Please CLICK

Saturday, October 24, 2020

DARURAT POLITIK?


Sokongan utk TSMY mmg 50-50. DSAI pulak dok tak sabar2 nak jadi pm. Ini mewujud suasana yg tak stabil itu. Termasuklah sekelompok geng umno yg mmg bengang dgn PBBM (klon umno) ni. 

Rakyat sebenarnya rasa selesa dgn gomen of d day, without DAP. Rakyat dok fikir pasal survival je skrg ni. Rakyat dah bosan dgn agenda politik yg tak berkesudahan. 

Sepatutnya semua pakat support TSMY sampai akhir penggal ni. Then buat PRU-15, boleh la pakat bergasak. Amacam? Setuju tak?

Kalau tak setuju. Darurat kesihatan @politik la jawabnya. Nak kata anti demokrasi ka, nak selamatkan TSMY ka, nak stabilkan negara ka, nak bagi lulus budget 2021 ka, tak nak bagi usul undi tak percaya ka, nak kontrol covid-19 ka, it is up to you.  

Sambil tu mari kita hadam dua artikel yg bermanafaat mengenai topik yang berkaitan. Smoga kita lebih faham dan bukan sekadat menjadi pak hangguk. 


*****

Annuar Musa Mendedahkan Kenapa Darurat Diadakan?

By: Tan Sri Annuar Musa 

Kpd sahabat saya yg punya ilmu undang undang,terutama “constitutional experts”..bantu saya mencari jawapan perkara berikut,yg berkait dgn ketakutan rakyat terhadap penularan COVID-19:

1)PRK Bt Sapi wajib di adakan dlm tempoh 60hari dari kekosongan..Tapi rakyat minta PRK di tangguhkan dan pegawai takut utk ke zon merah.

2)Tempoh DUN Swak tamat beberapa bulan lagi dan PRN wajib di adakan.Namun semua orang takut apa yg berlaku di Sabah selepas PRN menimpa swak.Mereka minta PRN di tangguh dulu.

3)Pelbagai pihak mengugut mau menjatuhkan Perdana Menteri melalui sidang parlimen bulan depan.Jika itu berlaku maka PM boleh bubarkan parlimen dan PRU perlu di adakan.Tetapi rakyat tidak mahu pilihanraya di adakan kerana takut merebaknya COVID-19…

Undang undang mana boleh di pakai utk menangguh pilihanraya supaya KITA DAPAT MEMPASTIKAN COVID-19 terkawal dan tidak mengancam nyawa rakyat.

Kini beribu rakyat di hospital.Beribu frontliners dan anggota keselamatan terpaksa menjalani kurentin.Berbillion dana negara terpaksa di belanjakan.Itu dlm keadaan Msia di iktiraf dunia sbg negara paling berjaya mengekang penularan wabak ini..Bagaimana agaknya kalau dlm tempuh dua tiga bulan ini kita mendahulukan perebutan kuasa politik demi demokrasi di saat rakyat sedang bertarung nyawa dgn ancaman COVID-19..

Kuasa apa dan undang undang undang mana boleh kita tangguh perebutan kuasa ini??

Terima kaseh atas nasihat perundangan yg bakal di beri….

Kini jelas sudah kenapa undang-undang darurat kesihatan atau politik terpaksa dikuatkuasakan.

Ternyata ada pihak yang tidak berpuas hati pada pentadbiran yang semakin diterima oleh rakyat hanya kerana ingin terlepas dari sesuatu yang akan menyusahkan mereka.

Dan boleh saja halangan itu datang dari orang-orang yang tamakkan kuasa tanpa memikirkan keharmonian atau kesihatan orang lain.

#PoliticalLockdown

******

DARURAT UNTUK COVID-19 TIDAK MEMBAWA PEMERINTAHAN DIKTATOR

Tulisan ini adalah lanjutan tulisan awal saya bertajuk “Proklamasi Darurat Jalan Keluar Tangani Covid-19” (Berita Harian, 14 Oktober 2020). Ketika saya mengemukakan cadangan Proklamasi Darurat Covid-19 dibawah Perkara 150 bagi menghadapi wabak tersebut, ramai yang khuatir kalau-kalau ia membawa kepada pentadbiran diktator. Kerisauan ini berlaku kerana darurat seringkali dikaitkan dengan kekacauan yang memerlukan pemerintahan yang sangat tegas dan keras. 

Bahkan ada yang menimbulkan kerisauan akan berlakunya berlakunya rusuhan seperti zaman darurat peristiwa 13 Mei 1969 jika Darurat Covid-19 dikuatkuasakan. Hakikatnya, rusuhan kaum 13 Mei bukannya berlaku kerana pengisytiharan darurat, sebaliknya darurat diisytiharkan bagi menamatkan rusuhan. Sejarah membuktikan bahawa proklamasi darurat berjaya memainkan peranan sebagai jalan keluar kepada masalah sedemikian. 

Dari sudut yang lain pula, darurat bukan sahaja dibenarkan bagi menangani masalah keselamatan dan ketenteraman awam. Perkara 150 secara jelas menyebut bahawa “jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.”

Soal ekonomi disebut secara jelas sebagai salah satu sebab yang membolehkan darurat diisytiharkan.

Dalam satu kes mahkamah (kes Stephen Kaling Ningkan lwn Kerajaan Malaysia [1968]), Majlis Privi telah menyebut antara lain bahawa Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan membolehkan darurat diisytiharkan dalam skop situasi yang luas iaitu termasuklah perkara-perkara seperti peperangan, kebuluran, gempa bumi, banjir, jangkitan penyakit, dan keruntuhan kerajaan sivil.

Melihat kepada hakikat ini, pengisytaharan darurat bagi mengatasi wabak Covid-19 bukan satu masalah dari sudut Perlembagaan.

Ada juga yang membayangkan bahawa proklamasi darurat akan menyebabkan negara diperintah oleh pihak tentera dan seluruh negara tertakluk kepada perintah berkurung. Tanggapan ini jauh dari hakikat sebenar. Dari sudut pemerintahan, Proklamasi Darurat Covid-19 tidak akan mengubah bentuk pemerintahan sedia ada.

Kerajaan tetap boleh berfungsi seperti biasa kerana perubahan fungsi kerajaan di peringkat kementarian dan negeri-negeri tidak diperlukan bagi menangani Covid-19. 

Apa yang berlaku ialah pemberian kuasa secara jelas dan teratur kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menangani Covid-19. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan diisytiharkan, peranan aktif MKN telah digerakkan untuk menangani wabak ini. Tetapi dari sudut kuasanya agak kurang jelas dan janggal. Masalah ini dapat diatasi dengan proklamasi darurat. Hal ini telah saya perincikan dalam tulisan yang lepas.

Selain itu, ada juga yang menganggap bahawa Proklamasi Darurat Covid-19 akan menyebabkan negara berada di bawah pemerintahan MAGERAN atau Majlis Gerakan Negara seperti yang berlaku selepas peristiwa 13 Mei 1969. 

Persepsi ini juga menambahkan ketakutan kepada Proklamasi Darurat Covid-19. Istilah MAGERAN atau seumpamanya tidak wujud dalam Perkara 150. Ia ditubuhkan bagi membantu Pengarah Gerakan Negara yang diberi kuasa oleh Yang Di-Pertuan Agong untuk melaksanakan kuasa-kuasa perlu dalam tempoh darurat.

Soalnya apa perlunya MAGERAN pada hari ini, sedangkan kita sudah ada MKN? MKN ditubuhkan pada bulan Julai 1971 setelah MAGERAN dibubarkan pada tahun yang sama. MKN diberi peranan untuk menjalankan kuasa-kuasa yang diperuntukkan di bawah ordinan-ordinan Darurat dan perintah-perintah di bawahnya. 

Pada tahun 1979, fungsi dan punca kuasa MKN kemudiannya dikemaskini melalui Arahan MKN No. 1 yang bersandarkan kepada Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979. Kedudukan ini berkekalan sehingga darurat ditamatkan secara rasmi dan akta ini dimansuhkan pada 21 Jun 2012. Pada hari ini MKN melaksanakan kuasanya secara lebih jelas dan tersusun melalui akta khusus iaitu Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 (Akta 776).

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa darurat yang diisytiharkan pada tahun 1969 berkuatkuasa secara rasmi dalam tempoh 43 tahun sehingga ia ditamatkan secara rasmi pada tahun 2012. Dalam tempoh berkenaan beberapa ordinan darurat dikekalkan dan digunakan oleh kerajaan dalam pendakwaan dan pentadbiran. Hakikat ini membuktikan bahawa kedudukan negara dalam keadaan darurat bukanlah satu masalah sehingga boleh menghakis amalan demokrasi dan perlindungan hak asasi rakyat. 

Oleh yang demikian, Proklamasi Darurat Covid-19 tidak perlu menjadi satu polemik atau ketakutan kepada rakyat Malaysia.

Kita mengharapkan dengan diisytiharkan Darurat Covid-19, penguatkuasaan peraturan dan arahan berkaitan usaha menangani wabak Covid-19 termasuklah melalui Perintah Kawalan Pergerakan dan langkah-langkah lain dapat dilaksanakan dengan lebih lancar. Selain itu, ia juga mampu menyediakan mekanisme yang dapat mengelakkan rakyak terjebak dalam pilihan raya umum dalam tempoh wabak ini. 

Mudah-mudahan negara kita dan dunia segera dikeluarkan dari dugaan dan cabaran wabak yang luar biasa ini. 

Oleh:

DR MUHAMMAD FATHI YUSOFFELO PENYELIDIK (UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBANGAAN)UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

17 OKTOBER 2020

****

Hari ini (24/10/2020) sahaja, ada 1,228 kes baru Covid-19. Keadaan menjadi bertambah buruk. Kalau kerajaan tidak kuat dan gagal kontrol situasi pandemik ini, maka negara bisa menuju kemusnahan dan kacau bilau. Kita tidak boleh berada dlm keadaan yg tidak menentu. Gomen of day mesti diberi ruang untuk bertanggung jawab menjaga hal ehwal negara dan kebajikan rakyat. 

Kena ada kerajaan yg stabil. Jika setiap peluang diguna untuk menjatuhkan kerajaan yg ada maka negara menjadi tidak stabil. Ekonomi akn terus merundum dan ketenteraman negara juga terancam. 

Itu juga alasan yg di nyatakan oleh DSAI untuk mewujudkan kerajaan yg stabil dan mengembali keyakinan pelabur. Sedangkan jika semua pihak support gomen of d day dan tidak cuba menukar kerajaan pada masa krisis kesihatan ini, sudah tentu kita bisa mewujudkan kerajaan yg stabil itu yg boleh menarik keyakinan pelabur dan menjaga kebajikan rakyat, lebih prihatin rakyat. 

Ini bukan masa untuk bertelagah politik. Tonjolkan jiwa besar kita. Ketepikan segala perbezaan dan permusuhan. Tumpukan kpd titik persamaan demi membela dan menjaga sebuah negara tercinta. Darurat akan diistihar atau tidak adalah bergantung kpd segala faktor yg telah terhidang itu. 

Pilihlah untuk jadi politikus yg baik, atau menjadi tikus yg mencemar dan merosakkan. Sama2 kita renung dan fikir. 

Jazakallah.

@@@



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...