 16 September 2013 di dalam buangan di Bangkok Thailand, berserentak dengan sambutan Hari Malaysia. Kebetulan tarikh yang agak menarik. 

Siapa Chin Peng? Chin Peng ialah bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, seorang pemimpin perang gerila yang gagal mencapai matlamatnya setelah berjuang lebih 40 tahun. Dia dilantik menjadi Setiausaha Agung PKM di usia 23 tahun pada 1947, menggantikan Lai Tek yang telah dibunuhnya di Thailand. Lai Tek adalah perisik tiga mata yang telah belot dan melarikan wang Parti Komunis Malaya.

Chin Peng telah dilabel sebagai pengganas yang sangat kejam dan zalim. Aspirasi politik komunis pada mulanya ditubuhkan untuk membebaskan Tanah Melayu dari cengkaman penjajah, namun sebaliknya telah tersasar menjadi satu perjuangan yang mengundang kemarahan rakyat pada ketika itu. Inilah nasib Chin Peng. Kebencian ini berlarutan hingga kini dan selamanya, malah beliau juga dilarang menjejakkan kaki di tanah kelahirannya buat selama-lama.  

Chin Peng juga mempunyai memori tersendiri berkaitan berbagai peristiwa yang dilalui, kehilangan rakan dan taulan, anggotanya yang terbunuh, marah pada pihak lawan, dan tersiksa. Mungkin baginya ini adalah satu siri sejarah perjuangan yang panjang demi maruah partinya. Silapnya, apa yang dianggap perjuangan baginya, sejarah indah baginya. Tapi dalam tafsiran sejarah tanah air, semua itu adalah siri pemberontakan dan kezaliman. Tidak lebih selain membangkitkan kemarahan umum.

Ramai juga yang menganggap Chin Peng sebagai seorang yang berjasa kepada negara. Contohnya Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) yang menganggap bersemadinya Chin Peng tetap sebagai pejuang kemerdekaan dan katanya Tunku Abdul Rahman sendiri pernah mengakui jasa-jasa Chin Peng, tapi kenapa mereka yang menggalas senjata ini tidak mendapat penghormatan yang sepatutnya?

Setelah keruntuhan komunis di Rusia dan Jerman Timur, PKM semakin goyah. Satu perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dan Parti Komunis Malaysia telah ditandatangani di Haadyai pada 1989. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Haadyai. Selepas itu tiada ada lagi perjuangan bersenjata PKM. Ahli PKM diterima sebagai warganegara Malaysia dan boleh kembali ke Malaysia. Walau bagaimanapun, pemimpin utama seperti Chin Peng dan Rashid Maidin memilih untuk menetap di sebuah perkampungan khas di Yala Thailand.
 
Dalam buku memoir peninggalannya bertajuk "My Side Of History", Chin Peng berkata, bukunya itu bukanlah bertujuan untuk membanggakan atau meminta maaf, tetapi ini adalah jemputan untuk memahami bagaimana kepercayaan terbentuk dan bagaimana persengketaaan boleh bermula serta berjalan tanpa dapat diredakan.
 

*******

Suara hati Chin Peng mungkin terdengar seandainya dirujuk kepada bukunya, bab ke-32. Chin Peng meluahkan kerinduan dirinya terhadap Setiawan apabila menulis, "aku tidak merintih dan menyesal, meskipun dalam keperitan semasa zaman perjuangan bersenjata, apatah lagi sekarang?..."

"Kedahagaanku untuk kembali ke tanahair telah aku simpankan. Hanya pada waktu kesepian, ianya akan menjelma dalam ingantanku. Aku akan mulai dari Setiawan, semasa zaman kanak-kanak. Selepas bersembahyang di kubur nenek moyang, aku akan menjenguk sekolah asalku. Kemudian, aku akan berjalan di lorong kampungku, mengimbas persahabatan yang terjalin dahulu..."

"Ingatan ini tidak akan meninggalkanku. Lorong, pohon, rumah dan papan tanda, segala-gala ini memberitahu aku, inilah Malaysia, bukannya tempat lain. Aku dahaga untuk kembali ke ribanya..."
Malah, bukunya mencatatkan pertanyaan berikut, "aku sanggup terkorban demi tanahairku. Mengapa tidak membenarkan aku untuk menjenguknya?"

Pada akhir wawancara tersebut, Chin Peng diminta untuk mengungkap sepatah bahasa Melayu yang paling ingin disampaikan kepada rakyat Malaysia. Setelah merenung sejenak, "Selamat tinggal" terkeluar dari mulutnya.

Wartawan agak terkejut dengan jawapannya. Untuk Chin Peng, selamat tinggal boleh membawa maksud "hidup dengan baik dan selamat", juga boleh memberi makna "selamat jalan".

Dengan terus-terang, dan sambil ketawa, Chin Peng mengakui bahawa usia dirinya telah lanjut dan bakal kembali ke pangkuan Tuhan tidak lama lagi. Walaupun belum sempat kembali ke riba Setiawan, namun "Selamat Tinggal" pula yang terpaksa diucapkan.

Dengan kata lain, apakah ini juga sebagai petanda seorang bekas pejuang bersenjata meninggalkan sejarah Malaysia, yang pernah dilakari sebahagiannya oleh dirinya?

*** Sedutan soal-jawab antara media dengan Chin Peng tika usianya 85 tahun (iaitu 5 tahun yang lalu) di Haadyai.


Chin Peng telah dilaporkan meninggal dunia pada usia 90 tahun, di Bangkok Tahiland pada jam 6.20 pagi 16 September 2013. Sebelum kematiannya, dia tinggal dalam buangan di Thailand dan masih tidak dapat kembali ke Malaysia, ini didakwa sebagai percanggahan kepada satu syarat yang telah dipersetujui dalam Rundingan Damai Haadyai 1989. Pihak kerajaan pula memutuskan bahawa Chin Peng tidak termasuk dalam golongan ini kerana tidak pernah melepaskan perjuangan parti dan ideologi komunisnya sebagaimana yang disyaratkan dalam Rundingan Damai Haadyai tersebut. 

@@@
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...