Saya came across sebuah artikel perihal politik di Malaysia yg agak fresh dan menarik. Wajar untuk di kongsikan sebagai satu drp beberapa kemungkinan yg bisa tercetus. Ini sekadar info dan halwa bacaan "as is" bagi para pembaca blog Politikus. Bukan sebagai bahan bukti dan bahas di court of law. Read at your own risk. TQ.
*****
Kerajaan Campuran Baru (ada wakil dari semua Parti Politik) dibawah pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah bagi meredakan kemelut
Ini hanyalah sekadar info awal dan masih belum Sahih. Tunggu sehingga pengumuman Sah dan Rasmi dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri
Semua Ahli Parlimen, tidak ada seorang pun yg mendapat sokongan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri termasuklah Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Manakala Tun Dr Mahathir juga tidak cukup majoriti, Anwar Ibrahim tidak cukup majoriti, Shafie Apdal tidak cukup majoriti . Zahid Hamidi, Abdul Hadi Awang dan Mohamad Sabu pun tak cukup majoriti
Agong tidak akan bubar Parlimen atas nasihat pihak tertentu berikutan pandemic Covid - 19.
Atas kuasa dan budi bicara Agong yang sudah termaktub dalam Perlembagaan, Agong boleh melantik seorang Perdana Menteri Interim (sementara) dan Menteri- Menteri Interim untuk satu tempoh masa yg tiada had, sehingga PRU ke-15. PM Interim tidak boleh digulingkan, tidak disingkirkan oleh undi tidak percaya di Parlimen.
Hasrat Agong itu akan disampaikan kpd Ketua-Ketua parti yg mempunyai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.
Menurut sumber, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razali Hamzah merupakan pemimpin yg disebut-sebut sebagai Perdana Menteri Interim
Tengku Razaleigh hanya akan melantik 19 orang Menteri Interim dalam kabinetnya berbanding 31 orang pada masa kini. Setiap Menteri mungkin akan menjaga dua atau tiga buah kementerian.
Tidak ada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan jawatan Timbalan Menteri. Mereka akan bergerak sepenuhnya sebagai sebuah jentera kerajaan atas URUSAN SERI PADUKA BAGINDA, dibantu pegawai2 tertinggi kerajaan, agensi Kerajaan dll.
Nama 19 orang politik pemimpin daripada pelbagai parti politik dikatakan telah diangkat untuk di pertimbangkan Agong.
1. Mohamad Hassan (Senator) – UMNO
2. Ismail Sabri Yaakob – UMNO
3. Mohamad Khaled Nordin (Senator) – UMNO
4. Dr Noraini Ahmad – UMNO
5. Dr Mohd Radzi Md Jidin (Senator) – BERSATU
6. Dr Ronald Kiandee – BERSATU
7. Tuan Ibrahim Tuan Man – PAS
8. Idris Ahmad (Senator) – PAS
9. Ir Wee Kah Siong – MCA
10. M Saravanam – MIC
11. Fadillah Yusof – GPS
12. Nancy Shukri – GPS
13. Mukhriz Mahathir – PEJUANG
14. Nurul Izzah Anwar – PKR
15. Dr Xavier Jayakumar – PKR
16. Gobind Singh Deo – DAP
17. Anthony Loke Siew Fook – DAP
18. Salahuddin Ayob – AMANAH
19. Darell Leiking – WARISAN
Tengku Razaleigh difahamkan akan mengemudi Kementerian Kewangan dan Kementeri Hal Ehwal Ekonomi.
Sekadar info awal sahaja.
*****
Kebenarannya? Hanya fakta & auta yg bisa menentukan. Apa pun ini merupakan kemungkinan yg bisa terjadi yg digaris oleh pundit dan penganalisa politik tanahair berdasarkan perkembangan dan percaturan yg terkini dan luahan serta coretan yg berlegar di mukabuku dan media sosial secara amnya.
@@@
No comments:
Post a Comment