Please CLICK

Sunday, April 7, 2013

Kelompok Atas Pagar dan Pengundi Baru Idaman Hati


Para penyokong BN akan pangkah BN dan para penyokong PR akan pangkah PR, insyaAllah. Datanglah fakta atau auta, mereka ini rasanya akan tetap dengan pendirian masing2. They have make-up their mind, no two way about it. Kecualilah timbul undi protes. Protes pasal calon atau pelbagai isu last minute. Ok kita settle kumpulan penyokong tegar parti masing2 ini. Mungkin 70% daripada jumlah pengundi adalah dalam ketogari ini.

Kumpulan penentu ialah kelompok atas pagar. Siapa mereka? Pengundi yang masih 50-50 nak pangkah BN atau depa nak pangkah PR. Tak sure lagi bro, tengok keadaan. Hayyaaa...ini macam orang pun ada ka? Ada dan memang ramai. 

Majoritinya kelompok non-partisan dan tidak ada pendirian jelas, bagai lalang di tiup angin. Mereka ini perlu di tarbiyah (tapi jangan di rasuah). Ingat dosa pahala. Cari mereka. Beri pencerahan kenapa perlu pangkah PR. Usaha anda mungkin boleh menarik mereka menyokong PR. 

Kalaulah seorang dapat mempengaruhi seorang kawan yang 'atas pagar' ini untuk pangkah PR, maka harapan PR untuk menang majoriti mudah ke Putrajaya makin cerah. Rasanya ada kurang lebih 25% dalam kelompok ini, sangat signifikan. Sila kerja keras kawan2 dari sekarang. Jangan sekadar syok sendiri atau sedar sendiri sahaja. Tarik kesederan mereka sama.

Last sekali kelompok pengundi baru yang berjumlah 2.3 juta orang. Mungkin membentuk kurang lebih 5-10% daripada jumlah keseluruhan pengundi yang layak mengundi. Kelompok anak muda berumur 21 tahun termasuklah mahasiswa. Khabarnya 70% daripada anak muda ini adalah penyokong tegar PR, betul ke? 

Anak muda harapan bangsa. Bangkitlah anak muda demi sebuah negara di masa depan yang lebih gemilang. Pakatan Rakyat harapan rakyat. Inilah masanya untuk UBAH. Untuk menanti 5 tahun lagi sudah menjadi tidak relevan. Ini masanya untuk menobat para pemimpin yang lebih jujur, benar dan amanah.

Dalam analisa saya dan borak2 kedai mamak saya jumpa kawan dan lawan yang bermacam rehnah. Di kawasan perumahan saya yg rata2nya dari golongan pesara kerajaan, nampaknya BN pegangan mereka. Saya tak berani kacau. Ada satu rumah tu dengan bangganya siap pacak bendera BN kat pagar rumah dia. Kelompok jiran saya yang berumur 30-40an, nampaknya menyokong PR secara diam. Namun bacaan saya majoriti penduduk taman perumahan saya ini akan pangkah BN. Ish..ish.

Ada teman saya kat ofis nama dia Zamri bila bicara memang semangat giler kutuk BN, tapi tak sure lagi balik mengundi ke tak kat kampung di Kedah. Katanya mungkin sibuk dengan kerja. Hilang satu undi PR di situ. Ada mamat ni pulak umur dah masuk 30 tahun, bila saya tanya ngundi kat mana? Katanya belum mendaftar lagi. Dah dua kali dia miss PRU, aiii takdak kesederan sivik langsung. SPR pulak satu hal, sepatutnya sapa2 yang cukup umur 21 tahun kasi otomatik masuk dalam daftar pemilih saja abis cerita. Kalau SPR betul2 ikhlas la.

Kerani kat ofis saya nama dia Kak Midah, umur dah 50an tapi tak pernah pergi buang undi. Nama dalam daftar pemilih ada. Bila saya tolong check di web SPR, lokaliti mengundi dia di AU3 Keramat. Kata saya, "Pi la mengundi Kak Midah. Tempat mengundi dekat dengan rumah je tu." 

Kawan saya si Maniam pulak orang Penang, kerja di KL. Katanya, " Saya ni orang India di Penang dok tengah2. Tak sokong mana2. Nak cari makan saja dan dapat hidup aman cukup. Tahun ni rasanya saya tak nak mengundi." Tu dia ada jugak orang macam ni. 

Kawan saya si Badrol pulak satu hal, dulu tinggal kat area Batu Caves jadi namanya masih di peti undi parlimen Batu. Kata dia, "Aku maybe tak ngundi kot macam PRU12 sebab dua-dua calon cina." Hmmm...sorry la Tian Chua he he. Isteri dia pulak tak daftar mengundi pun. Kawan2 isterinya kat ofis pun ramai yang senasib (tak daftar). Aduhai malangnya.

Analogi yang disampaikan oleh Ust Azhar Idrus perihal kes tak mengundi ni sangat relevan untuk dijadikan iktibar. Di satu kampung di pinggir kota ada sebidang tanah waqaf untuk dibangunkan. Ada cadangan untuk dibangunkan pusat judi dan satu lagi cadangan untuk bina masjid. Maka para penduduk seramai 100 orang tu kena mengundi. Pak Mat malas nak keluar mengundi. Keputusannya Pusat Judi:50 undi & Masjid:49 Undi. Maka Pusat Judi Enterprise akan tersergam megah di tanah waqaf itu. Satu undi itu sangat berharga bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi when majority win. Fikir2kan sebelum mengambil pendirian untuk tidak mengundi atau suka bagi undi rosak. Undi anda penentu antara 'amal jariah' atau 'dosa jariah'.

Hujung minggu lepas sambil saya menunggu 'car wash', sempat bertegur sapa dengan seorang pemuda. Dia bekerja di Perodua. Tanya saya, "Mengundi di mana?" Jawabnya di Tumpat Kelantan, first time nak mengundi. Tanya saya, "Balik Mengundi tak?" Jawabnya, "Balik tapi kena apply cuti. Mengundi berapa haribulan?" Saya nampak semangat dia nak mengundi kali pertama. Saya kata, SPR hanya akan meeting pada hari Rabu ini dan selepas itu baru boleh mengistiharkan hari penamaan calon dan hari pembuangan undi. "Saya nak claim ticket balik kat mana dan dengan sapa bang? Dengar cerita dapat RM300." Tanya pemuda itu. Jawab saya, "Saya pun tak tahu. Cuba la tanya kawan2 yang lain"

Di kantin tempoh hari saya yang gemar provok topik2 hangat soal politik berborak santai dengan kawan2 sambil minum. Ada seorang pegawai ni dengan nada sinis mengomen, "BN ni buat baik macamana pun orang tak percaya, itu yang masalahnya. Keluar apa2 kat TV atau paper walaupun benar orang kata tipu." Hmmm...betul jugak analisa itu. Mungkin kerana berita TV dan akhbar yang terlalu banyak menyogokkan berita2 untuk kepentingan politik yang berat sebelah dan gagal berfungsi sebagai media yang neutral dan tidak berpihak. Ini sedikit sebanyak boleh mempengaruhi pengundi atas pagar dan pengundi baru, ada pro & con samada untuk menyokong atau tidak sesuatu parti itu. Bagi penyokong tegar no issue.

Ustaz Wan tika sembang2 di anjung masjid minggu lepas bagitau pada saya ada satu program yang dia hadir mendengar ucapan pemimpin yang berucap menyatakan sokongan padu rakyat di sini dan memberi contoh kedatangannya tadi di iringi 5,000 pemuda bermotosikal, lalu Ustaz pun menoleh mencari2 mana dia pemuda2 bermotosikal ini. Yang Ustaz nampak mungkin tak samapai 50 orang pun pemuda bermotosikal ini. Kata Ustaz, "Inilah contoh penipuan melampau oleh berita di TV hingga kita naik meluat sampai tahap nak muntah." Pemimpin itu pun tidak malu untuk berdusta depan kamera TV memberi ucapan sedemikian....ish ish.

Kesimpulannya, kelompok atas pagar dan pengundi baru idaman hati BN dan jugak PR. Kebijakan masing2 untuk menambat hati kelompok ini bakal menentukan kemenangan di 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN. 

Sayugia diingatkan bagi 222 kerusi parlimen itu khabarnya 150 adalah kerusi melayu, 42 kerusi cina dan 30 kerusi campuran. Untuk mendapat kemenangan majoriti mudah bagi membentuk kerajaan persekutuan BN atau PR perlu menang 112 kerusi. Untuk setakat hari ini khabarnya PR bisa menang 100 kerusi. Maka 12 kerusi lagi mesti dicari. Usaha gigih menarik undi dari kelompok pengundi atas pagar dan pengundi baru adalah kuncinya. Mereka adalah lubuk emas. Selamat berjaya !!

@@@

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...