Please CLICK
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Wednesday, July 22, 2015
Malaysia Tanahair Ku
Tika muhasabah di Syawal ini, terlintas pula persoalan di minda, "Apakah legasi atau jasa yang mahu kita tinggalkan untuk anak cucu cicit kita?" Tidak dapat tidak isu2 terkini di tanahair tercinta bumi Malaysia ini mula mari satu persatu. Apakah harus senyap tak mahu peduli sahaja atau kena juga buat sesuatu sekadar termampu?
Maka isu 1MDB menjadi sesuatu yang hangat tika ini. Katanya isu ini boleh menjatuhkan seorang berpangkat PM dari takhtanya. Maknanya isu 1MDB ini sesuatu yang sangat besar. Bak kata Jamal pemuda Sabah yang menetap di Pasir Gudang, " Besar sangaaat..."
Ada satu kisah penjenayah berat yg di jatuhi hukum gantung sampai mati, "Saya tidak bersalah," katanya sejurus sebelum mati di gantung.
Budaya tak mengaku salah memang sononim dgn politik Malaysia. Tak ada istilah gentleman letak jawatan kerana mengaku salah atau berpegang kpd prinsip.
Jauh beza kita dgn Jepun, Korea dan negara2 Eropah. Silap haribulan letak jawatan saja depa ni sebab depa ada kemaluan besar bila gagal soal maruah pegang amanah rakyat.
Bila timbul isu 1MDB ni pun gitu la juga. Walau banyak benar lapuran terperinci di sebarkan untuk tatapan tapi penafian demi penafian akan terus di mainkan. Walau hutang berpuluh bilion asbabnya. Sapa nak mengaku, ye tak? Too much at stake. Between life n death I presume.
Bukan mudah utk kekal dlm perjuangan. Teruja bila PR mng 52% undi popular pd PRU lalu. Justru bila PR retak, harapan agar sistem dwi parti PR vs BN trus matang kini berkecai smula.
Insya'Allah kemenangan jua kpd Islam. Mungkin tidak d generasi ini. Itu pentingnya istiqamah dan sabar d kala akal rasa tercabar.
Legasi apa yg mahu kita tinggalkan? Usha, desakan dan luahan agar pemimpin2 yg tidak amanah di musnahkan once and for all agar rakyat terbela bukan terus di susahkan.
Bila cucu cicit tanya, boleh la jawab "Atok dah lakukan semampu nya, bukan duduk do nothing."
Thursday, April 2, 2015
GST Komen
Negara kita yang tercinta mula implement GST pada 1 April 2015. Pelbagai komen perihal GST terpapar di pelbagai media untuk tatapan umum. Ada yang pro dan ada yang kontra.
Semua individu berhak menyatakan pandangan masing2 di negara yang mengamalkan demokrasi dan hak asasi bersuara. Tiada lagi zaman di mana pihak pemerintah sahaja yang mendominasi apa saja polisi atau pandangan umum yang mereka ingini.
Isu GST adalah sesuatu yang memberi impak besar kepada orang ramai.
Jika di negara2 maju seperti Jepun, Australia atau Perancis topik2 besar begini di bahaskan secara benar, terbuka dan komprehensif di siaran langsung TV sidang parlimen.
Juga ruang pendapat umum di ambil kira secara serius. Namun di Malaysia rasanya suasana begitu masih samar.
Maka para pemikir dan pencakna masyarakat akan mencari sebarang ruang dan platform bicara bagi menyatakan their piece of mind.
Atas semangat ini saya paparkan beberapa coretan untuk provok suis fikir kita semua perihal perlaksanaan GST yang di jolok masuk bersama kahak ke lubang tengkuk rakyat semua untuk terpaksa di telan jua walau pun pahit atau seloya mana pun rasanya.
**********
Komen salah seorang pencakna gedebe dlm FB Tan Sri Anuar Musa (dalam loghat Kelantan)...
Tan Sri menatey apo kalu tokleh nk belo raky at? Wat kejadoh apo dale Parlimen puok2 MP nih kalu xleh nk bahas usul di Parlimen? Tgk feedback rakyat la gilo.! Dale paper, dale facebook, twitter, email kpd putrajaya.. Feedback 99% tok setuju GST di implement lagi buat waktu ni. Menatey apo puok mung nih?
Tan Sri/ Dato Seri/ Tun/Dato Datin tuh pangkat kah blako, hakikat puok mung nih manusio bodo jah.! UMNO sdiri pun ramai ahli miskin papo kedano.! Puok mung majoriti dale Parlimen, tapi xleh nk bahas usul nih. Tgk jurang antara pendapatan & perbelanjaan la dlu gilo.!! Gaji minima RM3.60 paling rendoh di dunio dale ranking negaro2 laksana GST.
Duk kiro nga UK Australia, demo tu takpo la GST 10% sbb gaji minima dio AUD$15 per hour. Bersamaan RM45-50 sejam kijo! Bukey RM3.60 serupo hok Tan Sri bakul sapoh buat perbandingan tuh.! Otok ado otok? Ko takdok? Maah la kurey ajar nih. Puok2 mung nih tggu mapuh belako baru aman Malaysia. Nati puok mung mati,aku nk gi tabur duit atah kubur.. Tggu.!
Mohon Tan Sri baco pah komen deh. Nk komen kure ajar jgk pun takpo mugo aku hok start dulu..
Tan Sri nk kecek pasal ekonomi ko pasal gapo2 ko dipersilakan. Ambo laye belako. Nk tgk jgk otok Tan Sri ni balance ko dok antara logik dan tak logik. Ado otok bakali, cumo tak balance jah dok? Gilo taksub UMNO telajok sapa nasib rakyat Ketereh di perjudikan.
Tan Sri dale parlimen mewakili rakyat Kok Lanas Ketereh Kadok, malah Kelate amnya. Tan Sri tokleh ko bangun buwi ucapan n bahas usul GST dgn fakta bahawasanya rakyat Kelate ramai miskin.! Tv suratkhabar pun oyak sokmo rakyat Kelate miskin. Pahtu? Babi apo gi sokong GSt nyo gilo?
MP negeri lain tu biarlah mugo bodo sokmo. Harap ko PR jah bangkang, puok2 UMNO pun keno bangkang jgk bendo2 zalim gini.
So lagi, jange buat comparison dgn Australia. Ambo duk australia 4tahun doh Tan Sri. Duk bayar GST 10% selamo ni ambo relo sbb apo? Sbb australia ni bukan negaro Islam, ikut dio lah nk wat cukai pun.
Ambo bayar atas dasar ambo kijo dale negaro dio, keno taat kpd pemerintah walau bukan Islam. Bezo dgn negaro Islam, tokleh kenakan cukai kpd org miskin. Terkecuali cukai tanah cukai kedai/perniagaan pendek kato cukai utk org kayo2 srupo Tan Sri je la buleh.!
Australia implement GST 10%, tgk fakta berkenaan Australia deh: pahtu baru pikir la nk wat comparison tuh.
- Australia negaro paling tinggi menetapkan gaji minima iaitu sebanyak $15 per hour (gaji minima paling mahal di dunio).
- Australia memberikan pendidikan percuma kpd citizen n PR. Sehingga ke peringkat PhD.
- Elaun PR n citizen sehingga $2000 sebulan
- Elaun anok2
- Elaun jobless(penganggur) pun buleh pitih.!
- Highway percuma tak terhitung byk dio. Highway berbayar pun paling mahal $6 jah
- Freeway menghubung antara negeri ke negeri lain FREE! Rakyat bleh pilih ado 6 highway percuma kalu nk gi KL dari KB (contoh), kito? Jale rayo ado so jah. Masuk Karak keno tol puluh2 riyal. Bodo dok?
- Elaun org tuo
- Pensioners xperlu risau masa tua terjamin
- Kuli batok pun pakai Honda Type R, cleaner pakai skyline, postman pakai Audi. Malaysia? Cleaner jale kaki.!
- Public transport no.1 di dunio! Tram percuma (LRT percuma dlm bandaraya melbourne)
- Train muroh
- Flight muroh
- Bus muroh
- Harga kereta 10kali ganda lagi muroh berbanding Malaysia, even harga keto Proton pun muroh di Australia lagi. Tan Sri nok bahas isu proton dok? Mari ah.
- Tahap keselamatan dlm negaro no.1 di dunia.
Ekonomi mcm tahik tp cukai kiri kanan keno.! Bodo la puok mung nih duk wat babi apo dale Parlimen eh? Pikir nasib rakyat ko pikir pitih poket puok mung jah?
Tan Sri, just one word from me. Honestly...
BODO!
**********
Harapnya Tan Sri Anuar Musa berani menjawab komen menarik daripada peminatnya ini walaupun pedas dan kurang ajar. Kerana di sana sarat dengan pelbagai poin dan fakta yang masuk akal.
Teringat saya ucapan YM Kuli di dewan rakyat bulan lalu yang menyoal peranan para wakil rakyat apakah sekadar pak angguk atau wakil yang membela hak, nasib dan cara hidup rakyat?
Kuli menyarankan supaya perlaksanaan GST ditangguhkan kerana kepayahan rakyat sudah memuncak. Usahlah di sukarkan lagi.
Juga Kuli mahu kerajaan menyatakan secara telus objektif perlaksanaan GST ini. Apakah tujuan utamanya untuk menampung hutang Putrajaya yang sudah tidak tertampung?
Kita lihat pula jawaban seorang menteri yang pakar dalam soal ekonomi perihal GST ini.
**********
Penjelasan mengenai GST daripada Dato' Sri Abdul Wahid Omar:
Assalamualaikum WBT & salam sejahtera.
Akhirnya, terlaksana juga sistem cukai barangan & perkhidmatan (GST) mulai hari ini, 1 April 2015. Pelbagai komen & reaksi orang ramai. Ada juga yang masih mempolitikkan isu ini. Izinkan saya memberikan sedikit pengamatan / pencerahan :
1) GST 6% ini menggantikan cukai jualan 10% & cukai perkhidmatan 6%. Ia bukan cukai tambahan.
2) Kadar 6% yang dikenakan adalah yang terendah di ASEAN dan antara yang terendah di dunia. Sebagai contoh, kadar di Singapura 7%, Thailand 7%, Indonesia 10%, Vietnam 10%, Filipina 12%. Di Australia 10% dan di UK jauh lebih tinggi iaitu 20% .
3) Untuk mengurangkan kesan kenaikan harga barang kepada rakyat, Kerajaan telah memperluaskan senarai barangan asas yang dikenakan kadar sifar atau terkecuali dari GST. Ini termasuk barangan makanan asas seperti beras, gula, minyak masak, ayam, daging, ikan & sebagainya, ubat-ubatan, buku-buku dan minyak petrol RON95 & Diesel. Berdasarkan pengiraan Kementerian Kewangan, kesan GST terhadap kadar inflasi adalah peningkatan sebanyak1.1%. Memandangkan kadar inflasi sekarang adalah pada kadar 1-2%, purata kadar inflasi untuk tahun 2015 dijangka sekitar 3%, satu kadar berpatutan & antara kadar terendah di rantau ini.
4) Tidak semua harga barang & perkhidmatan akan naik. Ada juga yang turun seperti harga kereta yang turun 2-3%. Proton menurunkan harga sehingga RM1,475 seunit manakala Honda antara RM500 hingga RM2,500 seunit.
5) Semasa pelaksanaan GST diumumkan dalam Bajet 2014 pada 25 Oktober 2013, Kerajaan juga telah mengumumkan langkah 'pengimbangan' seperti pengurangan cukai pendapatan individu antara 1-3%, pengurangan cukai pendapatan korporat dari 25% kepada 24% dan pengurangan cukai perusahaan kecil & sederhana dari 20% kepada 19%. Pemberian BR1M isirumah berpendapatan RM3,000 kebawah sebulan juga ditingkatkan dari RM500 ke RM650 manakala isirumah berpendapatan RM3,000-4,000 sebulan mula diberikan BR1M RM450 buat pertama kali. Seterusnya dalam Bajet 2015, jumlah BR1M telah dinaikkan masing-masing kepada kepada RM950 & RM750 . Untuk individu bujang berpendapatan RM2,000 kebawah pula, BR1M dinaikkan kepada RM350. Ini semua bertujuan untuk meringankan impak kenaikan harga barang.
6) Ada peniaga yang merungut tidak diberikan masa yang cukup untuk membuat persediaan GST. Sebenarnya masa 17 bulan yang diberikan adalah munasabah & mencukupi. Mereka yang masih tidak bersedia kebanyakannya berlengah pada peringkat permulaan. Ada juga yang sengaja mengharapkan agar GST tidak dilaksanakan kerana dengan adanya GST, adalah lebih sukar untuk mengelak dari membayar cukai pendapatan.
7) Seperti dalam mana-mana pelaksanaan sistem baru, memang akan terdapat isu-isu pelaksanaan (teething problems) di peringkat awal. Untuk itu, Kerajaan telah mewujudkan GST hotline Jabatan Kastam1300888500 dan KPDNKK 1300886800. Kunjungi laman sesawang gst.customs.gov.my untuk maklumat lanjut.
8) Tujuan asal pelaksanaan GST adalah untuk memperluaskan asas percukaian negara memandangkan kita hanya ada 2 juta pembayar cukai, satu jumlah yang kecil berbanding jumlah rakyat Malaysia seramai 28 juta. GST adalah cukai penggunaan (consumption or indirect tax)dimana mereka yang berbelanja lebih adalah dari kalangan mereka yang berpendapatan lebih. Ini juga selaras dengan langkah konsolidasi fiskal yang mensasarkan bajet seimbang menjelang 2020. Dengan peningkatan pendapatan Kerajaan, kita bukan sahaja dapat mengurangkan defisit fiskal kita malah dapat melaksanakan banyak projek pembangunan yang tertangguh sebelum ini seperti pembinaan jalanraya, jambatan, sekolah, hospital, klinik desa, dll.
Marilah kita sama-sama menjayakan sistem percukaian yang baru ini. Memang tiada sistem yang sempurna (perfect). Pasti ada kelemahannya. Walau apapun, niat kita murni. InsyaAllah apa yang dihasratkan akan tercapai. Maaf pencerahan ini panjang sedikit. Harap ia membantu. Terima kasih.
**********
Pandangam TGHA...mengulas berkenaan pelaksanaan Cukai GST.
Tuan Guru memetik teori berkenaan ekonomi di dalam Kitab Muqaddimah tulisan Ibnu Khaldun. Kerajaan di dalam Islam tidak boleh sewenang-wenangnya mengutip cukai daripada rakyat.
Masalah berlaku apabila kerajaan bersifat boros berbelanja, kebocoran wang negara menyebabkan pendapatan negara tidak cukup.
Di dalam Islam, adanya pelbagai jenis Zakat yang dikenakan kepada ummat Islam tidak boleh dihapuskan.
Adapun cukai yang perlu dibayar oleh semua orang termasuk yang bukan Islam itu boleh dihapuskan apabila pendapatan negara sudah mencukupi.
@@@
Tan Sri, just one word from me. Honestly...
BODO!
**********
Harapnya Tan Sri Anuar Musa berani menjawab komen menarik daripada peminatnya ini walaupun pedas dan kurang ajar. Kerana di sana sarat dengan pelbagai poin dan fakta yang masuk akal.
Teringat saya ucapan YM Kuli di dewan rakyat bulan lalu yang menyoal peranan para wakil rakyat apakah sekadar pak angguk atau wakil yang membela hak, nasib dan cara hidup rakyat?
Kuli menyarankan supaya perlaksanaan GST ditangguhkan kerana kepayahan rakyat sudah memuncak. Usahlah di sukarkan lagi.
Juga Kuli mahu kerajaan menyatakan secara telus objektif perlaksanaan GST ini. Apakah tujuan utamanya untuk menampung hutang Putrajaya yang sudah tidak tertampung?
Kita lihat pula jawaban seorang menteri yang pakar dalam soal ekonomi perihal GST ini.
**********
Penjelasan mengenai GST daripada Dato' Sri Abdul Wahid Omar:
Assalamualaikum WBT & salam sejahtera.
Akhirnya, terlaksana juga sistem cukai barangan & perkhidmatan (GST) mulai hari ini, 1 April 2015. Pelbagai komen & reaksi orang ramai. Ada juga yang masih mempolitikkan isu ini. Izinkan saya memberikan sedikit pengamatan / pencerahan :
1) GST 6% ini menggantikan cukai jualan 10% & cukai perkhidmatan 6%. Ia bukan cukai tambahan.
2) Kadar 6% yang dikenakan adalah yang terendah di ASEAN dan antara yang terendah di dunia. Sebagai contoh, kadar di Singapura 7%, Thailand 7%, Indonesia 10%, Vietnam 10%, Filipina 12%. Di Australia 10% dan di UK jauh lebih tinggi iaitu 20% .
3) Untuk mengurangkan kesan kenaikan harga barang kepada rakyat, Kerajaan telah memperluaskan senarai barangan asas yang dikenakan kadar sifar atau terkecuali dari GST. Ini termasuk barangan makanan asas seperti beras, gula, minyak masak, ayam, daging, ikan & sebagainya, ubat-ubatan, buku-buku dan minyak petrol RON95 & Diesel. Berdasarkan pengiraan Kementerian Kewangan, kesan GST terhadap kadar inflasi adalah peningkatan sebanyak1.1%. Memandangkan kadar inflasi sekarang adalah pada kadar 1-2%, purata kadar inflasi untuk tahun 2015 dijangka sekitar 3%, satu kadar berpatutan & antara kadar terendah di rantau ini.
4) Tidak semua harga barang & perkhidmatan akan naik. Ada juga yang turun seperti harga kereta yang turun 2-3%. Proton menurunkan harga sehingga RM1,475 seunit manakala Honda antara RM500 hingga RM2,500 seunit.
5) Semasa pelaksanaan GST diumumkan dalam Bajet 2014 pada 25 Oktober 2013, Kerajaan juga telah mengumumkan langkah 'pengimbangan' seperti pengurangan cukai pendapatan individu antara 1-3%, pengurangan cukai pendapatan korporat dari 25% kepada 24% dan pengurangan cukai perusahaan kecil & sederhana dari 20% kepada 19%. Pemberian BR1M isirumah berpendapatan RM3,000 kebawah sebulan juga ditingkatkan dari RM500 ke RM650 manakala isirumah berpendapatan RM3,000-4,000 sebulan mula diberikan BR1M RM450 buat pertama kali. Seterusnya dalam Bajet 2015, jumlah BR1M telah dinaikkan masing-masing kepada kepada RM950 & RM750 . Untuk individu bujang berpendapatan RM2,000 kebawah pula, BR1M dinaikkan kepada RM350. Ini semua bertujuan untuk meringankan impak kenaikan harga barang.
6) Ada peniaga yang merungut tidak diberikan masa yang cukup untuk membuat persediaan GST. Sebenarnya masa 17 bulan yang diberikan adalah munasabah & mencukupi. Mereka yang masih tidak bersedia kebanyakannya berlengah pada peringkat permulaan. Ada juga yang sengaja mengharapkan agar GST tidak dilaksanakan kerana dengan adanya GST, adalah lebih sukar untuk mengelak dari membayar cukai pendapatan.
7) Seperti dalam mana-mana pelaksanaan sistem baru, memang akan terdapat isu-isu pelaksanaan (teething problems) di peringkat awal. Untuk itu, Kerajaan telah mewujudkan GST hotline Jabatan Kastam1300888500 dan KPDNKK 1300886800. Kunjungi laman sesawang gst.customs.gov.my untuk maklumat lanjut.
8) Tujuan asal pelaksanaan GST adalah untuk memperluaskan asas percukaian negara memandangkan kita hanya ada 2 juta pembayar cukai, satu jumlah yang kecil berbanding jumlah rakyat Malaysia seramai 28 juta. GST adalah cukai penggunaan (consumption or indirect tax)dimana mereka yang berbelanja lebih adalah dari kalangan mereka yang berpendapatan lebih. Ini juga selaras dengan langkah konsolidasi fiskal yang mensasarkan bajet seimbang menjelang 2020. Dengan peningkatan pendapatan Kerajaan, kita bukan sahaja dapat mengurangkan defisit fiskal kita malah dapat melaksanakan banyak projek pembangunan yang tertangguh sebelum ini seperti pembinaan jalanraya, jambatan, sekolah, hospital, klinik desa, dll.
Marilah kita sama-sama menjayakan sistem percukaian yang baru ini. Memang tiada sistem yang sempurna (perfect). Pasti ada kelemahannya. Walau apapun, niat kita murni. InsyaAllah apa yang dihasratkan akan tercapai. Maaf pencerahan ini panjang sedikit. Harap ia membantu. Terima kasih.
**********
Pandangam TGHA...mengulas berkenaan pelaksanaan Cukai GST.
Tuan Guru memetik teori berkenaan ekonomi di dalam Kitab Muqaddimah tulisan Ibnu Khaldun. Kerajaan di dalam Islam tidak boleh sewenang-wenangnya mengutip cukai daripada rakyat.
Masalah berlaku apabila kerajaan bersifat boros berbelanja, kebocoran wang negara menyebabkan pendapatan negara tidak cukup.
Di dalam Islam, adanya pelbagai jenis Zakat yang dikenakan kepada ummat Islam tidak boleh dihapuskan.
Adapun cukai yang perlu dibayar oleh semua orang termasuk yang bukan Islam itu boleh dihapuskan apabila pendapatan negara sudah mencukupi.
@@@
Sunday, August 10, 2014
Kenapa Mahu Pecat Khalid?
Kerusi MB ni memang panas. Setiap orang yang menduduki kerusi MB akan payah nak lepaskannya. Contohnya bekas MB Terengganu yang begitu mempertahankan jawatannya hingga ke lubang cacing. Namun akhirnya dia terpaksa mengalah jua oleh kehendak Presiden partinya merangkap PM.
Banyak juga kes lain umpamanya bekas KM Sarawak, gagal di gantikan walaupun pelbagai usha dilakukan. Namun kini bersara jua akhirnya dan di ganti ke jawatan yang lebih sesuai. Ada juga di sebut MB Negeri Sembilan dan MB Pahang mahu digantikan tapi setakat ini masih belum menampakkan hasil.
Jawatan MB memang panas. Jika pun muka baru dapat menggantikan muka lama yang sudah duduk di kerusi itu untuk beberapa penggal, peralihannya akan penuh luka dan parut. Contohnya kita lihat bila MB Perlis DS Shahidan Kassim dulu nak diganti, kecoh jugak. Begitu juga MB Terengganu Idris Jusoh bila mahu digantikan dengan Md Saad, kelam kabut dibuatnya.
Dua tiga menjak ini isu MB Selangor hangat diperkatakan. Bermula selepas PRU13 lagi di khabarkan Azmin Ali bercita-cita mengambil alih kerusi panas itu menggantikan TS Khalid Ibrahim. Tapi gagal. TS Khalid terus di amanahkan menjadi MB Selangor. Namun isu untuk menggantikan MB Selangor tidak padam. Kemuncaknya bila Kajang Move di laksanakan demi untuk meletakkan DSAI sebagai calon untuk posisi MB Selangor yang mungkin boleh diterima oleh TS Khalid untuk di kompromi.
Namun sejarah menentukan bahawa DSAI pula disekat daripada melaksanakan hasratnya bila dia sendiri gagal menjadi calon atas sekatan kes mahkamah. Tentunya musuh2 politik DSAI sangat tidak berkenan dan merasa terancam jika DSAI dibiarkan meneruskan cita2nya menguasai Selangor iaitu sebuah negeri termaju di Malaysia ini. Sudah tentu usaha ini akan di blok sebaik mungkin.
Maka DSWA telah menjadi calon bidang terjun menggantikan DSAI di Kajang. Tujuan asal untuk menggantikan TS Khalid masih termaktub dalam bulueprint DSAI dan PKR. Namun persepsi awam malah PAS sendiri menyatakan pendirian menyokong TS Khalid sebagai MB. Ini telah sedikit merumitkan keadaan.
Tambahan pula TS Khalid merasakan dirinya seolah terperangkap oleh keadaan. Dia merasakan prestasinya sebagai MB adalah cukup baik malah bersih daripada sebarang skandal atau salah laku. Apatah lagi sebagai MB dia berjaya memacu Selangor mancapai tahap ekonomi yang terbaik dalam sejarah.
Sebagai iktibar dan panduan kita lihat satu kisah di zaman sahabat. Khalid al-Walid panglima perang yang ulung telah dipecat di zaman puncaknya oleh Khalifah Umar al-Khattab dan dia berundur dengan patuh dan taat kerana Allah untuk kestabilan kepimpinan walaupun dia tidak bersalah malah jasanya begitu banyak memimpin angkatan perang menewaskan musuh dan melebarkan empayar penguasaan Islam. Tentu ada hikmah di sebalik penyingkiran Khalid al-Walid ini.
Kalau meneliti isu-isu yang diketengahkan kepada majlis disiplin PKR tempoh hari, ada kelihatan aspek TS Khalid yang terlupa bahawa dia pun ada bos, ada PKR dan Pakatan Rakyat hingga tidak pula mahu mematuhi keputusan atau kensensus yang di buat. Seolahnya urusan dia mentadbir Selangor usah di ajar-ajar. Dia lebih tahu. Dia merasakan rakyat yang memilih dia ke jawatan MB ini dan telah menjalankan tugas dan amanah yang diberikan dengan baik. Dalam sejarah Malaysia hampir semua MB dan KM memang liat nak letak jawatan.
Kisah Hassan Ali di pecat oleh PAS dulu pun seoalahnya ada sedikit persamaan. Dia juga merasakan telah melakukan yang terbaik dalam menjalani amanah yang diberikan sehingga acap membelakangi kehendak jemaah yang dia wakili iaitu PAS. Apakah TS Khalid juga lupa jemaah yang mencalonkan dia ke jawatan MB pada PRU12 dan PRU13 lalu iaitu PKR? Apakah PAS juga sudah lupa kisah Hassan Ali?
Mungkin PAS merasakan TS Khalid kalau mahu digantikan mestilah dengan tokoh yang lebih baik darinya. Mungkin DSWA bukan calon pilihan itu.
Kita minta jauhkan Selangor daripada kembali ke zaman pemerintahan Khir Toyo yang sanggup mengamalkan polisi untuk menghalang majlis2 ilmu daripada dilangsungkan di masjid2 dan surau2. Menjana jahil bukan alim atau budaya agama lain politik lain.
Minta Allah jauhkan kita semua dari zaman kegelapan itu. Selangor sudah berkembang jauh ke depan sebagai pusat ledakan ilmu negara terutamanya ilmu2 agama. Juga penjana rakyat yang peka pada setiap isu yang berbangkit samada bersifat tempatan atau global, pemacu kelompok intelek yang boleh renung dan fikir, bukan sekadar menjadi pak turut atau yes man semata.
Apapun sebagai rakyat marhain saya sangat berharap agar kemelut MB Selangor ini dapat selesai dengan bijaksana di meja rundingan. Janganlah ia berakhir dengan pembubaran DUN atau perpecahan Pakatan Rakyat. Perbezaan pendapat adalah hikmah. Namun akhirnya keutamaan yang lebih utama mestilah didahulukan demi kebaikan ummah, nawaitu kerana Allah. Apakah TS Khalid sewajarnya mencontohi Khalid al-Walid?
Thursday, May 1, 2014
GST or No GST?
Semalam anggaran 100,000 orang menyertai himpunan aman menyuarakan bantahan kepada perlaksanaan GST yang diumum kerajaan untuk dikuatkuasakan pada 1 April 2015.
Kenapa mereka sanggup menghabiskan masa santai cuti umum hari pekerja dengan menyertai perhimpunan ini? Bukankah lebih afdal untuk pergi shopping bersama keluarga atau berkunjung ke pusat refleksologi untuk urut kaki?
Ada seorang kawan saya, CEO sebuah syarikat memberi komen dalam grup Telegram alumni sekolah kami, "..pendapat saya GST tu bagus untuk negara sebab it is a more equitable collection of taxes...everybody pays. It is a form of consumption tax. The more you consume, the more you pay. Bagus kan? 80% of all countries in the world now practiced this form of consumption tax because it has proven to be a more effective way of tax collection. Tak ada yang tiris."
Beliau manambah, "..yang lebih penting daripada demo against GST adalah kita pantau how the tax money is spent by the Govt decision makers and the civil servants."
"This is where the biggest weaknesses are. Having a strong opposition to monitor and provide check and balance to the politicians currently in Govt is a good thing. Depa takut sikit nak buat benda2 tak senonoh."
"But politicians are not the only culprit. Government servants pun ada juga yang corrupt tapi biasanya tak makan besar macam politicians. Tapi bila ramai...amount jadi besar juga."
Kawan saya ini cukup tak suka dengan street demo, especially violent street demo. Anyway himpunan Bantah GST semalam adalah himpunan aman. Pihak polis juga memberi kerjasama yang baik, mengawal trafik dan tidak menimbulkan sebarang provokasi. Alhamdulillah.
Seorang kawan saya yang lain yang merupakan kontraktor kelas F memberi komen, "GST ni bagus untuk siapa? The government or the people? GST kena untuk semua pengguna tak kira high or low income including below poverty line. Singapore started it GST few years back at 3% while Malaysia straight at 6%. For high income group, no problem can pay 6% GST...but for the poor?"
Apa pun himpunan Bantah GST di KL semalam cukup menunjukkan ketidaksenangan majoriti rakyat perihal cukai baru on top of segala cukai yang ada selama ini. Dengan kata lain dalam suasana harga barangan mahal, kos sara hidup tinggi dan rakyat terus tertekan dengan income yang makin menurun maka rakyat terus dibebankan lagi, bukan diringankan.
Apa salahnya kalau Kerajaan bertindak untuk mengurangkan keborosan dalam berbelanja, dan mengawal ketirisan dalam ekonomi negara terlebih dahulu sebelum memilih untuk melaksanakan GST yang menekan rakyat ini?
Bagi saya, walaupun barangan asas seperti beras dan sayur tidak dikenakan GST, saya ambil contoh mudah, apakah sabun laundry, pakaian, petrol dan seumpamanya tidak dianggap barangan asas?
Jika saya belanja grocery sebanyak RM200 di Pasaraya Giant dan RM50 adalah untuk beras, sayur, barang basah (kategori barangan asas)with no GST , maka baki RM150 lagi itu akan dikenakan GST 6% iaitu RM9.
Maka saya kena bayar total RM209 kepada cashier untuk grocery kali ini. Extra RM9 yang saya bayar untuk GST di Pasaraya Giant itu sebenarnya mampu menanggung duit minyak moto kapcai saya selama 5 hari.
GST or Not GST? A vote of big NO for me. Thank you.
@@@
Wednesday, April 2, 2014
Indahnya Hidup Mengikut Syariaat
Alhamdulillah satu perkembangan positif berlaku di sini. Kalau sebelum ini ada cadangan daripada Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menggesa PAS agar membentangkan draf undang-undang hudud di Parlimen jika benar-benar mahu menyaksikan satu perubahan besar dalam pelaksanaan undang-undang Islam di negara ini. Maka kini di sambut dengan penuh semangat oleh Kerajaan Negeri Kelantan untuk moving forward.
Berikut kenyataan rasmi Dato Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan yang telah di paparkan kepada pengetahuan umum...
*****
Kenyataan Media
Yang Amat Berhormat Ustaz Dato Ahmad bin Yakob,
Menteri Besar Kelantan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Berikutan keputusan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada hari ini, 2 Jamadil Akhir 1435H bersamaan 2 April 2014M, saya ingin mengumumkan beberapa pendirian yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Kelantan berkaitan dengan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang merangkumi hukuman hudud. Ianya adalah seperti berikut :
1. Kerajaan Kelantan menyambut baik kesediaan Kerajaan Persekutuan untuk memberikan laluan kepada mana-mana kerajaan negeri termasuklah Kelantan untuk menguatkuasakan undang-undang hudud sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom baru-baru ini di Dewan Rakyat.
2. Kerajaan Kelantan dengan ini akan menyiapkan satu rang undang-undang persendirian (private bill) yang akan dibawa ke mana-mana sidang Parlimen yang terdekat oleh salah seorang Ahli Parlimen Bukan Kerajaan bagi mendapat kebenaran untuk Kelantan melaksanakan undang-undang tersebut seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan.
Ini kerana sebahagian besar dari kesalahan jenayah hudud dan qisas seperti mencuri, merompak, merogol, mencedera dan membunuh terletak dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan (Penal Code), begitu juga agensi-agensi pelaksana seperti polis dan penjara.
3. Satu rang undang-undang persendirian (private bill) juga akan dibawa bagi meminda Akta Mahkamah Shariah (Bidangkuasa) 1965 untuk memberi bidang kuasa yang lebih luas kepada Mahkamah Shariah Negeri Kelantan bagi membolehkannya menghukum sebagaimana peruntukkan dalam Enakmen Hudud.
4. Kerajaan Negeri Kelantan sedia memberi jaminan bahawa sekiranya tiada halangan dari Kerajaan Persekutuan untuk memberikan laluan kepada dua undang-undang persendirian ini dibentang dan diluluskan di Parlimen, Insha-Allah Enakman Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 paling lewat akan berkuatkuasa di Kelantan pada tahun 2015.
Sekian, salam hormat.
(Ustaz Dato Ahmad bin Yakob)
Menteri Besar Kelantan.
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 2 Jamadil Akhir 1435H bersamaan 2 April 2014M
*****
Jika benar kita semua yang mengaku beragama Islam ini mahukan tertegaknya undang2 Islam di bumi Malaysia ini maka ayuhlah bergerak ke depan. Islam bukan suatu retorik atau gimik.
Islam ialah cara hidup yang lengkap, menyeluruh dan sempurna yang di redhai Allah untuk seluruh makhluk di muka dunia ini. Islam wujud untuk memerintah manusia seluruhnya, bukan untuk di perintah sebagaimana yang berlaku kini.
Sekiranya kita ikhlas untuk menegakkan Islam di bumi Malaysia ini, ayuh berganding bahu sama2 menyokong deraf undang2 yang akan di bentangkan di Parlimen ini. Usah lagi mempersendakan atau meragukan undang2 Allah.
Contohi negara Brunei yang sudah menguatkuasakan undang2 Islam bermula tiga hari yang lalu walaupun mendapat pelbagai ugutan dan ancaman daripada puluhan negara luar termasuk negara2 Eropah dan Amerika.
Jika kita ikhlas nawaitu kerana Allah, Inshaa Allah, Allah akan permudahkan dan melorongkan jalan untuk kita semua menjayakan agenda besar ini. Hanya undang2 Allah sahajalah yang dapat menyelesaikan segala permasalahan manusia kerana Allah yang mencipta manusia ini.
Cukuplah kita berlagak hebat dan bijak selama ini. Sesungguhnya kita ini lemah. Semua milik Allah. Allah Yang Berkuasa. Dia Maha Pencipta. Kembalilah ke pangkal jalan. Pulanglah ke fitrah asal sebagai hamba Allah.
Sebagai rakyat negara ini, saya berdoa semoga kerajaan BN yang diterajui UMNO dapat memberi sokongan padu dan bekerjasama dengan pihak Pakatan Rakyat terutamanya PAS sebagai mewakili umat Islam negara ini untuk menyokong dan menjayakan deraf undang2 yang akan dibentangkan di Parlimen sebagai 'private bill' ini demi merelisasikan tuntutan Allah SWT.
Walaupun lebih afdal dan mudah jika UMNO sendiri mewakili Kerajaan BN untuk membentangkannya di Parlimen sebagai Kerajaan Persekutuan yang memerintah. Apapun rakyat akan dapat menilai keikhlasan kedua-dua belah pihak ini. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Bagi PAS, langkah ke depan telah di ambil. Terserah untuk UMNO menyambutnya.
Walaupun lebih afdal dan mudah jika UMNO sendiri mewakili Kerajaan BN untuk membentangkannya di Parlimen sebagai Kerajaan Persekutuan yang memerintah. Apapun rakyat akan dapat menilai keikhlasan kedua-dua belah pihak ini. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Bagi PAS, langkah ke depan telah di ambil. Terserah untuk UMNO menyambutnya.
Usah hanya pandai bercakap tetapi bila berdepan realiti perjuangan sebenar menegakkan Islam di Malaysia ini, angkat kaki dia dan terus cabut lari atau bersembunyi disebalik pelbagai akta, birokrasi, politik, asbab dan andaian. Jadikan Kelantan sebagai test bed atau pilot run. Long journey start with the first step. Usah menipu diri sendiri lagi di hadapan Allah.
Usahlah mencari masyhur di kalangan makhluk. Tapi carilah masyhur di sisi Allah SWT.
@@@
Sunday, March 23, 2014
PRK Kajang Post Mortem
Alhamdulillah keputusan PRK Kajang pun sudah diumumkan. Pelbagai pihak telah memberi komen dan reaksi masing2. Cuba kita buat sedikit post mortem. Kita berkongsi maklumat agar faham hakikat. Dalam keributan kes kehilangan pesawat MH370 yang sudah masuk hari ke-17 yang belum mendapat penyudah konklusif, kita di hidangkan dengan PRK Kajang yang berlangsung semalam.
Seorang Pak Menteri khabarnya ada memberi komen, "DP Chew Mei Fun telah dapat pertingkat sokongan pengundi kpd BN. DS Noh dan Dt Johan, syabas kerana kerja keras, BN teruskan usaha utk jaya."
Pada PRU 13 lalu calon BN mendapat 12,747 undi manakala pada PRK 2014 calon BN Chew Mei Fun hanya mendapat 11,362 undi, iaitu perbezaan kekurangan undi 1,385 undi. Meningkat kot angle mana itu Pak?
Jadi jelas komen Pak Menteri itu berdasarkan fakta yang salah. Sebagai rakyat bijak dan celik fakta, janganlah kita mudah menerima bulat2 apa yang dipaparkan di media. Post mortem kita hendaklah berdasarkan fakta bukan auta.
- Kali ini calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjaya meningkatkan jumlah undinya kepada 59.43% berbanding 57.99% daripada jumlah undi keseluruhan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu.
- Dalam PRU13, calon PKR, Lee mendapat 57.99% undi iaitu 19,571 undi daripada 33,749 undi yang dibuang semasa pilihan raya itu.
- Dalam PRK kali ini, Dr Wan Azizah mendapat 16,741 undi manakala calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun mendapat 11,362 undi.
- Dr Wan Azizah menang dengan majoriti 5,379 berbanding 6,824 yang dimenangi penyandang kerusi Lee Chin Cheh dalam PRU13 lalu, kurang 1,445 undi.
- Selaras dengan peratusan keluar mengundi hanya 72% kali ini, jatuh 16% berbanding 88% pada PRU13 lalu.
Chew mendakwa, beliau berjaya menaikkan peratusan undi Cina daripada 18% dalam PRU13 kepada 24.8% dalam PRK kali ini. Satu kejayaan bagi BN. Mungkin strategi BN meletakkan calon berkaliber berbangsa cina dari parti MCA membuahkan hasil yang diharapkan.
Namun pada masa sama BN kehilangan banyak undi melayu. PKR berjaya meningkatkan undinya di kawasan melayu di samping kawasan pengundi muda.
- Dalam PRU13 lalu, calon BN menang 420 undi di Sungai Kantan namun kali ini hanya menang dengan majoriti 225 sahaja.
- Di Sungai Sekamat dan Taman Delima, dua lagi daerah mengundi majoriti Melayu, PKR berjaya memenangi kawasan yang selama ini menjadi kubu Umno itu.
- Di Sungai Sekamat, PKR menang 45 undi berbanding kalah 239 undi dalam PRU13 lalu.
- Di Taman Delima pula, PKR menang tiga undi berbanding kalah 123 undi dalam PRU13 lalu.
- Di Batu 10 Cheras, majoriti BN berjaya dikurangkan kepada 151 undi sahaja.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyatakan keputusan PRK ini menyaksikan penambahan kerusi kaum Melayu dan muda di kawasan majoriti Melayu. “Kita menang di Sungai Sekamat kita menang di Taman Delima ini merupakan kawasan majoriti Melayu. Sementara itu bila tengok saluran 4,5,6 di semua daerah mengundi kita menang berbanding PRU lepas secara umum saluran muda Melayu PR kita kalah, kita hanya menang di kerusi Cina dan India, berbanding PRK kali ini kita menang dengan bergaya." Rafizi merumuskan, "Ini akan membuatkan BN berada dalam keadaan tertekan dan goyah."
Apakah pengundi memilih calonnya berdasarkan kaum? Iaitu majoriti kaum melayu memilih Wan Azizah manakala kaum cina memilih Chew? PRK ini masih penuh dengan isu perkauman. Mengapa perlu lagi kita menggunakan pendekatan perkauman untuk meraih undi? Juga terserlah kempen benci membenci antara parti juga luar biasa hebatnya.
Moving foward, apakah ini yang kita inginkan dalam senario politik matang negara? Mungkin keadaan ini subur bukan bersifat percanggahan ideologi lagi, tetapi lebih kepada kebencian dan dendam kesumat pada sentimen, kezaliman dan kekuasaan.
Saya ingin melihat senerio politik Malaysia bergerak ke depan dengan membahaskan pelbagai isu dengan wadah intelek bukan caci mencaci atau komen2 bodoh dan tidak bertanggung jawab. Berhentilah membuka mulut di media atau menulis di twitter dan media sosial kata2 yang menyerlahkan kebodohan dan kerendahan level intelek seseorang yang bergelar pemimpin.
Sandarkan penyataan anda dengan fakta yang solid bukan sekadar pandangan sebelah pihak atau berlunaskan fakta yang salah. Rakyat sudah celik minda walaupun tidak dinafikan ramai lagi yang jahil totok yang mudah di perkotak katekkan sesuka hati namun hormatilah masyarakat kita yang mahukan sesuatu yang baik untuk negara ini.
Cukuplah menyalahgunakan media untuk memaksa rakyat menerima segala penyataan walaupun jelas salahnya atau kabur kebenarannya. Bergeraklah menuju era pendebatan terbuka dalam sesuatu yang menyentuh kepentingan negara dan rakyat ramai.
Keadaan turut berubah menurut peredaran masa dan keadaan. Dalam kes MH370 misalnya, kalau pada awal dulu larangan keras oleh pihak polis supaya tidak menyebarkan spekulasi namun hari ini polis menyifatkan spekulasi yang menular di Internet boleh membantu siasatan dalam misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac. "Kami memantau semua spekulasi ini kerana kita merasakan sedikit sebanyak ia membantu dalam siasatan," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Pada pemerhatian saya banyak spekulasi bijak dan analisa2 intelek telah tersebar di internet dalam kes MH370 ini. Selagi tiada penyelesaian jelas atau persoalan demi persoalan belum terungkai secara konklusif maka spekulasi atau pandangan demi pandangan tidak bisa dibendung malah akan terus dihidangkan untuk tatapan dan penilaian semua pihak.
Renung dan fikir. Bukankah itu antara fungsi akal yang Allah pinjamkan ini? Bukan sekadar percaya membuta tuli atau gagal menilai walaupun perkara mudah dan asas.
Teruskan post mortem anda. Jadilah ahli masyarakat dan rakyat negara ini yang maju ke depan bukan undur ke belakang dalam mencari kebahagiaan bukan sekadar di dunia bahkan yang utama ialah mencari redha Allah dan kebahagiaan hakiki di Akhirat nanti.
@@@
Wednesday, March 12, 2014
Kajang Move 2.0
Kajang Move pada asalnya sangat meletakkan BN pada kedudukan terkejut dan tanpa sedia. Ia sesuatu yang tiada dalam jangkaan BN. Sekaligus meletakkan PR terutamanya PKR selangkah kedepan. Bila diumumkan DSAI bakal menjadi calon PRK Kajang ini maka sekali lagi BN macam tiada jawaban yang bersemangat seolah-olah kalah sebelum bertanding.
Pabila Kajang Move di lihat sebagai satu strategi high level untuk memposisikan DSAI untuk mengambil alih jawatan MB Selangor satu hari nanti, maka ia mula menjadi satu kemungkinan yang tidak boleh dipandang enteng lagi. DSAI bakal mengawal Selangor sebuah negeri catalyst, kaya ekonomi, pusat intelek dan pencetus perubahan. Ini bukan sebarang negeri. Menjadi MB yang bakal mencorakkan hala tuju sebuah negeri termaju di Malaysia bukan satu jawatan yang biasa-biasa, apatah lagi bila di duduki oleh seorang pemimpin bertaraf dunia seperti DSAI. Maka keadaan menjadi panas dan merimaskan.
Para strategist mula bersidang dan mengaturcara program. Laluan DSAI tidak boleh dimudahkan begitu saja. Walaupun pihak tertentu sering memperlekehkan DSAI as a nobody atau past his prime, tapi nampaknya DSAI is too good to be ignored just like that. He is a world class leader after all. Sayangnya tokoh pemimpin bijak, berakhlak dan amanah seperti DSAI tidak di beri sokongan padu oleh rakyat Malaysia untuk menampuk kepimpinan negara ini ke level yang lebih membanggakan.
DSAI hanya dikekalkan sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat. PM menanti at best jika PR dapat membentuk kerajaan persekutuan di PRU14 nanti. Perjalanan hidup seorang tokoh hebat sudah tentu penuh onak dan duri. Kita lihat tokoh seperti Nelson Madela atau Mohamed Morsi sebagai contoh. Namun yakinlah setiap kejadian itu tentulah ada hikmah di sebaliknya. Mungkin DSAI bukan yang terbaik buat masa ini untuk menampuk jawatan atau kedudukan tertentu itu atas pelbagai faktor.
Namun apakah kita sebagai rakyat bijak dan peka hanya mahu melihat sahaja jika kezaliman berlaku di depan mata tanpa perlu ada rasa walau sekumit untuk bisa berbuat apa2? Saya melihat kenyataan rasmi IKRAM perihal hasil keputusan mahkamah dalam kes DSAI baru2 ini ada relevansinya:
*******
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengikuti secara dekat perkembangan proses perbicaraan serta keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 yang telah mensabitkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersalah di bawah Seksyen 377A dan dihukum penjara 5 tahun.
IKRAM mempersoalkan proses perbicaraan dan keputusan mahkamah berkenaan kerana terdapat unsur-unsur yang banyak menimbulkan keraguan. Di antaranya ialah;
a)Tarikh perbicaraan yang pada asalnya ditetapkan pada 7-10 April 2014 telah diawalkan kepada tarikh 6-7 Mac 2014, iaitu hampir dengan tarikh penamaan calon di Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.
b)Keputusan sabitan dan hukuman diumumkan terus pada akhir perbicaraan pada 7 Mac 2014. Tindakan tergesa-gesa dalam memberi penghakiman bertukar (reverse decision) amat jarang berlaku di dalam kes rayuan seberat ini.
c)Penolakan permohonan mitigasi hukuman yang dipohon untuk dilanjutkan ke tarikh lain bagi membolehkan pihak pembelaan menyediakan dokumen sokongan untuk mitigasi hukuman. Lazimnya mahkamah memberi tempoh yang munasabah kepada peguam tertuduh dalam menyediakan hujah mitigasi.
Atas sebab itu, IKRAM boleh memahami mengapa masyarakat mempersoalkan kewibawaan mahkamah dalam mengendali dan memutuskan kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Keputusan yang diambil oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan merupakan suatu hak yang diperuntukkan oleh undang-undang, namun hak ini tidak akan memberi sebarang makna sekiranya persoalan-persoalan dan kegusaran yang ditimbulkan di atas tidak dapat ditangani secara profesional dan berintegriti.
IKRAM dengan ini menegaskan:
1.Sistem kehakiman negara perlu memastikan keadilan itu bukan sekadar ditegakkan tetapi mesti dilihat ditegakkan.
2.Sistem kehakiman negara perlu bebas dan dilihat bebas daripada sebarang campur tangan politik atau desakan pihak eksekutif.
3.Kepercayaan rakyat kepada sistem kehakiman negara perlu dipulihkan dengan memastikan ia bebas, adil dan berakhlak.
IKRAM mempersoalkan proses perbicaraan dan keputusan mahkamah berkenaan kerana terdapat unsur-unsur yang banyak menimbulkan keraguan. Di antaranya ialah;
a)Tarikh perbicaraan yang pada asalnya ditetapkan pada 7-10 April 2014 telah diawalkan kepada tarikh 6-7 Mac 2014, iaitu hampir dengan tarikh penamaan calon di Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.
b)Keputusan sabitan dan hukuman diumumkan terus pada akhir perbicaraan pada 7 Mac 2014. Tindakan tergesa-gesa dalam memberi penghakiman bertukar (reverse decision) amat jarang berlaku di dalam kes rayuan seberat ini.
c)Penolakan permohonan mitigasi hukuman yang dipohon untuk dilanjutkan ke tarikh lain bagi membolehkan pihak pembelaan menyediakan dokumen sokongan untuk mitigasi hukuman. Lazimnya mahkamah memberi tempoh yang munasabah kepada peguam tertuduh dalam menyediakan hujah mitigasi.
Atas sebab itu, IKRAM boleh memahami mengapa masyarakat mempersoalkan kewibawaan mahkamah dalam mengendali dan memutuskan kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Keputusan yang diambil oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan merupakan suatu hak yang diperuntukkan oleh undang-undang, namun hak ini tidak akan memberi sebarang makna sekiranya persoalan-persoalan dan kegusaran yang ditimbulkan di atas tidak dapat ditangani secara profesional dan berintegriti.
IKRAM dengan ini menegaskan:
1.Sistem kehakiman negara perlu memastikan keadilan itu bukan sekadar ditegakkan tetapi mesti dilihat ditegakkan.
2.Sistem kehakiman negara perlu bebas dan dilihat bebas daripada sebarang campur tangan politik atau desakan pihak eksekutif.
3.Kepercayaan rakyat kepada sistem kehakiman negara perlu dipulihkan dengan memastikan ia bebas, adil dan berakhlak.
Ustaz Dr. Mohd Parid bin Sheikh Hj. Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
*******
Apakah benar tanggapan ramai, bahawa keputusan mahkamah yang berlaku ini ada kaitannya untuk menghalalkan cara bagi menghalang kebangkitan DSAI terutamanya bagi memastikan DSAI tidak dapat mengambil bahagian sebagai calon PRK Kajang di hari penamaan calon pada 11 Mac itu?
Rakyat banyak merasakan ada yang tidak kena di sini. Ramai yang melahirkan simpati kepada DSAI. Banyak orang melihat ini sebagai penganyiaan kepada DSAI sekali lagi. Namun sebagai mana biasa apa saja instrumen termasuklah media akan digunakan bagi menghalalkan tindakan yang diambil. Ini satu peristiwa besar. Kemungkinan rakyat boleh bangkit menyuarakan tidak puas hati. Apakah tunjuk perasaan di jalanan bakal menyusul?
Pada esoknya rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita sensasi kehilangan pesawat milik MAS iaitu kapalterbang jumbo Boeing 777-200 dengan 239 penumpang dan anak kapal di tengah Laut China Selatan. Hilang. Pelik tapi benar. Kehilangan MH370.
Hari ini setelah 5 hari berlalu. MH370 tetap hilang tidak ada khabar berita. Pelik tapi benar. Tiada orang bicara soal DSAI lagi. Berita hangat DSAI di jatuhi hukuman penjara 5 tahun kerana sabit kesalahan jenayah liwat tenggelam oleh berita yang lebih hangat dan panas, kehilangan MH370. Mungkin ini satu kebetulan?
Kini Kajang Move menyaksikan impian yang punah, anti-klimak dan irrelevant tanpa DSAI. DSWA kini menjadi calon ganti. BN mampu tersenyum. TPM sudah menyatakan BN bakal melancarkan mod ofensif dalam berkempen. Mungkin BN sudah impikan Kajang bakal ditakluki. Tapi satu yang pasti...satay kajang makin laris.
@@@
Monday, December 16, 2013
Tsunami Kos Hidup
Tahniah kepada Khairi Jamaluddin kerana membawa agenda peningkatan kos sara hidup untuk dibincangkan dalam mesyuarat jemaah menteri kabinet besok. KJ menggambarkan lonjakan mendadak kos sara hidup ini sebagai Tsunami, dan mahu mencari formula terbaik untuk meringankan tekanan kepada rakyat sekelian.
Setakat mana keikhlasan beliau hanya Allah yang tahu. Namun kita boleh tabik spring kepadanya kerana sekurang-kurangnya dia ada telor untuk meluahkan apa yang terbuku dan bukan sekadar menjadi pak hangguk semata-mata sebagaimana majoriti menteri2 yang lain.
Pihak kerajaan BN telah dan akan mengambil beberapa langkah yang tidak user friendly malah sangat membebankan rakyat jelata kerana setiap kenaikan kos dalam keperluan asas dan servis akan menyebabkan domino effect yang menyebabkan kenaikan harga barangan dan servis secara keseluruhannya. Wajarlah BN di sinonimkan dengan Barang Naik.
Apatah dalam keadaan ekonomi yang masih lembab dan pendapatan isi rumah yang memang liat dan payah untuk meningkat atau peningkatan pendapatan yang tidak sejajar dengan peningkatan kos sara hidup. Ia memberi kesan langsung dan akan menambah sengsara rakyat. Akan bertambah ramailah kelompok 'middle class' yang akan suffer in silence.
Mungkin ramai rakyat yang mula sedar alangkah baiknya jika PRU13 tempoh hari dimenangi oleh Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan kerana PR sudah menjanjikan banyak insentif untuk kebaikan rakyat seperti penghapusan kutipan tol, penurunan harga petrol dan pemberian pendidikan percuma termasuk penghapusan PTPTN. Namun nasi sudah menjadi bubur. Menyesal kemudian tiada guna sesen pun. Korek hidung dan seng hingus sendiri sajalah.
Yang sadisnya bila berlaku sesuatu kenaikan harga, semua rakyat terpalit akibatnya bukan sekadar penyokong BN sahaja yang minoriti itu (48%). Penyokong PR yang majoriti itu pun (52%) terpaksa menelannya sama. Ini tidak adil !! Yang penting usahlah tertipu lagi pada PRU14 nanti.
"Kalau tak puas hati pi duduk negara lain la bro,' jawaban begitu biasa kita dengar keluar dari mulut kelompok pak menteri tiga suku yang tidak termasuk KJ kot.
Menjadi pengetahuan umum iaitu kenaikan demi kenaikan harga telah atau akan berlaku selepas PRU13 iaitu kenaikan harga petrol Ron95, harga gula, tarif letrik, tambang LRT, cukai DBKL, kadar tol, tambang bas sekolah, harga rumah, cukai GST dan macam2 lagi. Semuanya naik tak ada yang turun. Harga keperluan asas tak payah cerita la kan, semuanya mahal2 belaka. Harga ikan, ayam, sayur, nasi bungkus, nasi campur, teh tarik, semua naik beb.
Ini bukan Tsunami Cina. Ini Tsunami Rakyat. Ini Tsunami Lonjakan Kos Sara Hidup untuk semua Rakyat. "Kalau tak nak bayar tol, guna jalan biasa," kata menteri cap ayam.
Tiba2 heboh, "Mat Sabu kena buktikan dia bukan Syiah." Mari kita sama-sama bincang ancaman bahaya ajaran Syiah di negara tercinta kita ini. Jom kita cerita pasal Syiah. Dum dam dum dam...pakat dok cerita pasal Syiah. Syiah yang nyata sesat.
Aku pun sound kat member aku, "Dollah, hang kena buktikan yang hang ni bukan Syiah." Tapi ahli sunnah-wal-jamaah yang sesat pun khabarnya lagi ramai. Ahli sunnah-wal-jamaah kat negara kita yang tak solat pun berjuta-juta orang oooo. Kelompok ini lagi nyata sesat ni. Aduh pening aku.
Nasib baik ada KJ menteri yang agak cerdik ni nak bincang soal tsunami kos sara hidup, bukan soal Syiah.
@@@
Friday, November 1, 2013
Budget Rakyat dan Sungai Limau
Wow agak terkejut beruk melihatkan jumlah hutang negara kita. Meningkat begitu drastik sekali hingga kini sudah mencapai RM546 Bilion. Fuyooo ini sudah lebih ooo...apa sudah jadi? Negara kita ini makin kaya atau makin miskin?
Pembentangan Belanjawan Negara 2014 oleh DS Najib disambut dengan penuh kritikal walaupun pihak media galak mewar-warkan sebagai budget mesra rakyat.
Dalam sesi perbahasan di Parlimen yang menyusul pembentangan itu PM Najib seperti terancang missing in action kerana membuat lawatan kerja ke UK seolahnya tidak mahu membuang masa mendengar dan menimbang tara pro dan kontra perbahasan ahli dewan mengenainya di Parlimen.
Pengumuman perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), apakah membantu rakyat? Ini adalah cukai baru untuk rakyat biasa sedangkan banyak cukai untuk golongan kaya dikurangkan.
Saya petik lapuran dalam akhbar Selangor kini, DSAI menyatakan, "Langsung tiada usha meneyelesaikan kebocoran dana rakyat yang mengakibatkan kerugian antara RM20 Billion hingga RM30 Billion. Kemudian kamu (BN) hukum rakyat dengan mengenakan cukai baru."
Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini membuktikan wang rakyat diurus tanpa berhemah dengan meneruskan tradisi pemborosan pada setiap laporan sama setiap tahun sebelum ini.
DSAI membentangkan antara peruntukan untuk rakyat yang dikurangkan ialah:
- Pembangunan Luar Bandar: RM50 juta
- Perkhidmatan luar bandar: RM130 juta
- Bekalan elektrik luar bandar: RM 47 juta
- Bekalan air luar bandar: RM136 juta
- Jabatan kemajuan orang asli: RM 24 juta
- Pembangunan jalanraya dan jambatan: RM158 juta.
Apakah budget 2014 ini untuk kepentingan rakyat biasa atau sebaliknya? Ketidak seimbangan sosial mungkin terus tercetus di mana gap antara golongan kaya dengan golongan miskin terus membesar dan memboyot. Kos sara hidup makin meningkat setiap hari sedangkan jumlah pendapatan tidak meningkat seiringan. Kadar jenayah yang meningkat mungkin berkaitan dengan ketidak seimbangan sosial dan tekanan ekonomi ini?
Apakah pilihanraya kecil Sg Limau bakal menyaksikan intrepitasi rakyat marhaian pada tindak tanduk Kerajaan pusat samada merestuinya atau memprotesnya. Apakah Sg Limau menjadi penanda aras awal mood atau naluri rakyat pada si pemerintah. Sama-sama kita tunggu. Sg Limau ini sangat signifikan rupanya after all.
@@@.
Monday, September 2, 2013
Harga Minyak Naik
Yahooo !!! Harga minyak naik. Tahniah. Ramai yang happy giler. Tak kurang juga yang sujud syukur. Banyak juga yang memuji tindakan kerajaan BN ini kerana ia bakal membantu menaikkan semula ekonomi negara, mengurangkan bebanan subsidi kerajaan sekaligus bisa mengurangkan hutang negara. Tahniah.
Mari kita petik beberapa kenyataan VIP kat Malaysia akan isu kenaikan harga minyak ini:
"Pengurangan subsidi menyebabkan harga minyak naik dan beban pengguna meningkat. Menteri Kewangan kata kenaikan terbaru ini akan menjimatkan kira-kira RM1.1 bilion. Di mana penjimatan itu akan dibelanjakan kita kena tahu. Harap-harap janganlah tumpu kepada bandar saja. Ingatlah siapa yang menyelamatkan BN pada 5 Mei lalu! Dilihat dari luar, nampak kerajaan boros. Belanja lawatan ke luar negara Perdana Menteri saja RM44.07 juta sejak Mohd Najib jadi PM lima tahun lalu. Belanja baik pulih dan ubah suai kediaman rasmi pula berapa? Janganlah jadi cerita: Raja dalam dapur makan roti gula. Suri dalam rumah buat kira-kira. Rakyat luar pagar hidup menderita. Wallahualam."
- A Kadir Jasin
"PR telah menjangkakan perkara itu akan berlaku sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Malangnya , 47 peratus rakyat negara ini termakan tipu muslihat BN dan telah memenangkan komponen itu di 133 kerusi Parlimen. Kenaikan itu jelas terbukti bahawa mereka ini berjaya diumpan oleh BN untuk kepentingan politiknya. Golongan ini telah dipengaruhi dan mempercayai kata-kata manis BN lantang membuat pemilihan yang salah dalam PRU13. Mereka ini diberi hadiah yang cukup istimewa oleh Barisan Nasional dengan menaikan harga petrol RON 95 dan diesel sebanyak RM0.20 per liter. Saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Naik Harga Petrol kepada semua yang mengundi Barisan Nasional dalam PRU13,"
- V. Sivakumar (MP Batu Gajah)
"Minyak petrol naik pastinya tidak membebankan rakyat, kerana yang ada kereta besar adalah orang2 besar dan berkemampuan. Orang kampung ada tak berkereta."
- Bung Moktar Radin (MP Kinabatangan)
"Terima kasih 47% anda semua telah menyebabkan Malaysia menanggung kenaikan harga minyak. Tyranny of minority. Beribu-ribu teraniaya."
- Dr Maszlee Malik
"Ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan. Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel. Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion. Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet."
- DS Najib
KUALA LUMPUR 3 September: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam keputusan kerajaan Datuk Seri Najib Razak menaikkan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen berkuatkuasa tengah malam tadi.Menurut Anwar, amalan boros dilakukan pimpinan Barisan Nasional, menjadi punca harga bahan bakar itu dinaikkan sedangkan Malaysia merupakan pengeluar minyak.
“Amalan boros BN bebankan rakyat. Hentikan pembaziran; rasuah. Msia ekspot minyak!,” tulisnya di Twitter malam tadi.
Membalas tweet seorang pengguna Twitter Anwar menulis “Umno asyik banding harga negara pengimpot!” merujuk kepada perbandingan yang biasa dilakukan BN bagi memberi justifikasi kepada kenaikan tersebut.
Kerajaan Najib terus menerima kecaman bertali arus susulan keputusannya menaikkan harga bahan bakar itu ketika rakyat menderita dengan bebanan ekonomi dan kenaikan kos yang semakin meningkat.
Pada masa sama, kerajaan membazirkan berbilion ringgit setahun untuk membina projek mega yang hanya menguntungkan kroni.
Pakatan Rakyat sebelum ini menegaskan akan menurunkan harga minyak sekiranya mendapat mandat pada Pilihan Raya Umum lalu.
Keyakinan itu berdasarkan bahawa Pakatan mampu membasmi amalan rasuah dan pembaziran dilakukan Umno BN, seperti pemberian subsidi kepada penjana tenaga bebas (IPP) sebanyak RM19 bilion setahun.
- Keadilandaily.com
"Harga runcit bahan petroleum Malaysia masih paling murah berbanding negara-negara jiran meskipun selepas kenaikan harga yang diumumkan semalam. Harga diesel di Thailand ialah RM3.06 seliter dan petrol RON95 RM4.74; diikuti Singapura (RM4.32 dan RM5.56); Indonesia (RM3.43 dan RM3.05); dan Filipina (RM4.32 dan RM5.44 (RON93)).Harga diesel dan petrol RON95 tempatan pula masing-masing di bawah paras RM3 seliter iaitu hanya RM2.00 dan RM2.10 seliter. Walaupun harga petrol RON95 dan diesel dinaikkan 20 sen, rakyat perlu faham bahawa berbanding negara-negara jiran dan dunia, Malaysia belum mencapai tahap harga sebenar bahan api kerana kerajaan masih memberi subsidi 63 sen untuk petrol RON95 dan 80 sen untuk disel. Ini menjadikan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan untuk petroleum bagi 2013 adalah sebanyak RM24.8 bilion dan dengan ini, kerajaan dapat menjimatkan sebanyak RM1.1 bilion. Bagi tahun 2014, sebanyak RM3.3 bilion akan diperoleh daripada penjimatan yang boleh digunakan untuk mengurus pembangunan negara termasuk kenaikan pemberian BR1M. Dalam pada itu, kerajaan terus mengekalkan pelbagai pemberian subsidi untuk barangan lain seperti minyak masak, gula, tepung, beras dan gas memasak."
- Ahmad Maslan (TM Kewangan)
“Rakyat kena bersedia, tak berapa lama sahaja lagi, mungkin kurang sebulan akan menyebabkan kenaikan harga barang lain sebab petroleum melibatkan banyak peringkat.”
- Syed Shahir Syed Mohamud
"Tentunya kenaikan ini menyebabkan berlakunya rantaian limpahan berganda kepada setiap perkhidmatan apabila kosnya dinaikkan. Ia satu fenomena yang tidak dapat dielakkan."
- Muhammad Sha'ani Abdullah (Timbalan Presiden Fomca)
*****
Kenaikan harga minyak sebanyak 10.5% ini mungkin nampak agak kecil sahaja namun kesan sampingannya nanti terutamanya kenaikan harga barangan dan servis sudah tentu bukan sekadar 10.5% sahaja. Itulah kesengsaraan yang bakal di tanggung oleh rakyat marhain negara ini. Efek domino kenaikan kos hidup. Iaitu dalam suasana gaji atau pendapatan bulanan yang payah benar untuk meningkat maka setiap kenaikan kos hidup akan sangat mengesankan jiwa dan raga, emosi dan perasaan.
Saya ambil contoh mudah nasi campur untuk makan tengahari di kantin syarikat saya kalau dulunya harga RM3.00 hingga RM4.00 itu masih biasa, tapi semenjak kenaikan harga minyak terakhir dulu harganya sudah meningkat kepada antara RM3.50 ke RM5.00 iaitu peningkatan 16% hingga 25%. Maka secara mudahnya nampak gaya dengan kenaikan harga minyak berkuatkuasa hari ini rasanya tidak peliklah kalau makcik kantin mengambil tindakan menaikkan harga RM4.00 hingga RM6.00 demi untuk cover kos barangan yang meningkat.
Pada hari minggu lepas isteri saya membeli empat ekor ayam di pasar dengan harga RM64. Fuyooo mahalnya, dah jadi RM16 seekor. Bukan silap congak si peniaga tu kerana harga ayam pada hari itu ialah RM8.50 se Kg. Maka benarlah BN itu adalah shortform untuk Barang Naik. Tidak lama dulu seekor ayam boleh dapat harga RM9-RM12 sahaja. Harga minyak naik, harga barangan lain pun akan naik punye. Itulah hukum alam.
@@@
Subscribe to:
Posts (Atom)









