Please CLICK

Sunday, October 25, 2020

HALATUJU KERAJAAN


Suspense telah berakhir. YDPA telah membuat keputusan. Semua rakyat Malaysia wajar akur.

Menurut Al-Sultan Abdullah baginda amat mempercayai keupayaan kerajaan untuk terus melaksanakan dasar dan penguatkuasaan bagi membendung wabak Covid-19.

Walaupun darurat tidak diisytiharkan, Agong mengingatkan ahli politik agar menghentikan segera segala politicking yang boleh menggangu kestabilan pemerintahan negara.

Sesiapa yg menganggu gugat kestabilan kerajaan sedia ada wajar dikenakan tindakan tegas.

*****

Dari Sinar Harian:

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dicapai selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperhalusi permohonan dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu hari ini.

Menurut beliau, selepas melihat situasi yang sedang dihadapi negara, Al-Sultan Abdullah merasakan kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak Covid-19 dengan baik dan berkesan.

Katanya, Seri Paduka Baginda amat mempercayai keupayaan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak Covid-19 itu dari terus merebak.

Kendatipun begitu, Seri Paduka Baginda ingin mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politiking yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara.

Al-Sultan Abdullah turut berpendapat bahawa tiada perlunya Ahli-ahli Parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mengganggu-gugat kestabilan kerajaan sedia ada.

*****

Dgn kata lain everybody should support government of the day. Tak payah ganggu gugat nak jatuhkan @gulingkan kerajaan yg ada. 

Skrg bagi ruang utk gomen stabilkan ekonomi, handle masalah covid-19, dan jaga kebajikan rakyat  

No more politiking keterlaluan. Rakyat pun dah muak, tahap muntah hijau. 

Tunggu PRU-15 lah semua ya, then biar rakyat pilih sapa yg akn jadi gomen.

@@@

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...