Please CLICK

Thursday, November 24, 2022

DSAI PM-10

DSAI PM10


Setelah melalui 5 hari situasi hung government selepas pru15, maka akhirnya pm10 berjaya dinobatkan utk mengemudi so call krajaan perpaduan dgn 3 komponen utama iaitu ph, bn, & gps. Dan jemputan terbuka juga diberikan utk pn dan parti2 lain menyertainya. 


Penantian selama 24 tahun semenjak tahun 1998 menyaksikan jatuh bangun dsai dlm melalui sepak terajang politik dan pelbagai ujian dan cobaan, maka akhir di hujung terowong kelihatan cahaya menyinar dgn kejayaan dsai meraih satu amanah besar utk memikul tanggungjawab selaku pm10. 


Tidak dinafikan from now on pelbagai lagi rehnah politik dan rintangan yg bertaburan namun harapnya dsai sudah bersedia dgn plan dan execution yg mantap. Kini masanya utk walk the talk, bukan skadar tajam berbicara tetapi perlaksanaan juga harus bersepadu dan seiring. Demi untuk mengembalikan negara tercinta di landasan yg benar dan bermatlamat. 


Good governance dan no rasuah sewajarnya menjadi paksi krajaan yg jelas. Insya-Allah dgn niat yg ikhlas utk betul2 membawa negara ke aras tinggi dan lestari akn mendapat restu llahi jua. Cuma jgn berkata lain di mulut dan lain pula hasrat di hati. 


Tagline #demipertiwi yg dsai pahatkan adalah satu permulaan yg positif.


Tahniah dsai dlm kerangka memimpin negara sebagai PM ke 10. Alhamdulillah.


#demipertiwi


*****

Antara intipati kenyataan media pertama saya (24 November 2022) sebagai Perdana Menteri: 

1. Komited mempertahankan Perlembagaan - Bahasa Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi negara dan kedudukan Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan kaum Melayu tanpa meminggirkan hak kaum Cina, India, suku kaum Sabah dan Sarawak serta Orang Asli


2. Pemerintahan dibentuk dengan dukungan padu dan mantap dari tiga gabungan terbesar yakni Harapan, Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak


3. Kerajaan akan menjamin dan menjaga hak semua rakyat Malaysia khususnya golongan yang terpinggir dan melarat tanpa kira bangsa dan agama


4. Fokus nombor satu saat ini adalah agenda pengukuhan ekonomi  


5. Melawan rasuah dan penyelewengan secara serius dan habis-habisan dengan menggerakkan agenda reformasi tatakelola (‘governance’) pemerintahan


6. Usul Undi Percaya akan menjadi agenda pertama sewaktu Sidang Dewan Rakyat pada 19 Disember ini


7. Tetap menolak untuk menerima gaji sebagai Perdana Menteri


8. Isnin, 28 November 2022 ini adalah CUTI UMUM seluruh negara


ANWAR IBRAHIM

#DemiPertiwi


*****

Setuju pd dasar tapi tidak pd personaliti.. moga dsai akn bawa negara pd standard baru & berubah kepada yg diredhai Allah.. dijauhkn dari fitnah yg menjatuhkan lagi..

~husaini daud


Only fair for people to give dsai support, time & space to lead the country and bring positive vibes. Ini semua adalah sebhg drp taqdir yg Allah telah tentukan. Wallahu'alam.

~hishamAR


Saturday, November 19, 2022

GELOMBANG BARU


Para pengundi telah menunjukkan keberanian mereka dlm PRU-15 dlm mengatur perubahan dan memilih barisan kepimpinan yg mereka ingini. Peratusan yg keluar mengundi secara keseluruhannya ialah melebihi 73%, menunjukkan betapa seriusnya rakyat dlm menentukan halatuju negara, keluar drp kemelut dan kecelaruan politik ini. Dapat dirasakan aura perubahan yg berjaya dicetuskan. Gelombang org melayu menolak BN dan memilih PN. Preference anak muda memilih pemimpin dan parti yg bersih dan lebih berintegriti.


PRU-15 juga melihat kejatuhan tokoh2 veteran yg "overstay" yg sepatutnya sudah lama bersara dan menghabiskan sisa usia dgn lebih tenang. Ini termasuklah kuli yg ditolak dipentas PRU. TM juga terpaksa di retirekan melalui kekalahan di langkawi. DSAI juga sekadar menang di tambun dgn majoriti yg kecil, malah anaknya nurul izzah kalah di seat tradisi keluarga mereka. Apakah ini signal yg jelas penolakan rakyat kpd dsai yg juga mungkin "overstay". Apakah sudah sampai masanya pkr di serah kpd rafizi utk menerajuinya? Zahid juga perlu menerima hakikat dan mengambil responsibility atas kekalahan teruk bn, malah dia sendiri sekadar menang tipis di bagan datuk. Sangat wajar sebenarnya utk zahid berehat & serah kpd pemimpin lain. Then afdal jika bn dpt join pn & the gang utk membentuk kerajaan yg formidable.


******

PERFORMANCE


PN/BERSATU 

PRU 14 = 13 KERUSI

PRU 15 = 28 KERUSI


PN/PAS

PRU 14 = 18 KERUSI

PRU 15 = 49 KERUSI


GPS

PRU 14 = 18 KERUSI

PRU 15 = 22 KERUSI


WARISAN

PRU 14 = 8 KERUSI

PRU 15 = 3 KERUSI


PH/PKR

PRU 14 = 50 KERUSI

PRU 15 = 30 KERUSI


PH/DAP

PRU 14 = 42 KERUSI

PRU 15 = 40 KERUSI


PH/AMANAH

PRU 14 = 11 KERUSI

PRU 15 =   8 KERUSI


PEJUANG

PRU 14 = 6 KERUSI

PRU 15 = 0 KERUSI


BN/MIC

PRU 14 = 1 KERUSI

PRU 15 = 1 KERUSI


BN/MCA

PRU 14 = 2 KERUSI

PRU 15 = 2 KERUSI


BN/UMNO

PRU 14 = 53 KERUSI

PRU 15 = 26 KERUSI


*****

Ulasan bebas tanpa niat menyindir, tanpa memadankan muka selagi kita sendiri belum tubuh kerajaan..


Ini tsunami undi 18 dan melayu. Yang spoiler dalam PRU ke 15 ini adalah BN dan bukannya PN. Semua ramalan agensi dalam dan luar negara ke laut. Memang memeranjatkan penangan undi18 dan tsunami melayu ini. 


Melayu menolak PH kerana ada DAP manakala mereka menolak BN kerana isu rasuah. Oleh itu mereka  memilih PN sebagai piihan ketiga yang dilihat bersih. 


Penolakan terhadap BN adalah bermakna rakyat tidak memilih parti yang dikaitkan dengan rasuah. Kempen undi BN= Undi Zahid berjaya. 


PH mengekalkan undi bukan melayunya tetapi kehilangan undi melayu. 


The biggest loser no 1 = UMNO-BN.  Cuma menang 26 dari 120. Kekalahan paling teruk dalam sejarah. Zahid wajar mengambil tindakan terhormat dengan mengundur diri pada esok hari. MIC menang 1, MCA cuma menang 2. 


The biggest loser no 2 = PKR. Cuma menang 31 kerusi dari 102. 

Malah, dalam Pakatan Harapan yang memenangi 82 kerusi, DAP merupakan blok terbesar dengan 40 kerusi, PKR jatuh no 2. 


The biggest winner no 1 : PAS. Pas muncul blok terbesar dalam dewan rakyat dengan 49 kerusi. 


The biggest winner no 2 : GPS menang 22 kerusi. 


The biggest winner no 3: Bersatu, menang 28 kerusi. 


Kedua2 gabungan nampaknya PAS dan Bersatu berjaya memberi pukulan hebat kepada BN dan PH. Banyak kerusi berjaya dirampas. 


******

Siapa bentuk kerajaan?


Ramalan Rafizi yang mengatakan mereka ada lebih 90 kerusi juga kelaut. Semalam pula anwar memberi bayangan mereka beroleh 112 kerusi juga ke laut. PH pada akhir kiraan, mendapat 82 kerusi. Lebih buruk dari prestasi PRU14 dan PRU13. Gagal membentuk kerajaan. 


Anwar pula, dengan segala macam kempen, poster gergasi bersaiz Godzilla, hanya menang 3k undi majoriti berbanding Peja. Jika ditambah undi  Peja dan BN, Anwar dikira menang tidak bergaya berbanding Muhyiddin yang menang lebih 10k majoriti, manakala Hadi Awang lebih 40k. 


Anwar nampaknya akan kekal PM tepi ke 10 kerana hampir mustahil PH membuat gabungan dengan parti lain. 


GPS/GRS memang menolak PH kerana DAP. 


Jika pun Anwar nak bergabung dengan BN, bagaimana?

82 + 30 = 112.Cukup majoriti. tapi sangat tipis, apatah lagi tadi Hishamudin keluarkan kenyataan awal membantah kerjasama dengan PH. ini menjadikan PH+BN(minus Hisham) = 111. Lebih 1 kerusi sahaja untuk tubuh kerajaan. Tipis dan tak stabil.


Jadi PH+BN boleh bye bye..


BN tiada pilihan lain selain terpaksa cium tangan Abah Muhyidddin. 


Gabungan jangkaan yg diharap;

PN+BN+GPS+GRS akan membentuk kerajaan yang paling stabil berjumlah 131.  Ini akan jadi PN lead government. Dalam mikro lebih kecil, PAS lead government. Kita akan melihat PAS memegang lebih banyak portolio kementerian. 


Kekalahan paling epik dalam sejarah Malaysia moden adalah Mahathir hilang deposit di langkawi. Pengakhiran yang memalukan untuk beliau. Anaknya, Mukhriz juga turut hilang deposit. 


Kekalahan epik no 2 adalah bekas buah hati ahli group kita adinda Nurul Izzah! Sangat memeranjatkan.


Kekalahan epik no 3 adalah Azmin dan geng yang dikatakan pengkhianat. Azmin kalah di tangan anak muridnya sendiri Amiruddin! Besar pula tu majoritinya. Penat beratoq panjang support awak min Anwar membayar harga yang mahal untuk mengalahkan Azmin apabila anaknya pula kalah di permatang pauh. 


Berikut antara nama2 besar yang kalah:

1. Tun Mahathir

2. Tengku Razaleigh

3. Khairy Jamaludin

4. Nurul Izzah

5. Faizal Azumu

6. Maszlee Malik

7. Tengku Zafrul

8. Zuraida Kamarudin

9. Shahril Hamdan

10. Mukhriz Mahathir

11. Rina Harun

12. Khalid Samad

13. Liow Tiong Lai

14. Tengku Adnan

15. Mujahid Rawa

16. Azeez Rahim

17. Isham Jalil

18.Raeza Naina Merican

19. Shamsul Iskandar

20. Saifuddin Nasution

21. Fuziah Salleh

22. Asyraf Wajdi Dusuki

23. Azmin Ali. 


Anwar dalam jam 3 pagi tadi berkata beliau sudah ada cukup majoriti, tetapi bila ditanya wartawan parti mana yang bergabung tu, dia tak dapat jawab. Nampak dia bersuara tinggi. Body language tak selesa. Muka merah padam. Gaya orang kalah.


Sebelum itu, Muhyiddin pula berkata beliau ada cukup majoriti. Dia cakap lebih tenang, ditemani TG Hadi Awang di sebelah.


Kredit: Pengulas mata lebam bengkak mata


*****

Points to ponder;

1) PN tak akn bergabung dgn PH, sebab ada DAP

2) blok borneo mungkin tak akn bergabung dgn PN, atas faktor menolak DAP

3) blok borneo besar kemungkinan akn memilih PN

4) Zahid mungkin mahu bwk BN join PH, tapi ini bertentangan dgn pendirian umno no  DAP & no Anwar, malah hishamuddin sudah declare dia tak akn menyokong.

5) pelbagai desakan agar Zahid bertanggung jawab atas kekalahan paling teruk umno dgn letak jawatan sebagai presiden dan menyerah kpd caretaker samada kpd dsis atau tok mat.

6) then maybe, bn boleh menyertai pn utk menubuhkan kerajaan + blok borneo.

7) smoga kerajaan yg stabil akn terbentuk.


Wallahua'alam.


#BacaanPolitikSemasa


*****

SHAH ALAM - Ahli politik veteran, Tun Daim Zainuddin menjangkakan Pas bakal memperoleh lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) susulan perpecahan dalam Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Bukan sahaja itu, beliau turut menjangkakan parti dalam PH bakal kehilangan sebilangan kerusi yang dimenanginya pada 2018 yang lalu.

Visi dan bacaan tun daim 4 bulan yg lalu nampaknya telah menjadi realiti pada pru-15 di mana PAS telah menang besar drp 18 seats pada pru-14 kepada 49 seats di pru-15. Wow !!

Wednesday, October 12, 2022

PRU15 IS HAPPENING

PRU15

Gendang perang sudah dipalu. Parlimen sudah dibubar. Banjir tak banjir itu belakang kira. Nak tak nak dlm masa 60 hari ini PRU15 akan berlangsung. Mungkin 10 negeri tidak akan bubar state masing2.

***

PARLIMEN BUBAR - 10 Okt 2022

DUN NEGERI 

- Bubar atau  Tidak Bubar?


(1)Negeri yg telah menubuhkan kerajaan negeri yg baru & tidak akn ambil bhg, tidak bubar dlm PRU15;

1. SARAWAK

2. SABAH

3. MELAKA

4. JOHOR


(2)Negeri yg berhasrat utk tidak bubar kerajaan negeri & telah umumkan dlm media;

1. NEGERI SEMBILAN

2. SELANGOR

3. PULAU PINANG

4. KELANTAN

5.TERENGGANU

6. KEDAH


(3)Negeri yg akan bubar ikut parlimen, walaupun masih belum ada pengumuman rasmi drp speaker DUN;

1. PAHANG

2. PERLIS

3. PERAK

***

So apa pilihan yg ada utk rakyat buang undi mereka? Ada 4 pakatan atau pilihan besar yg ada iaitu BN, PN, PH, & GTA di peringkat kerajaan persekutuan. 


Siapa yg akn menjadi calon PM?

BN - DSIS (or Tok Mat)

PN - TSMY

PH - DSAI

GTA - TM

Make your choice..


Apa kata bagi peluang PM kpd DSAI atau TokMat?


DSIS, TM, & TSMY dah pernah jadi PM. 


Pilihan di tangan rakyat. Buatlah pilihan yg matang dan munasabah. Jika kerajaan yg ditubuhkan nanti gagal memacu negara dan kesejahteraan rakyat ke hadapan, maka gantikan dgn kerajaan yg baru pula.


Kemungkinan besar tiada Pakatan parti politik antara 4 ini yg akan memenangi 112 kerusi parlimen utk menang simple majoriti utk form new federal government.

~maknanya akn ada Pakatan baru atau kerjasama dgn parti politik atau MP lain selepas pru15

~rasanya itulah yg akn berlaku, jadi tiada kawan atau musuh yg kekal dlm dunia politik.

~contohnya PH akn  join BN to form government, with DSAI sebagai PM & TokMat sebagai TPM. Amacam ada brani?


Smoga Allah permudahkan segala urusan kita semua & memberi amanah & tanggungjawab memerintah negara kpd pimpinan yg terbaek utk Malaysia dan seluruh rakyatnya. Wallahu'alam.


#BentukKerajaanBaru

#PeluangTerbukaLuas

Wednesday, July 20, 2022

SUMBER MAKANAN

BANGGA JADI PETANI


Satu artikel oleh Saiful Nang worth sharing, yg out of the box dan  berjaya menjentik otak saya. Saya share di bawah utk manfaat org banyak.


Sebuah pandangan intelek pemain industri yg bukan cakap kosong, yg mencabar minda dan memberi nafas baru pada realiti masakini. Mengajak kita utk go back to basic. Contohi negara2 maju, dgn ladang sumber makanan yg luas & efisyen. 


Kembalikan UPM menjadi univ pertanian malaysia. Ini blunder yg mudarat oleh PM-4 dulu di sebalik sgala visi lain beliau yg hebat2.


Malaysia ini kaya tanah. Contohi Thailand jika tak mahu pergi jauh. Sedarkan barisan pimpinan negara yg sudah lama lesu utk kembali memacu negara menjadi efisyen, kuat, & bermutu tinggi. 


Tabik spring utk Tn Saiful Nang yg berani beraksi di teritori pertanian yg mulia ini. Semoga menjadi pencetus yg signifikan, bara yg membara. Agar dunia pertanian dinobat menjadi industri penting negara.  

Start Small Think Big !! 

Insya-Allah.


***

KENAPA SAYA KELUAR DARI DUNIA CEO,  JADI PETANI LEPAS BALIK DARI SWITZERLAND?


Saya seorang yang geli dengan sampah dari kecil lagi. Suruh berdiri tengah panas 5 jam lebih baik dari kena tugas punggah sampah dapur dan bawa ke tong besar. Bau dia boleh buat muntah. 


Hari ini, hari-hari saya main sampah sisa dapur untuk dikitar menjadi kompos pertanian. Tukar sistem, asingkan sampah antara protein haiwan dengan sampah sisa tumbuhan dan sayuran. Ekosistem yang sempurna pasti tidak menghasilkan sampah buangan. Sisa protein haiwan diolah jadi makanan ternakan dan macam-macam lagi. Senang cakap, achievement unlocked untuk orang yang geli sampah.


Balik dari Swiss trip RareTV, saya rasa dah sampai masa untuk saya main tanah semula. Dulu dibesarkan di Felda memang main tanah. Kemudian masuk dunia universiti dan jadi pensyarah kemudiannya sebelum menjadi usahawan yang didendangkan. Jauh dah dari tanah. 


Mengembara ke hampir separuh dunia selama ini buka mata saya. Negara maju biasanya meletakkan pertanian sebagai industri utama. Bukannya tanaman komoditi mahupun barangan elektronik. Saya akan cerita dalam perenggan-perenggan seterusnya kenapa.


Semasa saya di Switzerland, 1 perkara terjadi serentak. Pertama, harga barangan di Malaysia melonjak sampai ada yang berkali-kali ganda. Kedua, seorang rakyat Malaysia yang pernah bekerja dalam sektor mewah oil & gas keluar dari kemewahan itu dan bertani di sebuah kampung Gruyere Switzerland. Tak besar tapaknya, bermula dari kira-kira 2-3 ribu kaki persegi sekarang sudah menjadi beberapa ekar. 


Hidup beliau makan apa yang ditanam dan sekampung itu juga makan sayuran yang beliau tanam secara organik. Hidup bukan mewah tapi kalau beli kereta boleh lah beli tunai, dan pendapatan tahunan melebih CHF100k juga. Tapi beliau sekeluarga tak risau currency nak jatuh atau nak melambung. Mereka tahu, ikut celah manapun, mereka tak akan lapar. 


Di Malaysia pula ketika itu harga barang mendadak naik. Kartel ayam melambungkan harga ayam dengan cara menyekat stok dalam pasaran. Bila barang tak ada, harga pun melambung tinggi. Orang tengah yang kaya tapi peladang dapat harga sama. Solusi bijaksanasini kerajaan ialah mengimport ayam. Bijak tak? 


Nanti dulu. Saya explain lagi untuk kita sama fikir...


Dalam dunia hari ini, kita tak boleh nak salahkan kerajaan seolah-olah kuasa merubah tidak ada di tangan kita sendiri. *Kita tak boleh ubah kerajaan, maka kita ubah diri sendiri dahulu.*


Flashback sikit beberapa tahun sudah di Kementerian Pertanian, bila saya bertanya kepada seorang pegawai tingginya dalam sebuah majlis berbuka puasa. Kebetulan saya salah seorang jemputan diraikan ketika itu, berpeluang duduk sama semeja dengan pembuat dasar dalam kementerian.


Soalan saya, 

*“Negeri Pahang hampir sama besar dengan Netherland tapi bagaimana Malaysia masih import makanan dari luar negara dan Netherland siap jadi pengeksport ke-2 terbesar dunia dalam pertanian?”*


Jawapan bijaksanasini ketika itu yang saya terima ialah “Saiful Nang, beli lagi murah dari tanam sendiri… baik kita beli”.


Kemudian saya kembali fokus pada makanan saya yang lazat-lazat yang saya percaya sebahagiannya juga diimport dari luar negara. Sehinggalah majlis berakhir dan kami bersalaman berpamitan. Ketika itu saya rasa saya perlu cakap apa yang saya perlu cakap...


“Datuk, fikir semula…dalam perang, bila semua negara taknak jual makanan pada kita, adakah rakyat Malaysia cukup dengan minum susu getah dan makan kelapa sawit?”


Ini bukan soal makanan sahaja tapi keselamatan negara. Jika disekat makanan yang kita beli dari orang, jet pejuang canggih macam mana pun akan kalah kalau rakyat dengan pilot-pilot jet tu pun tak makan.


Cerita itu berlalu begitu sahaja. Saya cuma seorang warga negara biasa tanpa kuasa, pangkat dan gelaran profesor atau doktor. Pandangan itu jadi sepi sahaja. Bila harga bawang naik berganda pun, apa pilihan kita ada? Ikut sahaja, beli sahaja kerana kita tiada pilihan yang banyak. 


Balik dari Switzerland saya ke Turki. Pada ketika Turki Lira jatuh dibuli oleh kewangan dunia. Terakhir saya ke Turki sebelum itu bila 1 Lira bersamaan RM1. Tapi bulan lepas saya di sana, 1 lira bersamaan 30 sen Malaysia sahaja. Tetapi hairan, selamba sahaja mereka ubahnilai harga dalam sektor pelancongan dari 1 lira jadi 3 lira. Kita terpaksa bayar juga. Tapi rakyat mereka masih cukup makan kerana Turki sebuah negara yang layak angkuh dengan dunia kerana tidak kisah jika berlaku embargo sekalipun. Mereka cukup makan dan minum dari apa yang ditanam dalam negara sendiri. Bila Qatar dikenakan sekatan ekonomi, Turki bangkit dengan berani untuk mencukupkan keperluan Qatar. Bukan sekadar makanan, banyak teknologi juga dikeluarkan di Turki datang dari Turki sendiri. 


Bijak tak jika kita masih bergantung pada makanan import?


Kita bukan Singapura yang tiada tanah untuk pertanian dan penternakan. Tanah besar-besar kita bagi mudah pada sejenis bangsa untuk tanam musang king yang kita export ke luar negara dan bukan digunakan untuk pertanian makanan yang mencukupkan apa yang kita perlu. 


Masa di Switzerland, saya bertanya dengan orang di sana, jika mereka makan apa yang mereka tanam dan ternak, apa jadi kalau mereka mahu makanan laut? Switzerland mana ada laut. 


Selamba dijawab “Kita ajar anak-anak kita makan apa yang kita hasilkan, yang mana kita tiada penghasilan kita tak ajarkan anak-anak makan”. Soal mereka nak makan di restoran itu lain cerita tapi kalau berperang pun, anak-anak mereka tak mati kelaparan tak dapat makan Norwegian Salmon ataupun ikan siakap. 


Balik ke Malaysia, saya mula terfikir. Ini masanya. Syarikat-syarikat yang saya terajui juga sudah sampai masa telah ada pengganti-pengganti yang boleh memangku jawatan CEO. Ini masanya, saya serahkan pemanduan kepada generasi muda dan saya sarung boot kuning dan topi mengkuang. Kita main tanah. 


Buat duit juta-juta pakai tali leher dan berkereta Mercedes tapi masih beli buah dari China yang gunakan racun perosak secara tak terpantau, tak ada gunanya. Kita nak makan buah dan sayuran untuk jadi sihat, rupanya lagi cepat kena cancer. Maka, berbaloi untuk pilih masanya, meletakkan kualiti hidup dengan pertanian. 


Lahan kami pun ada banyak belum diusahakan. Sekarang ramai Melayu jual tanah murah-murah atau pajak tanah pada Bangla dan Indonesia yang rajin mengusahakan. Anak tuan tanah selesa bertali leher dengan gaji RM3000 miskin bandar sedangkan Abah ada tanah 10 ekar yang anak tak minat usahakan akhirnya dipajak dek Bangla.


Why not ini masanya. Kenapa tidak sekarang? Kenapa mahu tunggu lagi ke depan. Healthcare sebenar kita ialah MAKANAN YANG KITA MAKAN. Ataupun, beli insuran yang boleh cover kemoterapi kita nanti. 


Tak semua orang boleh buat begini, tapi saya yakin kita semua boleh mulakan walaupun di balkoni rumah flat. Nenek atuk kita dulu, hisap rokok bersambung sambung tapi hidup sampai 100 tahun lebih. Bila nak makan dia petik pucuk manis, daun geti, ulam raja, cekur, lengkuas semua keliling rumah. Pagi keluar memancing, dapat 2-3 ekor limbat dah cukup makan sehari dua. Sekali sekala cucu balik baru dibelikan ayam dari pasar. Itupun sebab cucu sudah tidak betah makan ayam kampung. Kalau ikut atuk nenek, ayam kampung tu juga yang dimasak. 


Hari ini, RPWP dah mulakan langkah ini semenjak selepas PKP1 dahulu. Masanya untuk kita bina masa hadapan agro. Bukan untuk kaya kalau jadi petani, tapi untuk sihat dan gembira bila kita makan apa yang kita tanam dan apa yang kita ternak. Sampah makanan kita pun dikembalikan dalam kitaran makanan yang berimbang ekosistemnya. 


Biarlah comot, dari CEO pakai kemeja dengan cufflink, jadi petani comot bergelumang najis lembu dan sampah yang mahu dikompos. Hidup kena gembira. Status sosial bagaimana?


Ada apa dengan status sosial? 


Bila kita kaya pun orang cakap “alaa…tu semua eksyen jer lebih”

Bila kita tak tunjuk kaya “Dah nak lingkup lah tu…”


So, buat apa nak hidup untuk persepsi orang lain. Kita hidup dalam dunia yang kita sendiri gembira. 


Kita bukan orang miskin yang terpaksa bertani. Tapi kita orang yang memilih untuk bertani. 


Kenapa?

Untuk tingkatkan kualiti hidup dalam ekosistem yang seimbang untuk alam dan untuk manusia.


Sebenarnya saya cerita apa ni?


Inilah FOOD SECURITY, Inilah namanya EKOSISTEM.


Seruan kepada yang dalam kerajaan dan memimpin kerajaan. Paculah pertanian sekurang-kurangnya untuk mencukupkan keperluan makanan kita dalam negara. Kita ni orang Malaysia, satu lauk sampai 20 bahan tak macam orang Eropah, satu lauk bahannya cuma garam, blackpepper dan rosemerry pun dah cukup. 


Sekalipun kita ada 19 pencakar langit macam Burj Khalifa tapi tetap kira negara miskin jika kita sendiri tak mampu sediakan makanan sendiri. Kalau susah nak faham, bayangkan sebuah rumahtangga yang ada dapur dan petisejuk juga tanah besar tapi bila nak makan semua call Grab Food. 


Soal moral, bini kau tak pandai masak ke Leman?


Soal kesihatan, kau percaya sangat apa orang masukkan dalam makanan?


Jadi suami, takkan kau nak jawab “Beli lagi murah dari masak sendiri”.


Selebihnya, cuba kau fikir sendiri apa aku nak cakap.... Gitu…


Sebagai pengembara, ada satu matawang yang tidak pernah dan tidak akan jatuh. Kau simpan USD pun USD jatuh. Kau simpan emas pun boleh menyusut, kau simpan hartanah pun boleh burst. Kau ada bitcoin pun dia boleh flop. Satu matawang yang tak mungkin akan jatuh harga ialah MAKANAN. 


*Dulu arwah emak selalu pesan, belajar rajin-rajin nanti kerja senang tak jadi petani susah macam mak ayah. Hari ini, saya dah buat semuanya. Belajar rajin-rajin sudah, kerja sampai jadi orang senang juga sudah dan sekarang saya nak jadi petani yang tak susah pula.*


Dengan itu, saya bangga…SAYA SEORANG PETANI. Post ini halal dikongsikan.


SAIFUL NANG

Petani ~ bekas CEO Syarikat.

(Syarikat semua hidup cergas lagi, walaupun CEO jadi petani).


***

Inilah yang MAQIB cuba ajukan dan didikan rakyat Melayu sejak 2012 lagi.


@@@

Monday, July 18, 2022

POLITIK SEMASA

POLITIK

Tadi berpeluang bicara dgn seorg penjawat awam berpangkat TKSU. Katanya PRU kali ni pun susah nak dpt majoriti yg solid. Masing2 parti punyai masalah tersendiri. So parti seperti GPS yg mungkin punyai 20+ MP akn menjadi king maker. Tiada lagi zaman BN 2/3 majoriti. 

Seorg kawan saya bagi pendapat keterujaannya tengok rafizi berucap pada majlis penggulungan kongres PKR tempoh hari berbanding dgn DSAI. Memang berbisa katanya. Apakah sudah tiba masanya PH mencalonkan rafizi sebagai PM? 

Semalam saya ada dengar sidang media yg dibuat oleh TSAM perihal jihad inflasi. TSAM ni byk menonjol diri pada isu2 yg dekat dgn rakyat berbanding tokoh2 lain seperti hishamudin atau KJ. Mungkin TSAM boleh menjadi calon PM dari BN? 

By the way tokoh veteran daim zainuddin ramalkan swing votes org melayu akn terarah kpd PAS. Katanya PAS will do better this time around. So mungkin PAS with 20+ MP can be another king maker. Itu sahaja topik politik saya kali ini.

#PemerhatiPolitikTanahair

Sunday, July 10, 2022

HAKIKI POLITIK NEGARA

Catatan: Mohammad Agus Yusoff

NOTA PERSARAAN: BEBERAPA CATATAN POLITIK 

1. Hari ini, 11 Julai, saya secara rasminya bersara. Sebagai mengakhiri khidmat, saya perturunkan catatan saya tentang politik negara. 


2. Tahun 1985 semasa saya baru bertugas, berlaku tragedi Memali. Satu sebab utamanya ialah kesan amanat seorang pemimpin PAS yang diucapkan di Kg Banggol, Peradong pada April 1981. Bahaya amanat ini. Dan amanat ini sampai sekarang belum lagi ditarik balik.


3. Demokrasi Malaysia juga begitu. Selama 37 tahun saya menilainya hanya prosedural, setakat ada pilihan raya secara berkala sahaja. Dari dahulu, ada sahaja akta yang menyekat keberanian rakyat untuk bersuara.


4. Mengkritik dan menegur kerajaan, ISA menanti walaupun ISA sebenarnya bertujuan untuk menangkap dan menahan tanpa bicara mana-mana orang yang memudaratkan keselamatan negara atau mana-mana perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya.


5. Biarpun begitu tujuan ISA, mengkritik kerajaan dan mempertahankan hak-hak asasi manusia juga dianggap sebagai memudaratkan keselamatan negara. Oleh sebab itulah, ramai yang bertentangan dengan kerajaan di bawah ISA.


6. Setelah ISA dimansuhkan, saya membayangkan rakyat akan mempunyai ruang untuk berhimpun dan bersuara. Ruang itu memang ada sekarang, tetapi tetap dibataskan dengan pelbagai akta dan sekatan baru. Ekspresi demokrasi mandul lagi.


7. Ini yang membimbangkan saya. Saya bimbang sekiranya intelektual tidak berani bersuara lagi dan menjadi bisu untuk menegur kerajaan. Saya sendiri merasakan begitu. 


8. Kawan-kawan dalam politik yang berjawatan, apabila ada sedikit perbezaan pendapat tidak lagi bertegur sapa, dan tidak lagi menjawab pesanan WhatsApp. Saya harap pemimpin kita selepas ini berjiwa besar dan bersedia meraikan perbezaan pendapat, apatah lagi apabila perbezaan itu adalah berkaitan dengan hal-hal pengurusan negara.


9. PRU-15 menghampiri. Semua parti ada masalah masing-masing. Pun begitu, sejujurnya jika diadakan PRU sekarang, BN mempunyai kelebihan kerana kuasa incumbentnya, dan parti oposisi pula dalam keadaan keliru antara perlu khemah besar atau sebaliknya.


10. Saya menolak khemah besar. Parti politik yang kuat di Malaysia cuma UMNO, PAS, PKR dan DAP sahaja. Parti-parti lain kecil, tidak ada akar umbi yang kuat, dan bukan bersifat nation-wide parties.


11. Dalam PRU akan datang, saya berharap hanya dua gabungan parti sahaja bersaing—BN dan PH. Oleh itu, PH hanya perlu ada PKR, DAP, Amanah dan UPKO sahaja. UPKO kerana ia bersama PH sejak tahun 2018 dan tidak melakukan pengkhianatan kepada PH. MUDA juga boleh dipertimbangkan kerana MUDA juga belum ada sejarah mengkhianati PH.


12. Jika PN bertanding sebagai gabungan ketiga, itu lagi menarik. Rakyat akan menilai parti pilihan masing-masing. Sekiranya Bersatu tidak membuat impak dalam PRU-15, maka setakat itu sajalah Bersatu signifikan dalam politik Malaysia.


13. Pejuang, biarpun bersetuju dengan khemah besar asalkan tanpa DSAI, dan mahu bertanding sekurang-kurangnya 120 kerusi bagi membentuk kerajaan, jika menang, bagi saya hanya khayalan sahaja.


14. Saya menaruh harapan besar untuk politik Malaysia berubah setelah PH menang dalam PRU-14. Saya mengharapkan berlaku pendemokrasian politik Malaysia. Malangnya, ia tidak berlaku. Dan lebih malang lagi setelah beberapa polisi kerajaan PH ketika itu melanggar manifesto Buku Harapan dan memijak intelek rakyat, ramai ahli parlimen dan menterinya diam tidak bersuara.


15. Bahaya kuasa ini, ia membuatkan pemimpin yang sebelum ini melaungkan reformasi menjadi kaku dan terkunci mulut. Mujurlah berlaku Langkah Sheraton, setidak-tidaknya pemimpin yang kehilangan kuasa tadi mendapat pengajaran daripadanya, jika mahu sedar.


16. Rakyat lega apabila kerajaan berubah. Harapan rakyat agar kesilapan kerajaan BN dan PH tidak diulangi. Namun, yang berlaku tetap sama. 


17. Selain Covid-19 yang memangsakan kerajaan PN, kerajaan ini juga membonsaikan demokrasi. Tidak mahu mendengar jeritan rakyat, mengamalkan tindakan dua darjat, membentuk kabinet gemuk dan melantik duta khas yang entah apa fungsinya, menutup parlimen, dan lain sebagainya.


18. Kerajaan Keluarga Malaysia juga begitu. Kabinetnya gemuk, ada duta khas yang keberkesanannya tidak jelas, dan pelantikan pelbagai jawatan yang melukakan perbelanjaan negara dalam keadaan rakyat menghadapi kesusahan hidup.


19. Negara sebenarnya bermasalah. Kita menghadapi inflasi. Inflasi adalah keadaan di mana harga barang dan perkhidmatan meningkat, sebaliknya daya beli mata wang turun. Inflasi mencerminkan ketika harga barang dan perkhidmatan naik, mata wang akan kehilangan nilainya kerana hanya mampu membeli lebih sedikit barang berbanding sebelumnya.


20. Bagi mengawal inflasi ini, maka kerajaan menaikkan OPR. Ahli ekonomi bersetuju peningkatan OPR sebagai langkah terbaik untuk ‘menjinakkan’ peningkatan indeks harga pengguna (IHP) dan kemerosotan kadar tukaran ringgit.


21. Namun, menaikkan OPR ini ada kesan negatifnya. Rakyat yang mempunyai pinjaman bank akan terbeban. Rumah dan kereta akan banyak tidak terjual kerana bunga pinjaman yang meningkat.


22. Oleh itu, kerajaan perlu “address supply side issues by allowing goods and services to flow easily to meet demand.” Kerajaan perlu mengumpulkan pakar ekonomi dari universiti, untuk memikirkan langkah mengatasi masalah rakyat ini. 


23. Tolonglah jangan biarkan rakyat menjerit, kelaparan dan sakit. Bagi menjimatkan ketirisan ekonomi, kerajaan perlu menghentikan amalan mencipta kartel, monopoli dan kroni. Berubahlah!


24. Kepimpinan politik menentukan maju atau mundur sesebuah negara. Pada tahun 1994, berlaku genosid di Rwanda yang mengorbankan 500 ribu kaum Tutsi oleh militia Hutu. Apabila Paul Kagame menjadi presiden pada tahun 2000, beliau membangunkan Rwanda sehingga menarik kedatangan pelancong dan menjadikan pelancongan sebagai pendapatan utama Rwanda. 


25. Selain itu, Rwanda sekarang adalah hab tekonologi bagi Afrika. GDP nominalnya juga meningkat laju dari US$127 pada tahun 1994 kepada US$909.9 pada tahun 2022. Begitu juga Indonesia di bawah Jokowi sekarang. Negaranya begitu pesat membangun dan ini adalah disebabkan oleh kepemimpinan negaranya.


26. Malaysia juga perlu mempunyai pemimpin yang hebat jika mahu negara maju. Sekiranya saya ditanya siapa pilihan terbaik untuk mengendalikan negara, jika dari UMNO saya akan menyebutnya YB KJ. Beliau berani, tegas dengan pandangannya, artikulatif, cerdik, dan berwibawa untuk mewakili negara di persada antarabangsa.


27. Jika secara keseluruhannya, tanpa mengambil kira parti mana yang menang nanti, pilihan pertama saya adalah DSAI. Dalam tulisan sebelum ini, saya telah memberikan empat alasan kenapa saya memilih beliau. 


28. Kali ini, tanpa mengulanginya, saya memilih DSAI kerana beliau berpengalaman, bernyawa dengan denyut nadi rakyat, dan mempunyai jiwa reformasi. Saya yakin beliau boleh membawa Malaysia ke arah kecemerlangan dan berintegriti sehingga Malaysia kembali mendapat perhatian masyarakat dunia.


29. Saya sedih untuk meninggalkan mahasiswa saya. Merekalah sumber kekuatan dan semangat saya untuk berkarya. Dalam setiap kuliah, saya sering menyampaikan pesan-pesan saya. 


30. Bagi mahasiswa PhD pula, dalam setiap pertemuan, saya yakinkan mereka, saya tidak akan tinggalkan mereka. Mereka bukan setakat harta dan kasih saya, tetapi harta negara. Saya berdoa agar mereka terus maju. 


31. Panjang catatan persaraan saya. Maaf, jika ada yang berbeza pendapat. Salam Aidil Adha.


****

Satu posting yg bisa menjentik minda & mengocak otak yg tepu, utk renung & fikir pada hakiki politik negara, bahan bicara politik kedai kopi. Wallahu'alam.

Tuesday, June 14, 2022

DAKWAH YANG HILANG


Saya ingin mengimbas satu program yang diberi nama Konvensyen Nasional anjuran Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan JAIS atas tajuk Islam dan Islamisasi Di Malaysia berlangsung empat tahun lalu di Shah Alam. Saya merasakan ia sangat relevan dengan objektif pertandingan tulisan ini, untuk sedikit sebanyak mengocak iman kita yang mungkin terlena kepada segala permaslahatan ummah yang berlaku di dalam negara kita khasnya dan di serata dunia amnya. Wacana ilmu yang sungguh intelek dan bermutu tinggi dengan pembentangan 13 kertas kerja oleh tokoh-tokoh akademik dan pentadbiran yang hebat belaka. Sewajarnya program sebegini lebih mendapat sambutan hangat oleh para pencinta ilmu, perisau maslahan ummat, dan pemikir semua. Acara dimalam terakhir atas tema Umara dan Ulama sempena penyampaian watiqah ahli kehormat PUM juga diadakan. Dato Menteri Besar Selangor hadir dan menyampaikan ucapan yang mantap dan bersemangat.

Syarahan perdana bertajuk, ‘Islam: Politik dan Perpaduan Ummah’ oleh Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid merangkap pengerusi Majlis Dakwah Negara, telah menghangatkan suasana dan mencelik mata sekelian yang hadir di majlis makan malam itu. Prof menceritakan sejarah politik negara, naratif perbalahan dan perpecahan, hinggalah kepada harapan perpaduan ummah, agar umara dan ulama’ saling berhubung dan berpaut supaya politik tidak lagi jadi pemecah tapi penyatu. Di suasana negara kita dan dunia yang dilingkungi musuh-musuh islam, matlamat terakhir mestilah untuk menegak Agama Allah. Antara masalah kita ada tiga iaitu jahil, taksub dan tiada adab. Maka kembalilah kepada ilmu. Membudaya ilmu dalam masyarakat dan jaga adab. Fahami ilmu secara mendalam hingga ke dasar, barulah bisa mencapai mutiaranya. Ilmu yang datar sekadar melahirkan pimpinan yang palsu. Taksub kepada yang palsu bisa mengundang rebah.

Dakwah adalah satu kerjaya. Kerja siapa? Kerja saya, kerja anda, kerja kita semua yang mengaku ummat Nabi. Dakwah kerja utama Nabi sepanjang hayatnya. Dakwah kerja utama para sahabat sepanjang zaman mereka. Kerja utama para ambiya, dan alim ulama selepas mereka, hingga Islam berkembang luas ke serata alam termasuklah ke kampung kita di bumi Malaysia ini. Islam itu agama fitrah. Islam itu satu-satunya agama yang Allah Pencipta Manusia iktiraf. Thats the Truth. Itulah hakikat sebenar. Maka kerja dakwah iaitu mengajak manusia kepada agama fitrah, mengajak manusia taat kepada Allah itu menjadi satu kerja saya, anda dan kita semua. Tiada pengecualian. Kerja dakwah juga adalah satu proses yang panjang. Semua kita wajar menyumbang kepada proses itu, termasuklah mencetus fikir. Trigger to think. Asas utama ialah kita menyembah Allah, bukan menyembah makhluk Allah. We worship The Creator, not His creation. Tell the Truth. Nothing but The Truth. Kena berani menegak sesuatu yang hak.

Islam itu agama yang benar dan suci. Nampakkan islam itu dipraktik dalam kehidupan. Kita tidak mahu islam diceramahkan semata atau diretorikkan. Sudah terlalu banyak kecelaruan, kemajmukan, kekucarkaciran atau disruption yang berlaku termasuklah dimedia baru yang wujud atas nama anonimiti, borderless, keyboard warrior atau multiple personality. Maka usaha tegar dan efisyen mestilah ada untuk counter keadaan ini. Ambil peluang masuk ke platform media baru dengan content kemurnian islam. Arusperdanakan islam yg sebenar. Kejayaan dan kebahagiaan itu hanya ada dengan Agama. Sebatikan diri dengan Agama. Insya-Allah manusia akan menggarap kecemerlangan yang sebenar bukan sekadar di dunia yang fana, tetapi melangkaui ke alam akhirat yang kekal abadi. Jazakallah.

*****

 

Penulis Hisham AR pemegang ijazah dari USA, adalah seorang pemerhati dan pemikir yang meminati tulisan dan diskusi intelek, duduk dalam majlis-majlis ilmu dan berkongsi pula ilmu yang didapati itu kepada masyarakat banyak terutama melalui pelbagai media termasuklah coretan-coretan santai di blog, facebook, buku dan grup-grup WA. Dengan harap ilmu yang dikongsikan termasuk dalam kategori ilmu bermanfaat yang punyai nilai sebagai saham akhirat.


--
Menuju Redha Illahi Bagi Mewarisi Syurga Firdausi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...