Please CLICK

Tuesday, April 2, 2013

Parlimen Sudah Bubar




Alhamdulillah penantian sekian lama sudah berakhir dengan pembubaran parlimen yang di umumkan DS Najib sebentar tadi. InsyaAllah rakyat sekelian akan menunaikan hak memilih pemimpin terbaik untuk membentuk kerajaan baru persekutuan dan juga kerajaan negeri. 

Kini rakyat menunggu pengumuman SPR untuk tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi yang mana SPR mesti menentukannya dalam masa 60 hari ini.


*****


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen jam 11.35 pagi ini, 3 April 2013, tepat empat tahun selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Sehubungan itu, beliau meminta semua ketua-ketua kerajaan negeri menghadap ketua-ketua negeri masing-masing untuk membubarkan DUN di setiap negeri selain Negeri Sembilan yang terbubar dengan  sendiri.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin mengiringi beliau ketika membuat pengumuman itu.

Dalam ucapannya, Najib berjanji sebagai pemimpin kerajaan yang ada, akan memastikan jika berlaku peralihan kuasa, ia akan berlaku dalam keadaan aman selepas pilihan raya umum nanti.

Beliau juga memberikan jaminan keselamatan untuk semua rakyat yang akan keluar mengundi di kawasan zon keselamatan di Lahad Datu.

Dengan pembubaran ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai masa 60 hari untuk menentukan tarikh pengundian dan penamaan calon.

Pagi tadi Najib telah menghadap Yang Dipertuan Agung untuk memohon perkenan baginda bagi membubarkan Dewan Rakyat.

******

Sebagai rakyat Malaysia, kita mengharapkan sebuah kerajaan yang bertanggung-jawab dan amanah supaya kekayaan negara dapat dikecapi bersama. Kita tidak mahu lagi ketirisan ekonomi yang berleluasa kini terus tidak terkawal, kerana ia sangat membebankan rakyat yang terpaksa membayarnya dengan kenaikan harga barangan dan kos hidup. 

Kita mahu pengurusan ekonomi yang lebih efisyen yang boleh meningkatkan lagi taraf hidup dan kesejahteraan rakyat oleh sebuah kerajaan yang peka kepada kebajikan dan kesenangan rakyat, bukan hanya memikir kesenangan kelompok2 tertentu sahaja. 

Kita mahukan barisan pemimpin yang gheti dosa pahala dan faham agama untuk memacu uamat kepada menuju redha Allah. Negara Malaysia yang aman damai dan sejahtera ini boleh meningkat ke tahap yang lebih baik insyaAllah.

@@@

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...