Please CLICK

Monday, April 1, 2013

Persatuan Songkok Tinggi


Ahli Persatuan Songkok Tinggi (PST) sangat bangga pakai songkok tinggi walaupun majoriti umat di Malaysia kini memakai kopiah. Saya perhatikan ahli PST kurang minat majlis2 ilmu, dan kalau ada pun yang minat dan berada di majlis ilmu di surau atau masjid, mereka ini sangat sensitip. Selalunya tak dapat bertahan lama, mereka akan angkat kaki meninggalkan majlis. 

Justru penganjuran majlis2 ilmu sangat tidak mereka galakkan, malah suatu masa dulu di Selangor umpamanya tidak dibenarkan sama sekali diadakan kuliah maghrib. Perkara sama berlaku di masjid2 di Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perlis dan Pahang. Sunyi dari majlis ilmu, mereka hanya galakkan masjid untuk tujuan solat berjemaah dan solat jumaat sahaja.

Sumber ilmu utama ahli PST ialah Utusan Meloya dan TV tiga suku. Minda mereka di blok daripada menerima sumber berita yang lain. Ahli PST bangga kekalkan identiti mereka dan sangat komited kepada perjuangan bangsa. Pendebatan secara terbuka dan gentlemen yang mengajak penilaian yang intelek oleh para odian sangat fobia untuk mereka dan menjadi polisi untuk seboleh mungkin mengelakkannya.

Menjadi trademark PST untuk menaja para peserta untuk hadir ke majlis2 anjuran mereka supaya tampak meriah dan mendapat sambutan hangat. Tajaan itu termasuklah penyediaan transport, makan minum, sumbangan wang ringgit, gift pack dan cabutan bertuah. Majlis yang dikembarkan dengan ekspo dan hiburan artis seperti 'jom heboh', pameran atau pelancaran produk/event sangat ditonjolkan bagi menarik orang ramai. Tanpa tajaan atau pakej seumpama itu agak mustahil untuk mendapatkan jumlah penyertaan yang ramai atau yang dapat memenuhi padang atau dewan. 

Kehadiran peserta yang ramai melalui tajaan dan insentif tadi termasuklah melalui paksarela akan di canang sepenuhnya melalui seluruh saluran media arus perdana yang 100% di kontrol mereka untuk mempromosi sokongan padu rakyat. 

Pada bulan lepas di kawasan saya ada di adakan majlis 'sepetang bersama PST' pada hari isnin iaitu hari bekerja pada pukul 3 petang di perkarangan masjid. Penduduk setempat manalah ada pada masa begitu, semuanya keluar bekerja. Maka peserta import lah yang terpaksa memenuhi khemah. Dan sudah tentulah Utusan Meloya dan TV tiga suku akan menyiarkan video dan gambar majlis yang ramai peserta itu, seolah-olah penduduk kawasan ini memberi sokongan padu mereka. Itulah modus-operandi PST dulu kini dan selamanya untuk membrain-wash rakyat jelata bagi menyokong mereka.

Ahli PST ini mempunyai pendirian kukuh dan tidak akan berganjak dalam menyokong agenda parti. Bagi mereka politik adalah kuasa, kuasa dapat menjana wang ringgit. Itulah yang penting, kuasa dan wang ringgit. Walaupun di sana ada penyelewengan, penipuan atau rasuah akan dipejam sebelah mata. Ia sudah sebati manjadi budaya. Semua ahli PST sudah arif dan faham.

Di ceruk2 kampung perlakuan ahli PST lebih menonjol untuk menjadi ejen pembangunan atau wakil yang mengagihkan bantuan seperti subsidi baja, subsidi benih pokok, subsidi berok, subsidi batu jalan, bantuan kewangan, dan infra struktur untuk orang kampung. Penduduk atau kawasan yang dikenali sebagai bukan pro PST akan dianaktirikan tahap maksima. Dengan itu ahli PST sangat asobiyyah dan berlagak hebat mengajar orang kampung seolah-olah apa yang diagihkan itu harta mak bapak dia, bukan dari dana rakyat atau amanah rakyat.

Sudah tentu antara kelebihan menjadi ahli PST ialah soal kebendaan dan kemewahan hidup. Jarang mereka ini tidak bergerak ke sana sini dengan kereta mewah, memiliki rumah yang besar dan pemilik pelbagai projek dan peluang perniagaan. Soal dosa pahala bukan perkara utama. Yang penting hidup mesti sedap dan bergaya. Antara dalil pegangan PST ialah, "Orang agama pun kalau tak solat masuk neraka juga."

Di akhbar Berita Hairan hari ini (2/4/13) terpapar tajuk utama, "Parlimen bubar seawal esok." Perdana Menteri dijangka buat pengumuman selepas mesyuarat terakhir Kabinet. Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR menyatakan, "Jika Parlimen dibubar esok, SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi." Komen saya ialah, "Bubar je lah, apa yang takut sangat ni?"

Pemimpin PST menegaskan pemimpin pembangkang hanya mahu kejar cita-cita politik. Boss PST kata, "Masa untuk tamatkan karier Anwar, Nik Aziz, dan Lim Kit Siang." 

Dalam era teknologi maklumat rakyat didedahkan oleh media alternatif dan ceramah2 politik. Rupanya Selangor di bawah BN dulu ada rezab tunai sekadar RM400 juta sahaja berbanding di bawah pengurusan efisyen PR mengumpul rezab negeri berjumlah RM2,600 juta. Dalam merakyatkan ekonomi Selangor Kerajaan Selangor sudah membelanjakan RM620 juta memberi bekalan air percuma kepada rakyat Selangor setakat ini. Agihan kepada rakyat bukan agihan masuk poket sendiri.

Rupanya harga air di Johor paling mahal RM0.91 se liter berbanding harga air di P.Pinang yg di jajah PR cuma RM0.31 se liter. PR hanya perlukan RM10 Bilion daripada keuntungan RM80 Bilion setahun Petronas atau daripada keuntungan RM80 Bilion setahun total eksport komoditi untuk memberi pendidikan percuma hingga ke peringkat IPTA kepada anak2 kita. 

Tapi ahli PST peduli hhapa? Lagi pun Utusan Meloya dan TV tiga suku tak pernah citer pun. Yang depa citer kerajaan akan bankrup kalau melaksanakan plan PR itu.

Sudah tiba masanya rakyat Malaysia membuat pilihan barisan kepimpinan dan kerajaan bagaimanakah yang diinginkan. Peluang di depan mata. PRU13 is around the corner.

Walau mungkin ada pelbagai penipuan atau perlakuan diluar tabii akan berlaku, namun sebagai rakyat tunaikanlah tanggung-jawab dan amanah untuk memilih pemimpin yang benar, supaya di hadapan Allah nanti ada jawaban yang dapat diberi, "Saya sudah menjalankan amanah sebagai pengundi." 

Kita merancang dan Allah juga merancang. Kita doakan semoga akan tertegak sebuah kerajaan yang hebat, adil dan amanah. Amiin.

@@@

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...